Isnin, 16 Februari 2009

kisah mereng dan kamus

Baru-baru ni aku menonton pilem Musang Berjanggut lakonan dan arahan P.Ramlee. Pilem ini dikeluarkan pada tahun 1959. Kat sini aku bukan nak cerita pasal sinopsis pilem ni. Semua dah al-maklum kalau sebut pasal pilem P.Ramlee. Cuma aku teringat satu dialog antara anak dara tuan rumah dengan hero:

"Wahai anak muda.Rupa paras kamu amat tampan,tapi malang otak tuan hamba mereng.."

Mereng?
Aku tau makna mereng ni. Ia bermaksud gila, sewel atau senget. Memang ia perkataan yang biasa digunakan. Cuma tak sangka ia digunakan dalam pilem genre purba. Maknanya zaman hang jebat (sorry,aku tak minat hang tuah..hehe) dulu dah wujud perkataan mereng ni.

Untuk kepastian, selepas menonton pilem tu aku terus google maksud mereng ni (kat rumah aku takde Kamus Dewan).Tapi aku tak jumpa makna perkataan tersebut. Yang ada cuma penggunaan perkataan mereng tu je. Lepas tu aku saja-saja gatal google imej pulak (padahal tak relevan). Yang lawak ada keluar gambar-gambar kuih dan orang-orang yang mereng! hehe!

Aku cuba pula google kamus dan kamus dewan. Yang keluar ialah kamus online dalam Bahasa Indonesia-English. Bahasa Malaysia-English atau BM-BM langsung tak jumpa. Kamus Dewan online pun takde. Yang ada cuma jualan Kamus Dewan dalam bentuk cd-rom.

Cuba pula google dictionary. Berpuluh-puluh website dictionary keluar. Oxford ada. Webster ada. Thesaurus ada..dan macam-macam lagi. Tiada masalah bagi aku untuk mencari makna-makna perkataan Inggeris atau synonym-antonym. Just click! Bukan kelik ye! Kalau kelik kena tengok kamus Denmark bukan kamus BI.. hehe...

Moralnya, aku berasa pelik. Pelik kerana tiadanya kamus online yang boleh digunakan oleh pengguna macam saya (saya? sopannya aku!..err..tumpang lalu...) atau pengguna-pengguna lain yang ingin memahirkan lagi penggunaan Bahasa Melayu. Mana orang DBP? Mana orang Dawama?Mana orang Gapena? Mana orang-orang awak yang suka menghunus keris tu? Patutlah mat-mat salleh yang belajar bahasa melayu, bila bercakap mereka akan menggunakan dialek Indonesia.

Aku juga tidak akan berasa pelik dalam masa 2-3 tahun akan datang bila mat-mat salleh ni akan bercakap dalam loghat Pahang. Kerana apa? Kerana mereka-mereka ini telah belajar bahasa malaysia online melalui blog yang aku usahakan bersama ubilepih dan intan rh di blog loghatpahang.

Anda jangan terkejut bila pelancong dari luar negara akan berkata:

"Encik.Tumpang tanya. Deme tau tak how to go to Taman Negara? Actually...kome sesat ni. Matnye la jadi macam ini.Raban sungguh..please sir. Help kome"

Hahaha!
Meraban sungguh aku hari ni...mereng kah aku??

Nota:
-terjumpa ini -->http://kamus.lamanmini.com/index.php, cuma translate BM-BI,BI-BM tapi tiada contoh-contoh ayat.
-teringat lagu Songkok Mereng yang dipopularkan oleh ...Orkid Abdullah..?
-al fatihah juga untuk insan-insan seni yang telah meninggalkan dunia sementara ini..

38 ulasan:

jawa peranakan berkata...

hoh..
deme lebih minat HANG JEBAT berbanding HANG TUAH?
deme tak takut ke dengan hulubalang2 kebal yang boleh terbang yang perjuangan mereka ialah PANTANG MELAYU DERHAKA KEPADA SULTANNYA?

PS-nasib baik saya minat pahlawan yang namanya seakan-akan nama limau iaitu HANG KASTURI..

benludin berkata...

jp,
hahahaha!
aku juga minat kat hang kedah yang telah menjadi isteri aku sehingga kini...

jawa peranakan berkata...

oh..
kalau bab itu,isteri aku sekarang hang selangor..
tapi minat aku pada hang kelantan,hang pahang,hang johor,hang melaka,hang negeri sembilan,hang perak,hang penang,hang kedah,hang perlis,hang sabah & hang sarawak masih belum pudar..

