Isnin, 26 Oktober 2009

salasilah keluarga

salasilah keluarga yang dilakarkan oleh arwah aki aku pada dua helai kertas minyak. abang aku terjumpa ketika mengemas buku-buku kepunyaan arwah di kampung temau, raub.

kakak aku dulu pernah mencadangkan beberapa kali kepada arwah aki supaya melakarkan salasilah keluarga kami. semasa hayatnya kami tidak berpeluang melihat hasil kerjanya. rupa-rupanya arwah melakarkannya secara senyap-senyap. hasilnya kami temui setelah hampir lima tahun beliau meninggalkan dunia ini. alfatihah untuk aki.

aku puas tenung. beliakkan mata. dekatkan mata. sepetkan mata. tetapi aku masih gagal membacanya. mungkin tulisan jawi tersebut terlalu halus atau ia adalah ejaan lama. atau mungkin juga aku kena pakai spek berkanta tebal ala gogle yang digunakan untuk scuba diving! (nota: alasan).

* tugasan untuk kamu. cuba lihat gambar pertama. nama teratas sekali tak silap aku ialah 'sutan asbak laut selengkar alam' ?

17 ulasan:

Da' daffodil D berkata...

sutan asbaq laut slingkar alam. betul2. nape tulisan nye n keadaan kertas cam baru je? sape yg jumpe?

Insan Bokoh berkata...

Ben...
Ada nama Putri Sidang, Tengku Lai'din. Wahh.. istimewa namanye... Yang lain tu tak berani nak eja - takut tersalah sebut.

ummzaid berkata...

keh baca pun sama jg..
deme ada darah raja sumatera lah ye...

drbubbles berkata...

Orang Rawa atau Minang?Saya sedang cari waris Rawa di Gali.Belum bertemu salasilah keluarga.

Nan Blues berkata...

payah juga nak cari susur galor keturunan ni ye.yg aku pasti ramai lah kaum keluarga kita yg dah berpecah kawin dan merantau kesana sini.rawa sbelah mak.minang sebelah apok.raub lipis banyak keturunan tu.sedara belaka demeh.abis cerita.

Tanpa Nama berkata...

bagusnya ada effort mcm tu bolehlah generasi seterusnya tahu asal usul (family tree) keturunan.
ben, ni kena terus buat kajian tuh :)
p.c.

ubilepih berkata...

ha..ha..ha sedara lah dengan insan bokoh a0k weh!!!

nina berkata...

fuhhh... mmg terrer lah! kene cr sampai akar umbi ni.. nama2 nyer mcm nama pendekar kan!!

Nabil Fizri berkata...

hoh?

Alina berkata...

salam singgah.

benludin berkata...

D,
acik naha jumpa..

IB,
kalau tgk bwh lagi mungkin terjumpa alladin. yg pasti benludin tetap ada

ummzaid,
dulu pendekar2 belaka...sekarang hilang dah pendekarnya

drbubbles,
tak jauh dah tu temau dengan gali...sedara-mara belaka

nan blues,
haha..betul. kena mengena belaka. antara malas dan rajin je untuk bertegur sapa

pc,
kajian diteruskan. 1st step, nak subtitle kan jawi ke rumi....hehe

ubi,
haha...dia pahlawan, kami pendekar.tak jauh dah

nina,
sutan zara hafizudin...hehe

nabil,
kamu keturunan cheng hoh barangkali

alina,
salam...tq ziarah

jawa peranakan berkata...

kerabat sultan? boleh dapat elaun bro.. puluh-puluh ribu sebulan.. haha..

benludin berkata...

jp,
dpt tempias projek balak lagi ok kot...haha
(pilem p.ramlee "bukan setan la syaitan.sultan" ) haha

kulupSakah berkata...

waduh! oragng kaya aji atau panglima garang termasuk ke weh

benludin berkata...

keh dah mintak kwn buat kan 'subtitle' kat tulisan jawi tu..hehe.nanti ssiap keh letak dlm blog ni

KiLaT berkata...

gua KiLaT.. Nor Isham Bin Ismail Bin Wanteh Bin Idris Khan Bin Lasam Khan Bin Mahbokh Khan... itu jer yang gua dapat dari arwah tok wan.

mungkin? berkata...

Ambak Laut Selingkar A'lam - mgkn ni?