Rabu, 30 Disember 2009

aku peminat disko



ada apa di langit sana? tanya sama itu john travolta
(semua imej baik punya cilok dari encik google...)

semenjak tahun 1970an lagi aku dah berkawan rapat dengan pelbagai kaum. kawan sekelas aku ada cina, ada india, ada orang asli. kami rapat. kalau berbincang pasal pelajaran kami akan duduk semeja. kalau pergi rehat ke kantin, kami akan makan semeja. kalau mencuri rambutan, kami panjat pokoknya bersama. kalau bergaduh? kami sama-sama bergaduh. cina belasah aku. aku belasah cina. sama-sama lebam. yang tak lebam kawan india aku. sebab dia jadi pemerhati jeh.tak suka bergaduh agaknya.

ye, semangat perpaduan ini telah wujud semenjak dulu lagi. cuma tidak dislogankan. sebab dulu takde pak-pak menteri yang banyak mengeluarkan slogan-slogan. sekarang ni zaman kaya slogan, banyak sangat slogan. apa yang aku faham, slogan ni banyak dipraktikkan didalam iklan-iklan. bila sesuatu produk itu mempunyai slogan yang 'catchy' maka ia mudah menarik perhatian pengguna. sebagai contoh ialah "always coca cola" - coca cola, "they're grrrreat" - frosties, "pakcik menang motor"- power root, "kopi..sehebat namanya"-kopi janda atau "probably the best lager in the world"-carlsberg... hehehhe! .

sekarang ni masalah rakyat pun banyak yang tak terjawab oleh pak-pak menteri kita kerana mereka sibuk untuk mencapai agenda masing-masing. kita sekarang ini seperti menaiki sebuah bas ekspress yang membawa penumpang ke suatu destinasi tanpa henti. terlalu laju menuju destinasi, mungkin enjin bas dah dimodifikasikan dengan enjin jet pejuang f5-e.penumpang nak berhenti berak ke, solat ke, makan-minum ke tidak akan dilayan. yang penting destinasi sampai. betul tak cakap aku? betul...kalau tak percaya tanya john travolta, idola 1malaya.

*benludin- selamat menyambut tahun baru masehi 2010 untuk kamu semua.

Isnin, 28 Disember 2009

seni itu halus


lukisan di atas adalah karya yang dihasilkan oleh anak aku yang akan masuk ke tahun satu pada 2010 ini. beliau melukis gambar adik ipar aku ketika kami berada di kampung baru-baru ini. cuba perhatikan lukisan dibahagian perut. sebijik dengan gambar asal kat atas tu. perut berlapis!!

Rabu, 23 Disember 2009

from pendang with love part iv

nasib baik takde abang polis kat tengah-tengah bendang buat 'roadblock'

sakit perut ke aleeya?

kutip batu pas tu baling kat abah dia... bagus punya irfan...

mr. lonely

ngeh..ngeh..ngeh..

kalau tengok kat tulang badan mat wau tu, mungkin beliau berpangkat sarjan.

Sabtu, 12 Disember 2009

dulu dan sekarang

semua gambar-gambar hitam putih ini aku perolehi dari kedai makan tok empat, benta. nama kedai beliau ialah restoran sedaya. tapi aku panggil restoran sedawa. kedai makan beliau bercirikan ala-ala kopitiam. banyak koleksi gambar-gambar lama yang difrem dan digantung didinding kedai beliau. selepas sarapan pagi tadi, aku sempat cilok beberapa keping gambar dari kedainya.

di entri kali ini aku bandingkan dua gambar dahulu dan sekarang. gambar-gambar lain aku ada letak diblog ini.
dulu: panggong wayang (ejaaan lama) benta pada tahun 1955. sebenarnya dah lama tema 1malaya ni wujud. kalau tengok betul-betul kat gambar tu ada melayu(menutup aurat), cina (pakai seluar pendek) dan india (budak kecik kat belakang). aku tak pasti sampai bila panggung wayang ni bertahan. tak silap aku ia sempat bertahan hingga ke hujung 1970an atau di awal 1980an kot. sebab masa tahun 1970an aku sempat lagi menonton pilem james bond 007. masa tu pelakon dia roger moore. ensem dan sering dikelilingi awek-awek cun.

harga tiket masa tu aku tak ingat berapa. bukan apa, masa aku ke panggung tu cikgu sekolah aku yang bayarkan. semua murid-murid ditajanya untuk menonton james bond. sekarang ni cikgu sekolah tak berani nak taja murid-murid dah. takut dianggap rasuah plak nanti!
sekarang: bangunan ni dah bertukar wajah menjadi dewan serbaguna. aku tak tahu apa punca ia dirobohkan. mungkin ada dua faktor. yang pertamanya pada tahun 1980an orang kampung dah kurang ke panggung wayang. masing-masing dah ada tivi warna kat rumah. faktor keduanya yang aku anggap paling tepat ialah kerana ia terletak betul-betul dihadapan masjid benta!!!
gambar di atas ni pula ialah jambatan lama benta. sekarang orang yang nak ke kelantan atau dari kelantan dah tak melalui jambatan ni. semua dah ikut jalan baru dan jambatan baru. gambar lama menunjukkan penduduk benta yang gagah dan berani bertenggek diatas jambatan ketika banjir besar pada tahun 1971 dulu.

masa aku ambil gambar jambatan tu pagi tadi aku kena marah dengan nyonya yang rumahnya betul-betul tepi jambatan tu. atas sebab aku nakkan sudut yang betul, aku terpaksa lalu di bawah jemuran kain dan seluar dalamnya. ceh!!

* perghhh..banyak maklumat dalam entri aku hari ni! haha! (jangan lupa... pi la jengok blog ini. ada lagi gambar-gambar lain)

Jumaat, 4 Disember 2009

jangan pandang belakang


SPRM: Ahmad Said bersara awal, diganti timbalannya
mungkin atas sebab berita Pengawal nampak lembaga 'Teoh' di pejabat SPRM ?

hah...sudah!! cabuttttt..!!!!

*brader kat atas tu seorang yang berani kerana tidak kecut perut ketika bergambar bersama 'teoh'...

Isnin, 30 November 2009

virus malas

aku malas nak taip entri baru. masih dalam mood cuti-cuti malaya. hari ni aku cuma copy and paste dari email yang diterima dari kawan aku yang bernama chot. chot ni dulu ada blog. tapi semenjak dah jadi boss besar ni dia dah malas memblog. beliau lebih suka menghantar entrinya kepada peti email aku. lantak hang la chot! 

kat bawah ini adalah sebahagian dari entri yang dihantar oleh chot kepada email aku. aku rasa bahan cerita ni dia pun cilok dari tempat lain. aku tau la. chot mana pandai menulis. dia pandai mengira je.

selamat membaca. saja aku nak berkongsi.


Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..
 
Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma
untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Isnin, 23 November 2009

rabak dan raban part ii

diringkaskan cerita. jumaat yang lepas adalah hari penutup atau graduasi kanak-kanak tadika. biasalah sekolah tadika, mesti ada program yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajarnya.

aku kesian kat seorang pelajar tadika tu. beliau naik ke pentas untuk bercerita dalam bahasa inggeris. bercerita dengan penuh yakin disertakan dengan lenggok dan aksi. pada masa yang sama juga para ibubapa yang hadir sibuk juga bercerita di kerusi masing-masing, berserta dengan lenggok dan gelak ketawa riang. setelah pelajar tadi selesai, hanya dua tiga orang yang bertepuk tangan. yang lain masih juga leka bercerita dengan hilai ketawa yang berdekah-dekah.

"abah... kenapa abah berdua dengan kawan abah je yang tepuk tangan bila kakak selesai bercerita?" tanya pelajar perempuan itu kepada abahnya. abahnya tak menjawab. terkedu.

setelah selesai pelajar tadi bercerita. penonton dipersembahkan pula dengan tarian dan nyanyian. berkerumunlah ibubapa ke depan pentas untuk mengambil gambar. ada yang bernyanyi bersama. ada juga yang bertepuk tangan mengikut irama lagu. bila selesai tarian dan nyanyian, mereka bertepuk tangan dengan sepenuh hati dan jiwa.

ah... raban!

*salam aidiladha dari benludin

Khamis, 19 November 2009

kong kali kong

dulu masa dia berjawatan, dia kata sesiapa yang melanggar undang-undang negara hukumnya berdosa. contohnya kalau pemandu yang memandu tanpa lesen. atau contoh kedua, kalau polis kata jangan lakukan demonstrasi jalanan tetapi para rakyat tetap berdemonstrasi, hukumnya adalah berdosa.

tetapi bila beliau tidak berjawatan, beliau pula melanggar undang-undang negara. dicabarnya semua hakim-hakim, mufti-mufti dan ulamak-ulamak.

nama beliau melonjak naik. popular satu malaya. sampai ada kelab penyokong yang terdiri dari artis-atris dan 'kakak-kakak didalam islam'.

cukup-cukuplah bertelagah. aku dah muak! bermuzakarahlah!

contohilah puan rosmah kita yang berusaha untuk mempopularkan busana muslim di benua amerika sana. beliau tak suka bergaduh. beliau anti-keganasan. beliau anti-c4. beliau suka perdamaian dan berkawan. contohilah usaha dakwah beliau terhadap michelle obama.

