Rabu, 21 Oktober 2009

cinema paradiso

bayangkan yusuf haslam, razak mohaideen atau ahmad idham hidup di era 60an dan mengarah banyak pilem-pilem seperti sembilu, anak mami atau impak maksima ketika itu.

bayangkan pula p.ramlee hidup di era sekarang dan mengarah pilem-pilemnya seperti bujang lapok, ibu mertuaku atau hang tuah.

adakah pilem-pilem yusuf haslam, razak mohaideen atau ahmad idham akan menjadi evergreen sehingga ke hari ini?

adakah kita pula akan berkata "ah... bosannya pilem p.ramlee ni.lawak bodoh. takde idea. dia suka tiru pilem razak mohaideen la tu !"

"berapa senang beta punya hati, betalah yang digelarkan setan aminurrasyid"

"bukan setan, syaitannn. SULTAN!"

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yusuf haslam......gerak khas the movie kut p.ramlee akan ckp best...tp kurang new ideas banding dgn sarjan hasan.

razak mohaideen....anak mami maybe tu pilihan p.ramlee hehehe

idham...kalau citer ala2 rempit bohsia tuh rasanya p.ramlee akan ckp...boleh blah laa luuu.
hehehe...actually tu kata hati nuraniku.
p.c.

ZARA 札拉 berkata...

hahaha~

afdlin shauki is better than those directors~

P. Ramlee is really awesome~

eh, abg Mamat khalid dan arwah Yasmin juga hebat~

reverie berkata...

itu la beza buat filem untuk duit dan buat filem untuk seni. =)

blackpurple @ jowopinter berkata...

A'ah kan...

Snakebite berkata...

ada tak pilem dari tahun 70an dan 80an jadi evergreen?

zaman aku kecik dulu, bila ada cerita p ramlee kat panggung, akan jadi sesak dgn org yg dtg tengok.

penoreh getah akan bercuti dari menoreh hari tu. nyeberang sungai dari kampung guai lepas tu naik teksi sapu ke bandar temeloh. singgah amik gambo kat kedai ah fatt foto studio. mlm tido rumah sedara.

sabab dek tu lah aku ada gambor masa kecik.seme amik lepas tgk wayang. satu tu aku ingat lagi, lepas tgk cerita do re mi.

dalam lain perkataan wayang p ramlee adalah satu yang wajib di tengok oleh semua orang.

hari ini? dengar tajuk je aku dah rasa mcm tak nak tgk wayang sampai bila bila. tapi terpaksa jugak sebab di sumbat ke tekak aku masa naik bas express dengan naik feri ke langkawi. kalau boleh terjun dari bas atau ke laut, aku terjun dah.

evergreen? munkin lah, sebagai contoh dalam lecture untuk pelajar pilem akan datang bertajuk bertajuk 'what a film should not be'

ubilepih berkata...

P.Razak,P.Yusuf,P.Idham..kah..kah..kah.

benludin berkata...

pc,
aku pun berpendapat begitu.bila lah dia org nak berubah agaknya.
tp nak buat camno, rakyat kita ramai yg suka.siap box opis lagi pilem dia..hehe

zara,
setuju bangat tu. kabir bahtia(betul spelling kot) pun bagus.tunggu juga papadom kuar vcd ni.

reverie,
buat pilem utk seni tu tak ramai.susah nak jumpa. ada lah 2/3 kerat termasuk u-wei. tp kalau peminat y.haslam,r.mohdin,a.idaham tgk pasti muntah kot..haha

jowo,
hehe..

snake,
-minta jasa baik letak gambo lama tu dlm blog deme. nanti boleh diulas bersama tahap skemanya deme masa kecik kot.haha
-pilem 70an/80an ada yg bagus kot.pada aku pilem rahim razali n jins samsudin not bad.jgn pilem badul dah ler...
-betul.byk pilem sekarang boleh dicalonkan utk pilem "the worst film awards".malaya kena ada awards mcm tu. haha

ubi,
tak lupa juga.. PiDahhh!! haha

kulupSakah berkata...

selagi filem P.Ramlee dianggap relevan selagi tulah bermaksud filem sekarang GAGAL menandinginya. Mustahil tak filem kita 'bangkit' sehingga generasi sekarang atau akan datang berkata filem P.Ramlee tak relevan tetapi sangat berharga...

dan teringat kata2 P.Ramlee, "Bukanlah saya suka sebenarnya membuat filem komedi tetapi saya terpaksa membuatnya. Akan tetapi tidaklah saya membuatnya dengan cincai2 saja".

Pyanhabib berkata...

bayangkan gua bukan p ramlee dan gua tidak pernah terlibat dalam filem bujang lapok, tih tih tih...

benludin berkata...

kulupsakah,
pada keh pilem dia akan relevan sampai bila2...

pyanhabib,
gua bayangkan lu seorang osman tikus..hehe