pagi tadi aku berjalan-jalan ke kedai saloon rambut milik seorang cina bernama angie. dah lama tak berkunjung dan lepak-lepak di kedai beliau.
masa dulu-dulu, selepas menunaikan solat jumaat, kedai angie ini memang jadi port untuk aku dan ubilepih bagi menyejukkan badan sambil borak-borak kosong. maklumlah kedai beliau berhawa dingin, pejabat kami cuma menggunakan kipas majalah. - kepada sesiapa yang ada majalah lama tu bolehlah sedekahkan kepada kami untuk dibuat kipas.
selepas borak-borak pasal cerita lama dan hal ehwal semasa, aku meminta diri untuk beredar. semasa aku melangkah keluar, angie memanggil aku.
"ini saya hadiahkan kepada kamu sempena bulan puasa. boleh guna untuk baca quran"
aku agak terkejut. tapi aku ambil juga. menda free sapa taknak.
angie menghadiahkan aku sebuah rehal untuk aku gunakan dibulan ramadhan ini. boleh juga aku gantikan rehal yang lama dan "hogeh" kat rumah aku tu.
"baca quran banyak-banyak" pesan angie lagi. selepuk kena kat muka aku. padan muka.
terimakasih banyak angie. aku doakan supaya angie diberikan hidayah oleh allah s.w.t dan semoga dibukakan hati beliau untuk menerima agamamu ya allah.
ah...harap-harap doa aku terhadap rakan bukan islam aku ini tidak diisukan sepertimana doa tuan khatib di masjid pulau pinang tempohari.
Orang Beragama Itu Beradap!
Seminggu yang lalu
12 ulasan:
emmm.
doa yg baik2 apa salahnya kan lagi2 shbt baik..moga Allah memberi hidayah kpdnya.
p.c.
Masa kamu berdoa untuk angie, agar Tuhan bukakan pintu hatinya untuk menganut agamaNya, adakah angie dengar...
aku aminkan untuk Angie dan Lim Guan Eng
doa dalam hati zahid hamidi tak dengo..
amin...
boleh do'a, tak salah. tapi masa khutbah? khutbah tu bukan ke ibadat khusus ada syarat-syarat dan do'a khas? munkin lebih elok do'a utk guan eng angie dan yg lain masa selain dari khutbah kot.
snake,
betul..itu pasal aku kata dlm last para "tidak diisukan sepertimana doa tuan khatib di masjid pulau pinang tempohari"
errrr encik benludin...
rehal tu jangan simpan jer pulak dalam almari kasik encik cicak pakai yer...errrmmm...
salam Ben, selamat hari raya n maaf zahir batin, dgn ucapan, bila nak hapdet blog :)
Selamat hari raya maaf zahir batin...
salam aidilfitri abg benludin ittewww..
sah masih raya ..sampai tak update
Catat Ulasan