Memaparkan catatan dengan label politic. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politic. Papar semua catatan

Selasa, 16 September 2008

Jangan Sengeh-Sengeh part 1

Hari ni 16 Sept. 2008, hari yg diwar-warkan akan rebahnya kerajaan AWAK dan digantikan dgn kerajaan yg kena SUMPAH. Aku bab ni tak reti sgt nak komen. Aku ni bukan seorg penganalisa politik yg popular seantero Malaya mcm Tuan Razak Baginda tu (oppss..). Aku cuma sebagai pemerhati yg tak reti apa2 sgt bab politik.

Kalau jadi atau betul le spt apa yg dicanangkan oleh ketua pembangkang yg kena SUMPAH tu, bagus la juga. Nak juga tengok kebolehan dia jaga Malaya ni sampai ketahap mana kan..

Bila depa berkuasa nanti apa ye agaknya perubahan besar/kecil yg depa akan buat?
*harga minyak turun RM1 or more?
*TV3 ditutup??? hahaha
*Utusan/Berita etc cuma dpt permit publish paper 2 kali sebulan,mcm majalah Ujang/Apo?-kata Jowopinter

Apa pulak terjadi dgn puak-puak AWAK selepas peralihan kuasa nanti ye??
*demonstrasi?
*mengamuk?
*lari dari Malaya?
*masuk PAS/PKR/DAP?

Kalau tak jadi peralihan kuasa camner plak??
* Buletin Utama TV3 keudara 24 jam sehari utk bantai Anwar?
*Mukasurat paper Utusan dll bertambah sbb byk isu nak bantai Anwar?
*berduyun2 pendatang masuk BN, termasuk pendatang haram?
*Anwar lari ke US?

Yang lain2 anda pikir la sendiri...
Maaf...Ini cuma dari persepsi atau pemikiran politik aku yg cetek...ala kadar je...hehe.

For more info please read Mr.Zulkifli Nordin's blog esp. about this topic The big question mark is bila peralihan kuasa nak dibuat? Org AWAK kalau baca blog tu sure panic/seriau punya (elok lu layan lagu Don't Panic by Coldplay) Aku?? Aku relak je, leh sengeh-sengeh lagi di bulan posa ni....:)

p/s: whatever happen, this colour will always be my favourite one...insyaAllah..

Sabtu, 16 Ogos 2008

Jom Ke Permatang Pauh!

Penamaan Calon di Permatang Pauh hari ni..

err...nak pi ke??

tk yah ler....

Just visit this website for update news : PERMATANG PAUH...others are sloone , mafrel and wrlr . For me n the gang only... For those who are 'orang AWAK'(perkataan ni pinjam dari ubilepih) ..errmm..bersepah news...cari la sendiri.!
pic from malaysikini

pic from NST

pic from NST?BH?UM??..haha...no way man..

“The opposition did not show any respect to their opponents. Is this the image of the party that wants to rule the country,” abang Najib said when commenting on the 'belasah wartawan NST' issue..

err...abang Najib...are you talking on behalf of PKR...who is the oppossition in Penang?

Khamis, 24 Julai 2008

Something Rotten in the State of Denmark???

Apa itu:

mubahalah
"The proposed “mubahalah” (malediction) to resolve the sodomy allegations against
PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim should be used as a last resort,
said Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
"

muzakarah
"PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat wants the muzakarah (dialogue) between the party and Umno to stop."

muqabalah
"Nik Abdul Aziz, who had earlier expressed his objection when he heard about the meetings that had taken place, said he was open to the idea of muqabalah (face-to-face discussions) .."

Aku pernah dengar 3 term kat atas tu sebelum ni. Tapi tak amik kisah sgt. Silap2 kalau org tanya mmg aku tak tau apa makna dia. Tetapi selepas isu lewat dan isu UMNO-PAS (bukan monopous) aku dah amik tau. Secara tak langsung TGNA telah mendidik rakyat Malaya 3 vocab bahasa arab. Aku sure org bukan Islam pun dah pandai sebut vocab kat atas tu..

Antara yg pandai menggunakan perkataan itu ialah seorg pakcik(apek ikan) yg mana datok atau moyangnya berasal dari Negara China..

apek ikan: " lu takde pigi itu muzakalah ke ini petang dingan itu ketua kampung. Gua dingar itu tok empat kina tangkap basah lor. Dia tarak ngaku maaa..itu pasat dia mau mubahalah dgn ketua kampung..tapi aaa, gua lasa aaa. Ketua kampung kina buat itu muqabalah lagi patut maaa..sebab dia talak buleh buat keputusan maaa.."

caya la apek!

Tapi aku bukan nak citer pasal itu apek. Nak citer pasal pemimpin Denmark yg aku war-warkan dlm posting aku sebelum ni. TGNA la yg memainkan peranan utk mempopularkan 3 vocab diatas sehingga seantero Malaya memahaminye termasuk apek ikan tadi. Itu sebab aku tabik sama itu citizens of Denmark kerana memilih TGNA sebagai pemimpin mereka. Mereka berani!!!..Kita????

Aku tabik bukan kerana depa berani berubah shj tetapi amat pandai berniaga(spt dlm posting aku semlm). Depa juga amat menjaga keakraban sesama rakan senegeri. Kalau depa terjumpa rakyat Denmark yg lain di Johor atau di UK ke, sure depa akan jadi bertambah akrab walaupun sebelum ini tak pernah kenal batang hidung pun...."oooo..oghe kito!"

Aku tabik sekali lagi kerana rakyat Denmark juga amat bangga dengan bahasa ibunda mereka. Tak kira la tercampak kat mana pun, loghat tu tetap kekal. Begitu juga bab pemakanan. Budu akan dicari walaupun depa pergi ke Iceland...

Kita?? Orang Pahang terutamanya org Lepih amat terasa kemaluannya jika bercakap dlm loghat Lepih contohnya kalau berjumpa kawan lama di Kuala Lumpur. Mesti cakap bahasa baku punya. Mana ada kelas cakap loghat Lepih!

Aku: " weh Nuor aok nak kemana tehh? Nak pegi ke Senterel Merket ke?"
Anuar: "buat malu aku je kau ni. Ini KL la bro...sebut elok2...Central Market la..."

Berbalik kepada TGNA tadi (baru aku terperasan, byk lak aku guna wording 'berbalik' ni ye..hehe) rakyatnya amat beruntung memperolehi kepimpinan di bawah seorang ulamak.Beliau amat berani utk memperjuangkan sesuatu kepada rakyatnya walaupun sehingga ada masa 'budget' dari gomen pusat pun disekat.

Denmark boleh dijadikan model Negeri Islam...
something is flourishing in the state of Denmark... i.e ISLAM...

err..ni je ke citernye??
sebenonya byk lagi, maleh nak citer panjang2, nanti org Denmark kembang hidung lak...hehhe

nota kaki:
1. aku bkn berkempen politik (lagipun aku bkn ahli PAS cuma AP-atas pagar). Dan aku cuma nak highlightkan 'keberanian' rakyat Denmark untuk cuba berubah..:)
2. nak bodek org Denmark ni...hahaha






Isnin, 30 Jun 2008

Anwar Oh Anwar!

Citer sodom lagi....?

Aku pening...semua pun pening. Aku tak tau la kita nak follow citer ni ke tak. Tapi aku sebagai rakyat yg prihatin, tetap kecewa dgn citer ni. Kecewa ia berulang lagi. Ulangan yg memeningkan kita semua.

Tak tau sapa yg betul. Sekali lagi rakyat akan jadi 'penyiasat persendirian'. Membuat andaian sendiri untuk menyedapkan cerita. Pro-anwar akan kata ada konspirasi dari pihak BN nak jatuhkan dia..."Wan Azizah dakwa usaha 'bunuh' karier politik suami" . Pihak BN lak akan kata Anwar saja buat cerita utk meraih simpati, seperti kata KJ dlm U.Malaysia hari ni "Anwar kreatif cipta kontroversi – Khairy" .

