Memaparkan catatan dengan label walk of fame. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label walk of fame. Papar semua catatan

Rabu, 30 Disember 2009

aku peminat disko



ada apa di langit sana? tanya sama itu john travolta
(semua imej baik punya cilok dari encik google...)

semenjak tahun 1970an lagi aku dah berkawan rapat dengan pelbagai kaum. kawan sekelas aku ada cina, ada india, ada orang asli. kami rapat. kalau berbincang pasal pelajaran kami akan duduk semeja. kalau pergi rehat ke kantin, kami akan makan semeja. kalau mencuri rambutan, kami panjat pokoknya bersama. kalau bergaduh? kami sama-sama bergaduh. cina belasah aku. aku belasah cina. sama-sama lebam. yang tak lebam kawan india aku. sebab dia jadi pemerhati jeh.tak suka bergaduh agaknya.

ye, semangat perpaduan ini telah wujud semenjak dulu lagi. cuma tidak dislogankan. sebab dulu takde pak-pak menteri yang banyak mengeluarkan slogan-slogan. sekarang ni zaman kaya slogan, banyak sangat slogan. apa yang aku faham, slogan ni banyak dipraktikkan didalam iklan-iklan. bila sesuatu produk itu mempunyai slogan yang 'catchy' maka ia mudah menarik perhatian pengguna. sebagai contoh ialah "always coca cola" - coca cola, "they're grrrreat" - frosties, "pakcik menang motor"- power root, "kopi..sehebat namanya"-kopi janda atau "probably the best lager in the world"-carlsberg... hehehhe! .

sekarang ni masalah rakyat pun banyak yang tak terjawab oleh pak-pak menteri kita kerana mereka sibuk untuk mencapai agenda masing-masing. kita sekarang ini seperti menaiki sebuah bas ekspress yang membawa penumpang ke suatu destinasi tanpa henti. terlalu laju menuju destinasi, mungkin enjin bas dah dimodifikasikan dengan enjin jet pejuang f5-e.penumpang nak berhenti berak ke, solat ke, makan-minum ke tidak akan dilayan. yang penting destinasi sampai. betul tak cakap aku? betul...kalau tak percaya tanya john travolta, idola 1malaya.

*benludin- selamat menyambut tahun baru masehi 2010 untuk kamu semua.

Khamis, 19 November 2009

kong kali kong

dulu masa dia berjawatan, dia kata sesiapa yang melanggar undang-undang negara hukumnya berdosa. contohnya kalau pemandu yang memandu tanpa lesen. atau contoh kedua, kalau polis kata jangan lakukan demonstrasi jalanan tetapi para rakyat tetap berdemonstrasi, hukumnya adalah berdosa.

tetapi bila beliau tidak berjawatan, beliau pula melanggar undang-undang negara. dicabarnya semua hakim-hakim, mufti-mufti dan ulamak-ulamak.

nama beliau melonjak naik. popular satu malaya. sampai ada kelab penyokong yang terdiri dari artis-atris dan 'kakak-kakak didalam islam'.

cukup-cukuplah bertelagah. aku dah muak! bermuzakarahlah!

contohilah puan rosmah kita yang berusaha untuk mempopularkan busana muslim di benua amerika sana. beliau tak suka bergaduh. beliau anti-keganasan. beliau anti-c4. beliau suka perdamaian dan berkawan. contohilah usaha dakwah beliau terhadap michelle obama.

Rabu, 16 September 2009

26ramadhan

v.velu adik s.vellu

*sebelum aku mulakan cerita aku untuk entri kali ini, aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua rakan-rakan. terimakasih atas kunjungan dan sokongan kamu semua. aku juga ingin memohon maaf kalau ada kata-kata atau tulisan yang menyinggung perasaan kamu semua samada secara sengaja atau tidak sengaja. maaf zahir dan batin.*

ok...teruskan dengan cerita hari ini. aku nak cerita sikit lah pasal idola aku. kalau nak tau idola hero tamil aku bernama vadivellu. dekat nak sama dengan idola hero tamil aku di malaya iaitu samy vellu. vadivellu ni adalah pak lawak dalam filem tamil. kalau dia muncul je pasti aku gelak. gaya wajah dia ni memang nampak ganas tapi kelam kabut. kalau pilem orang putih tu macam ben stiller la. muka sombong macam bagus, tapi lawak. contoh pelakon melayu? errmm..belum ada dalam list aku lagi. maaf..

begitu juga dengan samy vellu. muka ala-ala brutal ayu. tapi bila dia bercakap dengan pemberita pasti ada sahaja ayat-ayat yang menggelikan hati aku. aku tak berapa ingat sangat apa jasa samy vellu ni semasa memegang jawatan dalam kabinet. tetapi apa yang diucapkan aku pasti ingat hingga ke hari ni. ada banyak quotation dulu-dulu yang menjadi bahan lawak rakan-rakan aku. silap-silap 1malaya pun tau atau pernah dengar quotation lawaknya. cuma kesahihannya tidaklah diketahui. samada ia benar-benar perkataan yang keluar dari mulut samy vellu atau rekaan semata-mata.

aku rasa entri ni agak panjang sebab nak menceritakan perihal quotation samy vellu ni. paham-paham je la pilem tamil tiga jam kamu boleh layan. takkan entri aku yang ini kamu tak boleh layan. haha!

takper. aku pendekkan cerita. antara quotation terbaru yang aku jumpa ialah ketika persidangan mic baru-baru nih. semuanya aku jumpa ketika membaca akhbar. kalau aku kata aku dengar masa persidangan mic nampak sangatlah aku ni kelentong. aku mana paham cakap tamil!

sebelum tu. ini kata najib semasa ucapan perasmian persidangan mic yang disiarkan secara langsung di astro awani:

"..dengan rasa sukacitanya saya merasmikan persidangan mic kali ke-... ini...assalamualaikummmmmm.." dengan bangganya najib bagi salam kat orang-orang mic.

ok.tinggalkan najib. aku nak senaraikan quotation/petikan akhbar yang kena mengena dengan samy vellu. kena baca dengan lenggok bahasa tami. nak lagi berkesan makan sirih ketika bercakap. pasti menjadi lenggok dia:

i. seorang perwakilan marah kat samy vellu kerana telah menghantar kad hari lahir kepada seorang pemimpin cawangan yang telahpun meninggal dunia empat tahun lalu.

ii. " ketika masa saya (ahli parlimen), mereka kata rakyat menyampah dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi bn. mereka bukan menyampah dengan saya. mereka menyampah dengan bn" katanya yang gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen sungai siput dalam pilihanraya tahun lalu.

iii. samy vellu kecewa kerana ada ahlinya menyarankan supaya mic mengalungkan selipar pada potret tun mahathir.

iv. "saya tidak mahu samseng menerajui mic. itu pasal lah saya masih mahu memegang jawatan tertinggi dalam ini parti." alasan samy vellu ketika tidak maha melepaskan jawatan tertinggi dalam mic.

haha...macam-macam samy vellu dan mic. kat bawah ini pula ialah quotation dulu-dulu yang aku tidak berapa pasti kesahihannya:

a. “ hari ini kirim, semalam sampai”- (semalam = satu malam)

b. ketika ditemuramah oleh stesen tivi atas kesilapannya, dia berkata "kemaluan saya besar.."

c. samy vellu berkata dalam satu ceramah “kita akan bina satujambatan untuk orang-orang kampong disini”, kemudian seorang pakcik bertanya, “datuk, sini takde sungai, buat apa bina
jambatan?” dan kemudian dengan bangganya samy vellu balas,"kalau takdesungai, kita bina sungai!”

d. semasa krisis bekalan air “semua orangdiminta jangan membuang aiyerr..!”

e. ketika ucapan permulaan di satu upacara rasmi kerajaan “…selamat datang saudara-mara semua..” (sepatut nya saudara-saudari)

f. ketika opening ceremony “mempersilakan datin paduka rafidah aziz naik ke pentas utk membuka kain”...

g. ketika kes al-arqam hangat di malaya "saya gembira bahawa didapati tiada pemuda mic terlibat dalam kes arqam.." kata samy vellu sambil membelakan ramosnya...

h. "saya berasa bangga dapat melihat pusat-pusat jururawat yang cantik-cantik." ketika merasmikan pusat latihan jururawat...

i. "saya tidak setuju dan menentang sekeras2nya tuduhan pas yang memanggil kami kapir ..."

