*mood untuk menulis sudah mari!! terimakasih kepada midun!!
baru-baru ni aku ke kl bersama dengan ubi. kami singgah di sebuah kedai buku di batu cave sana. ketika aku sedang asyik membelek buku resepi masak memasak, telefon aku berbunyi. panggilan masuk dari midun pagar sasak rupanya. (kalau kamu ingat, aku pernah buat entri pasal midun ni dulu. dia ni memang suka membaca buku. dulu dia ada pesan buku 'malu bertanya tentang seks')
midun: salam 1malaya bro!
aku: salam
midun: lu kat mana tu bro. kl ke?
aku: aik...dapat hidu je keh dimana ye
midun: biasalah. gua kan ada kuasa psikik. buku yang gua nak tu lu boleh belikan tak?
aku: ceh...setakat duk pagar sasak tu tak payah la gua lu gua lu dengan keh ni
midun: relax la bang. jangan marah kat keh
aku: ha...buku mende aok nak tu? keh lupa la
midun: ala...buku telaga biru yang tajuk nye 'malu bertanya tentang solat jlid 1 dan 2'
aku: demeh ni asyik malu bertanya jeh.
midun: biasalah bang. keh ni memang pemalu orangnya
aku: lantak aok la midun.... keh kat kedai dvd ni. nanti la keh cari buku tu. demeh ada nak kirim dvd tak? (aku saja-saja kata aku kat kedai dvd.padahal aku di kedai buku.mood menyakat sudah meresap)
midun: keh tak minat dvd ni. buku ok la. lagi pun keh ni jenis suka membaca. layan dvd ni buang masa keh je.
berlagak pulak midun ni. nak kena dengan aku midun ni. tanduk aku mula tumbuh. dibantu pula oleh tanduk ubi. bertanduk-tanduk la aku jadinya.
aku: keh ada jumpa dvd kamasutra ni. pelakon lawa-lawa.nak ke?
midun: dalam bahasa melayu ke bang?
aku: bahasa inggeris la weh! tapi subtitle melayu ada. nak ke taknak ni?
midun: boleh juga...tapi bajet sikit ni
aku: ala... duapuluh ringgit jeh
midun: ermm. boleh juga. buku tadi tu kira kensel la. abang beli dvd je untuk keh.
cehhh! baru kena sakat sikit dah goyang!
Orang Beragama Itu Beradap!
Seminggu yang lalu
7 ulasan:
I relay read your post,so very interesting,i like it......Than's
Midun yang kacau daun
dengar dvd kamasutra terus tukar tajuk. Katakan pada midun Kamasutra tu tak sesuai digunakan di sini.
kekeke. Midun tak kenal apa itu internet ke? Boleh dapat pree.
keh keh keh...
watak cam midun nih byk dlm masyarakat ari ni..baru kena 'tiup' sket dah goyang..
aok kabo ke midun, pasing ke keh pulok.. tih tih tih
minggu depan beli 1 kasi dia
AKU NAK JUGA ... SEMBAHYANG TANYA IMAM 450
Catat Ulasan