Isnin, 5 Januari 2009

israHELL

Aku terjumpa website sabbah ni semasa merayau di blog tuan tanah.

Update: THIS VIDEO IS MISLEADING

I was deceived by the video I grabbed and uploaded from here.

The video was not taken on January 1st 2009. It was not taken in a civilian market, and it was not the result of an IDF air strike.

This video is from September 23rd 2005, and was taken in the Jabalya refugee camp in the northern Gaza Strip. A Hamas pick-up truck carrying Qassam rockets detonated by mistake during a Hamas rally, leaving at least 15 killed and dozens more injured.

For further info or latest updates on Gaza pls go to sabbah's website

Sorry.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Walaubagaimanapun Israhell (dan juga US) perlu dihukum oleh rakyat antarabangsa diatas kekejaman dan kedegilan mereka. Hari ni dah hari yang ke-10 pencerobohan Israhell terhadap Gaza. Aku pun taknak cerita detail pasal negara so-sial tu. Semua memang dah maklum akan perangai dan kesetanan negara zionis tersebut.

Maka, apa perlu kita buat??

  1. berjihad ke palestin??
  2. berdemonstrasi??
  3. memberi bantuan kewangan?
  4. berdoa?
  5. boikot?
Aku hanya mampu melakukan perkara no-4 dan no-5 sahaja kot. Kalau No.1 dan no.2 harap maaf. No. 3 plak aku takut. Takut duit aku tu tak sampai ke Gaza tapi sampai ke penduduk Gasak habis-habisan! Kalau nak boikot tu aku rasa tak perlu la nak boikot kesemua produk Israel [atau US-sbb 2x5 dgn Israel]. Aku rasa memang tak mampu aku nak buat. Ada masa nak juga pekena KFC atau Coke..hehe.

Aku target nak boikot satu produk je dulu kot ( at least ada la juga kan). Itu la juga antara azam aku di tahun 2009/1430H ni....QUIT SMOKING for good. Rokok yang aku mentedarah hisap masa dulu ialah Marlboro(i?). Memang sah produk US.

Ni kira mcm hijrah jugak ni. Aku doakan supaya semangat berhenti aku ni kuat. Takut juga di masa akan datang bad habit aku tu berulang semula. "Ya Allah, berikan la aku kekuatan supaya dapat berhenti merokok..aminnn".(Aku juga doakan untuk rakan-rakan smoker yang lain).Azam aku ni secara tak langsung telah membantu aku memboikot salah satu produk yang membantu negara IsraHELL jahanam.

Kau orang taknak join boikot ke? Boikot la produk yang sebelum ni memang kita selalu guna. Jangan boikot produk yang kita memang tak guna. Bukan boikot namanya tu..hehehe. Contohnya kalau dulu selalu makan maggi mee (keluaran Maggi), kita tukar kepada mee sedap. Seeloknya berhenti terus makan mee segera lagi bagus...kan kan kan?? Kalau taknak join takper la.Aku boikot la sorang-sorang aku je..hehe

Klik untuk dapatkan senarai:
1. Boikot produk Israel klik inminds atau israelgoods
2. Boikot produk USA

Nota:
1. memang ada yang akan berkata-kata "ishh..ishh...dulu nak boikot produk Dutch...la ni produk Israel dgn US plak...hang ni betul ke benludin??" hahaha..

2. aku merindui suara Barack Obama yang suatu ketika dulu riuh rendah pasal kes pengeboman di Mumbai. Tapi bila kes Gaza ni, dia babai jeh. Barack, lu jaga-jaga nanti gua sumpah lu jadi Borat (idola gua tu).

Ali G widget by 6L & Daxii


Lets sing-a-long with Borat.Click the Video Mood:Borat or click here to watch the video.

18 ulasan:

INTAN berkata...

aku dh print produk2+lebel ni...thanks ye...tempek kat notis board lagik

Tanpa Nama berkata...

tried to watch the video already but cant..help pls,tQ

ummzaid berkata...

elok sgt deme benti merokok..
sbb..
1. membahaya pd diri sendiri..
2.merugikan je
3.membahayakan diri 2nd hand smoker jgk..terutama isteri dan anak2 deme yg hari2 tumpang sedut sama asap rokok tu..

ish...deme pun tau kan..
semoga deme berjaya benti .. ameen.

boikot mana yang terdaya..israel dgn US mmg melampau dah..termasuk mesir.

ummzaid berkata...

yup..tak dpt tgk videonya..

benludin berkata...

intan,
silakan menepek..

anon,
update: the vid was misleading..

ummzaid,
sebelum ni mmg tak smoke depan wife n anak2..anyway, tq
rite...boikot mana yg kita boleh..at least 1 produk pun ok..