Selasa, 17 November 2009

rabak dan raban part i

i. sekarang memang musim orang sakit mata. selepas anak-anak aku kena, mak bapak dia orang pulak yang kena. 1famili mata merah. 1famili mata bengkak!

aku bergaya sakan dengan spek mata hitam aku. tak kira pagi, tengahari atau petang spek itam melekat kat mata. kalau boleh malam pun aku nak pakai. boleh juga 'curi-curi' tidur kat sofa. pasti anak-anak aku ingat abah dia sedang memerhatikan gelagat mereka yang bergasak. seorang jadi ultraman, yang seorang lagi jadi raksasa.

bila bersalam dengan orang pun dia orang boleh agak aku ni sakit mata. masa bersalam dia orang hulur tangan dari jauh je. macam nak taknak je bersalam.itu baru aku sakit mata. camner la kalau aku ada panau dan kurap satu badan. agaknya pasti dia orang bersalam dengan aku guna satu jari je. maklum lah musim 1malaya ni. semua nak satu! (nota: ada juga yang suka nombor empat. 4bini).

pagi semalam aku ke klinik bagi mendapatkan penawar penyakit mata aku. dapat la 'hadiah' ubat sakit mata, antibiotik dan surut bengkak. bila nak dapatkan penawar mesti ada pengeras. aku ingatkan pengerasnya dalam tigapuluh ringgit je. aku bawak duit cukup-cukup. bukan aku ni takde duit. duit banyak kat bank. tapi bukan duit aku la. duit orang!

"encik, jumlah semua tiga puluh enam ringgit.." kata tukang bagi ubat.

"aik...mahalnya! dah naik harga ke?"

"mana naik harga. dah lama harga ni. ubat encik pun banyak ni. itu pasal la mahal"

"ohh..ye ke .gini la.saya ada tigapuluh ringgit je ni. pa duit tertinggal. jap lagi saya datang semula bayar baki" aku bagi alasan.

"baiklah. jangan lupa ye encik."

aku segera meninggalkan klinik dengan muka yang merah. malu. aku memang rabak. rabak di klinik pulak tu !!!

* pa duit (loghat pahang lipis) = wallet

ii. (akan dientrikan kemudian)

**tajuk entri ini aku pinjam dari watak kartun yang dilukis oleh ubilepih

Selasa, 10 November 2009

encik bakar

the notorious encik bakar. image from utusan.

 red devils are not from manchester united, they are from  newcastle..

eat football

sleep football

Khamis, 5 November 2009

borak-borak malam jumaat

rakaman perbualan antara che guava songkok mereng bersama isteri beliau yang bernama rapidah tudung pink.

che guava: darling... jom solat isyak sama-sama..

rapidah: ala...tak boleh la bang. hari ni i cuti...

che guava: hah....cuti ? alamak.melepas pahala berjemaah... (sambil menepuk dahinya)

malam itu che guava songkok mereng tidur tak nyenyak. posisi tidurnya pun turut mereng.

Isnin, 2 November 2009

siri berbual dengan ... art fazil

art fazil dan pyanhabib

minggu lepas aku ke kl sempena pelancaran buku meor yusuf azzidin yang bertajuk 'sembang tepi jalan'. hebat-hebat belaka tetamu yang hadir pada hari itu. antaranya ialah pak samad, pyanhabib, rahmat haron, nikbinjidan, amir, gurdesh dan kawan-kawan meor yang lain. aku je yang tak hebat. gambar-gambar mereka ada di sini.

ia merupakan hari yang istimewa bukan sahaja kerana dapat menyaksikan persembahan mereka yang hebat-hebat itu tetapi juga atas kehadiran kawan lama aku, art fazil, yang sudah hampir sebelas tahun tidak bertemu (kecuali berhubung melalui ym). lama beliau merantau di london, sampai dapat title permanent resident. beliau datang bercuti ke malaya atas urusan pelancaran album terbarunya yang berjudul 'syair melayu'. kat singapura telah lama dilancarkan. cuma menunggu masa sahaja untuk dilancarkan disini.

setelah selesai program pelancaran buku meor, kami lepak di kedai mamak yang berhampiran. bercerita kisah-kisah lama ketika di perantauan dulu. diselang-selikan dengan cerita agama, tentang hidup, tentang mati, kisah buku, kisah pilem, perjuangan muzik beliau dan kisah-kisah di london yang tidak seperti dahulu.

"london tak macam dulu. sepuluh tahun dulu kita bebas untuk bekerja walaupun tanpa permit. dulu kalau pelajar kerja di restoran jadi tukang cuci pinggan pun masih rasa selamat. takde pihak imegresen nak kacau. tapi sekarang dah lain. pihak imegresen sering buat pemantauan. silap-silap kena tangkap lepas tu kena hantar balik ke malaya. habis!!"

"kenapa jadi macam tu ye?" aku bertanya

"salah satu sebabnya ialah selepas peristiwa 911 dan london bombing. selain dari itu pendatang asing pun dah terlalu ramai. macam-macam warganegara dah ada. termasuklah bapok-bapok dari malaya. dia orang pun dah pandai buat duit kat sana"

"eh ye ke art?. pe ke jadah bapok pi ke sana?"

"ye la...currency sini lebih tinggi. sekali jual dapat tujuh kali ganda dari pendapatan di malaya per.."

hahaha...kami gelak.

"bukan tu je ben. suasana kawan-kawan pun dah lain. tak macam dulu. dulu kalau petang-petang kita rajin turun padang main bola. tak pun pi lepak mana-mana sambil tengok wayang. tapi sekarang kawan macam tu dah takde."

"sebab apa jadi macam tu? pelajar malaya dah tak ramai ke?"

"bukan. dia orang bawak budaya di malaya ke london"

"ish...elok la tu. budaya melayu" tambah aku.

"ceh...budaya melayu apa. melayu bila datang sini lebih mat salleh dari mat salleh sendiri. dia orang bawak budaya clubbing la. mat salleh selalu pi clubbing hujung minggu je. tapi orang kita tiap-tiap malam pi clubbing."

hahaha...kami gelak lagi.

setelah hampir dua jam kami berbual, kami berempat termasuk ubilepih dan pyanhabib berjalan pulang. kami berpecah di hentian masjid jamek. art fazil menuju ke masjid jamek untuk menunaikan solat maghrib. sementara kami pula meneruskan perjalanan ke restoran mualaf di melawati. lepas makan, kami bersolat di surau restoran tersebut.

art....semoga bertemu lagi. ucapan tahniah kepada kamu kerana berjaya menunaikan haji beberapa tahun yang lalu. alhamdulillah. lu memang hebat la tuan haji art fazil....haha..

*makan-makan di restoran mualaf memang sedap. ditambah pula dengan petai yang dibawa khas oleh akiart. ya...toilet restoran mualaf sudah berbau petai!! hahaha!

Khamis, 29 Oktober 2009

Isnin, 26 Oktober 2009

salasilah keluarga

salasilah keluarga yang dilakarkan oleh arwah aki aku pada dua helai kertas minyak. abang aku terjumpa ketika mengemas buku-buku kepunyaan arwah di kampung temau, raub.

kakak aku dulu pernah mencadangkan beberapa kali kepada arwah aki supaya melakarkan salasilah keluarga kami. semasa hayatnya kami tidak berpeluang melihat hasil kerjanya. rupa-rupanya arwah melakarkannya secara senyap-senyap. hasilnya kami temui setelah hampir lima tahun beliau meninggalkan dunia ini. alfatihah untuk aki.

aku puas tenung. beliakkan mata. dekatkan mata. sepetkan mata. tetapi aku masih gagal membacanya. mungkin tulisan jawi tersebut terlalu halus atau ia adalah ejaan lama. atau mungkin juga aku kena pakai spek berkanta tebal ala gogle yang digunakan untuk scuba diving! (nota: alasan).

* tugasan untuk kamu. cuba lihat gambar pertama. nama teratas sekali tak silap aku ialah 'sutan asbak laut selengkar alam' ?

Jumaat, 23 Oktober 2009

salam jumaat dari che guava

tadi terjumpa che guava rakan baik don songkok. che guava adalah seorang pejuang totok sebuah pertubuhan songkok mereng yang berkeramat tu. aku malas nak cerita pasal perjuangan beliau. aku lebih tertarik dengan apa yang diperkatakan kepada aku pagi tadi.

