aku terfikir mengenai istilah
seniman.
kenapa ia digelar 'seniman' sedangkan seorang penggiat seni wanita digelar seniwati. seniman pula meminjam perkataan inggeris dihujungnya iaitu 'man' sepertimana diguna-pakai untuk
policeman,
postman atau
gentleman.
kenapa seniman tidak dipanggil
seniwan?
sepertimana digunakan untuk ahli sukan lelaki = olahragawan,
penjaga perpustakaan = pustakawan,
model lelaki = peragawan,
orang kaya yang punya duit berjuta-juta = jutawan
kenapa olahragawan pula tidak digelar olahragaman?
atau jutawan digelar jutaman?
mungkin contoh ayat yang sebegini agak menarik bunyinya jika
seniman digantikan dengan
seniwan:
- david teoh dah ahmad idham wajar diangkat sebagai
seniwan malaya atas sumbangan mereka terhadap dunia perfileman tanahair.
cam hampeh bunyinya! sehampeh gelaran yang diberi untuk mereka berdua...
kenapa istilah seniman berbeza dari yang lain?
adakah seniman ini setaraf dengan
spiderman,
superman atau
batman?
pada aku mungkin seniman ini amat sukar untuk dicari ganti dan membuatkan ia amat istimewa sepertimana seniman p.ramlee, yang bertaraf
superhero di bidang seni.kalau david teoh di gelar seniman mungkin ramai peminat atau penggiat seni yang kelaparan atas sebab kempen mogok lapar.
* salam ramadhan untuk semua.