Ahad, 8 Februari 2009

lompat si katak lompat part 2

1- MELOMPAT DAN MENGAJAK LOMPAT YANG DIBENARKAN

Dibenarkan dalam beberapa keadaan antaranya :-

· Untuk Kebaikan Rakyat : Melompat kerana kepentingan dan kebaikan rakyat, bukan hasil kerakusan mengaut imbuhan untuk diri atau menyelamatkan diri dari tuduhan rasuah atau dakwaan kejahatan yang dilakukan oleh diri sendiri. Lalu kerusi wakil rakyat digadaikan.

· Membawa kepada taat Allah ; Jika menurut fakta, statistik dan pengalaman umum yang jelas bahawa sesebuah gabungan parti itu lebih membawa kepada pelbagai maksiat dan ketidakadilan manakala parti yang lain lagi membawa kepada lebih ketaaatan kepada Allah, lebih kebaikan dan kesaksamaan, maka ‘lompat' boleh menjadi HARUS malah mungkin ada ketikanya ia adalah sunat atau wajib.

· Mengurangkan mudarat ; Jika kedua-dua parti adalah tidak baik, namun demikian satu darinya kurang mudarat dan tidak baiknya. Maka boleh malah wajar untuk lompat kepada yang kurang membawa mudarat untuk diri dan rakyatnya.

· Tiada potensi mudarat lebih besar ; Telah ditinjau potensi bantahan rakyat tidak akan membawa mudarat yang lebih besar. Jika telah dikenalpasti rakyat terdiri dari mereka yang ganas dan boleh mencetus mudarat lebih besar akibat lompat. Maka lompatan wajar dijauhi.

· Pilihanraya korup sepenuhnya atau sebahagian besarnya ; tatkala itu usaha mengajak lompat dibenarkan jika tiada cara untuk menang dalam pilihanraya biasa kerana korupsi amat dahsyat dan rasuah bermahajalela menyebabkan pilihanraya tidak adil sama sekali.

· Pilihanraya dipelopori majoriti pengundi tidak baik ; Melompat dan mengajaknya dibenarkan apabila rakyat dikenalpasti majoriti terdiri dari orang yang sangat cenderung kepada kejahatan dan pastinya akan sentiasa memilih yang tidak baik sebagai wakil mereka. Justeru, bagi menyelamatkan Negara dan kebaikan rakyat sebegini, jemputan dan mengajak lompat adalah dibenarkan.

2- MELOMPAT YANG KHIANAT DAN TIDAK DIBENARKAN.

Dilarang sama sekali apabila :-

· Kerana manfaat diri sendiri ; Melompat kerana mendapatkan imbuhan untuk diri (seperti wang berjuta dan sebagainya) atau menyelamatkan diri dari tuduhan rasuah atau dakwaan kejahatan yang dilakukan oleh diri sendiri. Lalu kerusi wakil rakyat digadaikan.

· Timbul mudarat lebih besar ; seperti pengundi memberontak dan punyai potensi berlaku pertumpahan darah dan sebagainya.

· Pilihanraya semula lebih diredhai oleh semua ; ini dalam keadaan system pilihanraya masih boleh dipercayai dan pengundi bercampur antara yang suka kejahatan dan kebaikan.

· Dari yang baik kepada tidak baik ; melompat dari kumpulan yang baik kepada yang tidak baik dan membawa semakin jauh dari ketaatan Allah.

- Menuruti pandangan kumpulan pengundi tidak baik ; tunduk kepada permintaan pengundi tidak baik sehingga mengabaikan tuntutan pengundi baik dalam kawasannya.

dipetik dari: www.zaharuddin.net

-----------------------------------------

Aku berharap supaya ahli-ahli politik yang lebih cerdik dari aku ni tak kira la samada parti pemerintah atau pembangkang supaya bertindak lebih PANDAI dan bukannya PANDIR yang boleh membawa kepada kesesatan!

“Dan sesungguhnya inilah umat kamu, umat yang satu, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu. Kemudian mereka itu berpecah-belah dalam urusan mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap puak berbangga dengan apa yang ada pada mereka. Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa”. (Surah al-Mukminun, ayat 52-54).

10 ulasan:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Suka sangat lompat2...

suruh masuk lompat acara Olimpik baru betul dorang tu semua..

pemikiran langsung tak mencerminkan sapa mereka yang sebenatnya...

benludin berkata...

zara,
look n see je la nanti...tengok siapa yg menang...menarik juga ni kan..hehe

Tanpa Nama berkata...

wanna bet?
hehehe....
koi lawok je ben....

karpal sudah hilang sabar..
dah bg warning..
mahaguru silat pun sama..

kelakor hancus politik malaysia..

benludin berkata...

ummzaid,
bet deme sponsor tiket kome melancong ke kanada..hehe

tunggang langgang dan cacamerba.
bila sibuk berpolitik...ekonomi terlupa...

Tanpa Nama berkata...

Karpal? Klu dah I***a, tak leh lari dah drp putar-belit.

benludin berkata...

intanrh,
kapal sink..

ubilepih berkata...

Melompat lah kamu sebelum kamu di lompatkan...contohnya melompat pakar lah kamu jika kamu hendak di sondol babi hutan...

chekgu Bani Hassim berkata...

penat la lompat2 ni...
ngesot je laa...kurang penat...

ape2 pun, kalau demi kepentingan semua, dan bukan individu, aku sokong je...

politik mmg cemtu...

Tanpa Nama berkata...

Air Asia ada bg free seat..
gi ah booking cepat..
tapi nak ke sini kena lompat2 kapalterbang lah plk..

kome pun tunggu deme sponsor nok balik mesia.. :)

benludin berkata...

nak ke kanada mcm nak ke temerloh je..kena lompat 3 bas