Isnin, 25 Mei 2009

kamus


Kamus ini aku beli pada 14 September 1985. Dah berusia duapuluhempat tahun kamus ni.Tetapi ia masih digunakan sehingga sekarang. Ada diantara kamu yang belum lahir pada masa itu kot? Cepat benar rasanya masa berlalu. Rasa baru minggu lepas aku beli kamus ni. Haha!

Kalau nak ikut jasa kamus ni memang banyak. Banyak yang amat. Aku beli selepas SPM kerana sistem pembelajaran masa itu memerlukan kamus BI-BI. Kamus yang aku guna semasa mengambil peperiksaan SPM dalam bahasa BI-BM dah tak laku lagi untuk digunakan. Tak valid!

Bila aku belek-belek kamus ni, otomatik kepala otak aku mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang lepas. Dari aku tak berapa pandai BI, ia menjadikan aku lebih pandai BI sikit-sikit..haha. Secara tidak langsung juga ia membantu dalam peperiksaan ketika belajar dulu. Termasuklah membantu aku menipu dengan menulis formula didalamnya. Antaranya ialah formula untuk mencari Net Present Value. Aku tulis dengan pensil 'nilai bersih semasa'. Pensyarah mat salleh aku mana reti bahasa melayu..haha!Tak banyak aku tipu.Sedikit je.Tapi bagi aku ia tetap menipu. Astaghfirullah!!!

Ia juga mengingatkan aku bahawa dalam tempoh duapuluhempat tahun itu banyak perkara yang sia-sia aku lakukan(termasuk menipu tadi). Maklumlah berjiwa muda remaja.Orang nak rock, aku pun rock. Orang pi konsert, aku pun pi. Orang headbanging, aku pun berheadbanging.Orang ber hash, aku pun ber hash!!. Ahhh..banyak!!! Been There...Done That....Tak perlu lah didedahkan lagi kerana ia akan mengaibkan diri aku sendiri.

Cuma aku bersyukur yang aku tidak melakukan dosa-dosa besar. Hanya dosa-dosa kecil yang mana menurut satu buku yang aku baca (tulisan Ustaz Ismail Kamus) dosa-dosa kecil ini akan terampun dengan setiap musibah yang menimpa atau ibadat sunat yang kita lakukan.

Sabda Rasulullah s.a.w: "bahawa setiap kecelakaan walapun sekadar putus tali ketika mengikatnya,nescaya ia menjadi kaffarah kepada dosa-dosa kecil yang telah dilakukannya.".

Allah swt juga memudahkan pengguguran dosa-dosa kecil itu sebagai rahmat dan penghormatan kepada keturunan Adam (selagi kita tidak meremehkan dosa-dosa kecil). Lebih penting perkara yang sia-sia dijadikan sempadan. Jangan lagi diulangi. Ia hanya menjadi kenangan buat aku sendiri.Ya...kenangan buruk yang mana aku berdoa semoga ia dapat dihapuskan dosanya oleh Allah swt.

Terima kasih kamus (dan juga Ustaz Ismail Kamus).......kerana kamu menyedarkan aku ini semakin berusia.

29 ulasan:

jawa peranakan berkata...

gua teringat cikgu gua iaitu Datuk Ismail Kamus..hebat orangnya..

Purple Crayon berkata...

wah caya la bro.aku pun nak kongsi cite sket boleh kan.kamus yg aku guna masa bljr peringkat matrikulasi masih aku guna sampai skg...oxford englis-english....bnyk jasa dia,pernah kamus aku ni tertinggal dlm bilik kuliah dan kire ilang le pastu.then kwn aku ckp kamus di dijumpa oleh Madam Norain, lect ni org ireland embraced to Islam...aku masa tu gabra gak...maklumla nak ckp omputih dgn lect yg dp sana kan hehehe..punye le aku nak mengelat...lect ni pulak asyik tanya mcm2 soalan nak sembang...last2 aku ckp aku ada kelas lps tu hehehe.

Tok Senek berkata...

ingat nak cerita pasal kamus, ruper nye nak cerita pasal ustaz ismail kamus, he he

INTAN berkata...

aku masa belajo x guna kamus...patut le aku x berapa pandai BI..heheheh

INTAN RH berkata...

Ben, koi tgh bygkan cmna aok tgh headbanging...haha..

ps: ustaz lain kata, dosa-dosa kecik tu klu dh byk sgt kumpul, dia jd dosa beso..

Shemmi berkata...

dosa2 kecil yang terampun melalui amalan2 sunat dan musibah...insyaAllah.

emh...ye, kita harus percaya Dia. Dia Maha Pengampun.
tapi jgn terlalu percaya yang kite ini 'kurang' berdosa..tiada dosa yang 'besar'..dosa dah terampun.
ditakuti kalau2 kite ini tnpa sengaja melakukan dosa besar. yg kita fikir ia kecil.sbb kita manusia. mudah lupa.

bak kata Intan ler..yg kecik2 kalo kumpul2 leh jadi beso!

benludin berkata...

jp:
beliau memang hebat..lama x dgr ceramah beliau...

purple,
simpan elok2...buleh pas kat anak2 plak...hehe

tok senek,
ruang lingkupnya masih mengenai 'kamus'..haha

INTAN,
hang guna kamus arab..tu la terer arab

intan rh,shemmi:
Betul..kalau kita meremeh-temehkan dosa kecil, maka ia akan menjadi dosa besar.Contoh:kalau kita hari2 mencarut.Kita tau mencarut tu dosa kecil.Tapi kita buat juga carutan,maka ia boleh jadi dosa besar (ia dah jadi mcm kita main2kan hukum Allah)..wallahualam..

