Peace..No War !!! I. Alhamdulillah, Aleeya dah sihat dari demam panas dia. Dia pun dah
back to normal, termasuk la sikap degilnya, nakal dan cerewet bila tiba bab makan. Bagi aku..tak kisah la. Yang penting dia tak
hyper-degil atau
hyper-nakal atau tak nak minum susu langsung.
Pagi tadi macam biasa. Selepas seminggu bercuti sekolah, mula la nak bangun tidur pun liat. Kena digerak kat 3-4 kali baru la dia bangun.Nak bawak kebilik air pun kena dukung. Nak sikat rambut pun malas. Nak buh bedak kat muka pun suruh abah dia...ish..ish..ish...Tapi takper la. Tak kisah....Bagi
chance la kat dia nak bermanja dengan abah dia...(
boleh kata setiap waktu sekolah memang aku kena siapkan dia, sebab wife aku pukul 7am dah keluar)
Bila semua dah siap, masing-masing keluar pula untuk pakai kasut. Aku yang sempoi ni pakai selipar je kerja. Biasala...kerja sendiri. Aleeya terbongkok-bongkok mencari kasut yang dah seminggu tak berusik. Bila dapat kasut dia terus duduk atas lantai padahal kat luar rumah aku tu memang aku sediakan kerusi kecil. Aku tegur dia:
Aku: Aleeya..kenapa duduk atas lantai tu, kan kotor. Kerusi dah ada tu duduk la situ..
Aleeya: Takper la...cikgu tak marah pun kakak duduk atas lantai..
Ishh..ish..ishhh...yang ni aku kisah...
II. Aleeya selalu keliru antara perkataan BANGLA dan BANGLO. Contoh ayat yang dia pernah tanya kat aku dan membuatkan aku termenung sejenak:
"Abah..masa kakak main kat taman tadi ada pakcik
BANGLO jual aiskrim.Takper kakak beli kan??"
"Wow..cantiknya rumah.Rumah
BANGLA tu sapa punya abah?"
III. Dua minggu lepas ...balik dari kerja, aku saja-saja tanya Aleeya mengenai sekolah dia. Biasala kan. Kita sebagai ibubapa ni kena prihatin juga bab-bab sekolah anak kita. Kalau kita taknak tanya bab pelajaran, kita tanya pasal kawan-kawan dia. Kita kena tau juga dengan siapa anak kita berkawan baik.
Aku: Aleeya...kat sekolah tu kakak ada kawan baik tak?
Aleeya: Ada...
Aku: Siapa nama dia??
Aleeya:
Danish Awang Teh..
Aku: Betul ke nama dia cam tu?? Zaman ni mana ada nama budak Awang Teh.. .(aku gelak)
Keesokannya semasa aku hantar Aleeya ke sekolah, aku suruh dia tunjukkan nama kawan baik yang dia sebut tu. Aku terus panggil budak tu dan bertanya.
Aku: Adik..nama penuh adik apa??
Budak: Nama penuh saya
Danish Awanif bin Kamarudin...
Aku: Oooo....ok...kahkahkah...aku gelak dalam hati je la...
Macamana Aleeya boleh tertukar
Awanif dengan
Awang Teh...jauh bebeno tu..