Sabtu, 12 Disember 2009

dulu dan sekarang

semua gambar-gambar hitam putih ini aku perolehi dari kedai makan tok empat, benta. nama kedai beliau ialah restoran sedaya. tapi aku panggil restoran sedawa. kedai makan beliau bercirikan ala-ala kopitiam. banyak koleksi gambar-gambar lama yang difrem dan digantung didinding kedai beliau. selepas sarapan pagi tadi, aku sempat cilok beberapa keping gambar dari kedainya.

di entri kali ini aku bandingkan dua gambar dahulu dan sekarang. gambar-gambar lain aku ada letak diblog ini.
dulu: panggong wayang (ejaaan lama) benta pada tahun 1955. sebenarnya dah lama tema 1malaya ni wujud. kalau tengok betul-betul kat gambar tu ada melayu(menutup aurat), cina (pakai seluar pendek) dan india (budak kecik kat belakang). aku tak pasti sampai bila panggung wayang ni bertahan. tak silap aku ia sempat bertahan hingga ke hujung 1970an atau di awal 1980an kot. sebab masa tahun 1970an aku sempat lagi menonton pilem james bond 007. masa tu pelakon dia roger moore. ensem dan sering dikelilingi awek-awek cun.

harga tiket masa tu aku tak ingat berapa. bukan apa, masa aku ke panggung tu cikgu sekolah aku yang bayarkan. semua murid-murid ditajanya untuk menonton james bond. sekarang ni cikgu sekolah tak berani nak taja murid-murid dah. takut dianggap rasuah plak nanti!
sekarang: bangunan ni dah bertukar wajah menjadi dewan serbaguna. aku tak tahu apa punca ia dirobohkan. mungkin ada dua faktor. yang pertamanya pada tahun 1980an orang kampung dah kurang ke panggung wayang. masing-masing dah ada tivi warna kat rumah. faktor keduanya yang aku anggap paling tepat ialah kerana ia terletak betul-betul dihadapan masjid benta!!!
gambar di atas ni pula ialah jambatan lama benta. sekarang orang yang nak ke kelantan atau dari kelantan dah tak melalui jambatan ni. semua dah ikut jalan baru dan jambatan baru. gambar lama menunjukkan penduduk benta yang gagah dan berani bertenggek diatas jambatan ketika banjir besar pada tahun 1971 dulu.

masa aku ambil gambar jambatan tu pagi tadi aku kena marah dengan nyonya yang rumahnya betul-betul tepi jambatan tu. atas sebab aku nakkan sudut yang betul, aku terpaksa lalu di bawah jemuran kain dan seluar dalamnya. ceh!!

* perghhh..banyak maklumat dalam entri aku hari ni! haha! (jangan lupa... pi la jengok blog ini. ada lagi gambar-gambar lain)

13 ulasan:

Snakebite berkata...

koi pernoh rasa nya singgoh restoran sedawa tu. koi juga sempat kena dengan banjir tahun 71 tu. rumah koi tenggelam ket nya koi suka sebab sekoloh coti...

hafiz berkata...

gambo2 tu letak watermark la, nnt orang kebas nanti

reverie berkata...

sempoi. kenangan. :)

Hashim Zabidi berkata...

Banjir 1971 masih dalam ingatan. Rumah pak sdr. kawan berpusing dapur ke varendah dan varendah ke dapur. Kalau tak ikat pd batang nyor, selesai, mengalir sampei jauuh...

Masa tu Mat Jan kecik lagi, Teh pun belum lahir.

benludin berkata...

snake,
-tahun 1971 keh kecik amat lagi..x ingat kes banjir nih.
-la ni benta dah jadi pekan koboi(semenjak ada jalan baru liis-raub)

hafiz,
nanti balik dr kedah la buat.x sempat

reverie,
seronok tgk perubahan zaman..:)

pak hashim,
haha...lawak.rumah berpusing 180 darjah tu....lepas banjir org masuk rumah ikut dapur le ye...:)

WanBeruas berkata...

....ada skali tu masa Hari Kebangsaan tahun 70an,panggung wayang di Pekan Beruas bagi orang tengok wayang free..cerita James Bond,Sean Connery..tajuk apatah aku pun tak tau..macam nak pecah panggung tu dibuatnya..ye la tengok free tak pakai tiket..he hee..

benludin berkata...

WB,
baru2 ni abg ipar aku cerita dia ada tgk wayang kat penang. pilem tamil,pelakon MGR. bila mula je pilem mulalah penonton india baling bunga kat skrin, pas tu siap bersiul lagi...haha...kalah james bond dgn MGR!

ummzaid berkata...

banjir tahun 71, keh ingat jg sikit-sikit..kome sekeluarga pindah duk kat hospital mentakab.

WanBeruas berkata...

..pengaruh MG Ramachandran memang besar bagi masyarakat Tamil..masa mati dia pun berapa ramai yang bunuh diri..baru ni ada filem dia dalam TV aku pakat anak anak tengok..kira macam P Ramlee kita laa dia tu..

nina berkata...

fuhhh... sunggoh historic n berilmiah sekali n3 kali ni.. mak sukeee!!

en_me berkata...

nice..

Photographer RAZAK RAMLI berkata...

Gambar banjir tu dah mula berkulat...
Rajin ben...buat bandingan dulu dan sekarang.Terima kasih banyak.

Tanpa Nama berkata...

wah gambaq2 lama siap ada remoih (remos/jambul rambut) tu hehehe.
gambaq org dedulu mmg hensem2 dan jelita belaka.
p.c.