Sabtu, 22 Mei 2010

jujur

pagi semalam aku ke benta untuk minum pagi. tengah sedap mencekik pulut campur sambal ikan bilis aku ternampak cdjay kat seberang jalan. jalannya cukup teratur sambil mata merenung ke bawah. nampak sedang memikirkan sesuatu. 

sedang dia leka berfikir, aku memanggilnya untuk minum sekali. nampak beliau macam terkejut dari lamunan. mula-mula cdjay menolak. tetapi setelah tiga kali dipelawa cdjay akur. beliau memesan juadah sama dengan apa yang aku makan.

"aok dari mana ni cdjay?"

"keh datang dari masjid lah bang"

"aok solat dhuha ke?"

"hehe..tak lah bang. keh saja-saja berborak dengan orang tabligh kat masjid tu"

"mende yg aok borak?"

"takde mendenye juga.keh nak borak dengan dia orang. tapi dia orang macam tak layan je ke keh"

"mungkin dia orang tengah sibuk kot. aok pi ngacau buat mende"

"entah la bang. bang... keh nak tanya sikit"

"tanya la..."

"keh nak rokok sebatang boleh?"

"ler..ingat kan bendanye. abihkan dulu pulut tu. nanti keh bagi"

"bang... keh ni ada masa rasa pening kepala. macam migrain. kata orang keh ni ada penyakit skizofrenia"

"skizofrenia? mendenye tu?"

"skizofrenia ni macam sakit otak. mudah kata gila la. betul ke keh ni gila bang?"

"err.... aok nak rokok tadi ye. nah amik la isap............"

13 ulasan:

Pengembara silam, berkata...

Hehe..cara mengepau yg halus..penuh seni..tahniah cdjay...

reverie berkata...

Orang gila dok ngaku gila. haha.

benludin berkata...

alamak bro,
jgn salah faham
dia bukan gila
cuma tak sihat :)

Hashim Zabidi berkata...

Betullah CDJay tu tak sihat dan menjadi sihat pabila kena pulut sambal bilis & rokok sebatang.
Dia berangan-angan nak ikut tabligh tu ke India & Benggalades buat
mengubah gaya hidup waras.

KiLaT berkata...

amalan cakap betoi bukan milik semua orang. amalan cakap betoi layak untuk orang yang betoi.

~KiLaT~ kucuba betulkan setiap percakapanku.... (ayarg mata mula menitik.. setitik demi setitik)

aku berkata...

aok sedekoh le sekotok ke dia..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

keh keh keh

IKRAB family berkata...

sian cdjay.sakit2 dia pun tau jugak sebut perkataan tu.sapa le yg duk ckp kat dia perkataan `gila' tu.
p.c.

IKRAB family berkata...

simpati aku baca cerita dia.terpinggir ke dia tu dp sedara mara,bro?
p.c.

Snakebite berkata...

awok pun rajin juge melayan ahli ahli syurga ni yak...

ubilepih berkata...

kawan2 tablig tak layan lu CD..ha..ha..ha..tak pe mereka masih belum meredup hati...ha..ha..kena fana dulu baru dapat...kita sangka baik je bro..

Aida Ali berkata...

Salam ziarah. Risau juga kalau jumpa orang yang tanya kita gitu yek?

Hidemichi berkata...

hahaha...sedangkan tabligh pun takmo layan!