Khamis, 29 April 2010

gaji naik angin naik

- itu kata ubi kepada aku pagi tadi..

- aku kata inilah dia 'cowboys paradiso'

- ini pula kata pyanhabib dari blog beliau:

Tolong hebohkan: cucu saudara mentua Pyanhabib, Aminul Rashid mati ditembak polis!

- TAYAR sudah ditembak, kereta sudah terbabas. polis tidak puas hati lagi? bagaimana aminulrashid seusia 15 tahun boleh ditemui mati ditembak polis? semoga pembunuhnya dilaknati allah!

- Sebelum ini, seorang wanita juga alami hal yang sama, wanita itu cedera parah dan mendakwa lima kali ditembak tetapi tidak mati!

-Kasih sayang, ajal maut, kuasa tuhan, ya. (gua tidak pertikai kuasa tuhan, gua tidak pertikai `kuasa' polis tetapi kenapa ada polis salah guna `kad kuasa'?)

-Jika seseorang itu disyaki penjenayah sekali pun, kenapa ditembak mati? apakah kerana `disyaki' maka polis berhak tembak mati sesiapa sahaja?

-Jahat atau tidak, budak bawah umur harus dilindungi polis. itu perlembagaan!

-Lebih 20 tahun yang lalu, rakan adik gua juga mati ditembak polis hanya kerana `disyaki'.

-lebih 10 tahun lalu, adik gua dilokapkan seminggu tanpa dibenar hubungi keluarga, juga kerana `disyaki'.

NOTA :
aminulrashid adalah cucu saudara emak mentua gua. ditembak mati polis isnin malam, selepas pulang bersama rakan dari menonton perlawanan bola sepak. dan rakannya itu anak pegawai polis!- pyanhabib

8 ulasan:

IKRAB family berkata...

byk sgt perkara yg mengejutkan terjadi di bumi tercintaku ini.Hanya Allah yang Mampu dan Layak menunjukkan kebenarannya demi sebuah keadilan.Hanya Allah yg Maha mengetahui.
p.c.

benludin berkata...

harap kata2 abang james ini tidak benar:

Justice Is Lost
Justice Is Raped
Justice Is Gone
Pulling Your Strings
Justice Is Done
Seeking No Truth
Winning Is All
Find it So Grim
So True
So Real

akiart berkata...

wa tak suka justin timberlake

benludin berkata...

aki,
jauh menyimpang...sampai ke kedai hamid lepasnya...haha

san ling berkata...

Finally, a kindred spirit...visit me at johorkia.blogspot.com....

Hashim Zabidi berkata...

Dah berbuih mulut orang cakap hal
polis, tentang ketidaksempurnaannya.
Jadi, kita bercakap spt mencampak garam ke laut.

Ketua Polis Negarapun macam dah mulai benci ke orang ramai....kata satu berita di Malaysiakini.

benludin berkata...

pak hashim,
KPN bunyi mcm merajuk. harap2 SPRM, Kementerian Pelajaran dll tak merajuk. nanti xde org nak tangkap perasuah atau mengajar anak2 di sekolah...

Hidemichi berkata...

anak pegawai polis rupanya, patutlah senang2 je terlepas! Tak ditangkap semula pulak tu...kata disyaki penjenayah???