"aku rasa la masjid kampung kita akan penuh dengan jemaah untuk menunaikan solat jumaat tengahari ni. ramai dah sedar dan mengambil iktibar dari peristiwa sejadah berdiri. mungkin ia adalah petunjuk dari allah s.w.t. kita patut malu kat sejadah. ramai dari kita tak menunaikan solat, tapi sejadah bersolat. betul tak ben?"

"entah la che... kalau aku tak solat, aku lebih malu kat allah bukan sejadah."

* jawapan aku ringkas aja kat che guava. aku tak berani nak komen sangat hal-hal begini. tapi kalau kamu nak baca pandangan seorang ustaz, sila klik sini.

* che guava tidak ada talian persaudaraan dengan che guevara. che guava dilahirkan di kampung lubuk hik, pahang. che guevara pula dilahirkan di argentina sana.

foto: sejadah aku pun berdiri. kopiah tu dia pinjam ubilepih punya.

sms baru masuk dari seorang peminat karpet: "lepas solat jumaat nanti , kalau takde org, wa nak diri sejadah banyak2. ha!"

Rabu, 21 Oktober 2009

cinema paradiso

bayangkan yusuf haslam, razak mohaideen atau ahmad idham hidup di era 60an dan mengarah banyak pilem-pilem seperti sembilu, anak mami atau impak maksima ketika itu.

bayangkan pula p.ramlee hidup di era sekarang dan mengarah pilem-pilemnya seperti bujang lapok, ibu mertuaku atau hang tuah.

adakah pilem-pilem yusuf haslam, razak mohaideen atau ahmad idham akan menjadi evergreen sehingga ke hari ini?

adakah kita pula akan berkata "ah... bosannya pilem p.ramlee ni.lawak bodoh. takde idea. dia suka tiru pilem razak mohaideen la tu !"

"berapa senang beta punya hati, betalah yang digelarkan setan aminurrasyid"

"bukan setan, syaitannn. SULTAN!"

Isnin, 19 Oktober 2009

open minded

semalam terjumpa don songkok kat pekan koboi. berjalan dengan penuh gaya. terhenjut-henjut. mentang-mentang lah hensem.pakai seluar jeans. berbaju kemeja petak. songok tak tinggal. bila nampak aku dari jauh lagi dia dah tersenyum. aku pun senyum sambil berjalan ke arah beliau.

"wah!. ensem ari ni don!"

"terimakasih ben. aku biasalah. masa keje ensem. masa luar keje pun kena jaga keterampilan diri supaya modal insan yang diwar-warkan oleh pemimpin kita dulu tercapai." kata don songok sambil tersenyum sinis.

"bagus la. bukan senang nak dapat anak muda yang bersikap macam kamu ni." aku membodek.

"pemuda alaf baru. semangat perjuangan pun kena sunguh-sungguh kalau nak berjaya."

"betul tu. kamu ni ensem-ensem ni pasti ramai awek kan don?"

"hehe...biasalah tu ben. orang bujang."

"dah la ramai awek. seorang yang terbuka pulak tu kan?"

"bila ramai awek ni secara otomatik juga aku seorang yang open minded beb! tapi kamu ni pandai juga teka yang aku ni jenis open minded ye. ilmu apa kamu pakai?"

"eh... mana ada ilmu-ilmu nye don. aku bukan cerita pasal open minded. aku cuma nak bagi tau yang zip seluar kamu tu terbuka!"

"cehh!" don lantas menyeluk sakunya bagi mencari syiling 30sen untuk ke tandas.

*cerita diatas hanya rekaan semata-mata. kalau betul pun hanya 0.05% sahaja. idea cerita aku perolehi ketika menonton pilem tamil petang semalam.

Sabtu, 17 Oktober 2009

dari rakyat untuk rakyat

i. selamat hari deepavali untuk muthusamy karupiah dan rakan-rakan.



ii. mawi dan siti- tolong ketepi-anak mudah dah bosan.

Ini sebuah album yang merakamkan bunyi, suara, gendang, bangsi, puisi, lagu dan nada perjuangan rakyat.

Sepuluh buah lagu dalam Album ini dilahirkan dari pengalaman seniman yang bertempur sebaris dalam angkatan rakyat.

Album ini diisi dengan bunyi akta zalim ISA – suara YB yang korup - dan laungan untuk bersama berani turun ke jalan raya. Juga di puisikan kembali pembunuhan Memali. Semua lagu-lagu digubah , dimusik dan dinyanyikan oleh Meor Yusof Aziddin.

Hanya sebuah lagu tentang pejuang kemerdekaan : Shamsiah Fakeh yang dimerdu dan dilunakkan oleh gadis cun : Mlle Mei Chen.

Lirik lirik ditulis oleh perbagai bentuk jenis manusia dari Rahmat Haron, Amin Iskandar, Amir Hamzah, Pyanhabib, Isham Rais, Abdullah Jones dan Ubilepeh.

Susuk yang dipanggil Meor ini bukan orang baru dalam dunia seni. Di zaman gempaq reformasi dahulu – ramai penyanyi genre bodek telah kecut telo – tetapi anak muda si Meor ini telah mara ke hadapan dengan gitarnya untuk mendendang dan menyemarakan api reformasi di jalan jalan.

Justeru album Dari rakyat Untuk Rakyat ini telah mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan lagu-lagu bergenre bodek, lagu merewang-merewang atau lagu jantan bodoh menangis ditinggal kekaseh.

Album ini adalah dalam tradisi Paris Commune 1871 – dimana para pejuang – para communard - setelah hangat bertempur akan berehat dengan suara nyanyian, gesekan biola dan tiupan bangsi para revolusineer untuk bangun bersemangat kembali agar dapat bertemur di keesokan hari.

Kalau Internationale lahirkan oleh Eugène Pottier di Paris Commune pada June 1871 – maka Dari Rakyat Untuk Rakyat ini dilahirkan dari pertempuran reformasi semenjak tahun 1998.

Anak muda yang mengakui dirinya anak muda wajib memiliki album ini. Hanya anak anak muda yang telah dituakan tidak perlu mencium atau mendengar dendang-dendang dari album ini.Para revolusineer yang ingin mengubah dunia album ini adalah teman bersantai. Untuk para reformis album ini adalah tanda setia terhadap perjuangan.

Untuk mereka yang berani mengakui diri sebagai susuk berseni maka album ini adalah passport dan kad pengenalan diri.

sumber: TT

numero uno


1dunia
1rantau
1malaya
1harapan
1melayu
1tandas...

Rabu, 14 Oktober 2009

baju bundle

gambar dari google

zaman aku belasan tahun dulu memang gemar memakai baju bundle. tak kira lah samada t-shirt ataupun seluar. masa dulu perniagaan bundle ni tak semeriah sekarang. kalau di kl, gerai bundle banyak didapati di area chow kit. tetapi sekarang di ceruk-ceruk kampung seperti kawasan felda sungai koyan pun dah ada dua tiga buah kedai bundle ni.

kebanyakan gerai-gerai bundle dulu hanya menjual pakaian seperti baju dan seluar yang made in usa sahaja. tetapi sekarang macam-macam ada termasuk kasut, tali pinggang dan seluar dalam. made in japan pun ada.

aku sukakan baju bundle ni bukan apa. design dia memang unik/rare. takde baju yang pelanduk dua serupa punya. tak akan jadi kes pakai baju boria dengan rakan sekuliah.

aku teringatkan satu design t-shirt bundle kegemaran aku yang mempunyai gambar burung unta (ostrich) seperti di atas tu. gambar burung tu seekor je. t-shirtnya labuh dan kalau nak pakai kena masuk kedalam seluar (tight-in). dah baju tu made in usa. saiz ikut orang amerika le kan. kain pun cantik lagi. jahitan kemas. aku suka dan terus beli. pakai boleh kata hari-hari. dah bau busuk sangat baru aku basuh (sebenarnya rendam dengan air sabun je).

bila aku pakai baju tu memang kebanyakan orang yang selisih dengan aku mesti jeling-jeling punya. mungkin tertarik dengan design baju tu kot.

ada satu ketika tu aku pakai baju kesayangan aku tu untuk melaram ke central market. masa dulu aku selalu lepak kat tingkat atas cm. kalau dulu lepak kat cm ni memang in-trend lah. kalau balik kampung cerita kat kawan-kawan mesti dia orang ternganga punya. biasalah...zaman battle of the band, cm ni lah jadi port lepak mat-mat rock selain kota raya dan puduraya.

kat tingkat atas cm banyak gerai makan. awek yang jaga gerai makan pun comel-comel belaka. masa nak pesan makanan aku pun berjalan ala-ala mat rock. jalan kena kengkang sket, bukan apa seluar ketat! aku tengok awek gerai tu senyum-senyum kat aku. wah!! awek ni suka kat mat rock. bila sampai kat gerai tu awek tu tanya " bang..lawar t-shirt". aku jawab dengan cool "woooho ... terimakasih dik. amerika mari t-shirt ni". kemudian dia tanya lagi " bang...kepala burung tu kat mana??".

opsss...baru aku perasan. rupa-rupanya kepala burung unta tu 'dalam seluar' aku. aku pun terus buat pesanan tanpa menjawab pertanyaan awek tadi. "dik...bungkus teh ais satu ye. cepat sikit. nak ke bus stand klang nih. takut terlepas bas!"-(lagipun takkan aku nak jawab "ooo...kepala dia ada dlm seluar aku").

lepas bayar aku terus blah. tak ke bus stand kelang. tapi ke kedai apek dekat cm tu jeh. cari baju pagoda. baju pagoda lagi rock!

Ahad, 11 Oktober 2009

good luck bro...

keputusan poll dari mstar pada 10 oktober 2009.

kalau mata kamu rabun, soalannya berbunyi begini:
" Adakah pemilihan Tan Sri Isa Samad sebagai calon beri peluang kemenangan BN di DUN Bagan Pinang? "

keputusan prk: bro isa samad menang.tahniah untuk rakyat bagan pinang. kerjasama antara rakyat dan yb baru kamu bagai pinang dibelah dua.

Khamis, 8 Oktober 2009

apa khabar pendekar mustar

anak didik pendekar mustar indon beraksi dengan teknik tolak pintu.
sumber gambar:email

pendekar mustar indon mau ganyang malaya!!
INDONESIA’S Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) plans to wage war with Malaysia for all our misdeeds — from abusing maids and culture thefts. Its coordinator Mustar Bona Ventura promised that a 1,500 strong-army with sharpened bamboo would be crossing our borders and landing on our beaches today. sumber: NST

"BENDERA telah menyusupkan 10 orang relawan ke Malaysia untuk melakukan aksi intelijen" . Tugas mereka adalah melakukan aksi intelijen guna megukur kekuatan sekaligus kelemahan pihak Malaysia yang dianggapnya sebagai musuh. sumber:beritakota

1malaya 'ganyang' padang...
"Malaysia menghantar tiga bentuk bantuan kemanusiaan kepada mangsa musibah gempa bumi yang melanda Padang, Sumatera Barat yang sehingga kini mengorbankan hampir 1,000 nyawa dan memusnahkan harta benda..." utusan 8okt2009

tahniah kepada pendekar mustar bonaventura. semoga beliau dan konco-konconya berjaya memasuki malaya. dan aku juga doakan supaya beliau memperolehi pekerjaan tetap di malaya nanti. kat pekan koboi aku ni pun banyak kerja kosong terutama di kedai mamak yang tengah meletup sekarang nih. kalau tak mau kerja kamu boleh berniaga bakso disini. pasti tip-top!!! pasti boom boom shakalak!!

tapi kalau kamu mahu buka gelanggang silat kami tidak benarkan. kerana kami sudah ada guru silat kami yang tersohor di 1malaya... the original pendekar mustar !!

ada berani mau lawan pendekar mustar malaya???

ini pendekar mustar dlm pilem p.ramlee

Jumaat, 2 Oktober 2009

from pendang with love part iii

khutbah solat aidilfitri tahun ini agak mengecewakan aku. bukan kerana aku tak suka, tetapi ini adalah kerana imam 'pojaan hatiku', ustaz kazeem alias tidak muncul. mungkin tahun ini beliau beraya di perak. harap-harap tahun hadapan umur aku dan ustaz kazeem dipanjangkan lagi dan kami boleh 'bersua' ketika sesi khutbah raya.

kekecewaan aku agak terubat apabila sekembalinya aku dari solat aidilfitri, aku terbaca sistem pesanan ringkas di telefon bimbit adik ipar aku, ikram, bersama dengan teman sekolahnya.

berikut adalah rakaman sistem pesanan ringkas antara adik ipar aku dengan kekasih gelapnya yang bernama "teah"...

teah: ikram mf kn teah ikram. Teah dh ada pkwe. jdi ikram jgn cri teah lg. Kte putus.

IKRAM : sbenrnya aku tak prnh memaksa cnta drimu...aku sdr dan mengrti...akulah yg brdosa menemui cnta di htimu...maafkan aku...aku yg sharusnya m'mnta maaf...cntku pdamu tdk mnjanjikn apa-apa kbhagiaan...lbh baik jika kita skadar kwn biasa dan tdk lbh dri utk itu...tdk lbh dri itu...selembar kashmu ini racun brduri...mngkn htiku bisa brdrh...jgn kau beri lg itu pdaku

tu dia weh. aku boleh belajar ayat-ayat puitis dari adik ipar aku cam ni.

kemuncak kegembiraan aku bertambah bila terdengar perbualan antara ayahnya(pak mertua aku) dengan beliau:

ayah: ikram...pinjam pensil atau pen hang sat..

ikram: takde la abah..

ayah : haihh...pi sekolah tak menulis ka?

ikram: cek tak amik nota. cek dengar je cikgu mengajar...

biodata ikram:

umur: 13 tahun

pilem kegemaran: bohsia, rempit, evolusi kl drift, gerak khas the movie

kumpulan muzik kegemaran: amok, jinbara, tomok, xpdc

subjek kegemaran: pendidikan jasmani

hobi : main mercun bola bermula 1 ramadhan hingga 3 syawal

Isnin, 28 September 2009

salam 1malaya

kisah benar ini berlaku pada 15 ramadhan dahulu. didapati segerombolan kanak-kanak berusia diantara 30 hingga 45 tahun telah diserbu oleh pihak jabatan agama pekan koboi ini kerana didapati tidak berpuasa dan berjudi. pusat mereka menjamu selera ialah di sebuah bangunan politik pihak gerombolan.

kesemuanya merebas lari meninggalkan pusat berbuka puasa mereka sehingga ada yang melarikan diri ke dalam kawasan kuil hindu berhampiran bersama-sama beg plastik berisi air minuman. mereka seronok kerana mereka mendapat perlindungan dari lord siva dan lord murugan. (sekarang mereka telah sedar dan insaf atas apa yang telah dilakukan oleh rakan-rakan mereka yang menghina kepala lembu tempohari. perbuatan itu adalah satu kesalahan yang amat dikesali dan ia bertentangan dengan konsep 1malaya).

kes ini telah mengundang campurtangan 'yang berkuasa' dimana dia meminta jasa baik wartawan supaya tidak mewar-warkan kejadian ini didalam akhbar kerana "mereka itu adalah orang-orang kita belaka". namun ia dibalas oleh wartawan dengan berkata "dia orang bukan orang saya. orang saya berpuasa dibulan ramadhan ni".

*merebas=bertempiaran

Jumaat, 25 September 2009

atok power

semasa dalam perjalanan balik beraya ke kedah khamis lepas, aku melalui pekan simpang pulai dan ternampak satu iklan menarik

"LEMANG ATOK PANAS SEDAP"

Ahad, 20 September 2009

1syawal

ye!!! ye!!!
hari ni raya!!!
takbir aidilfitri di makkah

Rabu, 16 September 2009

26ramadhan

v.velu adik s.vellu

*sebelum aku mulakan cerita aku untuk entri kali ini, aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua rakan-rakan. terimakasih atas kunjungan dan sokongan kamu semua. aku juga ingin memohon maaf kalau ada kata-kata atau tulisan yang menyinggung perasaan kamu semua samada secara sengaja atau tidak sengaja. maaf zahir dan batin.*

ok...teruskan dengan cerita hari ini. aku nak cerita sikit lah pasal idola aku. kalau nak tau idola hero tamil aku bernama vadivellu. dekat nak sama dengan idola hero tamil aku di malaya iaitu samy vellu. vadivellu ni adalah pak lawak dalam filem tamil. kalau dia muncul je pasti aku gelak. gaya wajah dia ni memang nampak ganas tapi kelam kabut. kalau pilem orang putih tu macam ben stiller la. muka sombong macam bagus, tapi lawak. contoh pelakon melayu? errmm..belum ada dalam list aku lagi. maaf..

begitu juga dengan samy vellu. muka ala-ala brutal ayu. tapi bila dia bercakap dengan pemberita pasti ada sahaja ayat-ayat yang menggelikan hati aku. aku tak berapa ingat sangat apa jasa samy vellu ni semasa memegang jawatan dalam kabinet. tetapi apa yang diucapkan aku pasti ingat hingga ke hari ni. ada banyak quotation dulu-dulu yang menjadi bahan lawak rakan-rakan aku. silap-silap 1malaya pun tau atau pernah dengar quotation lawaknya. cuma kesahihannya tidaklah diketahui. samada ia benar-benar perkataan yang keluar dari mulut samy vellu atau rekaan semata-mata.

aku rasa entri ni agak panjang sebab nak menceritakan perihal quotation samy vellu ni. paham-paham je la pilem tamil tiga jam kamu boleh layan. takkan entri aku yang ini kamu tak boleh layan. haha!

takper. aku pendekkan cerita. antara quotation terbaru yang aku jumpa ialah ketika persidangan mic baru-baru nih. semuanya aku jumpa ketika membaca akhbar. kalau aku kata aku dengar masa persidangan mic nampak sangatlah aku ni kelentong. aku mana paham cakap tamil!

sebelum tu. ini kata najib semasa ucapan perasmian persidangan mic yang disiarkan secara langsung di astro awani:

"..dengan rasa sukacitanya saya merasmikan persidangan mic kali ke-... ini...assalamualaikummmmmm.." dengan bangganya najib bagi salam kat orang-orang mic.

ok.tinggalkan najib. aku nak senaraikan quotation/petikan akhbar yang kena mengena dengan samy vellu. kena baca dengan lenggok bahasa tami. nak lagi berkesan makan sirih ketika bercakap. pasti menjadi lenggok dia:

i. seorang perwakilan marah kat samy vellu kerana telah menghantar kad hari lahir kepada seorang pemimpin cawangan yang telahpun meninggal dunia empat tahun lalu.

ii. " ketika masa saya (ahli parlimen), mereka kata rakyat menyampah dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi bn. mereka bukan menyampah dengan saya. mereka menyampah dengan bn" katanya yang gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen sungai siput dalam pilihanraya tahun lalu.

iii. samy vellu kecewa kerana ada ahlinya menyarankan supaya mic mengalungkan selipar pada potret tun mahathir.

iv. "saya tidak mahu samseng menerajui mic. itu pasal lah saya masih mahu memegang jawatan tertinggi dalam ini parti." alasan samy vellu ketika tidak maha melepaskan jawatan tertinggi dalam mic.

haha...macam-macam samy vellu dan mic. kat bawah ini pula ialah quotation dulu-dulu yang aku tidak berapa pasti kesahihannya:

a. “ hari ini kirim, semalam sampai”- (semalam = satu malam)

b. ketika ditemuramah oleh stesen tivi atas kesilapannya, dia berkata "kemaluan saya besar.."

c. samy vellu berkata dalam satu ceramah “kita akan bina satujambatan untuk orang-orang kampong disini”, kemudian seorang pakcik bertanya, “datuk, sini takde sungai, buat apa bina
jambatan?” dan kemudian dengan bangganya samy vellu balas,"kalau takdesungai, kita bina sungai!”

d. semasa krisis bekalan air “semua orangdiminta jangan membuang aiyerr..!”

e. ketika ucapan permulaan di satu upacara rasmi kerajaan “…selamat datang saudara-mara semua..” (sepatut nya saudara-saudari)

f. ketika opening ceremony “mempersilakan datin paduka rafidah aziz naik ke pentas utk membuka kain”...

g. ketika kes al-arqam hangat di malaya "saya gembira bahawa didapati tiada pemuda mic terlibat dalam kes arqam.." kata samy vellu sambil membelakan ramosnya...

h. "saya berasa bangga dapat melihat pusat-pusat jururawat yang cantik-cantik." ketika merasmikan pusat latihan jururawat...

i. "saya tidak setuju dan menentang sekeras2nya tuduhan pas yang memanggil kami kapir ..."

-banyak lagi quotation atau lawak-lawak mengenai samy vellu. aku tak berapa ingat. takperla, sekurang-kurangnya kita ada sesuatu bagi memperingati samy vellu a.k.a the boss...!!!

அருள் மழை பொழி...வாய்... ரஹ்மானே!!
subtitle: hey... hey.. heyy.. misterrrr...berhati-hati dijalanraya!!

vanakammmm!!

*seperti hari raya yang lepas-lepas, pilem tamil akan ditayangkan di kaca tivi rumah anda. sebelum pilem tamil ini ditayangkan ditivi elok kamu saksikan trailernya di paradise theater.

*ini bukan promosi "pilem tamil dipersada dunia". harap maklum

*entri panjang untuk cover cuti raya...haha

Selasa, 15 September 2009

25ramadhan


dodol budu!!!

pernah makan dodol? pernah dengar dodol budu?

jangan salah faham. bukan dodol ini dibancuh dengan budu. tetapi budu disini bermakna kampung budu iaitu lokasi dodol ini diproses.dodol ini dibuat dengan gula kabung tempatan.

pengusaha dodol ini adalah bekas ustazah aku semasa disekolah rendah dulu. dia rajin pulas telinga aku sebab tak pandai baca alif ba ta masa aku darjah satu. masa aku darjah enam pulak dia libas rotan kat bontot aku sebab aku tak hafal doa qunut. maaf. selingan je.

ustazah habibah kata dodol buatannya dah banyak terjual seantero malaya. memang terjamin sedapnya. sesuai benarlah kalau nak hidang masa raya ni.

kalau kamu semua berminat untuk merasa dodol budu sila lah membuat tempahan dengan cara menghubungi ustazah habibah seperti terpampang kat papan iklan tu. kalau rajin datang sendiri ke kambung budu. boleh tengok ustazah bancuh dodol. dengar cerita dia kacau dodol guna mesin. canggih ustazah la ni. moderen, kata rakyat yang nak ganyang malaya tu...

kalau dah datang ke budu, jangan lupa jalan-jalan ke kampung lubuk hik atau kampung chat. tak jauh sangat dah. istimewanya orang kampung tu selalu ada hicup (sedu) atau suka mengecat..haha

*ustazah habibah akan bagi komisen dodol kat aku atas iklan ini.

Isnin, 14 September 2009

24ramadhan


BERBESAR HATI LAH HENDAKNYA

dia seniman
dia pelukis
dia kartonis
dia reformis
dia suami
dia ayah
dia kawan baik pyan habib

setiap kali kau akan ditemui dia di jalan raya
setiap kali ada tunjuk persaaan
kau akan temui anak isteri dan dia

setiap kali kau lihat si lelaki mendorong kereta sorong membawa anak adalah dia

hari ini dua anaknya terlantar di hospital

nota:

layarilah blog:kulupsakah.blogspot.com
atau
akuoku.blogspot.com

sila masukkan bantuan keewangan ke akaun:Maybank 1620 2136 3678 Raja Rohaisham binti Raja Muhaiddin.

sila berhubung untuk memberi bantuan :016-2525597 atau email ke oku_aku@yahoo.com

dipetik dari blog TT

*rakanku kulupsakah-kami doakan supaya anak kamu cepat sembuh dan sihat seperti sediakala....amin..

Sabtu, 12 September 2009

22ramadhan

KUALA LUMPUR: Mahathir cedera di belakang kepala akibat dilibas parang oleh perompak di hadapan rumah ibu tiri isterinya di Taman Melawati, Hulu Klang Jumaat.

berita lanjut sila klik disini.

*semoga Mahathir cepat sembuh dan kembali bertugas.

Khamis, 10 September 2009

20ramadhan

SPECIAL OFFER !!
ganjaran ini datang setahun sekali....
tawaran ini tidak boleh diperolehi di gedung-gedung membeli belah atau pasar ramadhan...
hanya satu malam yang terpilih di akhir ramadhan ini...
malam ini adalah yang terbaik dari seribu bulan untuk beribadat...
diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah...
rebutlah peluang keemasan ini!!
terimakasih Ya Allah... Allahuakbar!

سُوۡرَةُ القَدر
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ (١) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ (٢) لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬ (٣) تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيہَا بِإِذۡنِ رَبِّہِم مِّن كُلِّ أَمۡرٍ۬ (٤) سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ (٥)

Al-Qadr
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! / (5)

*elok juga kita baca artikel yang ditulis oleh ustaz zaharudin bertajuk 'beberapa info berguna berkenaan malam al-qadar' di sini...

Rabu, 9 September 2009

19ramadhan

"It was business as usual at Restoran McCurry in Jalan Ipoh here, after the owner finally won a legal battle against global fast food giant McDonald's over the use of the 'Mc' trademark.... During the court hearings, McCurry contended that McDonald's could not claim monopoly or exclusive rights as 'Mc' was extensively used around the world as surnames, particularly by people of Scottish origin" NST 090909

tahniah kepada encik suppiah dan isteri puan kanageswary . seronok sakan la tokey mccurry ye. macha...lepas ni lu boleh la masak kari banyak-banyak. perniagaan lu pun semakin laris. tip top. ye la, 1malaya atau 1world sudah tau bisnes lu. rezeki...rezeki.. ingat macha. jangan masak kari kepala lembu sudah la. nanti lu murtad. bertambah lagi demo kat malaya ni.

-berita di atas juga mungkin boleh menggembirakan peniaga-peniaga di kelantan. jangan terkejut kalau selepas ini wujudnya nama-nama Mc didalam perniagaan mereka. contohnya ialah: Restoran McSenah, Kedai Makan McHabsah, Gerai Tomyam McYah, Bengkel Motor McZainab... haha

[kepada azz: masih ingat lagi tak dengan Mek? kita selalu melepak pekena pisang goreng dan teh tarik di kedai Mek yang terletak didepan itm/ck. apa khabar agaknya Mek sekarang..]

