Saya ke Kota Bharu hujung minggu kerana ada urusan. Kembali dari Kota Bharu, sengaja saya melintasi bandar Kuala Terengganu untuk 'menikmati' pemandangan di Jambatan Sultan Mahmud, khususnya Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam (Baca: Jahiliah).
Dengan gemerlapan pelbagai cahaya, nampak begitu cantik pada waktu Maghrib itu. Saya katakan kepada rakan sekereta: 'Nampak macam Disneyland je'. Memang cahaya sedemikian hanya mengingatkan saya pada cahaya-cahaya yang terpancar daripada rekabentuk bangunan seperti Disneyland.
Kalau tidak salah ingatan saya, arkitek Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam ialah arkitek yang sama merekabentuk Disneyland dan lain-lain.
Singgah di satu pos UPU, saya ditunjuk oleh seorang sahabat dua imej yang menunjukkan gambar Masjid Kristal. Imej itu diambil oleh seorang pelancong asing di tepi Sungai Terengganu dalam bentuk 'videoshot'. Anehnya, pada salah satu kubah masjid itu terdapat mej yang menakutkan.
Wajah syaitan, anjing di kubah, menara Masjid Kristal?
Dalam keadaan agak kabur tetapi boleh dilihat, kelihatan seperti satu wajah. Ada mata, hidung, mulut pada kubah. Menara tajam kubah itu menjadi seolah-olah tanduknya. Pada satu kubah lagi di sebelah kanan kelihatan imej wajah anjing. Telinga panjangnya, mata, hidungnya juga kelihatan.
Barangkali dengan penerangan seperti ini tanpa imej sebenar amat sulit untuk digambarkan. Saya tidak mempunyai imej tersebut, tetapi dengarnya ia baru tersebar dalam telefon bimbit dan kalau tidak salah, ada juga VCD mengenainya.
Oleh kerana keanehannya, imej itu diberikan oleh pelancong tersebut kepada salah seorang pekerja hotel, dan kemudiannya ia mula tersebar. Jadi, kalau ada mana-mana pihak yang menyimpan imej itu, tolonglah siarkannya.
Kerajaan Terengganu 'Darul Kristal' mungkin menolak imej tersebut dengan mengatakan ia taktik pembangkang untuk memelihara kesucian Masjid Kristal. Tetapi, harus diingat bahawa imej itu bukannya ahli PAS yang ambil, sebaliknya pelancong asing.
Apapun, kalau imej itu benar dan bukan 'super impose', ia menunjukkan bahawa, ada sesuatu yang tak kena dengan Masjid Kristal.
Dan, kalau tanpa imej itu pun, ia memang tidak kena kerana ratusan juta ringgit wang rakyat telah pun dibazirkan. Ingatlah bahawa si pembazir itu adalah saudara syaitan. Maka, wajah syaitanlah yang ada pada imej kubah 'Masjid Dhirar' (Masjid Kristal) itu!
Orang Beragama Itu Beradap!
Seminggu yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan