Jumaat, 20 Februari 2009

dibipi


Minggu lepas aku ke dibipi. Bertujuan untuk mencari beberapa buah buku untuk aku sendiri dan buku yang dipesan oleh Encik Midun (nanti aku cerita kisah dia di entri akan datang). Memang banyak koleksi buku-buku dibipi ni. Bermacam-macam tajuk aku tengok. Ada yang menarik dan membuat aku geram untuk membelinya. Ada juga buku yang aku rasa bila aku baca pun tak faham apa-apa. Tinggi sangat bahasanya. Aku ni pulak jenis suam-suam kuku je bila tiba bab bahasa ni.


Aku cuba mencari buku koleksi puisi Pyanhabib. Dari satu rak ke satu rak buku aku jelajah.Puas di cari tak juga berjumpa.. Hampir kecewa. Aku cuba tanya sorang brader yang sedang membela-bela rambutnya di kaunter (kehenseman kena jaga bila berdepan dengan kastemer).Aku yakin dia tau sebab kedai buku yang sebesar ini mesti ada ‘stock control system’ dia orang. Bila search je kat sistem nama penulis atau pengarang, pasti akan terkeluar terus kat skrin. Aku pasti. Bila tiba di kaunter bayaran merangkap kaunter pertanyaan, aku terus tanya brader kat situ. “bro...kat sini ada jual buku koleksi puisi Pyanhabib tak??”.Brader tu balas sambil tersenyum dan memain-mainkan jambulnya....”saya tak pasti la encik.Encik cuba la tengok kat rak-rak buku kat depan tu.Rasa ada kot”. Adehh..tadi dah aku cari sendiri tak dapat. Ini disuruhnya sekali lagi.


Takper la.Aku cuba cari sekali lagi. Mana tau terjumpa. Kat 30 minit aku mencari. Tak berjumpa juga. Akhirnya aku give up. Cari buku lain la mana tau ada yang berkenan di hati. Belek punya belek akhirnya aku jumpa juga la buku yang menarik. Buku tulisan A.Samad Said yang bertajuk Warkah Eropah. Buku terbitan tahun 1991, Beli la juga dari takde apa yang nak dibawa balik sebagai bahan bacaan. Dapatla komisen 10% walaupun buku tu dah lebih 1 dekad usianya.


Buku tu nampak menarik. Ada gambar-gambar dan cerita pengalaman penulis semasa beliau mengembara ke Eropah. Mungkin bila aku baca nanti dapat juga mengimbas kembali kenangan semasa aku merantau ke Tanah Tinggi dan Lundang dulu. Kenangan silam yang tidak akan berulang lagi.. Sehingga ke hari ini aku dah baca pengenalan di mukasurat 1.Masih tak berganjak. Memang attitude aku macam tu, malas membaca buku. Beli rajin! Hehehe!


Moralnya..Sekali sekala merapu tapi hari Jumaat ni aku nak berkempen “Jom baca buku".Beli dan baca.Jangan beli dan simpan buat pekasam....hehe!


-zaki--> hang kena beli gak buku ni...:)

Nota:
-Mukasurat pertama yg aku 'baca' itu hanya berbentuk gambar London Bridge. hehe!
-Masuk ke mukasurat 3 (baru intro tu!!) aku dah kagum dengan tulisan beliau..

"Khayalan sepi dalam keretapi membibitkan rasa seni. Terkadang terpercik larik puisi, terkadang terkilat imejan asli. Dalam keretapi begini, saya sering terasa diilhami"

perhhhh..gua cakap lu. Seronoknya kalau dapat menulis macam tu.

18 ulasan:

ab geldofg berkata...

aku dah baca buku tu.....bst...tapi tk rock

benludin berkata...

ab,
a.samad said mana rock...dia oldies..hehe

ab geldofg berkata...

dia rock....tapi tulisan dia slow rock je...tk metel

benludin berkata...

dia tak leh head banging...rambut pendek..beard banging tak layan...

benludin berkata...

aku baru baca 1 page...tu pasal la aku ngantuk sbb dia tak rock

jawa peranakan berkata...

nak rock beli la batu..

amey ahmad berkata...

bro,
wa baca almost all A. Samat Said books but not this one! intro tak menarik.. still like to read Hujan Pagi dan Salina..
happy reading..

ZARA 札拉 [사랑해~] berkata...

best tak pakcik?

aku suka buku..lebih2 lagi sasterawan punya...

=)

bibir tebal berkata...

aku suka karya Ramlee awang Murshid..

INTAN berkata...

aku suka karya RAM....buku2 yg terlampau puitis ni aku xleh terima dah....otak aku reject awal2...ni gara2 terlampau byk baca buku sastera masa form 6 kot.....terus ilang selera...

Da' daffodil D berkata...

sy rs, buku dale e. seborg sgt best.. :D

Chekgu BaniHassim berkata...

rajin en benludin membace ye....
rajin pi dbp...

ko tak sound je ke en main2 jambul tu???
keje buatla cara nak keje..

skg kan byk sistem stok ni dah dicomputerizedkan...

huhu...

tuan tanah berkata...

Buku Warkah Dari Eropah memang best. Pernah baca di library kolej dulu. Tapi dah tak berapa ingat isi kandungannya secara detail. :(

benludin berkata...

jp,
batu tak yah beli..pi kutip je kat tepi jalan..

amey,
yg lu baca tu novel..mme la fun.yg ni ala-ala 'road movie' gitu..

ZARA,
buku mmg best..cuma pokcik je susah nak baca perabih..

bibir tebal,
suka citer hantu ye...sure kuat baca tu,tu pasal bibir jadi tebal..haha

INTAN,
hang leh tukar2 buku dgn bibir tebal...gang2 thriller

Da..susah nak eja,
pe mende tu? buku masak ke

CBH,
-sekali sekala cikgu..:)
-aku jeles gak rambut dia lebat..heh
-may be ada tu...kompeni besar..rasa brader tu tak reti nak guna..

tuan tanah,
alahai..korang dah baca lama ye..ketinggalan zaman aku nih...1 dekad tertinggal...
btw..tq ziarah blog meraban ni..:)

intanrh berkata...

Dah bc kamus baru DBP? Byk gak perkataan inggeris dimelayukan...

benludin berkata...

sesuai la dgn agenda PPSMI tu kot

Photographer RAZAK RAMLI berkata...

Saya pernah beli buku Hujan Pagi karya A.Samad Said kat kedai arwah ayah awak awal 80an.Bahasa yang terlalu puitis susah nak faham.Cerita berbeli-belit.

benludin berkata...

razak,
tq dtg ke kedai...ingat lg ye walau dah 20thn lebih..:)