Purple Crayon berkata...

an interesting topic but i cant even watch the video clip or hear the story what's happening there...terlalu menyayat hati.

bab boikot ni mmg bleh membantu tp klu boikot KFC kat Malaysia ni kena fikir gak pekerja2 kita kat situ.what to say ya?

Chekgu BaniHassim berkata...

bukan takmo boikot, tp some of them mmg btui2 dekat ngn kite..
contoh cam rokok, kepsi, coke dsb...

tp kalau kite cube meminimakannye, bulih gak ape...

benludin berkata...

purple n chekgu,
vid tu aku dpt dari blog sabbah.mula2 aku letak vid pasal pengeboman di sebuah market di gaza.14 org terkorban. tadi bila masuk semula ke blog sabbah tu,dia kata vid tu 'misleading'. vid tu sebenarnya dirakam pd tahun 2005 bukan 2009.so aku delete la entry yg asal aku,aku letak update version.

bab boikot ni mmg susah.sbb produk2 israel n US dah jadi sebati dgn hidup kita.setuju dgn chekgu,tak dpt boikot kita minimakan.contoh kalau sesapa yg tiap2 minggu mkn kfc tu,jadikan sebulan sekali..contoh je la...hehe

kalau produk yg memudaratkan (mknan segera pun memudaratkan)kita try la boikot/stop guna terus contoh spt rokok...aku dah quit.semoga berkekalan hendaknya...:)

ubilepih berkata...

hajat hati keh ni memang bekobo-kobo nak boikot Yahudi ni...tapi handset keh NOKIA gak...hampeh betul keh ni..ha..ha

Ridzwan Bakar berkata...

Salam Ben,
Lama saya tak bagi komen. Saya setuju untuk item 4 dan 5, tapi kena ada niat juga untuk yg the first three. dapat pahala niatpun dah kira ok..

Blog ini semakin menarik. Tahniah.

Salam Hijrah

ummzaid berkata...

fatwa ulama KSA(Kingdom of Saudi Arabia)..
demonstrasi tdk digalakkan kerana itu menunjukkan kita dah di"affected" oleh tindakan mrk (Israel) which is mmg Israel suka sgt..
jadi ulama KSA kata seelok2nya kita berdoa dan berdoa utk saudara2kita di Palestine..

http://www.calgaryislam.com/imembers/displayarticle508.html

jawa peranakan berkata...

kalau diperhalusi..sebenarnya bukan kita yang patut kesian dengan org palestin tu tapi org palestin tu yang patut kesian dengan kita..

sebabnya?

dalam usaha untuk mempertahankan akidah, mereka dibedil dan ditembak mati oleh musuh2 islam..

maka syahidlah mereka dan syurga abadi menanti mereka..

tapi..

kita kat sini..nyawa tak mati tapi akidah kita banyak yang mati..lebih malang apabila nyawa mati dalam keadaan akidah mati..

contoh? banyak..ambik sikit je la ye..

berapa ramai org kita kat sini yang mati akidahnya pada malam tahun baru hari tu..pesta dadah, arak dan seks..majoritinya org kita..

lebih malang lagi bila dalam keadaan mabuk dan junub tu,bawak kereta laju2,eksiden,mampus pulak kat tengah jalan..

agak2nya jika begitu,adakah jalan kita di alam sana nanti sama dengan jalan para syuhadah di palestin tu?

wallahulam..

en_me berkata...

sodeyyy kannns..

WanBeruas berkata...

..well bro that's good determination..something is better than nothing..

ammosham berkata...

sedih woi aku!

ZARA 札拉 [사랑해~] berkata...

bab memboikot la ni yang perlu dibuat..

bila pikir2 semula..dulu pon dan boikot gak...tapi cam bro cakap la kan, kekadang terasa gak nak makan..

dulu setahun lebey gak tak jejakkan kaki kat McD stc. tapi iman terlemah la pula...

apa pun..mari buat yang kita perlu!

doakan yang terbaik buat rakyat Palestin...

benludin berkata...

ubi,
nanti bila dah Cokia gantikan dengan h/fon selain Nokia..:)

ummzaid,
Israel pun gelihati tgk kita melenting sekejap-sekejap kot..bila kena bom..bising 2 minggu..pas tu senyap..hehe

jp,
err.....wallahualam..

en_me,
sedih sbb aku quit smoking ke? hehe

WB,
yup..rite..at least ada juga contibution walaupun kecil

ammo,
ni sedih sbb aku quit smoking gak ke..hehe

zara,
mcm nama anak sedara aku lak..tapi dia bau 1 thn...
betul...cuba teruskan memboikot...niatkan demi agama kita..

benludin berkata...

en.ridzwan,
tq..kita buat setakat yg mampu..teruskan memboikot sampai bila2..:)