Sabtu, 5 September 2009

15ramadhan

i. rendah diri

terjumpa don songkok kat masjid tempoyang selepas solat jumaat semalam.

aku rabak: assalamualaikum don..

don songkok: wa'alaikumsalam ben..

aku rabak: kenapa ye. bila jumpa deme ni keh selalu rasa rendah diri...

don songkok: la....relax la. tau la gaji keh besar dari deme. lagi pun kes shopping di klcc tu bukan la apa sangat. tak payah la sampai rasa rendah diri...

aku rabak: eh...bukan sebab tu..

don songkok: abih tu sebab mendenya?

aku rabak: deme ni memang fizikalnya tinggi. bila pakai songkok lagi la nampak tinggi.itu pasal la keh rasa rendah..

don songkok: ooo..ye ke..( sambil itu don songkok membela-bela songkoknya yang tak berapa senget).

ii. malu

selain solat jumaat, aku mula menjejakkan kakiku ke masjid untuk solat berjemaah ialah ketika aku di darjah empat. aku ke masjid dengan mengayuh basikal chopper yang diikat straw pada besi tayar basikal. bising juga bunyinya. jiwa aku bersemangat ditambah pula berpakaian sepasang baju melayu baru. dalam perjalanan ke masjid semua orang memandangku.mesti dia orang bertanya, anak siapa la ni rajin ke masjid.

aku sampai ke masjid ketika azan zohor berkumandang. aku tergesa-gesa mengambil wudhu. setelah selesai berwudhu aku masuk ke dalam masjid dan duduk di saf paling depan. masa tu ramai juga jemaah yang lain menunggu untuk berjemaah. dalam ramai-ramai tu aku seorang je budak-budak. riak....

setelah azan selesai berkumandang, tanpa melengahkan masa aku terus bangun dan bersolat zohor empat rakaat. jemaah lain pun sama bangun solat. habis solat aku bergegas pula meninggalkan masjid dengan bangganya. ketika melangkah keluar masjid aku berasa pelik kenapa jemaah lain masih menunggu dan bangun semula untuk solat kali kedua.

rupa-rupanya ketika aku solat zohor mereka bersolat sunat. nasib baik kawan-kawan aku takde ke masjid hari tu.

-selamat menunaikan solat taraweeh.

7 ulasan:

aku berkata...

orang yg ilmunye tinggi memang gite weh..
selalu rase rendoh diri..
selalu lakukan amalan mendahului org lain..
aok ni tahap ulamak juge la..

ZARA 札拉 berkata...

silap teknikal je Uncle~

takpe2~

Snakebite berkata...

suruh don songkok masuk politik. layak jadi wakil rakyat tu

JHaZKiTaRo berkata...

hahaa.. kelakar laa pulak.. anyway, salam ramadhan dari pelajar di bumi Eire.. rajin2, singgah laa ke blog hamba..

azz berkata...

Assalamualaikum ben,
sorry lama tak berhubung....
selamat menempuh 10 hari terakhir ramadan.
terima kasih kerana hantar berita pasal masjid di dundee tu.
Ramadan di dundee meninggalkan seribu kenangan manis buat diri ni.
kalau dimurahkan rezeki nanti ingin aku melawat masjid dundee tu
dan melawat kilang jutawan islam dundee tu yg kita berdua pernah kerja situ.
anyway, cerita solat jumaat tu memang kelakar...hehehe

benludin berkata...

aku,
uish...tinggi sangat pujian tu...

zara,
biasala kan..masa kecik2..

snake,
usul kamu akan dipertimbangkan..hehe

kitara,
salam ramadhan 2 u too...tq singgah..

azz,
wsalam tuan ..
yes, those were the days...memori yg tidak dapat dipadam..dgr citer kilang tokai tu dah tutup (lupa info dari sapa).

WanBeruas berkata...

..hua hua ..Ben Ben..lu ni lakann..ha ha..