Jumaat, 12 Februari 2010

salam jumaat dari aldino

gajet didepan rumah aldino.botol untuk apa tu aldino?

memang ramai benar kawan-kawan aku yang bernama din. untuk mengelakkan kekeliruan atau tersalah umpat, maka konco-konco sekampung telah sebulat suara untuk menokok-tambah di hujung nama setiap din. dengan itu wujudlah nama din belut ( berperangai licik memonteng kerja), din public ( kerja di public bank), din selampit (belum dapat info sebab apa dipanggil begitu), din komputer ( pakar baik pulih serta menjahanamkan komputer), din ketar (kontraktor yang tangannya selalu gigil), benludin (yang bermakna orang yang baik-baik) dan aldino.

balik kepada aldino.pada hari ini aku akan bercerita sedikit (ulang suara: sedikit) mengenai kawan aku yang bernama aldino. beliau pernah popular sebagai kartunis pada era 80an. karya kartunnya terdapat dalam majalah kanak-kanak bambino dan bujal (yang mana kanak-kanak yang membacanya dahulu sudah tua-tua pun sekarang). dan beberapa majalah terbitan dbp yang lain.

bagi aku beliau adalah seorang insan seni yang berbakat besar. biasalah, setiap orang ada masalahnya sendiri. termasuk juga aldino. cuma masalah hidupnya kebelakangan ini membuatkan dirinya rimas untuk berkarya. rakan-rakan beliau perlu melakukan sedikit 'alignment' bagi memulihkan semangatnya untuk berkarya semula.

aku pun taknak cerita banyak banyak pasal aldino ni. kalau nak baca kisah selanjutnya kamu semua boleh baca di blog ubilepih.

-dibawah ini ialah gajet-gajet kepunyaan aldino yang menjadi temannya kemana sahaja beliau pergi.

mancis api cap lada yang original.

garam

dua kotak rokok dan salah satu kotak akan ditanda dengan pisau lipat.

aku doakan semoga aldino kembali berkarya dan berjaya.


* "oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesusahan itu, ada kesenangan" -surah al-insyiraah ayat 5-6

11 ulasan:

Admin berkata...

bujal.. bambino... mengamuk mak gua bila gua rembat duit kedai sebab nak beli benda alah tuh.

~KiLaT~ selalu ziarah khabar..doa insyaAllah!!

benludin berkata...

dulu suka pakai baju belang ikut stail bujal

Pengembara silam, berkata...

Din ketar..?Membe kamceng aku padang tengku... Aldino? Sedara aku woi...tapi bete la..kene aligment skit..he he.. Juara karoake Kg.Terap 2 malam berturut-turut..hehe

Hashim Zabidi berkata...

kita kena bawa dia pekena teh tarik
selalu, pelan-pelan kembalikan nostalgia rindunya yg lalu.
sehingga dia akan bersorak bahawa lipis kita punye!!!...

WanBeruas berkata...

..Bambino,Utusan Pelajar,Bujal,Sang Kancil,Ha Hu Hum..semua ni sebelum Gila Gila dan Gelihati..eh bro lu ada simpan lagi ke Bujal tu kalo ada leh roger ngn gua,wa nak beli untuk wa ngan anak anak..lu kasi wa terkenang itu semua daa he hee..

benludin berkata...

PS
wah...sedara demeh yeh...deme pun kena tlg juga buat balancing...hehe

pak hashim,
setuju bebeno tu...nanti kita jalan2 ke kg. terap...:)

WB,
alamak....takde la bro...cuma teringat2 je gambo kulit dia...haha

ummzaid berkata...

nasib baik keh tak baca bujal dgn bambino... hehe..
moga aldino kembali sihat wal'afiat..

Tanpa Nama berkata...

aku minat betul majalah bambino dgn bujal dulu2tuh.emm dah tua rupanya aku ni huhuhu.
p.c.

atapakcek berkata...

Al-Dino masih berkarya, cuma bidang berlainan, membantu kawan-kawan dia mengutarakan sebaris dua skrip sikom2 Drama-drama Tv.. hehehe kg dia Kg Bukit Gayang

benludin berkata...

encik atan,
deme dah jadi blogger kampung terap...tahniah..

dgr cerita dino rajin ke temerloh... latihan vokal di sana kot...haha

atancherang berkata...

tk..hehehe ala baru berjinak jinak ngan blog.. masih mentah..haah, al-dino dah jadi star karaoke dah ben,.. temerloh ye juga dan dengar cerita nyanyi kat night club area Mentakab.. tak kisahlah Ben, janji bahagia ..