PS-org kata paling best hang siam.. betul ke?

benludin berkata...

yg paling best hang power!
haha

en_me berkata...

dbp yg mandul itu ada kisahnya di sini:

http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=1380&IID=&PHPSESSID=acf18851980801f37264e39167b2354c

btw, perkataan 'mandul' tiada dalam kamus dewan. harap maklum.

ZARA 札拉 [사랑해~] berkata...

hehehe...

mereng jap aku baca benda nih...

selalu gak kalau kawan2 yang cuba nak campur aduk bahasa2 ni tanpa sedar..

matang nak disebut "meteng"..

bila di main2 sebut depan kawan yang berketurunan jawa, hambik kena gelak..

cth ayat:

"aku matang" - membawa maksud dah cam mumaiyiz la tu~

"aku meteng" - aku mengandung!

apakah>>LOL!

INTAN berkata...

daku perasan lograt pahang gan perok mcm adik badik lain mak lain apak ek?.....sbb "kome" pun....ada dlm kamus org perok....


moh kome moh...!!

benludin berkata...

en_me,
tq..dah baca
mandul...harap2 jgn terhapus
kalau terhapus kena baca takqin utk dbp

ZARA,
haha...pandai kau buat lawak ye
tu la indahnya bahasa

INTAN,
berkemungkinan sultan perak sedara sultan pahang??
Daulat Tuanku!

one love berkata...

heheh deme je yang tahu ha! hehehe

saya mereng! sekian :p

jawa peranakan berkata...

ZARA..

lazimnya MATANG akan disusuli dengan METENG..

INTAN berkata...

klu belajo sejarah..mmg le soltan perak dan pahang tu bersaudara..kan ke dwang lari dr melaka..sorang ke perak..sorang ke pahang...

INTAN RH berkata...

Weh...Ben, hrp aok tak mereng...hehehe. Koi suka Hang Terengganu!! :D

jawa peranakan berkata...

ye tak ye la..

saya tak masukkan HANG TERENGGANU dalam komen sebelum ini..

minat saya kepada HANG TERENGGANU juga masih belum pudar..

benludin berkata...

INTAN,
kena kaji lagi asal usul melayu

INTAN RH,
mereng sikit jeh!
haha

jp,
banyak la hang punya hang

Chekgu BaniHassim berkata...

entry mcm pejuang bahase...
tapi entah laa...
BM ni kan kalau xde perkataan tu, boleh memelayukan perkataan asing yg dirasakan sesuai...

erm, entahlaa...naik mereng otak aku pikir...

benludin berkata...

CBH,
-blum taraf pejuang..cuma pengguna yg tak berapa pandai mengguna..maka kamus la rujukan utama..
-ramai pulak yg mereng bila baca entri aku kali ni..haha

Purple Crayon berkata...

hehe aku tertawa dan ketawa harini.

ummzaid berkata...

kome tak nok mereng tapi kome suka makan pai lemon MERINGUE .. :)

benludin berkata...

PC,
jgn ketawa sorang2...nanti org ingat mereng plak..hehe

ummzaid,
kena bagi resepi tu..bukan resepi cara nak elak dari mereng,tapi resepi pai lemon merengue tu..hehe

Purple Crayon berkata...

hehe,yang dipandang mereng mungkin bijaksana, yang dipandang bijaksana munkin mereng.apakah itu mereng?ben hang dah dpt ke maksudnye di kamus online tuh?
kak zim,pai lemon merngue tu mesti sedapkan sesedap cheese cake.

benludin berkata...

PC,
takde dlm kamus online
kena rujuk Kamus Dewan

Snakebite berkata...

setakat yang saya tahu, 'mereng' itu merujuk kepada gasing yang dah habis power, ketika dia dah senget dan hogek hogek

hogek hogek itu adalah dari perkataan arwah aki dan wan saya yang bermaksud 'tak steady'.

contohnya, 'berani awok naik basiko dengan dia? dia bawok pun hogek hogek' kata nenek saya kepada adik saya yang meminta di bawa naik basikal. ketika itu saya masih lagi baru belajar naik basikal.

