Sabtu, 28 Februari 2009

senyumlah kuala lumpur


Semalam aku ke KL ditemani Aleeya,ubilepih dan juga Ong Bak 1 (selaku bodyguard) atas urusan 'kais pagi makan pagi,kais petang makan petang'. Alhamdulillah urusan berjalan lancar..

Terima kasih kepada seorang brader dan mak andehnya yang meraikan kehadiran kami di sana...Semoga budi kalian mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa...

Terima kasih juga kerana membawa ke titik pertemuanku dengan favourite dvd Once Upon a Time In New York (filem 1984 sepanjang 229 minit,lakonan DeNiro).Dah lama aku cari dvd tu bro!

We'll be back!

terima kaseyyyyyyyy...!

Khamis, 26 Februari 2009

ong bak 1

(TONY JAA)-aura muay thai
VS
(JA`A)-aura kung fu dengkur
coming soon: ong bak 2

Rabu, 25 Februari 2009

suara mereka - ii

HARI PERTAMA KERJA SI NOOR

NOOR diterima kerja menjadi seorang detektif partikelir di sebuah kantor detektif. Tugas pertamanya, di hari pertama bekerja adalah mencari di manakah gerangan kantornya berada.

-suara asal dicilok dari sini
-Suara aku: hahaha..lawak la ini paman..
-partikelir=swasta (setelah aku rujuk di Kamus Besar Indonesia.Kamus Dewan je takde online!)

Selasa, 24 Februari 2009

berita tibi:18sx

i. buletin tibi minggu lepas:
di baca oleh pembaca berita lelaki yang berbunyi.."..Elizabeth, 37, mencetuskan kontroversi ekoran penyebaran beberapa gambar separuh bogelnya di Internet baru-baru ini. Gambar tersebut menunjukkan keadaan Elizabeth dalam keadaan terbaring dan terkangkang..."

ii.buletin tibi semalam:
di baca oleh pembaca berita wanita yang berbunyi.. "....polis sedang menyiasat DVD seks Datuk Chua Soi Lek mengikut seksyen 377(A) Kanun Keseksaan. Seksyen 377 (A) menyebut "mana-mana orang yang melakukan perhubungan seks dengan seseorang lain dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau mulut seseorang lain...."

Wow!!
Tukar cenel lain la aku. Nanti anak aku akan bertanya pulak soalan-soalan yang memang aku malu nak bercerita. Banyak sangat unsur kelucahan melampau walaupun jam baru pukul 8 malam!

Aku rasa elok berita tibi ni ditayangkan pada pukul 10 malam ke atas.Kan bagus.Masa tu anak-anak bawah umur ni dah tidur. Sekurang-kurangnya halwa telinga anak-anak kita dapat diselamatkan dari mendengar berita 18sx...

Pukul 10 malam tu berita nak melucah ke..mencarut ke..lantak ko orang la...nak tunjuk gambar lucah pun carry on la!...hahaha

Disini:
-aku terkilan, buletin tibi terlupa gamaknya untuk membaca berita pasal...di mana Sharlinie??? atau di mana Asmawi ????
-aku tau masyarakat sekarang dah ramai yg sakit...
-aku taknak edit entry aku yang ini dengan tanda @*! . Kalau entri aku lucah, tibi lagi la lucah..berjuta-juta orang menontonnya...

"we live in a beautiful world...yea we do..yea we do.."

update:
iii. buletin tibi sebentar tadi:
di baca oleh pembaca berita lelaki..".. 2 bukit dan 1 batang akan membuatkan penduduk Malaya terasa bahangnya pada April 2009 ini.." ---sambil grafik di skrin tibi merujuk kpd peta Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai,Sarawak..

Berita yang ini bukan melucah ye...harap maklum!

Isnin, 23 Februari 2009

mengetag

Arahan mengetag oleh INTAN RH

Instructions:

Go to your photos folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.
Go to the 6th picture in that folder.
Put the picture on your blog and description of it.
Invite six friends to join the challenge.

Link them in your blog and let them know they have been challenged.

Ini hasilnya:

Aku taknak ikut nombor 6-6-6 sebab nombor itu melambangkan...err..pikir sendiri la...(karut aku ni!!) hehe. Maka disini aku letakkan dua keping gambar yang baru aku ambil semalam untuk tatapan bersama. Gambar yang agak unik. Ia mungkin tidak terdapat ditempat lain terutama di Kanada, Sepanyol, Scotland atau Ireland...

I.

Serai,petai,daun bawang dan keladi kemahang. Yang lain aku taknak describe, cuma nak bercerita pasal keladi kemahang. Keladi kemahang ni saiz agak kecil berbanding dengan keladi-keladi lain.Aku tak tau di negeri lain, tetapi kalau di Pahang ni terkenal dengan gulai keladi masak tempoyak (eh..ada ke keladi masak kari??). Kalau nak masak pun kena ada cara. Takut nanti bila makan keladi ni akan jadi miang/gatal plak anak tekak tu. Kalau setakat miang tekak tak per, jangan perangai pun tetap miang. Nanti pi salahkan keladi pulak...keladi di kambing hitamkan oleh pemiang! (nanti aku try check lagi pasal keladi kemahang ni..info tak banyak..kalau ada,aku update)

II.

Tepak sireh (betel leaf container)
-Ia kepunyaan arwah orang tua aku. Telah digunakan oleh kesemua 9 orang adik beradik aku (plus aku sendiri) didalam majlis perkahwinan mereka. Untuk pengetahuan, akak sulung aku berkahwin pada tahun 1970an dulu. Aku tak ingat the exact year. Tak berapa lama lagi, anaknya pula akan menggunakan tepak sireh yang sama untuk majlis perkahwinanya..
-Untuk info tambahan, tepak sireh ni digunakan semenjak zaman Sultan Mahmud lagi. Semasa Hang Jebat dan Hang Tuah (sorry..aku letak nama Hang Jebat kat depan..hehe) bertandang ke istana,beliau dihidangkan sirih yang di isi didalam tepak sireh (rasa-rasa apa yang dia orang berborak dengan sultan sambil pekena sirih ye?). Tepak sireh ini selalunya mengandungi sirih,buah pinang, kapur, gambir, tembakau dan kacip.
- Sekarang tepak sireh ini banyak digunakan untuk majlis-majlis rasmi seperti merasmikan jambatan baru, bangunan baru ..hehe!
-Makcik-makcik dulu suka makan sirihSiap merah mulut dia orang.-aku panggil songel

Nota:
-Budak-budak sekarang kenal ke keladi atau tepak sireh ni agaknye ye?? Kalau tak kenal ...anda tenung la lama-lama gambar di atas. Lepas tu tanya mak ayah... :) .
-Kacip fatimah kau orang tau la kot..hehe

Jumaat, 20 Februari 2009

dibipi


Minggu lepas aku ke dibipi. Bertujuan untuk mencari beberapa buah buku untuk aku sendiri dan buku yang dipesan oleh Encik Midun (nanti aku cerita kisah dia di entri akan datang). Memang banyak koleksi buku-buku dibipi ni. Bermacam-macam tajuk aku tengok. Ada yang menarik dan membuat aku geram untuk membelinya. Ada juga buku yang aku rasa bila aku baca pun tak faham apa-apa. Tinggi sangat bahasanya. Aku ni pulak jenis suam-suam kuku je bila tiba bab bahasa ni.


Aku cuba mencari buku koleksi puisi Pyanhabib. Dari satu rak ke satu rak buku aku jelajah.Puas di cari tak juga berjumpa.. Hampir kecewa. Aku cuba tanya sorang brader yang sedang membela-bela rambutnya di kaunter (kehenseman kena jaga bila berdepan dengan kastemer).Aku yakin dia tau sebab kedai buku yang sebesar ini mesti ada ‘stock control system’ dia orang. Bila search je kat sistem nama penulis atau pengarang, pasti akan terkeluar terus kat skrin. Aku pasti. Bila tiba di kaunter bayaran merangkap kaunter pertanyaan, aku terus tanya brader kat situ. “bro...kat sini ada jual buku koleksi puisi Pyanhabib tak??”.Brader tu balas sambil tersenyum dan memain-mainkan jambulnya....”saya tak pasti la encik.Encik cuba la tengok kat rak-rak buku kat depan tu.Rasa ada kot”. Adehh..tadi dah aku cari sendiri tak dapat. Ini disuruhnya sekali lagi.


Takper la.Aku cuba cari sekali lagi. Mana tau terjumpa. Kat 30 minit aku mencari. Tak berjumpa juga. Akhirnya aku give up. Cari buku lain la mana tau ada yang berkenan di hati. Belek punya belek akhirnya aku jumpa juga la buku yang menarik. Buku tulisan A.Samad Said yang bertajuk Warkah Eropah. Buku terbitan tahun 1991, Beli la juga dari takde apa yang nak dibawa balik sebagai bahan bacaan. Dapatla komisen 10% walaupun buku tu dah lebih 1 dekad usianya.


Buku tu nampak menarik. Ada gambar-gambar dan cerita pengalaman penulis semasa beliau mengembara ke Eropah. Mungkin bila aku baca nanti dapat juga mengimbas kembali kenangan semasa aku merantau ke Tanah Tinggi dan Lundang dulu. Kenangan silam yang tidak akan berulang lagi.. Sehingga ke hari ini aku dah baca pengenalan di mukasurat 1.Masih tak berganjak. Memang attitude aku macam tu, malas membaca buku. Beli rajin! Hehehe!


Moralnya..Sekali sekala merapu tapi hari Jumaat ni aku nak berkempen “Jom baca buku".Beli dan baca.Jangan beli dan simpan buat pekasam....hehe!


-zaki--> hang kena beli gak buku ni...:)

Nota:
-Mukasurat pertama yg aku 'baca' itu hanya berbentuk gambar London Bridge. hehe!
-Masuk ke mukasurat 3 (baru intro tu!!) aku dah kagum dengan tulisan beliau..

"Khayalan sepi dalam keretapi membibitkan rasa seni. Terkadang terpercik larik puisi, terkadang terkilat imejan asli. Dalam keretapi begini, saya sering terasa diilhami"

perhhhh..gua cakap lu. Seronoknya kalau dapat menulis macam tu.

Isnin, 16 Februari 2009

kisah mereng dan kamus

Baru-baru ni aku menonton pilem Musang Berjanggut lakonan dan arahan P.Ramlee. Pilem ini dikeluarkan pada tahun 1959. Kat sini aku bukan nak cerita pasal sinopsis pilem ni. Semua dah al-maklum kalau sebut pasal pilem P.Ramlee. Cuma aku teringat satu dialog antara anak dara tuan rumah dengan hero:

"Wahai anak muda.Rupa paras kamu amat tampan,tapi malang otak tuan hamba mereng.."

Mereng?
Aku tau makna mereng ni. Ia bermaksud gila, sewel atau senget. Memang ia perkataan yang biasa digunakan. Cuma tak sangka ia digunakan dalam pilem genre purba. Maknanya zaman hang jebat (sorry,aku tak minat hang tuah..hehe) dulu dah wujud perkataan mereng ni.

Untuk kepastian, selepas menonton pilem tu aku terus google maksud mereng ni (kat rumah aku takde Kamus Dewan).Tapi aku tak jumpa makna perkataan tersebut. Yang ada cuma penggunaan perkataan mereng tu je. Lepas tu aku saja-saja gatal google imej pulak (padahal tak relevan). Yang lawak ada keluar gambar-gambar kuih dan orang-orang yang mereng! hehe!

Aku cuba pula google kamus dan kamus dewan. Yang keluar ialah kamus online dalam Bahasa Indonesia-English. Bahasa Malaysia-English atau BM-BM langsung tak jumpa. Kamus Dewan online pun takde. Yang ada cuma jualan Kamus Dewan dalam bentuk cd-rom.

Cuba pula google dictionary. Berpuluh-puluh website dictionary keluar. Oxford ada. Webster ada. Thesaurus ada..dan macam-macam lagi. Tiada masalah bagi aku untuk mencari makna-makna perkataan Inggeris atau synonym-antonym. Just click! Bukan kelik ye! Kalau kelik kena tengok kamus Denmark bukan kamus BI.. hehe...

Moralnya, aku berasa pelik. Pelik kerana tiadanya kamus online yang boleh digunakan oleh pengguna macam saya (saya? sopannya aku!..err..tumpang lalu...) atau pengguna-pengguna lain yang ingin memahirkan lagi penggunaan Bahasa Melayu. Mana orang DBP? Mana orang Dawama?Mana orang Gapena? Mana orang-orang awak yang suka menghunus keris tu? Patutlah mat-mat salleh yang belajar bahasa melayu, bila bercakap mereka akan menggunakan dialek Indonesia.

Aku juga tidak akan berasa pelik dalam masa 2-3 tahun akan datang bila mat-mat salleh ni akan bercakap dalam loghat Pahang. Kerana apa? Kerana mereka-mereka ini telah belajar bahasa malaysia online melalui blog yang aku usahakan bersama ubilepih dan intan rh di blog loghatpahang.

Anda jangan terkejut bila pelancong dari luar negara akan berkata:

"Encik.Tumpang tanya. Deme tau tak how to go to Taman Negara? Actually...kome sesat ni. Matnye la jadi macam ini.Raban sungguh..please sir. Help kome"

Hahaha!
Meraban sungguh aku hari ni...mereng kah aku??

Nota:
-terjumpa ini -->http://kamus.lamanmini.com/index.php, cuma translate BM-BI,BI-BM tapi tiada contoh-contoh ayat.
-teringat lagu Songkok Mereng yang dipopularkan oleh ...Orkid Abdullah..?
-al fatihah juga untuk insan-insan seni yang telah meninggalkan dunia sementara ini..

Ahad, 15 Februari 2009

al-fatihah

Gambar ini pernah disiarkan dalam entri aku pada jan2009 sebagai gambar hiasan (tiada kaitan dengan cerita). Ia diambil oleh anak aku ketika kami dan ubilepih sedang mengeteh di Tanjung Lipis. Aleeya yang memang suka menggunakan kamera h/fon aku,akan mengambil apa saja gambar yang dia rasa berkenan dihati. Dia pun tidak kenal gambar siapa yang diambilnya. Aku pula tidak perasan masa bila dia mengambil gambar tersebut. Yang aku ingat, mak CT yang duduk didepan arwah cuma tersenyum menengok gelagat Aleeya yang aksinya bagaikan seorang photographer. Tapi itu la takdir. Gambar tersebut dapat diabadikan didalam blog aku ni.

PETALING JAYA: Ayah kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Allahyarham Tarudin Ismail, 67 meninggal dunia hari ini kira-kira pukul 11.50 pagi tadi.-mstar

AL-FATIHAH

Khamis, 12 Februari 2009

gawat

I.
Air takde di kawasan perumahan aku ni.
Masuk hari ni dah 3 hari.
Puncanya paip air dicuri orang!

Adakah ini bahana gawat ekonomi atau gawat moral?

II.
Demonstrasi jalanan.
Pemerintah pun sama, pembangkang pun sama.
Yang menarik ahli-ahli silat terbang dan orang-orang kebal Melayu berkelahi dengan seorang OKU yang cuma berkerusi roda!!


Ini pula gawat apa.Gawat akal?

-bastardo!
-stupido!

+ entri ini dibuat selepas aku menonton pilem The Godfather..

Selasa, 10 Februari 2009

pilem

Lama tak layan dvd ( pirate.hehe ) Kat bawah tu ialah antara dvd yang masih dicari-cari, tapi belum ku temui ...sekali sekala kena layan jiwang gak! Jacques Demy's 1964 masterpiece is a pop-art opera, or, to borrow the director's own description, a film in song. Kepada sesiapa yang rajin pi beli dvd (pirate!) dan terjumpa pilem di bawah tolong belikan untuk aku...hehe!



Title: The Umbrellas of Cherboug (Les Parapluies de Cherbourg)
Year : 1964
Language: French (subtitle wajib!)
Genre: Musical/Romance

Nota:
Ia adalah antara pilem yang paling aku minat selain pilem Tamil. (haha!)

Isnin, 9 Februari 2009

suara mereka - i

jangan mangsakan anak-anak kami
demi suara kami yang tidak dipedulikan
maka kamu, pemerintah atau pembangkang,
teruskan berkelahi, tetapi
jangan huru-harakan hidup dan mimpi kami
jangan mangsakan anak-anak buah hati kami!

(suara asal diclok dari sini )
Suara aku: wa setuju sangat la dgn lu brader!

Ahad, 8 Februari 2009

lompat si katak lompat part 2

1- MELOMPAT DAN MENGAJAK LOMPAT YANG DIBENARKAN

Dibenarkan dalam beberapa keadaan antaranya :-

· Untuk Kebaikan Rakyat : Melompat kerana kepentingan dan kebaikan rakyat, bukan hasil kerakusan mengaut imbuhan untuk diri atau menyelamatkan diri dari tuduhan rasuah atau dakwaan kejahatan yang dilakukan oleh diri sendiri. Lalu kerusi wakil rakyat digadaikan.

