Isnin, 5 Mei 2008

Hampa dan Jimmy Dog Dog...

Aku HAMPA. DVD yg ingin dicetak-rompak masih dlm proses. Makan masa nak siap. Tak dapat lagi la aku layan...
Takper la...AF6 ada. Bleh la jugak layan sambil mengutuk peserta. Ambikkkkkkk!
Aku pun pelik. Macamana aku ni leh layan AF6. Padahal ntah apa2. Nyanyi cam hampeh!

____________________________________________

Nak citer sket pasal Jimmy Dog Dog. Bukan Jimmy Ketua Pemuda UMNO Lipis. Bukan juga adik-beradik Snoopy Doggy Dog si black rapper tu. Tapi kawan aku yg berasal dari Kuala Ibai, Terengganu. Ganu kite..senyum sokmo! Mmg dia ni mudah senyum, walaupun muka ada masa nampak brutal.

Dah lama tak jumpa Jimmy Dog Dog ni. Last aku jumpa dia kat Oxford Street tahun 1996 kot.... Perghhh....oxford st. tu! Bukan calang2 tpt nak berjumpa.

Jimmy ni terkenal dgn BLUR nya masa belajar kat UITM (formerly known as ITM) dulu. Dah la blur, study last minute punya kaki. Walaupun dia jenis last minute. diploma dia dapat. Degree pun ada. MBA pun dia amik. Last sekali yang aku tau, ACCA pun lepas, sekali harung lak tu. Caya la Jimmy. Walaupun hang terkenal dgn BLUR nya diantara kawan2, hang memang OTAK genius. Gua tabik sama lu la Jimmy.

Baru2 ni jumpa Jimmy kat Lipis. Aku terkejut gak macamana dia tercampak ke Lipis ni. Dia kata nak buat audit utk JBA, sbb JBA akan di swastakan tak lama lagi. Kita org lepak2 sambil minum kat kedai cendol. Kita org masing2 bertukar no. fon dan e-mail. Sure la boleh keep in touch lagi lepas ni. Aku rasa mmg susah nak nak lost contact since segala no. fon dan email aku bagi kat dia. Cuma alamat blog ni je aku maleh bagi, senang nak kutuk dia kakkakaka...

Lepas minum, masing2 balik. Aku balik rumah aku. Dia lak pi check-in kat hotel...(tapi esoknya dia citer dia nak tukar hotel lain sbb kat lounge ramai sgt yg smoke, tak tahan asap...padahal Jimmy ni pun heavy smoker)

Esoknya aku plan nak lunch dgn Jimmy. Maklum la dah lama tak jumpa. Boleh la sambung citer lagi sambil makan. Aku pun call la Jimmy ni:

Aku: Hello..Jimmy!

Jimmy: Hello. Sapa ni?

Aku: Ler....aku la.....bla..bla..bla......

Jimmy : la...sorry la...aku tak save lagi no. fon hang ... brp no. hang?

Aku : semlm beria benar amik no. fon aku, tak save pun yer..

Jimmy : hahha..sorry la......aku lupa...

Hang ni Jimmy, bila nak berubah. Penyakit BLUR masih ada lagi!

Tiada ulasan: