Memaparkan catatan dengan label Kenangan Silam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenangan Silam. Papar semua catatan

Khamis, 21 Ogos 2008

The Jongos! Pt.2

Lama aku tak update blog ni. Dah berkarat tayar basikal kat atas tu, dah la tak bergerak dari tempat parking,kena hujan panas lagi. Takper..ari ni aku nak kayuh basikal tu jauh2...tapi kayuhan reverse. Nak citer sket pasal goatee beard...trend aku masa dulu. Hahaha...awat lak citer pasal janggut ni. Bukan apa, ada kes masa zaman silam. Al-kisah yg memang jongos. Kepada sesiapa yg geli kat janggut ni, sila baca blog ni sambil tutup mata!

Apa itu goatee beard?? Pi cek kat wikipedia. Tak pun translate la satu2. Goatee=ke-kambingan, beard=janggut..so??? Sambung la sendiri...Aku memang suka makan kari kambing, tapi bukan la nak ikut kan fesyen kambing!

Cerita yg aku nak cerita ni berlaku masa aku single-mingle lagi. Berdarah muda. Suka ikut mengikut trend artis2 rock barat (contoh dlm pic kat atas tu. Malas nak bagi tau.Sapa minat sure kenal)...Masa tu aku pun ber-goatee beard la jugak. Lebat la jugak.. Kunun!..pirahhh!!

Dulu aku menyewa sebuah rumah yg terletak di kawasan yg agak mewah tidak mewah. Tapi bukan kawasan setinggan. Aku and the gang Rizal (bukan Datok Reezal Naina Merican) dan Nik Aziz (bukan juga Tuan Guru Nik Aziz) duk berjiran dgn sebuah rumah yg disewa oleh couple yg tgh hangat cintan-cintun. Biasala kalau kat Lundang bab2 duk serumah laki-pompuan ni kira halal la...Lagipun depa duk serumah, tapi bilik lain2.

Awek yg cun-melecun ni nama dia Dot (bukan nama sebenar) dan boipren dia bernama Rahim(nama sebenar).Ala...baru berboipren kan. Belum tunang..belum khawin..Kita org yg memang jejaka desperado yg tidak mempunyai aweks sanggup hendak mengorat Dot. Sungguh kurang sopan...! Selalunya agenda kami utk mengayat ni kami gunakan TENNIS...ulang..Tennis...perghh..wa main tennis???..(Padahal memang sebelum tu tak pernah pegang raket tennis pun. Apatah lagi nak kira game tu..Dlm channel sport pun aku tak minat nak tengok..). Dot dan Rahim mmg suka tennis. So utk kacau daun,aku and the gang sanggup pi beli raket tennis. Murah pun tak per..janji leh hayun..

(isyyy...dah panjang aku taip ni. Bab pasal goatee beard lom masuk beb. Sabar..)

Satu ptg tu aku and the gang pun ajak la si Dot ni main tennis. Tak bestnya si Rahim pun join gak. Ermm..takper la..Hayunn je la..Aku rasa Rahim dah suspek kita org nak usya awek dia. Masa main pun nampak dia sungguh2 nak menang dgn aku walaupun dia tau aku ni kaki 'bangku' dlm arena tennis. Bagi chance la....aku pun tak dpt la nak show-off kat Dot...

Lepas main, kita org lepak2 sambil minum Coke yg ditaja oleh Rizal and Nik Aziz (tp aku citer kat Dot yg Coke tu aku sponsor!). Masa lepak tu aku and the gang memang byk berborak dgn Dot je. Gelak2..Sakat2..Usya2..Aku tgk si Rahim ni dah berbulu. Mcm tgh cari point je nak sound aku kot...Tiba2 dia berbunyi..

Rahim: wehh..Benludin..lawa janggut lu!
Aku : terimakasih la Rahim...biasa la...stail goatee beard. Cun ka janggut wa??
Rahim: cun pe barang...lu syampoo tak janggut lu tu??
Aku : isyhhh....wa syampoo la...pe lu ngarut ni?
Rahim: wa tengok banyak kelemumur je! Nampak dari sini siott!
Aku : err..ye ke...?

ciss....Memang jongos...gang2 aku gelak sakan. Si Dot pun sama gelak kat aku. Terkantoi aku kat situ...sungguh mendowngradekan aku si Rahim ni. Aku dah takde mood main tennis. Duk tepi je la tengok depa main.....Aku jadi tukang kira.Nama je tukang kira, yg buat kerja mengira adalah si Rizal yg duk sebelah aku.Aku jerit je...

Bila aku balik rumah aku terus pi cermin muka aku. Buat close-up. Memang sah....goatee beard aku byk kelemumur. Terus aku pi mandi...syampoo segala rambut2 dan bulu2 yg ada kat badan aku....!! Ha...baru terasa diri aku ni suci lagi murni orangnya...

Jongos betul!!!

PS: -tgh aku update blog ni tadi, si Rahim call aku..what a coincidence!..we still keep in touch tho..
- aku dah tukar sport..dari tennis ke table-tennis..
- tak dapat Dot pun tak per..Aku la ni tgh bahagia hidup bersama Mrs. Dot Dot dan anak2 aku...

Ahad, 6 Julai 2008

Chris Chavez...Power la lu mamat!!

aku pelik dgn blog aku ni. Kat 3 kali aku post entry ni tak kuar2..adusss....

Masa aku tgh ronda2 dlm youtube aku terjumpa vid clip si mamat Chris Chavez ni. Memang power dia main gitar acoustic.

Mamat Chris Chavez ni dulu pernah duduk serumah dengan aku (termasuk Art Fazil). Aku pun tak sangka leh duduk serumah dgn artis macam depa ni. Kepala memang sempoi. Muzik pun sempoi. Only certain people yang leh layan muzik depa kot, termasuk aku la gamaknya. Kalau bagi kat mat hip-hop dengar muzik depa leh pengsan kot. Tak pun mat hip-hop tu jadi semakin gagap. Yo! Yo!

Aku ni lak memang peminat muzik. Muzik apa pun aku layan, dari thrash-metal (dulu2 le..) sampai la white-metal (nasyid..hehe). Tapi kalau suruh aku main gitar/muzik memang la aku bengap. Pegang gitar pun leh silap. Paling terer aku main gitar ialah soundtrack filem P.Ramlee- bila time suspen tu...

Teringat masa dulu2, time tu aku tengah masak kat dapur. Menu hari itu ialah kari ayam. Bab kari ayam ni memang paling aku suka masak, sebab senang bangat. Time aku masak tu si Chris dan Art tgh berjamming kat ruang tamu. Dapur tpt aku masak tu lak mmg sebelah je dgn ruang tamu. Time tu aku pun tgh bersemangat giler menumbuk bawang guna lesung batu. Keletung! keletung! bunyi lesung batu tu...

Tiba2 terdengar suara si Chris ni .."weeii..kalau hang nak join kita org jamming guna lesung batu tu meh la sini. Kalau tak mau, hang tumbuk la lesung batu tu slow-slow..pleasseee..."..perghhh. Chris sound aku beb..(perkataan 'please' tu dia tak lupa lak tu)..Dia sound aku dlm omputih le, takkan dlm slang Kedah lak kan..Aku pun tersengeh2 je la. Dah kena sound kan...Time tu jugak aku tinggalkan lesung batu tu dan terus pi bersila depan depa sambil layan jamming. Aku maleh nak sambung masak kari aku tu. Kau orang lapar kalu, pi masak sendiri ler jawabnya....

p/s:
1. suara Chris ala Led Zep..?
2. click here to see him playing 2 guitars simultaneously...(taraf wali la kot?..hahaha)
3. click here if you want to listen to his recent EP release...lagu Bahgdad's Alight tu cool...
4. ..err....ok la..aku nak pi rumah Najib jap...nak mintak duit beli beras. Dgr kata Najib ni senang nak jumpa....harap2 makcik Rosmah leh hidang kuih resepi mongolia kat aku...hehe

Sabtu, 7 Jun 2008

Scotland

Sebak je dgr OST Braveheart ni...teringat masa muda2 dulu bersama kawan2 aku. Kenangan yg terpahat selama2nya dlm kepala OTAK aku...




antara blog2 melayu dundee:
1. fkembara
2. melayu dundee

Jumaat, 28 Mac 2008

Aku Appeared Dlm Vid. Klip Eric Clapton..



Konon tadi nak layan eric clapton kat you tube.Aku buka konsert dia masa kat Hyde Park tahun 1996 kot...Konsert tu eric claton performed last. Before that ada la alanis morissete, the who dgn skuternye n then ntah sapa2 lagi.

Aku ingat lagi aku pi konsert tu dgn 3 org housemate aku. Depa blah awal sbb nak pi tgk Konsert Sting lak. Tinggal la aku terkontang-kanting kat situ alone. Aku la the only malay man yg ada kat situ kot.

Aku terkezut! bila tgk balik vid. clip eric clapton ni aku ada gak menyibuk. Tgh tepuk tgn sakan.layan bluesss...

"objek" aku appear selepas lagu eric, pakai jaket arsenal warna merah dan cap.Zaman jahiliah aku...LOL!

p/s: jaket arsenal n t-shirt konsert tu ada lagi aku simpan. Segan dah pokcik nak pakai...