-kes buang bayi. cerita lama tapi masih laku. masa mula-mula berita ini berlaku, kecoh rakyat 1malaya memperdebatkannya. kalau dulu makcik sherry begitu pakar dalam seni mengumpatnya tatkala sedang menjemur kain atau sedang membeli ikan kembong di pasar basah lepih, tetapi selepas kes buang bayi berlaku makcik sherry begitu pakar berdebat mengenai hukum hakam membuang bayi. beliau amat setuju kalau kerajaan memperkenalkan matapelajaran seks di sekolah-sekolah. dan beliau juga sanggup menjadi guru matapelajaran tersebut!
terdengar juga cadangan seorang senator yang aku lupa namanya (yang pasti bukan senator ezam) supaya bapa kepada bayi tersebut dikasikan anunya. tau makna kasi? bukan kasi atau bagi lagi satu anu supaya jadi dua anu. tapi anu yang satu tu dibuang. tak boleh nak projek dah. aduhhh... apa punya tur!!
itu belum dengar pendapat dari seorang ustazah ranggi lagi. ustazah ni kata beliau masih keliru dan belum ada penyelesaian atas kes buang bayi ni. beliau pelik kenapa mak bapak bayi sanggup membuang bayinya sendiri. "buat pandai, jaga tak pandai" katanya. takper lah ustazah. fikir la cara-cara mengatasinya. kalau malas nak fikir sangat pergi je minta nasihat dari ustaz apco!
ada juga yang mencadangkan supaya didirikan baby shelter (betul ke term dia? aku terlupa). kepada mak bapak yang nak buang bayi boleh hantar ke baby shelter, katanya. buatlah banyak-banyak anak haram lepas tu hantar ke situ. tak payah fikir how to control atau how to avoid zina, yang penting ramaikan warga malaya. beranaklah tak kira halal atau haram.
kepala bana punya orang!!
tetapi sekarang ni kes buang bayi dah jadi berita biasa di malaya ni. hampir setiap minggu ada je kes buang bayi samada hidup atau mati. agaknya kalau tak buang bayi kamu tak hip hop kot. tak trendy gamaknya. akhirnya rakyat kita dah lali. hilang terkejutnya dan paling aku takut hilang rasa belas. kerana dah lali tadi makcik sherry pun dah tak kisah. dia dah pulang ke pangkal jalan. kembali ke arena seni mengumpat sambil menjemur kain!!
(aku kesian benar kat kak nita dan rakan-rakan sampai sakit tekak menyanyikan lagu kami prihatin. tapi tup tup esoknya ada juga kes buang bayi).
-kes judi. yang ini berita terkini. tadi terbaca berita pasal awang. bukan awang yang menoreh getah kat kampung aku tu. tetapi awang adek. dia ni bukan calang-calang awang. bijak orangnya. pakar ekonomi, makro dan mikro. kononnya awang ni nak halalkan judi bola di malaya tanah air tercinta kita ini. alasannya bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram. secara tak langsung kerajaan akan dapat hasil dari cukai perjudian tersebut. sedap juga bunyinya ye.
macam kat sekolah la kot. mungkin pengetua sekolah akan membenarkan murid-murid merokok. alasannya kalau dilarang merokok pun, budak-budak tu akan merokok juga secara sorok-sorok kat luar sekolah. betul juga tu.
kalau begitu alasannya beruntung yang amat lah kaki langgan pelacur, kaki hisap dadah, kaki rasuah, kaki zina dan segala mak bapak kaki maksiat!! bijak awang ni!!
bijak kepala bana !!!
* maaf. ini bukan cerita politik. tapi cerita pasal ilmu alam atau geografi. (kalau cerita politik pun aku bukan berceramah di masjid selangor. ahhh! selamatttt..)
Isu Niaga Makan Lagi....
4 minggu yang lalu
6 ulasan:
buang bayi atau buang bai ( baca itu budak busar ada turban )
kepala bana seratuih lapan puluh empat kali!!!
~KiLaT~ ish... kepala sapa gua nak luku nih?? baran gua!!
Salam Bro.rakyat palestin dgn ancaman peluru dr pelbagai penjuru.Kita kat sini,anasir yg merosakkan oleh org kita sendiri dr segenap penjuru.
p.c.
Maaf, tapi negara kita jauh dari keberkatan. Kaum 1MAlaysia jgn sampai terkena laknat.
Oh! satu teks panjang
bagai telah dirancang.
Untuk sampai ke tahap maju
kita kena akur dan setuju.
Semua ini kerja tuhan
agar kita ketinggalan.
Selamat bercuti...
..aku sedih campur hairan kenapa mereka yang di atas sana langsung tak nak beri penekanan terhadap - iman dan amal..masih dok berteka teki..walhal semua dah tau tu..
Catat Ulasan