II. Hujung minggu baru ni Aleeya demam panas. Terkena pulak time klinik tutup.Maklum la cuti Tahun Baru Cina. Malam tu terpaksa la aku dan wife aku menjaganya. Nak harapkan sapa lagi.Takkan nak suruh cikgu dia lak kan? hehe
Demam panas dia kali ni lain sikit. Sebelum ni dah 2-3 kali dah demam panas. Tapi aku tak la se panik malam tu. Badan dia panas sangat. Aku boleh kata memang tak tidur malam tu. Terpaksa lapkan muka dan badan dia dengan kain basah. Walaupun aku dah bagi dia makan ubat yang aku beli kat farmasi tapi panas dia masih tak turun. Masuk ubat kat bon** pun masih tak berkesan. Tengah-tengah malam dia selalu meracau. Ada masa sebut nak pensil. Aku tanya nak buat apa dengan pensil tu? Dia kata nak buat kerja sekolah...kahkahkah... Aku lap-lap lagi dengan kain basah. Tak lama lepas tu dia sambung tidur, tapi on-off. Dalam setiap jam tu ada la kat 4-5 kali dia jaga. Kat pukul 2 pagi dia terjaga dan mintak permission dengan aku. Dia kata, abah..kakak nak pi taman main buai boleh?? Aku kata...haa..main buai?? Ha..pi la nak main buai sorang-sorang kat taman tu. Nasib baik dia terus tertidur. Buatnya dia pergi betul ke taman, teruk la aku nak jaga dia main buai pagi-pagi buta. Buang tabiat ke apa abah Aleeya ni!
Sepanjang masa dia kena demam malam tu dia memang tak jamah apa pun. Nak makan? Ishhh...masa sihat pun susah nak makan,inikan masa demam. Aku risau sebab dia tak minum apa-apa semenjak pukul 5 petang. Aku tanya, Aleeya nak minum susu tak? Abah buatkan..Aku siap offer pulak susu botol. Padahal sebelum ni aku beria suruh dia berenti minum susu botol. Tapi malam tu aku macam paksa dia minum plak. Aku kata, minum la Aleeya. Takkan tak minum apa-apa? Satu makanan pun tak masuk perut dia lagi.
Sampai ke pagi Aleeya tak minum susu dan makan apa-apa. Dalam hati aku berkata-kata, Aleeya, abah tak kisah bila kakak nak berhenti minum susu botol. Janji minum dan sihat.
III. Bangun pagi ( mcm zombie) hari Ahad baru ni aku terus sms seorang doktor ni untuk bertanya klinik dia buka ke tak. Alhamdulillah, walaupun hari Ahad, klinik dia buka. Aku terus booking nak masuk awal ke klinik. Lega....
Pukul 1 pm Aleeya dah nampak beransur pulih. Aku offer dia susu botol, dia minum 3 botol sekali gus...balas dendam malam semalam agaknya. Minuman susu yang tertunggak kena la diselesaikan.
Sambil dia minum susu botolnya tu, dia baring-baring didepan TV menonton cerita kartun. Aku izinkan la sebab nak pujuk dia yang baru baik demam.( Padahal sebelum ni aku 'berebut' gak remote dengan Aleeya. Dia dengan kartunnya. Aku pulak dengan cenel hiburan melodi yang lagha tu..hehe) . Sambil tangan kanan pegang botol susu, tangan kiri pegang remote Astro~ konon taknak bagi aku ambil remote la tu. Tengah-tengah sedap tengok TV akhirnya mata dia terlelap. Letih gamaknya.
Bila tengok Aleeya dah lelap tu aku terus bangun dari kerusi sebab nak ambil remote. Aleeya terkejut bila dengar bunyi kerusi aku tu. Dia terus macam gelabah (plus dalam keadaan mamai sebab ubat) dan cuba nak capai botol susu, tapi rupanya tersilap capai. Dia tercapai remote astro lepas tu terus masukkan remote tu kedalam mulutnya.
kah kah kah...aku gelak kat dia. Tu la suruh minum susu dengan gelas tak mau...gigit la remote tu mana tau boleh keluar susu!
kahkahkah
Orang Beragama Itu Beradap!
