gambar dari utusan online
1Malaysia tahu kalau sesiapa yang ingin menggunakan telefon bimbit, simkad nya perlu didaftarkan dahulu.
Kalau dah daftar bermakna syarikat telekomunikasi memiliki data peribadi kita.
Pihak berwajib termasuk polis juga ada hak untuk mengakses data kita melalui syarikat telekomunikasi.
Yang peliknya kenapa kes ahlong yang terang-terangan mempamerkan nombor telefon bimbit mereka amat sukar untuk dikesan?
Yang peliknya kenapa polis sibuk mengoyakkan poster iklan ahlong tetapi tidak memblokkan sahaja nombor yang tertera pada poster tersebut? Sekurang-kurangnya bakal pelanggan ahlong tidak boleh menghubungi mereka.
Mungkin syarikat telekomunikasi tak KASI polis mengakses nombor telefon suspek?
Maaflah...aku tak berapa cerdik bab ni. Mungkin ada sesiapa diantara kamu yang cerdik boleh menyelesaikan masalah aku...
Nota:
Tak silap aku encik polis dalam gambar diatas adalah bekas ketua balai polis lipis.Tahniah atas kerajinan beliau.




