Selasa, 29 Jun 2010

forest gump

pagi ni aku angin sikit kat budak aku. dia ni nak cakap cerdik takde la cerdik sangat. nak cakap bodoh pun takde la bodoh sangat. handfon ada dua bijik. ada masa sampai lupa bunyi ringtone sendiri.

kalau aku suruh dia buat kerja cepat je buat. belum sempat habis arahan dah buat. lepas tu terkebil-kebil mata sambil garu kepala yang tak gatal sebab nak ingat balik apa yang aku suruh.

"john...pi setor jap...."

"ok bang..."

dalam lima minit datang semula kat aku. "eh...abang suruh saya cari apa kat setor tadi?"

ada masa aku keliru juga. dia ni buat lawak atau saja nak bagi aku marah. kalau aku nasihat elok-elok pun keesokannya dia buat semula.

kalau dia susun barang pun sama. suka bersepah. padahal dah takde orang lain yang akan mengemasnya nanti. dia la juga. tak kerja dua kali namanya tu.

tadi aku kata kat dia "john...kamu ni suka buang masa. betul tak?"

"eh..takde la bang"

"habis yang kamu suka sepah barang tu. balik-balik kamu juga yang mengemasnya nanti"

"takper la bang. saya tak kisah"

"menipu diri sendiri la namanya tu john!"

"eh..takde la bang. saya mana suka menipu"

"begini lah.kamu ada seluar dalam. kamu suka sangat pakai seluar dalam tu. hari ni pakai. esok pun pakai. lusa pun pakai. hari ini kamu pakai biasa. esok kamu pakai terbalik sebab nak bagi elak dia berbau. orang lain tak tau kamu pakai seluar dalam tak basuh. cuma kamu je yang tahu. tak menipu diri sendiri namanya tu?"

"apa kena mengena dengan kerja saya bang?"

"entah. pikir lah sendiri..." keh keh keh!!!

*nama sedap, john. tapi ada masa aku panggil dia john-ngos.

13 ulasan:

Hidemichi berkata...

yelah...apa kena mengenanya. huhuhu...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

ya ya apa kena mengenanya ..jawap jawap

mae berkata...

forest gump tak makan psyco..otak kiri jarang gune..

benludin berkata...

gang forest gump mmg tak faham...haha!

WaQheh berkata...

hahahaaa...

WanBeruas berkata...

..Ben tukar je nama dia pada John Labu..sebab suka buat lawak..hee hee..

Hashim Zabidi berkata...

Yang duduk dimuka pintu
tak putus senyum selalu
saya suka tengok dia begitu
Eh! bang jangan dia tau
nanti semua buku tak laku...
he he he...

kulupsakah berkata...

john tu ke yang pernah aku libas dan denda baring atas tar tapi petangnya jumpa di benta dia tersengih2 tak dendam pun..mulia hati dia.

benludin berkata...

betul la tu encik kulup..
org mcm dia tak byk buat dosa.kita maki macamanapun dia tetap mcm tu gak. muka selamba derkk dia jeh...

Fakeh berkata...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini.

Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal Golongan Si Kitul dan Raja Mandeliar yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA

hari ribut berkata...

lucu...tspi watak seperti john ini ada di banyak tempat kerja!

KiLaT berkata...

gua layan forest gum lapan kali. nak gua layan lagi sekali ka??

~KiLaT~ bersembang di bangku panjang.

Tanpa Nama berkata...

abg char, mana tau nnt satu hari si john bukak kedai mkn mcm bubba gump! kaya woo... (ade kene mengena kan?)

nina