· Membawa kepada taat Allah ; Jika menurut fakta, statistik dan pengalaman umum yang jelas bahawa sesebuah gabungan parti itu lebih membawa kepada pelbagai maksiat dan ketidakadilan manakala parti yang lain lagi membawa kepada lebih ketaaatan kepada Allah, lebih kebaikan dan kesaksamaan, maka ‘lompat' boleh menjadi HARUS malah mungkin ada ketikanya ia adalah sunat atau wajib.

· Mengurangkan mudarat ; Jika kedua-dua parti adalah tidak baik, namun demikian satu darinya kurang mudarat dan tidak baiknya. Maka boleh malah wajar untuk lompat kepada yang kurang membawa mudarat untuk diri dan rakyatnya.

· Tiada potensi mudarat lebih besar ; Telah ditinjau potensi bantahan rakyat tidak akan membawa mudarat yang lebih besar. Jika telah dikenalpasti rakyat terdiri dari mereka yang ganas dan boleh mencetus mudarat lebih besar akibat lompat. Maka lompatan wajar dijauhi.

· Pilihanraya korup sepenuhnya atau sebahagian besarnya ; tatkala itu usaha mengajak lompat dibenarkan jika tiada cara untuk menang dalam pilihanraya biasa kerana korupsi amat dahsyat dan rasuah bermahajalela menyebabkan pilihanraya tidak adil sama sekali.

· Pilihanraya dipelopori majoriti pengundi tidak baik ; Melompat dan mengajaknya dibenarkan apabila rakyat dikenalpasti majoriti terdiri dari orang yang sangat cenderung kepada kejahatan dan pastinya akan sentiasa memilih yang tidak baik sebagai wakil mereka. Justeru, bagi menyelamatkan Negara dan kebaikan rakyat sebegini, jemputan dan mengajak lompat adalah dibenarkan.

2- MELOMPAT YANG KHIANAT DAN TIDAK DIBENARKAN.

Dilarang sama sekali apabila :-

· Kerana manfaat diri sendiri ; Melompat kerana mendapatkan imbuhan untuk diri (seperti wang berjuta dan sebagainya) atau menyelamatkan diri dari tuduhan rasuah atau dakwaan kejahatan yang dilakukan oleh diri sendiri. Lalu kerusi wakil rakyat digadaikan.

· Timbul mudarat lebih besar ; seperti pengundi memberontak dan punyai potensi berlaku pertumpahan darah dan sebagainya.

· Pilihanraya semula lebih diredhai oleh semua ; ini dalam keadaan system pilihanraya masih boleh dipercayai dan pengundi bercampur antara yang suka kejahatan dan kebaikan.

· Dari yang baik kepada tidak baik ; melompat dari kumpulan yang baik kepada yang tidak baik dan membawa semakin jauh dari ketaatan Allah.

- Menuruti pandangan kumpulan pengundi tidak baik ; tunduk kepada permintaan pengundi tidak baik sehingga mengabaikan tuntutan pengundi baik dalam kawasannya.

dipetik dari: www.zaharuddin.net

-----------------------------------------

Aku berharap supaya ahli-ahli politik yang lebih cerdik dari aku ni tak kira la samada parti pemerintah atau pembangkang supaya bertindak lebih PANDAI dan bukannya PANDIR yang boleh membawa kepada kesesatan!

“Dan sesungguhnya inilah umat kamu, umat yang satu, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu. Kemudian mereka itu berpecah-belah dalam urusan mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap puak berbangga dengan apa yang ada pada mereka. Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa”. (Surah al-Mukminun, ayat 52-54).

Rabu, 4 Februari 2009

lompat si katak lompat

nak cari makan kena kuat melompat

I. Masa Aleeya balik sekolah petang tadi, aku tanya dia pasal lagu Katak si Katak Lompat. Dia kata dia memang hafal lagu tu. Apa lagi, aku suruh la dia nyanyi..:

Lompat sikatak lompat
Lompat lar tinggi-tinggi
Cepat lar awak cepat
Cepat lar bangun pagi-pagi

Kalau awak lambat bangun
Lambat bangun pagi
La La La La La La La
La La La La La La La
Nanti awak rugi

Lompat si katak lompat. Kamu tu cari rezeki. Kalau tak melompat, nanti miss soru atau miss rumah BANGLA (pinjam kata Aleeya) yang besar-besar.Makan la banyak-banyak, suap la banyak-banyak. Biar badan tu berisi sikit (sempat juga aku nasihat kat Aleeya)...

Lompat si katak lompat. Mana tau rezeki di sana lebih besar. Nanti kena cium dengan princess boleh berubah jadi manusia, silap-silap jadi prince pulak.Lagi la kaya raya katak oii..

"Orang yang begini (lompat) memang lemah, satu contoh bukti kelemahan dan kegagalan dalam perjuangan," jelas beliau.-Utusan Malaysia 30Jan09

Mengulas isu moral melompat parti, Najib berkata: "Kita tidak mulakan, siapa yang bercakap pada 16 September"
-Malaysiakini 4Feb09

Kongkalikong! Kongkalikong! Kongkalikong!

II. -- Update - 5feb2009@4:08pm: terima sms dari seorang brader yang pakar dalam bab tersurat dan tersirat yang berbunyi " perkembangan terkni..nizar dalam kenangan.." hehe..! Terimakasih bro...pekan koboi gua blackout 3 jam...gelap sebentar dari informasi..nanti bila gua dan ubilepih turun KL kita boleh mengeteh!

-- Balik dari kerja, aku disambut dengan pertanyaan oleh anak aku.

"Abah..kakak tau lagu Bangau Oh Bangau. Tadi cikgu ajar kat sekolah. Nak dengar kakak nyanyi tak? "

Aku kata.."tak payah la kakak...belum relevan lagi setakat ni" hehe!

Isnin, 2 Februari 2009

bang selebu

Peace..No War !!!
I. Alhamdulillah, Aleeya dah sihat dari demam panas dia. Dia pun dah back to normal, termasuk la sikap degilnya, nakal dan cerewet bila tiba bab makan. Bagi aku..tak kisah la. Yang penting dia tak hyper-degil atau hyper-nakal atau tak nak minum susu langsung.

Pagi tadi macam biasa. Selepas seminggu bercuti sekolah, mula la nak bangun tidur pun liat. Kena digerak kat 3-4 kali baru la dia bangun.Nak bawak kebilik air pun kena dukung. Nak sikat rambut pun malas. Nak buh bedak kat muka pun suruh abah dia...ish..ish..ish...Tapi takper la. Tak kisah....Bagi chance la kat dia nak bermanja dengan abah dia...(boleh kata setiap waktu sekolah memang aku kena siapkan dia, sebab wife aku pukul 7am dah keluar)

Bila semua dah siap, masing-masing keluar pula untuk pakai kasut. Aku yang sempoi ni pakai selipar je kerja. Biasala...kerja sendiri. Aleeya terbongkok-bongkok mencari kasut yang dah seminggu tak berusik. Bila dapat kasut dia terus duduk atas lantai padahal kat luar rumah aku tu memang aku sediakan kerusi kecil. Aku tegur dia:

Aku: Aleeya..kenapa duduk atas lantai tu, kan kotor. Kerusi dah ada tu duduk la situ..

Aleeya: Takper la...cikgu tak marah pun kakak duduk atas lantai..

Ishh..ish..ishhh...yang ni aku kisah...

II. Aleeya selalu keliru antara perkataan BANGLA dan BANGLO. Contoh ayat yang dia pernah tanya kat aku dan membuatkan aku termenung sejenak:

"Abah..masa kakak main kat taman tadi ada pakcik BANGLO jual aiskrim.Takper kakak beli kan??"

"Wow..cantiknya rumah.Rumah BANGLA tu sapa punya abah?"

III. Dua minggu lepas ...balik dari kerja, aku saja-saja tanya Aleeya mengenai sekolah dia. Biasala kan. Kita sebagai ibubapa ni kena prihatin juga bab-bab sekolah anak kita. Kalau kita taknak tanya bab pelajaran, kita tanya pasal kawan-kawan dia. Kita kena tau juga dengan siapa anak kita berkawan baik.

Aku: Aleeya...kat sekolah tu kakak ada kawan baik tak?

Aleeya: Ada...

Aku: Siapa nama dia??

Aleeya: Danish Awang Teh..

Aku: Betul ke nama dia cam tu?? Zaman ni mana ada nama budak Awang Teh.. .(aku gelak)

Keesokannya semasa aku hantar Aleeya ke sekolah, aku suruh dia tunjukkan nama kawan baik yang dia sebut tu. Aku terus panggil budak tu dan bertanya.

Aku: Adik..nama penuh adik apa??

Budak: Nama penuh saya Danish Awanif bin Kamarudin...

Aku: Oooo....ok...kahkahkah...aku gelak dalam hati je la...

Macamana Aleeya boleh tertukar Awanif dengan Awang Teh...jauh bebeno tu..