-banyak lagi quotation atau lawak-lawak mengenai samy vellu. aku tak berapa ingat. takperla, sekurang-kurangnya kita ada sesuatu bagi memperingati samy vellu a.k.a the boss...!!!

அருள் மழை பொழி...வாய்... ரஹ்மானே!!
subtitle: hey... hey.. heyy.. misterrrr...berhati-hati dijalanraya!!

vanakammmm!!

*seperti hari raya yang lepas-lepas, pilem tamil akan ditayangkan di kaca tivi rumah anda. sebelum pilem tamil ini ditayangkan ditivi elok kamu saksikan trailernya di paradise theater.

*ini bukan promosi "pilem tamil dipersada dunia". harap maklum

*entri panjang untuk cover cuti raya...haha

Selasa, 11 November 2008

Iklan Tidak Berbayar part 3

I. Hebat!!

p/s: kena mintak royalti ni..hehe

II.
Hebat!! Handphone tercanggih aku. NOT FOR SALE !

Spesifikasi:
Model: Nokia 1200
Display: monochrome
Kamera: Tiada
GPRS/3G: Tiada
Video:Tiada
USB: Tiada
Bluetooth:Tiada
Vibration: Ada
Messaging: Ada
Ringtone: Sekejap ada-sekejap takde

Nota: Hampir-hampir dicampak ke sungai sebab ringtone dia nyanyuk.Sekejap ada sekejap takde.Nak trade-in pun apek fon tu nak RM10 jeh.Ni hau maaa...wa auu nii..cho mengg ngaaa punya apek...Kerana mengenangkan jasanya (Nota:nya-bukan merujuk kpd apek,tapi kpd h/fon aku) yang banyak dan membolehkan aku bercalling-calling dan bermesej-mesej dgn bini aku..aku guna je ler...hehe

Hakikat sebenar: ongkosnya belum dapat meyakini gue untuk membeli h/fon baru..muahaha

Update 2pm: Kalau bid dlm e-bay atau lelong.com boleh laku ke h/fon aku tu..RM10000?haha

Khamis, 6 November 2008

Kisah Buku TDMHE

Hari ni agak serius sket.Cuti sekejap dari cerita rambu-ramba dan raban-meraban (bukan cuti umum spt di Kenya sebab Obama menang election ye.Harap Maklum). Aku nak bercerita pasal buku yang aku sedang baca.

Semalam aku menerima sebuah buku terbaru tulisan Prof.Kamil yang bertajuk Travelog Dakwah:Meniti Hari Esok. Ia merupakan buku kedua tulisan Prof. (Nota:Buku pertama beliau,Travelog Haji:Mengubah Sempadan Iman, merupakan top seller di PTS Publications).

Buku ini mengisahkan pengalaman Prof. pasca haji. Sehingga kini aku dah baca 1/3. InsyaAllah hari ni sambung baca lagi dan pasti habis dibaca. Bila baca buku ni terasa macam baca novel Islamik. Bila dah baca susah nak berhenti,kalau boleh nak habiskan terus sekali gus kerana jalan cerita dan pengalaman Prof. amat menarik. Paling aku suka setakat ni (sebab belum habis baca,bab yang lain pasti lagi menarik) ialah kisah didalam Bab 1:Berdakwah di pg. 1. Bab 1?? Page 1??? Huh!!..nampak sangat baru mula membaca..hehe..Antara petikan:

"Mereka yang pernah mengenali saya pasti ketawa besar.Berdakwah? 30 tahun yang lampau,saya pernah menghalau rakan-rakan junior MRSM yang mengajak saya dan rakan-rakan sebilik menunaikan sembahyang berjemaah.Saya menempelak dan mencabar mereka..."

