Memaparkan catatan dengan label walk to another planet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label walk to another planet. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Mei 2010

copacabana

kenal makcik ini?

jumaat lepas aku jalan-jalan ke cameron bagi menyejukkan hati setelah 'menyumpah di malam jumaat'. terasa sedikit kesal kerana kekasaran bahasa yang dilemparkan kepada awang. aku faham beliau masih belum dewasa kerana semua orang menganggapnya adek. patutlah beliau berfikiran keanak-anakan.

dulu-dulu kalau nak ke cameron dari lepih ni jangan harap la nak cepat sampai. kena masuk perak dulu mengadap orang-orang tapah. lepas tu mendaki pula ke tanah rata. kalau aku kecik-kecik dulu kena siapkan jabir untuk stok muntah. tiga kali muntah pun belum tentu sampai ke destinasi. naik biru muka barulah sampai.

sekarang ni dari lepih ke cameron dah dekat. ada dua jalan alternatif ke sana. yang pertamanya ikut gua musang. kalau sesiapa orang lepih berdarah kelate dia akan suka ikut gua musang. sebelum mendaki ke cameron boleh juga singgah di rumah saudara-mara atau shopping bawang di sana. maklumlah kat sana lebih murah berbanding lepih ni. barangkali lepih ni ikut harga kota london sebab itu ia di gelar 'lepih as a little london'.

alternatif kedua ikut jalan sungai koyan ke ringlet. aku ikut jalan ni jumaat lepas. jalan dah hampir siap. ada sikit-sikit lagi yang kena lalu tepi gaung dan tanah merah. kalau tak gayat elok ikut jalan ni. dekat. pemandangan hutan belantara serta gunung-ganang memang cantik. memang betul pahang ni kaya dengan khazanah hutan belantara. tak tau la lepas ni ada yang gatal tangan pi tebang balak pula kat situ.

tak silap aku jarak dari sungai koyan ke ringlet cuma lapanpuluh kilometer. menurut sumber yang agak suam-suam kuku boleh dipercayai, kos pembinaan jalan tersebut menelan belanja sepuluh juta ringgit bagi setiap kilometer. ha... kalau terer matematik kira la jumlah kos yang terlibat.

orang lepih dan raub kena 'bersyukur' kepada kerajaan. tempoh perjalanan kita ke cameron dah dipendekkan. secara tak langsung travelling cost juga dapat dijimatkan. banyak juga jasa kerajaan dalam pembangunan negara kita ni rupanya. "harapkan pembangkang? entah-entah reban ayam pun belum tentu boleh bikin" kata don songkok totok bukan aku kata.

setelah meluangkan masa hampir tiga hari di sana, jiwa dan raga aku terasa tenteram. cuaca nyaman dan pemandangan hijau secara tak langsung dapat membantu menenangkan perasaan. keluarga aku juga begitu menghargai kualiti masa yang diluangkan. aku pula tak henti-henti memetik kamera untuk merakamkan pemandangan disana. padahal aku dah hampir sepuluh kali ke cameron.

disana aku lebih suka melawat perkampungan melayu di taman sedia. mereka juga sudah menanam strawberi dihalaman rumah untuk jualan. chalet-chalet juga ada dibina. aku tumpang gembira atas kejayaan orang kita.

bila sebut pasal strawberi ni aku teringat zaman aku muda dulu. aku dan kawan-kawan pergi ke ladang strawberi milik mat salleh. bukan dimalaya tapi nun jauh diperkampungan william wallace sana. mereka berniaga memang 'based on trust'. maka disuruh kami memetik sendiri buah strawberi ( pick your own) untuk ditimbang. dah nama pun melayu yang tak jujur, aku dan kawan-kawan petik dulu untuk makan sampai kenyang selepas itu baru petik masuk bakul untuk ditimbang. memang kami jenis 'cannot be trusted'. tapi itu dulu. sekarang tak buat dah. lagi pun aku berniaga juga. mana baik cilok-cilok ni.

peniaga highlander memang ramah tamah, termasuklah makcik zainab gambar kat atas tu. harga makanan dikedai makannya pun tidaklah semahal di 'kota little london'.

sekembalinya dari cameron aku tersenyum puas. udara nyamannya masih lagi terasa.

tetapi jiwa aku berubah panas kembali bila membaca berita dua hari lepas yang mengatakan projek judi bola diluluskan. kekesalan yang aku ceritakan mula-mula tadi hilang. aku mula rasa ingin menyumpah sekali lagi seperti aku mengkepalabanakan awang pada entri yang lepas. kalau boleh nak juga mengkepalabanakannya seberapa banyak yang boleh. bak kata encik kilat "kepala bana seratuih lapan puluh empat kali!!!".