Snakebite berkata...

weh ludin,

sebut pasal hogek hogek,atau 'oge' dlm kamus tu,ada lagi beberapa perkataan yang boleh di pertimbangkan untuk masuk kamus, dari orang kampung koi zaman dedulu.

gamok/gamak. maksudnya lebih kurang dengan agak-agak atau 'maybe'

contoh.
'gamok nya banyok pahala tengku abdul raman mintok merdeka dulu. zaman org putih dulu tengok orang melayu bawok kereta pun pelik. sekarang ni orang melayu dah boleh bawok kapalterbang.gamok nya la.'

kata-kata di atas adalah kata-kata yang sebenar oleh seorang tua kampung koi bila berjumpa dgn rodong koi yg kerja 'pilot' dan ikut koi balik kampung masa cuti.

lengit. maksud nya tercorot dalam permainan atau perlumbaan. contoh, 'ludin tu lengit sokmo bila main tui.'

mencanok-canok/mencanak-canak. tak sure apa makna. tapi pernah dengar org kampung guna masa main badminton. 'tengok smash koi, mencanok-canok shuttlecock tu.'

benludin berkata...

snakebite,
-deme memang terer!
-nanti kome masukkan dlm kamus oxperd kome tu..
-tak tahan gelok bila baca komen deme tu..lama x dengor loghat2 yg pekat

Insan Bokoh berkata...

Hahaha! Lama x baca Ben nye entries. Skali skala baca, gelak gue. U got creative thinking la. Tak pernah terpikir hal mereng nih!

Maybe u can investigate further on other malay words yang takde dlm kamus lagi. Whatever it is, please don't end up mereng kay! Hehe..

ubilepih berkata...

ada satu lagi HANG...HANGpuraih(HangPURAS)...
maksudnya tak beguna...so orang2 awak yang suka berarak dengan kepala belilit kain kuning itu memang HANGpuras...keh..keh..kehh

jawa peranakan berkata...

3 warna kesukaan IBLIS..
i) HITAM
ii) MERAH
iii) KUNING

sekian dimaklumkan..

Snakebite berkata...

betul la...lama tak dengo hangpurais/hampuras. munkin perkataan moden hampeh tu asal dari hangpurais/hampuras kot. las skali koi dengo tahun 88, bila terjumpa rodong dari temeloh di central market. dia kata, 'bandar temeloh zaman kita dulu mcm hampuras, gone org mcm kita ni tak lari ke kolumpo..'

Snakebite berkata...

haa...satu lagi perkataan org dedulu. berambi, bermaksud berhati hati. contoh, 'berambi naik perahu tu, kang jatuh kair (ke air)'.

ummzaid berkata...

weh..

sedak ngat koi baca deme2 bawok keluo loghat temeloh.. :)

koi tamboh se..

meloho.. contoh..anok koi bangun meloho sokmo.. meloho tu kira hari dah tinggi/tghari..

maaflah pokcik, sis purple..pai lemon meringue tu hak segera resepi tak de.. serbuk dlm kotok..kome kodei2/kacau2 je... :)

jawa peranakan berkata...

saya bukan org pahang..tapi saya tau 1 perkataan pahang iaitu BOBOK..

ab geldofg berkata...

kah nok kah be lah

Purple Crayon berkata...

wah arini koi belajar bnyk perkataan baru bahasa pahang and daerah temerloh ni.

Snakebite berkata...

ha'ah, bobok...kalau tak salah maknanya org yang banyak borak tapi seme pedo'oh.

zaman dedulu koi ada rodong yg perasan dia tere main bola, tanpa malu slalu nak jadi striker. satu hari dlm perlawanan yg penting, dia tlh di feed dgn bola yg amat cantik, betul dpn gol yg tenganga.tapi dia tak dpt score, terus buat buat lah jatuh. lps game dia kata, 'sayang koi tejelepuk tadi, kalau tidak menang dah kita'. sejak dari hari tu, nama dia Man Bobok.

ummzaid berkata...

koi tak tau pulok la perkataan BOBOK tu..BUBUK koi tau.. ulat beras..

benludin berkata...

IB,
selamat datang semula..hehe

abg g,
melatah ke apa tu..

snake,ummzaid,
masa tgh mandi pun kome masih tersengeh terbayang kat perkataan bobok dan hampuraih...haha

jawa peranakan berkata...

gua masa mandi tersengeh terbayang kat perkataan ELIZABETH WONG..

benludin berkata...

terbayang elizabeth wong takpe...jgn terbayang khir toke tempe