Isnin, 23 November 2009

rabak dan raban part ii

diringkaskan cerita. jumaat yang lepas adalah hari penutup atau graduasi kanak-kanak tadika. biasalah sekolah tadika, mesti ada program yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajarnya.

aku kesian kat seorang pelajar tadika tu. beliau naik ke pentas untuk bercerita dalam bahasa inggeris. bercerita dengan penuh yakin disertakan dengan lenggok dan aksi. pada masa yang sama juga para ibubapa yang hadir sibuk juga bercerita di kerusi masing-masing, berserta dengan lenggok dan gelak ketawa riang. setelah pelajar tadi selesai, hanya dua tiga orang yang bertepuk tangan. yang lain masih juga leka bercerita dengan hilai ketawa yang berdekah-dekah.

"abah... kenapa abah berdua dengan kawan abah je yang tepuk tangan bila kakak selesai bercerita?" tanya pelajar perempuan itu kepada abahnya. abahnya tak menjawab. terkedu.

setelah selesai pelajar tadi bercerita. penonton dipersembahkan pula dengan tarian dan nyanyian. berkerumunlah ibubapa ke depan pentas untuk mengambil gambar. ada yang bernyanyi bersama. ada juga yang bertepuk tangan mengikut irama lagu. bila selesai tarian dan nyanyian, mereka bertepuk tangan dengan sepenuh hati dan jiwa.

ah... raban!

*salam aidiladha dari benludin

13 ulasan:

Shemmi berkata...

ah memang raban!...

skang mmg musim org ske nyanyi2...lenggok2 tari menari...

koi naik cemoih doh nengok dlm tibi!

ubilepih berkata...

tabiat orang melayu tipikal memang tak reti nak hurmat majlis dan paling koman tak reti langsung nak hurmat perasaan anak-anak.

Photographer RAZAK RAMLI berkata...

Satu lagi bila majlis ilmu
selalu memenuhi kerusi di belakang.
Puas pengerusi suruh penuhkan kerusi depan.Kalau bab hiburan tahu pulak kedepan.

reverie berkata...

anak gadis itu hebat! waktu tadika, saya pun tak tahu apa itu inggeris.

aku berkata...

mak bapak yg dtg tu tak paham inggeris,
..dan mereka kuang hajo..

Tanpa Nama berkata...

mereka hanya mengekspresi diri yg sebenar.'pure and genuine'.just be and it show up like the show.

WanBeruas berkata...

.la ni apa program pun nak kena selit unsur hiburan idak kalo lengang..harus le kot lepas ni baca talkin pun kena nyanyi dulu..

Hashim Zabidi berkata...

sabor ajelah ayang, mereka tu orang senang...

Sara Z. berkata...

at least she tried.
apa yg disampaikan lebih penting dari berapa ramai org yg tepuk.
entah entah budak tu lg pandai english dari mak bapak budak yg menari.

Tanpa Nama berkata...

hehehe, inilah trend skg kut.moga adik yg bercerita itu besar sok dia dpt berckp di depan msykt dgn yakin dan masa tu org ramai yg tak kisah kat dia akan menerpa untuk meminta khidmat nasihat dan bantuan :)
p.c.

jawa peranakan berkata...

ibu bapa itu adalah generasi pelapis penyokong anak2 peserta program realiti TV nyanyi2..

PS-gua terhibur..

Pyanhabib berkata...

ada disyaki antara saspek yang disenaraikan sebagai tidak meminati acara Forum Perdana, tahniah!
(selamat hari raya haji maaf zahir batin)

benludin berkata...

-jgn salah faham dgn entri aku. aku bukan anti-hiburan. cuma ingin highlightkan sikap org2 kita yg tidak menghormati majlis. suka atau tidak akan suatu program dlm majlis itu, kita sebagai tetamu perlulah menghormatinya. itu lah bezanya antara org yg berilmu dgn tidak berilmu.
-mungkin mereka itu anti-ppsmi haha!
-seminggu aku tak keudara dialam maya.gian rasanya!

(gua lebih suka layan pilem tamil dari menonton forum perdana)