Seminggu yang lalu
20 ulasan:
ben..
kalau demam panas,kena mandi selalu..minum air masak pun kena banyak..bagi turun suhu badan..
jp,
tq...aku mandikan dia kul 6 pagi..b4 that aku lap-lapkan badan n kepala dia je
takut gak mcm kata org dia kena "tarik"?..tp alhamdulillah...dah fully recovered
kesiannya...
Demam panas jgn main2...kena cpt2 bw berubat.
anak sulung aku dah nak masuk 4 tahun..setakat ni dia dah 3 kali kena 'tarik' tu..2 kali tengah malam dan sekali awal pagi..puncanya demam panas..
tapi alhamdulillah takde apa2 sebab cepat dapatkan rawatan..lagipun rumah aku depan klinik..bila anak aku kena 'tarik' tu,berlari la aku dukung dia pegi klinik tu..
kali pertama dia kena 10 bulan lepas..panik jugak aku..berlari aku dukung dia..tak sempat capai baju..pakai kalin pelikat je..selipar pun aku tak sempat pakai..
terbaru dia kena minggu lepas..
pesan doktor,kalau budak kena 'tarik' tu kena cepat2 dapatkan rawatan..kalau boleh jangan sampai 15 minit..
jp,
camner kita nak tau budak tu kena 'tarik'???
aku mula risau gak..tapi bila dah sihat ni lega sket...cuma takut effect masa dia dewasa..nauzubillah...elakkan ler.
anak aku kalau kena tarik,seluruh tubuhnya kejang..kadang2 mata hitam hilang..tinggal mata putih je..
kalau kita panggil nama dia,takde respon..itu maknanya dia dah tak sedar..
kali terakhir dia kena,siap berbuih mulut dan muntah..
memang la bila kita tengok anak kita begitu,kita akan panik.. tapi panik tidak menyelesaikan masalah..
aku bernasib baik sebab klinik depan rumah..kepada yang tidak tinggal depan klinik,ini langkah yang perlu diambil (ini atas nasihat doktor tau..bukan aku suka2 reka)
i) jangan panik..kalau ada yang panik,jauhkan org tu dulu sebab dia akan mengganggu kita..silap2 kita pun ikut panik..mengikut pengalaman aku,org yang biasanya panik ialah wife aku dan mak mertua aku..kejap ke dapur..kejap ke bilik..kejap ke ruang tamu..tapi takde apa2 pun yang dia ambik..dan setiap perlakuan itu diiringi dengan tangisan..
ii) kalau mulutnya terkatup,cuba buka..cara nak buka ialah dengan menekan pipi..bila dah terbuka,masukkan benda keras seperti sudu secara melintang..jangan letak secara menegak..tertelan pulak nanti.. biar dia gigit sudu tu..ini untuk mengelakkan dari dia tergigit lidah sendiri.. (jangan lakukan ini kepada bayi yang masih belum tumbuh gigi kerana dikhuatiri gusinya cedera)..
jika serangan berlaku ketika ada sesuatu dalam mulut dia contohnya makanan,keluarkan makanan tu dulu..kemudian baru buat proses ii tu..
iii) mengiringkan tubuh dia..ke kiri boleh..ke kanan pun boleh.. sebaik-baiknya kanan..ini untuk memudahkan dia muntah..kalau terlentang,dikhuatiri dia akan tertelan semula muntah dia dan ini boleh menyebabkan lemas..
iv) pastikan ubat berbentuk peluru yang dimasukkan melalui dubur itu sentiasa ada dalam simpanan..masukkan ubat tersebut.. biasanya setelah dimasukkan ubat itu dia akan rileks..sama ada di akan sedar dan boleh respon atau dia akan terus tertidur..
v) bawa dia ke klinik / hospital berhampiran sesegera mungkin..