Aku cuma berdoa supaya Allah tunjukkan kepada kita semua siapa yg betul dan siapa yg tipu. Hakimkan dia org ni kat dunia lagi. Sempat la kita tengok sapa yg bersandiwara.

Bak kata roslan sms dlm blognya, Allah swt bersama mereka yang benar..

Aku dah jumpa pic dan background yg accuse anwar sodom dia..cun ke mamat tu ye?bergetah ke dia?..hahaha

P/s:
cerita yg bakal sepi dimulut org Malaya buat seketika :
1. kes attantuya yg mengaitkan Datin Rosmah yg cun tu..:)
2. kes linggam al-pund**
3. kes kenaikan harga minyak
4. macam2 kes lagi la....(termasuk kes aku fail exam FMUTM..haha)

Isnin, 31 Mac 2008

FITNA the movie


<--- Geert Wilders the cibai

Fitna is a film by Dutch politician Geert Wilders, leader of the Party for Freedom (PVV) in the Dutch parliament. The movie offers his views on Islam and the Qur'an. The film's title comes from the Arabic word fitna which is used to describe "disagreement and division among people", or a "test of faith in times of trial". Fitna was released to the Internet on 27 March 2008 (wikipedia)


Aku try masuk official website, http://www.fitnathemovie.com/, tapi dah kena tutup. Padan muka hang...



This short movie (about 10 minutes length) is about the hatred on Islam. Dibuat oleh seorang ahli parlimen Holland bernama Geert Wilders. Mmg WILD mamat ni.. Aku dah tgk movie ni. Download dari Youtube. Host asal movie ni ialah LiveLeak.com. Tapi video link tu dah dibuang. Cuma yang ada ialah komen2 dari viewers. Ada yg mengutuk Wilders. Dan ada juga yg menyokong, ditambah lagi dgn komen2 yg menghina Islam. Barat mmg takut dgn Islam. Mmg dah logik sbb dia org agama apa. Kena plak Islam tgh berkembang kat Europe.

Yg aku kecewanya adalah org2 ISLAM (minority la kot) tu sendiri yg menghina ISLAM.Tgk je la filem2 kita.Contohnya SEPET, GUBRA,ANAK HALAL dan terbaru AKHIRAT. Naik loya aku. Kenapa? Pikir la sendiri! Aku cabar Yusuf Haslam dan yang seangkatan dgnnya supaya buat short film utk counter back si Wilder ni. Lawan dgn cara berhemah. :)


p/s: teringin gak tgk filem Indon, Ayat-ayat Cinta..dgn tgh hot kat sana..

Jumaat, 28 Mac 2008

Sultan Idris?

Kemelut di terengganu. Bekas MB yg lebih power dari Sultan...
sumber: harakah 28 Mac 2008

Rabu, 19 Mac 2008

SENARAI MENTERI KABINET BARU 2008

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak

JABATAN PERDANA MENTERI
Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz
Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Zaid Ibrahim
Datuk Amirsham A. Aziz

Timbalan Menteri
Datuk Mohd. Johari Baharom
Datuk Dr. Masitah Ibrahim
Datuk Hassan Malik
S.K. Devamany

KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Timbalan Menteri
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanazlah
Datuk Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri
Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak

Timbalan Menteri
Datuk Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri
Datuk Seri Syed Hamid Albar

Timbalan Menteri
Datuk Chor Chee Heung
Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri
Datuk Ong Ka Chuan

Timbalan Menteri
Datuk Robert Lau Hoi Chew
Datuk Hamzah Zainuddin

KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri
Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamad

Timbalan Menteri
Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri
Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin

Timbalan Menteri
Datuk Liew Vui Keong
Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri
Datuk Seri Dr. Rais Yatim

Timbalan Menteri
Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar

KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri
Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri
Datuk Dr. S. Subramaniam

Timbalan Menteri
Datuk Noraini Ahmad

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri
Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri
Datuk Shahrir Abdul Samad

