"kedudukan orang yang berpuasa di sisi Allah sangat mulia hinggakan Allah menyediakan pintu khas ke syurga yang di namakan al-rayyan.
malaikat yang menjaga pintu itu akan menyeru dan memanggil orang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu al-rayyan yang dijaganya dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan yang layak sahaja.
daripada abu said al-khudri, katanya rasulullah bersabda:' tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sehari dengan niat kerana Allah, melainkan akan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan 70tahun lamanya.'
orang berpuasa dengan niat ikhlas kerana Allah, kemudian memelihara puasanya daripada amalan ditegah, Allah akan membalasnya dengan menjauhkan dirinya dari api neraka sejauh 70 tahun perjalanan"- dipetik dari buku soal-jawab puasa tulisan dato` hj. ismail kamus
"orang-orang islam yang tidak berpuasa tetapi sihat walafiat tu susah sikit la nak masuk melalui pintu syurga al-rayan. kerana mereka-mereka ini adalah tergolong dalam orang-orang yang MERABAN!!" - dipetik dari kata-kata pak aji kadir ketika mentarbiah isteri beliau, mak cik milah.
artikel menarik tulisan ustaz zaharudin.klik untuk baca.ramadhan:apa perlu buat?
Orang Beragama Itu Beradap!
Seminggu yang lalu
4 ulasan:
gua mahu jadi seorang yang diseru malaikat penjaga pintu ar rayyan!
bro...
masa lu jaga pintu tu mesti lu akan tertanya-tanya.."ehh...tak nampak pun muka penyokong parti tu masuk ikut pintu syurga ni.masuk neraka ke hapa mereka tu?"
hehe!
moga2 aku juga diseru..
aminnn...
Catat Ulasan