Rabu, 6 Mei 2009

edisi tidur

Masa kecil-kecil dulu aku memang lasak masa tidur. Kenapa aku berkata begitu? Aku bukan perasan pun masa tidur. Kalau perasan bukan tidur lah namanya kan? Tabiat tidur lasak ni aku ketahui kewujudannya semenjak aku jatuh katil beberapa kali. Aduhhh!!!  Adik-beradik aku yang lain sedap-sedap layan mimpi, aku pulak mengurut-ngurut bontot aku bagi menghilangkan sakit.Tapi takde lah cedera parah.Setakat sengal-sengal otot je.Mimpi ngeri!!

Adik-beradik aku tak tau. Tabiat lasak sehingga menyebabkan aku jatuh katil masih dirahsiakan sehingga ke hari ini. Berpuluh-puluh tahun punya rahsia aku simpan! Biasalah...lelaki macho dan kacak.Mana boleh cerita kelemahannya. Hahaha!

Bila dah jadi pemuda (baca:tua) ni penyakit lasak dah takde. Pandai adjust posisi tidur. Kalau aku lasak pun silap-silap dah kena tegur. Tapi setakat ni belum ada lagi teguran kes lasak. Yang ada cuma laporan  kes dengkuran yang berkapasiti tinggi. Kesian kat bini aku. Macam-macam cara aku cuba nak kurangkan dengkuran. Mengiring dah. Meniarap dah. Letak bantal tinggi pun dah. Cuma menonggeng je belum cuba.Tak juga boleh hilangkan dengkur. Tapi beberapa bulan lepas aku ada beli alat untuk mengurangkan dengkur. Breath Easy namanya. Bukan breast easy ye! Sebut elok-elok. Bila pakai alat tu dengkuran dapat dikurangkan sebanyak 80% (menurut kata bini aku). Legaaaa! Selesai satu kes!

Anak perempuan aku pulak suatu ketika dulu suka sangat mengigau masa tidur. Aku pun pernah cerita pasal kes mengigau anak aku ni didalam entri yang lepas. Antaranya ialah menyebut empat nombor. Nasib baik aku bukan kaki nombor ekor. Haha! Bila dia dah semakin besar ni tabiat mengigaunya dah berkurangan. Kurang sebanyak 90% gak la. Banyak improvement dia. Sesuatu yang boleh dibanggakan. Legaaa! Selesai lagi satu kes!

Sekarang Aleeya dah bertukar "karier" waktu tidur. Walaupun mengigaunya dah banyak berkurangan, tabiat baru pula timbul. Dia tidur terlalu lasak. Kalau dia tidur disebelah aku, memang aku kena makan penerajang dia la jawabnya. Aku kena sentiasa berwaspada selalu. Berhati-hati ketika tidur. Malam semalam pun begitu. Lasak yang amat anak dara aku yang seorang ni. Bila bangun pagi tadi aku tengok dia dah bertukar posisi. Kaki dia kat sebelah muka aku. Muka dia pulak kat sebelah kaki aku. Lepas tu aku tengok sarung bantal boleh terbuka. Masa bila dia buka sarung bantal tu pun aku tak tau lah.Lasak sungguh anak aku ni. Ikut perangai siapa la agaknya?

Kamu juga mesti tidur lasak atau berdengkur kan?

24 ulasan:

blackpurple @ jowopinter berkata...

Aleeya. Itu bukan kira lasak tu bro'. Itu dah hampir2 tahap brutal tu. Hehehe!

INTAN berkata...

aku yakin aku x dengkur.....tp dengar2 gosip kata aku tido jenis kancing gigi ...tp bkn slalu..kadang kadang...tp aku anggap tu semua gosip liar yg nk jatuhkan populariti aku...wakkakakak

benludin berkata...

jowopinter,
pengaruh Hulk kot..hehe

INTAN,
cuba tanya laki hang? ntah2 dia saja taknak report sbb nak jaga hati chenta manis dia ..hehe

INTAN berkata...

yg ckp kancing gg tu pun dia lew...ati ini telah terluka...hehehe

benludin berkata...

ala..malam ni ubat ler hati tu..haha

INTAN berkata...

nk kena g klinik le pulak ambik ubat...ngeh3

INTAN RH berkata...

Kuah klu tak tumpah kat nasi, takkan nak bagi kuceng hirup kan...hehe

Purple Crayon berkata...

satu lagi edisi, tidur kalau bom jatuh tepi telinga pun tetap kontrol macho (tidur mati) hehehe.

benludin berkata...

INTAN RH,
ermmm...itu yg tgh pikir tu..haha

purple,
mati katak namanya tu

Tanpa Nama berkata...

bangun pagi tengok kaki aleeya kat muka encik dan muka dia kat kaki encek ?

errr..cuba encek cek balik..aleeya yang tido lasak atau encek sendiri yang kembali lasak masa tido.

cek balik encek..cek balik..

-kaca-

benludin berkata...

hahaha kaca...sah aleeya ler...ada aku amik gambo sebagai bukti..nanti nak tunjuk kat dia

Purple Crayon berkata...

hehehe...masa kat hostel dulu ada latihan untuk mengahadapi kebakaran.jenuh aku dan kwn2 kejutkan sorang ni tetap tak bangun2.last2 tinggalkan dia.kalau betul2 kebakaran alamatla jadi ayam panggang.

kulupSakah berkata...

kecik2 dulu gua tidur ngetap2 gigi..kata mak gua..

sekarang tak dah..gua ngetap-ngetap kat lobang angin bawah pulak..

lanterajiwa berkata...

nasib lagi baik tak de yang sleepwalker...

Pyanhabib berkata...

ehem...lu tak lasak masa tidur? atau buat-buat lasak, misalnya?

ubilepih berkata...

Just curious nak tau camne Pak lah tidurrrrrrrrrrr!!!!!

benludin berkata...

purple,
kalau berlaku kebakaran, suh bomba pancut air kat kwn hang dulu...lepas tu baru padamkan api..haha

kulup,
hahhahaha..cam hampeh

lanterajiwa,
doa2 la jangan...bahya weh..hehe

pyanhabib,
gua lasak malam jumaat je

ubi,
kena tanya mentadak mentadu tu

revrie berkata...

Rasa2. Sebelum tidur dah puas lasak. Tu yang tidur sekarang tak lasak dah. Idak?

benludin berkata...

revrie,
dah tua ni cool...buang tabiat la kalau tua2 tido lasak lagi..hehe

Da' daffodil D berkata...

hehe. aleeya2. goyang kaki x mase nak tdur? kalau goyang sah2 ikut keturunan cikgu alias. ngeh3

benludin berkata...

Da' daffodil D,
betul,dia goyang kaki...pandai!
awak goyang kaki gak la tu....hehe

Insan Bokoh berkata...

Ben...
Gue pernah tido pusing 360 darjah. Best siot!! Hehe..

a.b geldofg berkata...

eleh!
ko yg tk tdo pun lasak semacm je juga
hehehehe

benludin berkata...

IB,
bila tu?
semalam ke?haha

a.b,
ko pun sama...haha