pagi tadi jumpa cd-jay. nampak dia melepak kosong dimeja makan. termenung sambil mengusap-usap kepalanya. aku pelawa dia minum sekali. kemudian aku tanya dia nak makan apa. "sama macam abang.." kata cd-jay. aku pesan nasi lemak dan air masak. cd-jay garu-garu kepala. "tokey, bagi keh nasi lemak campur rendang daging. air milo ais ye..". aku pulak garu kepala.
selepas minum dia nak pau rokok aku. maaf la cd-jay. aku dah berhenti merokok setahun yang lepas.
cd-jay membebel. bukan sebab tak dapat rokok. tapi cerita lain. dia kata manusia ni terbahagi kepada tiga. satu: seperti makanan. ia diperlukan setiap masa. kedua: seperti ubat. hanya diperlukan ketika sakit. ketiga: seperti penyakit. jenis yang ini orang tidak suka. sila nyah ketepi. "keh ni jenis manusia yang ketiga..." kata cd-jay sambil menyalakan api rokok yang dipau dari pelanggan meja sebelah. hebat juga cd-jay ni berfalsafah.
aku tanya kenapa dia membebel pagi-pagi ni. cd-jay kata tokey kedai minum marah-marah sama dia. kononnya dia tak bayar makan tengahari semalam. aku tanya kat cd-jay betul ke dia tak bayar.
"ya...." katanya.
* hebat dia berfalsafah. tapi hebat lagi dia mengepau sampai aku sendiri pun tak sedar masa bila dia mengepau rokok abang meja sebelah!
Orang Beragama Itu Beradap!
Seminggu yang lalu