PS-doktor aku kata ada satu ubat khusus untuk penyakit ni..kalau berlaku terus sembur ke arah lubang dubur..aku tak ingat nama ubat tu..nanti aku tanya dengan doktor terbabit..
satu lagi pesan doktor,kita kena sentiasa check suhu badan anak..kalau kita rasa panas,terus mandikan..tengah malam pun takpe..lebih bagus kalau kita mandikan dia sampai menggigil.. kalau dia menangis tak nak mandi,paksa dia..ingat!! BIAR DIA MENANGIS,JANGAN KITA MENANGIS!!
tuam air batu ke kepala dia pun OK..jangan lupa bagi dia kerap minum air masak..
jp,
tq penerangan panjang lebar
alhamdulillah, setakat ni anak aku takde lagi berlaku atas apa yg ko point out kat atas tu..setakat meracau jeh...
ini may be sebab aku selalu lapkan kepala/badan dia kot...
bagus info ko..aku akan berjaga2 lagi next time...sapa tak sayang anak wehh..:)
ala seian Ya..bro lain kali kalau panas2 gitu..x yah tunggu klinik swasta sgt,tak ape lah merndah diri sikit bawa je ke sepital...bahaya..budak sedang tu buat kata JP,takut tarik..banyak kes sampai terncat akal..jgn pandang remeh..cepat iktiar..nyesal tak guna bro...Ya racau pensil tu uncle tau sbb Ya suka lukis..ha..ha..lama tak tgk lukisan Ya...
budak2 klu demam panas..mmg kita sbg mak apak ni..x senang idup...setakat ni...anak2 aku dh lama x demam..ada le flu2 skit...aku risau betoi klu dwang demam..rasa kesian je...
ben..
langkah2 yang telah disarankan hanya boleh digunapakai ke atas budak2 yang kena tarik..
tapi jangan sekali-kali digunapakai ke atas bapak2 budak yang sedang kena teh tarik..bimbang ditariknya telinga kita..
sian aleeya..
mmg susahhati dibuatnya kalau anak2 demam. Kena plk yg masih baby..
ben, deme ada tak penyukat suhu bdn tu? elok ada satu..
kome tak pernah tahu ada ubat demam masuk dlm montot..
one love,
elok tu berkasih-kasihan..:)
INTAN RH,
betul tu..pengajaran utk kome
ubi,
tq...
hari2 keje dia ngasah pensil jeh..hehe
INTAN,
semua parents akan/telah mengalaminya..bezanya serius atau tidak
jp,
nanti kita n ubi leh pekena teh tarik kat bukit tinggi..:)
ummzaid,
kat kanada ada kot...kome buat standby 5 biji dah utk apa2 hal terjadi senang...
penyukat suhu ada..tapi dah jahanam..hehe
elok beli yg termometer sukat kat telinga tu..mahal sket,tp bacaan tepat
ben..
kena teh tarik kat bukit tinggi? gayat la..
lagipun teh tarik kat tempat tinggi ni cepat sejuk sebab suhu sekeliling sejuk..baru dua kali hirup dah sejuk..rasa teh beng pulak..
jp,
itu macam kalu kena order teh menggelegak le...bila sampai meja dia dah suam2 kuku
setuju..
tapi org kata minuman yang sentiasa panas walaupun dalam cuaca sejuk ialah KOPI JANDA.. di bukit tinggi ada jual ke? kalau ada boleh order..
eheheeh..
ni pangkat adik je..
gamba lukis sendiri..
(^^) kalau nak, beli la komik karya ben.(^^)
cepat sembuh aleeya, cepat boleh melukis :)
bagus juge info shbt2 beri kat sini.demam tarik2 tu kira mcm sawan lah yer?
siannyerrr.. hi abang ben, salammz dr me dikejauhannns
PC,
dah sembuh.alhamdulilla
perangai pun back to normal..nakal..:)
en_me,
wsalam...tq en_me..
Catat Ulasan