Timbalan Menteri
Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN TENAGA AIR DAN KOMUNIKASI
Menteri
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri
Datuk Joseph Salang Anak Gandum

KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri
Dr. Wee Ka Siong
Datuk Razali Ismail

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri
Datuk Seri Khaled Nordin

Timbalan Menteri
Datuk Dr. Hou Kok Chung
Datuk Idris Haron

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri
Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri
Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri
Datuk Douglas Unggah Embas

Timbalan Menteri
Datuk Abdul Ghapur Salleh

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri
Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri
Datuk Anifah Aman

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri
Datuk Dr. Maximus @ Johnity Ongkili

Timbalan Menteri
Fadilah Yusof

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri
Datuk Seri Azalina Othman Said

Timbalan Menteri
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Menteri
Datuk Mohd. Shafie Apdal

Timbalan Menteri
Teng Boon Soon

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri
Datuk Dr. Ng Yen Yen

Timbalan Menteri
Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri
Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib

Timbalan Menteri
Tan Sri Joseph Kurup
Joseph Entulu Belaun

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri
Senator A. Kohilan Pillay

KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri
Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri
Datuk Seri Zulhasnan Rafique

Timbalan Menteri
Datuk M. Saravanan

Dipetik daripada Utusan Online 18 Mac 2008

Khamis, 13 Mac 2008

WAJAH BARU MALAYSIA AFTER PRU12

keputusan mmg mengejutkan bkn kpd pihak pembangkang,tapi yg terkena tamparan yg paling hebat ialah BN.5 negeri hilang ketangan pembangkang (BA)!
Negeri tersebut ialah KEDAH, PENANG, PERAK, SELANGOR DAN KELANTAN (menang besar lak tu). By right WILAYAH PERSEKUTUAN pun dah lepas ke tangan pembangkang.

mmg aku dah agak.masa kempen pi tuju semuanya ke kelantan. konon nak dpt balik kelantan, sekarang apa jadi. Bukan nak rampas 1 negeri, rupanya hilang 4 lagi negeri yg lain.Pak pandir moden tul la...

Org2 BN kena la muhasabah diri sket lepas ni kot. Hari ahad (9 mac 2008) mmg hari yang berbeza bagi aku. Aku yg atas pagar (AP) ni mmg terasa sgt bila aku pi breakfast kat town. Org2 kuat BN mmg tak nampak ramai sgt.Kalau ada pon duk berlonggok kat meja, muka depa dah muram. Adat lah kalah kan. Tapi yg nyata muka sombong depa yg dulu tu dah berubah. Aku ni yg bukan muka UMNOPUTERA dan muka korporat (term depa) yg dulunya mcm tidak wujud, tapi now dah dianggap relevan. Depa dah pandai bersalam. Dulu kalau bersalam, muka aku mmg depa tak,pandang pun.Hampeh...Tapi start from 9 mac 2008 aku dah jadi relevan kat depa...harap2 depa berubah ke arah kebaikan. Jgn kawan org ikut bulu!

Kat lipis ni DUN Benta masih kekal En.Sofi kita, serupa gak PARLIMEN Lipis en.shahrom ..tapi majoriti dah susut. Aku jangka depa ni akan menang besar semula in the next PRU (PRU13). Dengan syarat------JANGAN SOMBONG! dan macam2 JANGAN lagi la...tak leh nak metion sini, SENSITIF sket..sbb blog ni BUKAN BLOG POLTIK, cuma catatan HARIAN aku!

Untuk BA yg jadi pemerintah kat negeri2 di atas tu, buat la keje betul2. Jgn duk kempen nak bagi adil.Bila dapat menang gila kuasa lak. Bawa la byk lagi perubahan kearah yg lebih cemerlang. Manifesto yg di war2kan dulu tu, teruskan jgn separuh jalan je...Rakyat yg pilih anda..so buat la kerja utk rakyat. Bukan utk kepentingan individu tertentu shj..

Aku dan lain2 kwn aku yg bergelar pengundi AP(atas pagar) ni ntah2 berubah lak di PRU13 nanti...we are watching you..!