Khamis, 13 Mac 2008

WAJAH BARU MALAYSIA AFTER PRU12

keputusan mmg mengejutkan bkn kpd pihak pembangkang,tapi yg terkena tamparan yg paling hebat ialah BN.5 negeri hilang ketangan pembangkang (BA)!
Negeri tersebut ialah KEDAH, PENANG, PERAK, SELANGOR DAN KELANTAN (menang besar lak tu). By right WILAYAH PERSEKUTUAN pun dah lepas ke tangan pembangkang.

mmg aku dah agak.masa kempen pi tuju semuanya ke kelantan. konon nak dpt balik kelantan, sekarang apa jadi. Bukan nak rampas 1 negeri, rupanya hilang 4 lagi negeri yg lain.Pak pandir moden tul la...

Org2 BN kena la muhasabah diri sket lepas ni kot. Hari ahad (9 mac 2008) mmg hari yang berbeza bagi aku. Aku yg atas pagar (AP) ni mmg terasa sgt bila aku pi breakfast kat town. Org2 kuat BN mmg tak nampak ramai sgt.Kalau ada pon duk berlonggok kat meja, muka depa dah muram. Adat lah kalah kan. Tapi yg nyata muka sombong depa yg dulu tu dah berubah. Aku ni yg bukan muka UMNOPUTERA dan muka korporat (term depa) yg dulunya mcm tidak wujud, tapi now dah dianggap relevan. Depa dah pandai bersalam. Dulu kalau bersalam, muka aku mmg depa tak,pandang pun.Hampeh...Tapi start from 9 mac 2008 aku dah jadi relevan kat depa...harap2 depa berubah ke arah kebaikan. Jgn kawan org ikut bulu!

Kat lipis ni DUN Benta masih kekal En.Sofi kita, serupa gak PARLIMEN Lipis en.shahrom ..tapi majoriti dah susut. Aku jangka depa ni akan menang besar semula in the next PRU (PRU13). Dengan syarat------JANGAN SOMBONG! dan macam2 JANGAN lagi la...tak leh nak metion sini, SENSITIF sket..sbb blog ni BUKAN BLOG POLTIK, cuma catatan HARIAN aku!

Untuk BA yg jadi pemerintah kat negeri2 di atas tu, buat la keje betul2. Jgn duk kempen nak bagi adil.Bila dapat menang gila kuasa lak. Bawa la byk lagi perubahan kearah yg lebih cemerlang. Manifesto yg di war2kan dulu tu, teruskan jgn separuh jalan je...Rakyat yg pilih anda..so buat la kerja utk rakyat. Bukan utk kepentingan individu tertentu shj..

Aku dan lain2 kwn aku yg bergelar pengundi AP(atas pagar) ni ntah2 berubah lak di PRU13 nanti...we are watching you..!

Tiada ulasan: