Sabtu, 24 September 2011

manusia

pagi tadi jumpa cd-jay. nampak dia melepak kosong dimeja makan. termenung sambil mengusap-usap kepalanya. aku pelawa dia minum sekali. kemudian aku tanya dia nak makan apa. "sama macam abang.." kata cd-jay. aku pesan nasi lemak dan air masak. cd-jay garu-garu kepala. "tokey, bagi keh nasi lemak campur rendang daging. air milo ais ye..". aku pulak garu kepala.

selepas minum dia nak pau rokok aku. maaf la cd-jay. aku dah berhenti merokok setahun yang lepas.

cd-jay membebel. bukan sebab tak dapat rokok. tapi cerita lain. dia kata manusia ni terbahagi kepada tiga. satu: seperti makanan. ia diperlukan setiap masa. kedua: seperti ubat. hanya diperlukan ketika sakit. ketiga: seperti penyakit. jenis yang ini orang tidak suka. sila nyah ketepi. "keh ni jenis manusia yang ketiga..." kata cd-jay sambil menyalakan api rokok yang dipau dari pelanggan meja sebelah. hebat juga cd-jay ni berfalsafah.

aku tanya kenapa dia membebel pagi-pagi ni. cd-jay kata tokey kedai minum marah-marah sama dia. kononnya dia tak bayar makan tengahari semalam. aku tanya kat cd-jay betul ke dia tak bayar.

"ya...." katanya.

* hebat dia berfalsafah. tapi hebat lagi dia mengepau sampai aku sendiri pun tak sedar masa bila dia mengepau rokok abang meja sebelah!

5 ulasan:

Hashim Zabidi berkata...

Manusia jenis ketiga itu, mengikut falsafah CD Jay adalah dia sendiri. Org spt itu kena nyah ketepi dan dialah orang itu. Masih mendapat tempat dihati orang samaada marah, benci, kasihan dan jadi bahan lawak.

Bukan semua org spt CDJay macam CDJaya itu tetapi mereka adalah utusan...

benludin azhar berkata...

yess...kena tekan like komen pak hashim...:)

mae berkata...

ahli falsafah te macam kapal terbang.. nampok je dari bawoh perlahan...keh..keh..keh...

WanBeruas berkata...

..ate selalu2 le nulihnye Yop..teman suka bila miker mengomel...

blackpurple @ jowopinter berkata...

Air milo ais percuma, nasi lemak percuma, rokok percuma...

Mahu belajar berfalsafah jugalah... :)