Masa kecil-kecil dulu aku memang lasak masa tidur. Kenapa aku berkata begitu? Aku bukan perasan pun masa tidur. Kalau perasan bukan tidur lah namanya kan? Tabiat tidur lasak ni aku ketahui kewujudannya semenjak aku jatuh katil beberapa kali. Aduhhh!!! Adik-beradik aku yang lain sedap-sedap layan mimpi, aku pulak mengurut-ngurut bontot aku bagi menghilangkan sakit.Tapi takde lah cedera parah.Setakat sengal-sengal otot je.Mimpi ngeri!!
Adik-beradik aku tak tau. Tabiat lasak sehingga menyebabkan aku jatuh katil masih dirahsiakan sehingga ke hari ini. Berpuluh-puluh tahun punya rahsia aku simpan! Biasalah...lelaki macho dan kacak.Mana boleh cerita kelemahannya. Hahaha!
Bila dah jadi pemuda (baca:tua) ni penyakit lasak dah takde. Pandai adjust posisi tidur. Kalau aku lasak pun silap-silap dah kena tegur. Tapi setakat ni belum ada lagi teguran kes lasak. Yang ada cuma laporan kes dengkuran yang berkapasiti tinggi. Kesian kat bini aku. Macam-macam cara aku cuba nak kurangkan dengkuran. Mengiring dah. Meniarap dah. Letak bantal tinggi pun dah. Cuma menonggeng je belum cuba.Tak juga boleh hilangkan dengkur. Tapi beberapa bulan lepas aku ada beli alat untuk mengurangkan dengkur. Breath Easy namanya. Bukan breast easy ye! Sebut elok-elok. Bila pakai alat tu dengkuran dapat dikurangkan sebanyak 80% (menurut kata bini aku). Legaaaa! Selesai satu kes!
Anak perempuan aku pulak suatu ketika dulu suka sangat mengigau masa tidur. Aku pun pernah cerita pasal kes mengigau anak aku ni didalam entri yang lepas. Antaranya ialah menyebut empat nombor. Nasib baik aku bukan kaki nombor ekor. Haha! Bila dia dah semakin besar ni tabiat mengigaunya dah berkurangan. Kurang sebanyak 90% gak la. Banyak improvement dia. Sesuatu yang boleh dibanggakan. Legaaa! Selesai lagi satu kes!
Sekarang Aleeya dah bertukar "karier" waktu tidur. Walaupun mengigaunya dah banyak berkurangan, tabiat baru pula timbul. Dia tidur terlalu lasak. Kalau dia tidur disebelah aku, memang aku kena makan penerajang dia la jawabnya. Aku kena sentiasa berwaspada selalu. Berhati-hati ketika tidur. Malam semalam pun begitu. Lasak yang amat anak dara aku yang seorang ni. Bila bangun pagi tadi aku tengok dia dah bertukar posisi. Kaki dia kat sebelah muka aku. Muka dia pulak kat sebelah kaki aku. Lepas tu aku tengok sarung bantal boleh terbuka. Masa bila dia buka sarung bantal tu pun aku tak tau lah.Lasak sungguh anak aku ni. Ikut perangai siapa la agaknya?
Kamu juga mesti tidur lasak atau berdengkur kan?
24 ulasan:
Aleeya. Itu bukan kira lasak tu bro'. Itu dah hampir2 tahap brutal tu. Hehehe!
aku yakin aku x dengkur.....tp dengar2 gosip kata aku tido jenis kancing gigi ...tp bkn slalu..kadang kadang...tp aku anggap tu semua gosip liar yg nk jatuhkan populariti aku...wakkakakak
jowopinter,
pengaruh Hulk kot..hehe
INTAN,
cuba tanya laki hang? ntah2 dia saja taknak report sbb nak jaga hati chenta manis dia ..hehe
yg ckp kancing gg tu pun dia lew...ati ini telah terluka...hehehe
ala..malam ni ubat ler hati tu..haha
nk kena g klinik le pulak ambik ubat...ngeh3
Kuah klu tak tumpah kat nasi, takkan nak bagi kuceng hirup kan...hehe
satu lagi edisi, tidur kalau bom jatuh tepi telinga pun tetap kontrol macho (tidur mati) hehehe.
INTAN RH,
ermmm...itu yg tgh pikir tu..haha
purple,
mati katak namanya tu
bangun pagi tengok kaki aleeya kat muka encik dan muka dia kat kaki encek ?
errr..cuba encek cek balik..aleeya yang tido lasak atau encek sendiri yang kembali lasak masa tido.
cek balik encek..cek balik..
-kaca-
hahaha kaca...sah aleeya ler...ada aku amik gambo sebagai bukti..nanti nak tunjuk kat dia
hehehe...masa kat hostel dulu ada latihan untuk mengahadapi kebakaran.jenuh aku dan kwn2 kejutkan sorang ni tetap tak bangun2.last2 tinggalkan dia.kalau betul2 kebakaran alamatla jadi ayam panggang.
kecik2 dulu gua tidur ngetap2 gigi..kata mak gua..
sekarang tak dah..gua ngetap-ngetap kat lobang angin bawah pulak..
nasib lagi baik tak de yang sleepwalker...
ehem...lu tak lasak masa tidur? atau buat-buat lasak, misalnya?
Just curious nak tau camne Pak lah tidurrrrrrrrrrr!!!!!
purple,
kalau berlaku kebakaran, suh bomba pancut air kat kwn hang dulu...lepas tu baru padamkan api..haha
kulup,
hahhahaha..cam hampeh
lanterajiwa,
doa2 la jangan...bahya weh..hehe
pyanhabib,
gua lasak malam jumaat je
ubi,
kena tanya mentadak mentadu tu
Rasa2. Sebelum tidur dah puas lasak. Tu yang tidur sekarang tak lasak dah. Idak?
revrie,
dah tua ni cool...buang tabiat la kalau tua2 tido lasak lagi..hehe
hehe. aleeya2. goyang kaki x mase nak tdur? kalau goyang sah2 ikut keturunan cikgu alias. ngeh3
Da' daffodil D,
betul,dia goyang kaki...pandai!
awak goyang kaki gak la tu....hehe
Ben...
Gue pernah tido pusing 360 darjah. Best siot!! Hehe..
eleh!
ko yg tk tdo pun lasak semacm je juga
hehehehe
IB,
bila tu?
semalam ke?haha
a.b,
ko pun sama...haha
Catat Ulasan