Memang aku tergelak besar bila membaca cerita Prof. Maaf, bukan aku ketawakan Prof. Tetapi aku ketawakan diri aku sendiri.Pengalaman yang hampir sama dimana aku pernah menyorok diam didalam rumah bila rombongan tabligh Pakistan (yang juga classmate aku) mengetuk pintu rumah aku.Tujuan mereka sama. Untuk mengajak aku bersolat di masjid. Itu zaman dulu. Yang pasti aku bangga dengan perubahan besar Prof. yang aku kenali semasa belajar dulu.

Dulu aku segan kat Prof ni kerana beliau banyak mengajar aku dan kawan aku. Walaupun kami sekelas,tetapi beliau adalah tempat rujukan kami memandangkan kami ni agak bebal dalam subjek Accounting. Sekarang pun aku masih segan kat beliau.Beliau menjadi seorang yang berjaya. Namanya dikenali di seantero Malaya. Baik di TV atau bidang penulisan atau kerjaya. Dulu beliau menjadi "guru" kami dan sekarang menjadi idola pula.

Prof.Kamil sekarang memang serba boleh. Beliau lah Prof,pengarah UITM,penulis, pensyarah, penceramah, pendakwah bebas, pengacara TV jemputan dan banyak lagi. Aku rasa di masa akan datang beliau akan jadi penyanyi nasyid pula?? hehe..Jangan marah ye Prof.

Gambar:

Atas:
Gambar kulit buku TDMHE

Tengah
:
Catatan yang ditulis oleh Prof. untuk aku yang berbunyi: "Ben Harper (nota:nama email aku), jadilah org yg baik-baik. Baik hati dan perasaan". InsyaAllah Prof.

Kiri:
Kelihatan Encik Azz (kiri) mendengar usrah yang disampaikan oleh Prof. Kamil dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Perasaan insaf terbayang diwajahnya. Gambar ketika belajar di Tanah Tinggi..dulu-duluuuuuu...

Nota:
1. Harap maaf. Aku tak berapa pandai mengulas bab buku-buku ni. Lagipun buku ini belum habis dibaca.
2. Kepada kawan-kawan potoi yang bergambar kat entri di bawah tu, beli lah buku Prof.Kamil ni. Ingat..beli dan baca! Bukan beli dan simpan.Nak beli dengan aku pun boleh. Nanti aku dapatkan stok..hehe
3. Petikan dari buku pertama THMSI Bab 33:Khatam al-Quran (Memang terkena kat batang hidung aku..hehehhe) :

Ketika saya di hospital, seorang teman membuat panggilan,
"Mil, baca ayat Kursi satu nafas sebanyak 10 kali"
Saya tersenyum dalam kejahilan.Satu nafas? 10 nafas pun belum tentu berjaya.

4. Memang Prof. boleh dipanggil pendakwah. Berdakwah melalui penulisannya. Aku doakan semoga banyak lagi hasil tulisan dan pengalamannya dapat dikongsi bersama pembaca. Semoga Allah memberkati segala usaha murninya..Amin..
5. Aku antara penerima yang terawal buku TDMHE.Masih ada bau kilang cetak.Delivered personally by Prof n staff.
6. Alamak!! Baru teringat. Buku Prof belum bayar. Kejap lagi aku bank-in tru Maybank2u.com...hehe

Update 9/11/2008: klik sini untuk ke Walk with me:Jom Baca Buku.

Rabu, 22 Oktober 2008

WANTED !!!

BENLUDIN a.k.a DATO` BENHARPER
pjk,jkr,jkkk,ajk,lu pk sendiri
( A MAN WITH MANY FACES )
WANTED FAINTED OR ALIVE!
1001 JUTA RUPIAH