Selasa, 15 September 2009

25ramadhan


dodol budu!!!

pernah makan dodol? pernah dengar dodol budu?

jangan salah faham. bukan dodol ini dibancuh dengan budu. tetapi budu disini bermakna kampung budu iaitu lokasi dodol ini diproses.dodol ini dibuat dengan gula kabung tempatan.

pengusaha dodol ini adalah bekas ustazah aku semasa disekolah rendah dulu. dia rajin pulas telinga aku sebab tak pandai baca alif ba ta masa aku darjah satu. masa aku darjah enam pulak dia libas rotan kat bontot aku sebab aku tak hafal doa qunut. maaf. selingan je.

ustazah habibah kata dodol buatannya dah banyak terjual seantero malaya. memang terjamin sedapnya. sesuai benarlah kalau nak hidang masa raya ni.

kalau kamu semua berminat untuk merasa dodol budu sila lah membuat tempahan dengan cara menghubungi ustazah habibah seperti terpampang kat papan iklan tu. kalau rajin datang sendiri ke kambung budu. boleh tengok ustazah bancuh dodol. dengar cerita dia kacau dodol guna mesin. canggih ustazah la ni. moderen, kata rakyat yang nak ganyang malaya tu...

kalau dah datang ke budu, jangan lupa jalan-jalan ke kampung lubuk hik atau kampung chat. tak jauh sangat dah. istimewanya orang kampung tu selalu ada hicup (sedu) atau suka mengecat..haha

*ustazah habibah akan bagi komisen dodol kat aku atas iklan ini.

11 ulasan:

ZARA 札拉 berkata...

oh Dodol~

sedapnya dodol~

INTAN berkata...

minggu lepas aku ngidam nk mkn dodol...mujur dpt mkn dh..lega!

ubilepih berkata...

Sampai sekarang keh tak hafal Qunut sebab dulu tersedut budu dengan straw ingat air oren..gamaknya sampai sekarang jam..ha..ha

WanBeruas berkata...

..hang buat aku telioq nak makan dodoi mak di kampung tapi dua tahun ni dia dah tak larat nak kacau dah..

Shemmi berkata...

dodol..

apa yg mahalnya adalah...
peluh yg menitis dan lantas menitik..ketika mengacaunya...huhu...

benludin berkata...

zara,
nak tempah boleh...bukan utk raya je...hari merdeka, harijadi agong, hari buruh...semua boleh..haha

intan,
baby deme nak tu...kena balance kan dgn soya...takut gelap

ubi,
nasib baik bab qunut je..kalau bab lain lupa juga raban ler...

WB,
kena minta resepi dan cara2 nak buat dgn org tua...famili aku dah takde org tua...ada juga adik-beradik try buat tapi tak menjadi

shemmi,
tu dodol pekan je...masin

Tanpa Nama berkata...

antaq la ka wa sepiring wa test dulu hehehe.abah wa suka sgt dodol.wa suka lempuk (durain campur doroyan/durian).
p.c.

aku berkata...

aok gagal qunut panjang ke qunut pendek?
hehehe

Pyanhabib berkata...

sila minta komisen mendodol daripada ustazah habibah

Shemmi berkata...

hahaha!

mane ada! dodol pekan x masin..

^_^

benludin berkata...

pc,
sepotong boleh la..guna pos laju..hehe

aku,
semua jenis qunut aku gagal..haha

pyanhabib,
komisen sudah mintak.mungkin sebelum dia bg komisen aku kena baca qunut dulu

shemmi,
ye ke...kata dodol peluh.pasti masin