Kalau kita buat dosa kecil. Bila kita sedar dan terus kita bertaubat.Insyaallah... Allah ampunkan.Mungkin Allah ampunkan dengan dua cara yg aku cerita kat atas tu:melalui musibah atau ibadah kita. Masalahnya kita tak tau.Betul ke Allah dah ampunkan kita?

Dosa dengan Allah,kita berpeluang bertaubat 'direct' dgn Allah.

Tapi macamana kalu kita berdosa sesama manusia? Ini lagi berat...

Tu je aku berani komen. Bab lain x berani. Aku bukan ustaz...hehe

Kalau salah tolong betulkan... :)

benludin berkata...

intan rh,
headbanging?
haha...dulu rambut keh panjang..la ni ozone layer semakin nipis..

Purple Crayon berkata...

koi ingat nak wat barang anti kamus tu satu ahri nanti sure harganye tinggi hehehe

Chekgu BaniHassim berkata...

nostalgik ek??
dekat2 seusia aku kamus tu...waa...

roh a.b geldofg berkata...

bpesan2lah seblm dah jadi mcm aku
segala amal dah ttup

jawa peranakan berkata...

abang ben..
kalau nak dengar ceramah beliau, mari la turun taman melewar,gombak. tak jauh dari lokasi kerusi yang gua duduki setelah lu pergi itu..

benludin berkata...

purple,
nak masuk kategori antik kena tunggu 100 tahun...hehe

chekgu,
dah tua ni byk nostalgia...:)

a.b,
awat roh??
masih belum terlambat bro...

jp,
gua nak cari vcd jeh...boleh sambung2 tgk..

jawa peranakan berkata...

vcd ismail kamus banyak di pasaran..

tapi jangan cari di Speedy Video atau di Planet Music.. berkemungkinan besar tuan akan kecewa..

ummzaid berkata...

kat youtube pun ada ceramah ustaz ismail kamus..

WanBeruas berkata...

..bro entri lu kali ni kasi wa lebih 'jaga'..tq..

roh a.b geldofg berkata...

kena tikam dari blakanglah bro

benludin berkata...

jp,ummzaid,
aku suka layan ceramah ustaz kazim :)

WB,
ada masanya aku juga perlu 'dijagakan' dari tidur..mcm a.b komen kat atas elok juga kita berpesan2 ni..

roh a.b,
-"APABILA roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia."
-gua rasa boleh agak sapa yg menikam tu...

azz berkata...

wah baguih tu benludin,
memelihara barang ni sifat yg baik...macam gak recycle, reuse.
nak tanya satu....hang punya signature kat buku tu still maintain ke or dah modified?
hehehe....

jawa peranakan berkata...

bab dosa kecil & besar ni..
janganlah dipandang kecil atau besar sesuatu dosa itu..tetapi pandanglah kepada siapa dosa itu dilakukan..

jika ini dipegang.. insyaAllah.. dosa kecik pun kita takut nak buat..

PS-ustaz kazim elyas pun best.. gua pernah salam dia di masjid jamek kamunting..gemar tersenyum dalam pedas..tak macam gua yang sering berpeluh ketika dalam kepedasan..

benludin berkata...

azz,
-mesti hang ingat lagi kamus aku tu...ada formula masa exam account(masa tu kamus dibenarkan dibawa masuk..sbb melayu kita ni lemah BI)..haha
-signature sudah tukar...ditukar kdp sign yg lebih senang ditiru...haha

jp,
betul tu..tq atas nasihat tuan..

benludin berkata...

azz,
jgn lupa antaq entri... :)

jp,
bila lagi mau antaq entri lu???

cepat..jgn lambat!!

hehe

ummzaid berkata...

keh tak layan sgt ceramah ustaz ismail kamus sbb..hmmm... tapi dgr jg lah bab2 tertentu..

ustaz kazim? tak pernah tau,dengar,tengok...will check it out.. thx 4 d info..

roh a.b geldofg berkata...

bro org ckp
air rebusan telinga unta dari mekkah
yg dcampur dgn rebusan misai rimau
boleh kmbalikan aku mhjadi mnusia sprt sedia kali

tolong bro!

ubilepih berkata...

acu cuba try baca buku Iktibar dari Kamus hidup orang2 Soleh

benludin berkata...

ummzaid..
nanti keh bg link vid n mp3 ceramah dia..kat youtube pendek2

ab,
suruh la aku bwk balik pasir ke..senang sket..haha

ubi,
nanti keh nak jg acu cuba try baca

INTAN RH berkata...

ab, tlg bg cth kes tikam belakang, selain drp kes DSAI. tq

Azemi Ali berkata...

Salam.

Tuan Ben ni dah umur 46 tahun tahun ni ekk. Aku memang suka mengira. Betul kah kiraan hamba?

bagi pihak benludin berkata...

salam tuan azemi,
belum lagi...dia 40 kot...kalau tak silap saya ler....