Selasa, 8 September 2009

18ramadhan

"Mereka yang terlibat mengarakkan kepala lembu dan membuat ucapan dalam demonstrasi membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam akan didakwa menghasut, kata peguam negara hari ini.Tan Sri Abdul Gani Patail berkata mereka akan didakwa menurut Seksyen 4 Akta Hasutan atau Seksyen 298 Kanun Keseksaan." malaysiakini

itu la...kan dah kena !!

lain kali nak berdemo jangan la guna kepala lembu. sensitif tu. cuba lah guna kepala lain. kepala kerbau ke. ayam ke. itik ke. tak pun kepala cicak.  

nak kasi lagi berita gempak. guna je kepala sendiri.takde orang nak marah-marah punya. 

- lembu punya susu,sapi dapat nama seksyen 23 punya demo, lembu dapat nama.

Sabtu, 5 September 2009

15ramadhan

i. rendah diri

terjumpa don songkok kat masjid tempoyang selepas solat jumaat semalam.

aku rabak: assalamualaikum don..

don songkok: wa'alaikumsalam ben..

aku rabak: kenapa ye. bila jumpa deme ni keh selalu rasa rendah diri...

don songkok: la....relax la. tau la gaji keh besar dari deme. lagi pun kes shopping di klcc tu bukan la apa sangat. tak payah la sampai rasa rendah diri...

aku rabak: eh...bukan sebab tu..

don songkok: abih tu sebab mendenya?

aku rabak: deme ni memang fizikalnya tinggi. bila pakai songkok lagi la nampak tinggi.itu pasal la keh rasa rendah..

don songkok: ooo..ye ke..( sambil itu don songkok membela-bela songkoknya yang tak berapa senget).

ii. malu

selain solat jumaat, aku mula menjejakkan kakiku ke masjid untuk solat berjemaah ialah ketika aku di darjah empat. aku ke masjid dengan mengayuh basikal chopper yang diikat straw pada besi tayar basikal. bising juga bunyinya. jiwa aku bersemangat ditambah pula berpakaian sepasang baju melayu baru. dalam perjalanan ke masjid semua orang memandangku.mesti dia orang bertanya, anak siapa la ni rajin ke masjid.

aku sampai ke masjid ketika azan zohor berkumandang. aku tergesa-gesa mengambil wudhu. setelah selesai berwudhu aku masuk ke dalam masjid dan duduk di saf paling depan. masa tu ramai juga jemaah yang lain menunggu untuk berjemaah. dalam ramai-ramai tu aku seorang je budak-budak. riak....

setelah azan selesai berkumandang, tanpa melengahkan masa aku terus bangun dan bersolat zohor empat rakaat. jemaah lain pun sama bangun solat. habis solat aku bergegas pula meninggalkan masjid dengan bangganya. ketika melangkah keluar masjid aku berasa pelik kenapa jemaah lain masih menunggu dan bangun semula untuk solat kali kedua.

rupa-rupanya ketika aku solat zohor mereka bersolat sunat. nasib baik kawan-kawan aku takde ke masjid hari tu.

-selamat menunaikan solat taraweeh.

Khamis, 3 September 2009

13ramadhan lagi...

don songkok: weh..camner nak shopping ke KL ni. takut juga sekarang ni wabak h1n1.

aku rabak: pakai je la topeng muka..

don songkok: ishh..leceh la. takkan nak shopping ke klcc semua 1keluarga pakai topeng.malu keh..

aku rabak: ala...shopping je la di lepih ni.takkan malu bertopeng. lagipun macam-macam ada..

don songkok : di lepih ni mana ada baju-baju branded..

aku rabak: deme nak beli baju sapa nak branded sangat nih..

don songkok: keh dengan bini keh la. keh suka baju orlando, crocodile,dockers...lepih mana ada! anak keh pulak suka pakai baju kikilala. sebelum raya tahun lepas anak keh beria nak selipar kikilala.keh beratur punya lama kat klcc sebab nak bayar selipar tu jeh...

aku rabak: untung anak-anak deme yeh...

don songkok: hah!!..deme tak shopping raya ke?

aku rabak: raya lambat lagi...tak terpikir pun pasal shopping raya...

don songkok: kena la shopping awal.. sales tengah hangat ni..

aku rabak: ermm...

don songkok: agak-agak deme shopping dimana nanti?

aku rabak: keh shopping kat pasar malam lepih jeh...

don songok: ooo..ye ke.. (tersengeh sambil membela-bela songkoknya yang tak senget)

* keh=aku

deme=kamu

lepih=k.lipis

nota tambahan:

sebenarnya perbualan diatas berlaku pada 1ramadhan lagi...don songkok mmg gile shopping! ia juga menjawab persoalan dibawah.lelaki dan perempuan tak byk beza dalam bab shopping nih..

13ramadhan

lokasi:star mall, alor setar

betul ke perempuan ni sinonim dengan shopping?

lelaki pula sinonim dengan apa?

macamana agaknya kalau perempuan merajuk atau memboikot shopping..

maka tak laku lah Jualan Murah...

bankrapkah segala supermarket-supermarket atau gedung-gedung pakaian...?

Selasa, 1 September 2009

11ramadhan

baru-baru ni aku jalan-jalan ke alor setar. semasa melalui jalan entahapaentah (maaf.memang aku tak ingat nama jalan tu) berhampiran susur masuk ke tol alor setar selatan aku ternampak sebuah banner yang tergantung dihadapan sebuah gerai. aku tertarik dengan iklan tersebut sehingga aku KALUT memberhentikan kereta aku betul-betul didepan pintu gerai.

aku KALUT mencari telefon bimbit berkamera aku untuk mengabdikan menu unik gerai tersebut. itulah... letak merata-rata tempat. bila nak guna baru KALUT mencari. haa!!!...jumpa pun. dalam poket seluar aku sendiri rupanya. cis!!

dalam aku KALUT-KALUT mengambil gambar banner tu, tiba-tiba terpacul seorang kakak disebelah aku. dengan nada KALUT-nya beliau bertanya:

kakak: errr...encik...kenapa encik ambil gambar banner kedai saya?

aku: ooh...maaf.saya ingat takde orang dikedai. tu pasal saya amik terus gambar tanpa kebenaran.

kakak: encik ni dari majlis perbandaran alor setar ke?

aku: ehh...tak...saya saja suka nak ambil. nama menu kedai ni unik..

kakak: oo..cam tu kaaa...bukan apa encik. saya takut tadi ingatkan majlis perbandaran.saya berniaga ni takdak lesen. kami KALUT nak berniaga dibulan puasa ni. tak sempat nak apply lesen...ini pun saya dan suami tengah KALUT masak gulai kat dapur. (huh...baru pukul 11 pagi dah KALUT?)

selepas mengambil gambar aku buat-buat KALUT berjalan ke kereta aku. takut juga nanti suami dia keluar pulak. pasti tambah KALUT....

semasa memandu kereta aku terkilan sebab terlupa bertanya kenapa menu itu dinamakan GULAI KALUT...ishhh....aku ni KALUT tak bertempat sampai lupa nak bertanya!

nota tambahan:

merujuk kepada komen p.c dibawah, kalau aku buka kedai makan mungkin nak letak nama-restoran lengang atau restoran takde selera..hahaha!

Jumaat, 28 Ogos 2009

7ramadhan

teringat semasa di bulan ramadhan ketika masih zaman sekolah rendah dulu. aku selalu diarahkan oleh orang tua aku untuk membeli air batu ketul di sebuah kedai. masa tu kat rumah aku memang takde peti ais lagi. mana-mana keluarga yang dah ada peti ais masa tu memang dianggap orang kaya.

hidangan ais dibulan puasa masa dulu dianggap satu kewajiban.aku boleh kata hari-hari mengayuh basikal 'chopper' aku ke kedai air batu yang jaraknya lebih kurang lima kilometer dari rumah aku. air batu ketul masa dulu diisi dalam tong kayu dan dicampur pula dengan habuk kayu supaya ia melambatkan tahap kecairannya. tokey kedai pula menggunakan gergaji untuk memotong air batu ketul tersebut mengikut harga yang dipesan oleh pelanggan. selepas dipotong, tokey kedai akan membungkusnya dengan suratkhabar lama.

kerana jarak yang agak jauh antara rumah aku dan kedai tersebut maka air batu yang aku beli selalunya akan cair banyak. kalau ukuran asalnya satu kaki tetapi bila sampai kerumah tinggal la dalam tujuh inci panjangnya. maklumlah zaman kanak-kanak. dalam masa perjalanan pulang kerumah banyak tempat persinggahannya. termasuklah singgah ke mesyuarat 'persatuan melastik burung' atau 'persatuan memanjat pokok rambutan didusun orang' atau 'persatuan mandi sungai' yang dipresidenkan oleh aku sendiri. haha...!

Isnin, 24 Ogos 2009

3ramadhan...

kamu semua tahu apa itu siput gondang?
pernah makan siput gondang??
tak pernah??
issh....ishhh...

aku tahu siput gondang
tapi aku tak pernah makan
siput sedut tu pernah la
menurut cerita kawan ia sedap jika dimasak rendang atau digoreng...
tumis bawang dan masukkan isi siput gondang......slurpppp...sehingga menjilat jari
ia juga banyak khasiat antaranya ialah mengubat penyakit buasir
cubalah...masukkan menu siput gondang goreng dalam menu berbuka puasa kamu..
tapi awas!! jangan makan dengan kulit sekali...bukan hilangkan masalah buasir namanya tu...haha!!

Sabtu, 22 Ogos 2009

1ramadhan

"kedudukan orang yang berpuasa di sisi Allah sangat mulia hinggakan Allah menyediakan pintu khas ke syurga yang di namakan al-rayyan.

malaikat yang menjaga pintu itu akan menyeru dan memanggil orang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu al-rayyan yang dijaganya dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan yang layak sahaja.

daripada abu said al-khudri, katanya rasulullah bersabda:' tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sehari dengan niat kerana Allah, melainkan akan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan 70tahun lamanya.'

orang berpuasa dengan niat ikhlas kerana Allah, kemudian memelihara puasanya daripada amalan ditegah, Allah akan membalasnya dengan menjauhkan dirinya dari api neraka sejauh 70 tahun perjalanan"- dipetik dari buku soal-jawab puasa tulisan dato` hj. ismail kamus

"orang-orang islam yang tidak berpuasa tetapi sihat walafiat tu susah sikit la nak masuk melalui pintu syurga al-rayan. kerana mereka-mereka ini adalah tergolong dalam orang-orang yang MERABAN!!" - dipetik dari kata-kata pak aji kadir ketika mentarbiah isteri beliau, mak cik milah.

artikel menarik tulisan ustaz zaharudin.klik untuk baca.ramadhan:apa perlu buat?

Khamis, 20 Ogos 2009

dua hari sebelum ramadhan...

cerita ini khas untuk kanak-kanak berusia 35 tahun keatas sahaja.bawah umur pun boleh.tapi kena tutup mata sambil membacanya:

tersebut lah al-kisah dua orang tua yang tinggal disebuah rumah usang di kampung hulu. pak aji kadir (pak) dengan mak aji milah(mam) hanya tinggal berdua sahaja.kesemua anak-anak mereka bekerja di kuala lumpur.

pada suatu petang selepas solat asar mereka berehat-rehat di depan rumah mereka sambil pekena kopi o panas dan pisang goreng. sambil menjamu selera mereka merenung pokok buah-buahan yang ditanam dihadapan rumah mereka. kesemua pokok rambutan, pulasan dan langsat berbuah dengan lebat tetapi langsung tidak berusik. mereka berharap supaya anak cucu mereka akan balik ke kampung untuk mengambil buah-buahan tersebut.tetapi bila pak aji kadir menelefon mereka semuanya beralasan sibuk dengan kerja. takde masa nak balik kampung. sambil duduk-duduk tu tiba-tiba mak aji milah bersuara:


mam: bang nyer...dari kita bior buah-buah tu buruk baik kita ambik makan sendiri. nak harap budak-budak tu entah bila nak balik..

pak: saya ni mana larat nak memanjatnya. lemah lutut..

mam: boleh la bang. esok dah nak posa.nanti tak berusik.lagi la rugi tak memakannya.buruk atas pokok je gamaknya.. 

pak: ye lah...ye lah. kamu nak saya panjat pokok buah apa?

mam: pokok langsat la bang.tengok dah banyak sangat masaknya tu.

pak: ye la...nak pegi panjat la ni

pak aji kadir pun pergi lah memanjat pokok langsat sambil membela kain pelikatnya supaya lebih kemas..

sementara itu mak aji milah pula menunggu dibawah pokok bersama bakul untuk diisi buah langsat nanti...

mam: bang..panjat yang atas sikit.buah cantik-cantik kat atas nun!

pak: ye la...ye la...

mak aji milah mendongak memerhatikan pak aji kadir memanjat. tiba-tiba dengan keadaan kebingungan sambil mengesat-ngesat matanya yang agak rabun tu mak aji milah bertanya..

mam: eh bang nyer...kamu panjat pokok langsat ke pulasan ni?

pak: pokok langsat la....apa lagi..kamu kata tadi nak makan buah langsat...

mam: ye ke? tapi kenapa saya nampak dua bijik buah pulasan. hitam jeh...

pak: ishh..ishhh kamu nih...ke situ pulak perginya. semalam kan dah malam jumaat...

sambil tu pak aji kadir terus melilitkan kain pelikatnya macam mamak selalu pakai tu. maka dapat lah menutup bahagian 'buah pulasan' itu buat sementara waktu...

yang bawah umur tu boleh buka mata sekarang.cerita dah tammat..haha!

"salam ramadhan al-mubarak dari pak dan mam"

Isnin, 17 Ogos 2009

sambungannya disini...

(Entri ini berkaitan dengan entri aku sebelum ini yang bertajuk "nak tanya..." dan juga entri di blog Enche Pyanhabib yang bertajuk "mari mengaji..")

1.618

Fi ialah simbol bagi pemalar popular nisbah keemasan (1.618...) dan digunakan dalam pelbagai bidang, termasuklah matematik, seni lukisan, dan seni bina atau dalam bahasa inggerisnya ialah Golden Ratio.(aku tak berapa ingat dah formula ni.Mungkin aku ponteng kelas masa cikgu mengajar.hehe..)

"Phi Constant- 1.618, superior design number of mathematics. The Creator has always used the very same number in numerous events in the universe; in our heart pulses, the aspect ratio of DNA spiral, in the special design of the universe called dodecehadron, in the leaf array rules of plants called phylotaxy, in the snow flake crystals, in the spiral structure of numerous galaxies. The Creator used the same number; the number of golden ratio which is 1.618…

It is determined that this ratio has been used for the design of various reputable architectural structures, even including Pyramids in Egypt. ......"

Salah seorang saintis bernama Dr. Steven Markout,telah membuat kajian dan mengatakan kiraan proportion pada muka atau badan manusia juga menghasilkan Golden Ratio iaitu 1.618.

Ratio ini juga digunakan oleh astronomer terkenal iaitu Kepler. Ia juga turut digunakan oleh pelukis, jurutera dan arkitek terkenal iaitu Learnardo Da Vinci.

Dalam kajian mereka seterusnya:

1. Jarak antara Mekah dan Kutub Utara = 7631.68 KM

Jarak antara Mekah dan Kutub Selatan = 12348.32 KM

Proportion antara dua jarak tersebut = 12348.32/7631.68= 1.618

2. Phi matrix program yang dihasilkan oleh Amerika juga menggunakan Golden Ratio 1.618 untuk menghasilkan gambar atau lukisan.

3. Didalam surah al-Imran ayat ke-96. Jumlah huruf didalam ayat tersebut ialah 47. Bila dikira Golden Ratio ayat tersebut dimana 47/1.618 = 29. Apa makna 29 tersebut? Perkataan yang ke-29 didalam ayat tersebut ialah (bibakkah) Makkah. (aku kira ada 43 huruf..kulupsakah kira ada 40 huruf..pyanhabib pulak tak kira,dia terus gulung..haha. Ummzaid mungkin dapat 47 huruf kot??).

"All these evidences show that; The Creator of the World and mathematics is the same One and Single God, the indefinable and great force that has created Kaaba, holy region and Koran. He reminds whole humanity that he has granted signs to all humanity on the basis of his foreknowledge about the future and the common languages of humans..."

Nak tau lagi sila tengok video dibawah.

Dokumentari yang bertajuk Makkah The Miraculous Golden Ratio City The Secret Of Kaaba ini adalah mengenai Golden Ratio dan kaitannya dengan Makkah, Kaabah dan Al-Quran. Ia akan ditayangkan di pawagam pada bulan September 2009. Pawagam mana? Pawagam Coliseum?? Entah..aku pun tak tau...hehe.

Transkrip penuh mengenai video ini boleh dibaca disini->The Critic Blog



Betul atau Salah kajian mereka itu, kita sebagai umat Islam mesti mempercayai kebesaran dan kekuasaan Allah swt.

Subhanallah...Alhamdulillah...Allahu Akbar...

Jumaat, 14 Ogos 2009

nak tanya...

1. siapa boleh/pandai kira berapa huruf yang ada didalam surah al-Imran ayat ke-96?

2. dalam ayat yang sama, ada berapa huruf sebelum perkataan "bibakkah" (Makkah)?

(ini bukan kes melayu mudah lupa...tapi kes tak tahu!)

...bersambung.

melayu mudah lupa

Dua minggu lepas aku masuk ke Hospital Besar Alor Setar (hospital yang mana pintu masukknya tiada cermin-klik sini kalau nak tengok gambar). Oppps... bukan aku dimasukkan kedalam wad, tetapi kerana menziarahi mak mertua aku yang dimasukkan ke wad akibat penyakit kencing manisnya. Doktor terpaksa melakukan minor surgery dikaki beliau akibat luka yang tidak mahu kering. (Sekarang ini beliau sudah berehat dirumah dan lukanya pula sudah beransur sembuh.Alhamdulillah).

Disebelah kiri katil beliau pada masa itu ada juga seorang pesakit kencing manis yang agak kritikal. Kaki kanannya terpaksa dipotong. Sementara didepan katil mak mertua aku terdapat sebuah katil kosong. Menurut beliau ia adalah kepunyaan pesakit kencing manis yang baru sahaja meninggal dunia kira-kira sehari sebelum aku ke situ.

Suasana di wad itu memang menyedarkan aku bahawa kesihatan diri amat penting dijaga terutamanya dalam bab pemakanan. Jangan dah terkena baru menyesal. Sebab itulah juga kita sebagai umat Islam ini digalakkan untuk menziarahi rakan-rakan atau saudara-mara kita yang sakit.

Selepas waktu melawat tamat aku dan keluarga aku keluar dari wad tersebut. Semasa menuju ke kereta kami, aku ternampak sebuah cafe didalam kawasan hospital. Ramai juga orang yang makan minum di situ. Pasti makanan yang dihidangkan disitu sedap-sedap. Apa lagi..aku ajak wife dan anak-anak aku ke cafe tersebut.

Betul sangkaan aku. Bila tengok kat dalam cafe tu memang macam-macam ada dijual. Perut pun tengah lapar.

"Kak..bagi mee bakso satu.." wife aku buat pesanan, sambil tu dia tertengok juga ada mee bakso spesel dalam menu.

"Apa beza mee bakso biasa dengan bakso spesel kak?" tanya wife aku..

"Ooo...kalau spesel ada taugeh." kata taukey cafe.

(Taugeh jeh? Mungkin taugeh di Indonesia tu kira dah spesel sangat dah kot.)

"Kak..bagi roti kosong dua keping. Teh tarik gelas besar satu!!" turn aku pulak membuat pesanan.

"Tolong bungkus pasembuq satu..kuah lebih sikit ye kak.." aku nak pekena pasembur kat rumah pulak. Biasalah..kuah kacang memang peberet aku. Kalau sedap aku hirup je kuah tu!

Ishh...ishhh...ishh..akukah antara melayu yang mudah lupa itu? Mungkin kamu pun sama...

"Ya Allah... aku berlindung diri dengan keperkasaan dan kekuasaan-Mu daripada bahaya yang aku temui dan aku takut..."

-kepada sesiapa nak koleksi ceramah agama klik sini

Selasa, 11 Ogos 2009

suara mereka viii

tajuk: To All those Born in the 40's, 50's , 60's & early '70s...

suara: Patrick Teoh di Niamah!!!

To All those Born in the 40's, 50's , 60's & early '70s...
First, we survived with mothers who had no maids. They cooked /cleaned while taking care of us at the same time.
They took aspirin, candies floss,fizzy drinks, shaved ice with syrups and diabetes were rare. Salt added to Pepsi or Coke was remedy for fever.
We had no childproof lids on medicine bottles, doors or cabinets and when we rode our bikes, we had no helmets.
As children, we would ride with our parents on bicycles/ motorcycles for 2 or 3. Richer ones in cars with no seat belts or air bags.
Riding in the back of a private taxi was a special treat.
We drank water from the tap and NOT from a bottle.
We would spend hours on the fields under bright sunlight flying our kites, without worrying about the UV ray which never seem to affect us.
We go to jungle to catch spiders without worries of Aedes mosquitoes.
With mere 5 pebbles (stones) would be a endless game. With a ball (tennis ball best) we boys would ran like crazy for hours.
We catch guppy in drains / canals and when it rain we swim there.
We shared one soft drink with four friends, from one bottle and NO ONE actually worry about being unhygenic.

We ate salty, very sweet & oily food, candies,bread and real butter and drank very sweet soft sweet coffee/ tea, ice kacang, but we weren't overweight because..... ..
WE WERE ALWAYS OUTSIDE PLAYING!!
We would leave home in the morning and play all day, till streetlights came on.
No one was able to reach us all day.. AND WE DONT HAVE HANDPHONE S TO BUG US. And we were O.K. AND WE ARE SAFE.
We would spend hours repairing our old bicycles and wooden scooters out of scraps and then ride down the hill, only to find out we forgot the brakes. After running into the bushes a few times, we learned to solve the problem .
We did no t have Playstations, X-boxes, Nintendo's, multiple channels on cable TV, DVD movies, no surround sound, no phones, no personal computers, no Internet. WE HAD FRIENDS and we went outside and found them!
We fell out of trees, got cut, broke bones and teeth and we still continued the stunts.
We never had birthdays parties till we were 21
We rode bikes or walked to a friend's house and just yelled for them!
The idea of a parent bailing us out if we broke the law was unheard of. They actually sided with the law!
Yet this generation has produced some of the best risk-takers, problem solvers and inventors ever!
The past 40 years have been an explosion of innovation and new ideas.
We had freedom, failure, success and responsibility, and we learned

HOW TO DEAL WITH IT ALL!
And YOU are one of them!
CONGRATULATIONS!
You might want to share this with others who have had the luck to grow up as kids, before the government regulated our lives for our own good.
And while you are at it, forward it to your kids so they will know how brave their parents were.
PS: -The big type is because Long-sightedness or hyperopia at your age . he... he....
Nota:
-Tulisan original amat besar dan colourful. Saja aku kecilkan untuk jimat ruang..
-kamu yang tidak lahir pada tahun-tahun tersebut amat rugi!! haha!

Ahad, 9 Ogos 2009

suara mereka vii

tajuk: H1N1
suara: jawa peranakan
H1N1..

Manusia = 16 / Babi = 0..
Manusia mati 16 / Babi mati 0..

Demi mempertahankan babi, manusia dibiar mati..

1 Malaysia sedang mati..

Rugi kamu menjadi manusia di sini..

Rabu, 5 Ogos 2009

apa khabar...

Apa khabar dengan adik Sharlinie Mohd. Nashar. Dah 574 hari aku tak dengar berita mengenainya.

Apa khabar dengan adik Asmawi Jalaludin. Dah 511 hari menghilang tanpa berita.

Apa khabar dengan pembunuh adik Nurul Jazlin Jazimin yang masih bebas berkeliaran selama 688 hari!

Isnin, 3 Ogos 2009

untung vs rugi vs jimat

i. rugi vs jimat

Pak Menteri kata "Peniaga rugi RM200 juta kerana kehilangan pelanggan akibat demo.."

Pakcik kedai kopi kata "Pelanggan dapat jimat RM200 juta dari dibelanjakan...."

ii. untung vs rugi

Kata pak peguam Magaran "Saya mendesak polis, kenapa polis kena takut (menahan)? Tugas polis menjaga orang awam seperti kami. Kami hendak berniaga, hendak jual jambu, buat burger, bawa teksi."

Kata bini muda pakcik kedai kopi tadi "Bayangkan demo itu diberikan permit pasti ia akan aman-damai. Bayangkan pula yang datang berdemo seramai 100,000 orang dan mereka tadi membeli jambu, membeli burger dan menyewa teksi. Berapa banyak peniaga untung?"

nikmat

"Apabila kamu melihat Allah Taala memberikan nikmat kepada hamba Nya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT"

(H.R at-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Khamis, 30 Julai 2009

H1N1 dan yang sewaktu dengannya...

Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas.

Doa untuk elak wabak penyakit yang sedang menghantui 1Malaysia:

"Dengan nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kami berlindung dengan Mu Ya Allah,
Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan,
kami berpaut padaMu Ya Allah, Tuhan pemilik sekalian alam yang ghaib,
dan kami bertawakkal padaMu Ya Allah, Tuhan yang hidup lagi tidak mati.

Wahai Tuhan kami,
Jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dasyat,
dan peliharalah kami daripada segala penyakit yang berjangkit, ta'un danbala bencana,
dengan ihsan Mu, wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui,

Sesungguhnya Mu Ya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.
Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami, Nabi Muhammad S.A.W,
ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya.

Segala pujian bagi Mu Ya Allah, Tuhan Pemilik Sekalian Alam."

Nota:

-Baca doa ini tiga kali setiap pagi dan petang.

-Ingat...kita juga perlu berusaha untuk mengelak/menjauhkan diri dari wabak ini (tidak semestinya H1N1 sahaja. Ia termasuklah juga wabak penyakit yang lain seperti Aedes,Denggi, SARS, Chikugunya dll). Disamping itu kita berdoa dan bertawakal kepada Allah Yang Maha Esa. Semoga kita, keluarga dan rakan-rakan mendapat perlindungan dari Nya. Insya Allah..

-Influenza A (H1N1) FAQ