Rabu, 19 Oktober 2016

maha terer

dia maha mengetahui
cerita yang belum dimulai
dia sudah tahu penghujungnya

Selasa, 23 Julai 2013

puasa sepanjang hayat

The fasting prescribed by the religion is to abstain from eating and drinking and sexual intercourse from dawn to sunset, while spiritual fasting is, in addition, to protect all the senses and thoughts from all that is unlawful. It is to abandon all that is disharmonious, inwardly as well as outwardly. The slightest breach of that intention breaks the fast. Religious fasting is limited by time, while spiritual fasting is forever and lasts throughout one’s temporal and eternal life. This is true fasting.

~ Shaykh Abdul Qadir Jilani

Selasa, 11 Jun 2013

berjalan terus

kita sudah pasti akan terus berjalan
tanpa penghujungnya
"deadline" hanya sekadar tarikh luput amalan

its end is just a begining

Rabu, 6 Mac 2013

penceroboh

kamu masuk rumah orang tanpa dijemput
kemudian buat macam rumah sendiri
siap sila panggung lagi
makan minum hak tuan rumah
dah kenyang kamu sepak terajang tuan rumah
kamu tikam belakang dan depan
bila tuan rumah hadiahkan kamu dengan flying kick dan penampar back hand
kamu komplen tuan rumah main kasar!!

apa ke jendulnya?

Isnin, 25 Februari 2013

melayu islam

"I went to the West and saw Islam, but no Muslims; I got back to the East and saw Muslims, but not Islam." - Muhammad Abduh (1 January 1849 - 11 July 1905)

Kata-kata di atas mengingatkan saya kepada kes kena tipu dengan seorang mekanik kereta pada tahun lepas. Kerana atas dasar ingin menolong perniagaan bangsa sendiri (melayu dan islam), maka saya serahkan kepercayaan 100% kepada mekanik tersebut. Tetapi malangnya beliau mengambil kesempatan dengan menipu saya. Bukan setakat kena tipu dengan kos pembaikan, tetapi enjin kereta juga telah ditukar dengan enjin curi.

Perbuatannya itu hanya saya sedari setelah kereta tersebut dijual beberapa minggu yang lepas. Itupun setelah dimaklumkan oleh jurujual kereta. Mereka menyedarinya bila ingin membuat pemeriksaan di Puspakom bagi urusan jual beli kereta terpakai.

Pengajaran untuk saya supaya lebih berhati-hati. Tidak semua orang yang sebangsa atau seagama dengan kita akan berbuat baik kepada kita. Orang jahat tidak mengira bangsa. Begitu jugalah sebaliknya.

Semuanya kerja Tuhan.
Tuhan ingin menguji saya.


Isnin, 24 Disember 2012

guru

Do not take a step
on the path of love without a guide
I have tried it
one hundred times and failed


~ Hafiz

Isnin, 23 Julai 2012

bangunan atas bukit

bangunan di atas bukit,

jika di Scotland ia digelar CASTLES

jika di German ia digelar BUNKERS

jika di Malaysia ia digelar SARANG BURUNG WALID

Khamis, 12 Julai 2012

Ahad, 20 November 2011

lembu

satu pagi bertarikh 20/11/2020

a: wah! cantik juga sekolah kat atas bukit tu!

b: itu bukan sekolah

a: oh! ye ke? projek sarang burung walid?

b: bukan juga

a: habis tu apa dia?

b: kondo untuk buat kandang lembu!

Sabtu, 24 September 2011

manusia

pagi tadi jumpa cd-jay. nampak dia melepak kosong dimeja makan. termenung sambil mengusap-usap kepalanya. aku pelawa dia minum sekali. kemudian aku tanya dia nak makan apa. "sama macam abang.." kata cd-jay. aku pesan nasi lemak dan air masak. cd-jay garu-garu kepala. "tokey, bagi keh nasi lemak campur rendang daging. air milo ais ye..". aku pulak garu kepala.

selepas minum dia nak pau rokok aku. maaf la cd-jay. aku dah berhenti merokok setahun yang lepas.

cd-jay membebel. bukan sebab tak dapat rokok. tapi cerita lain. dia kata manusia ni terbahagi kepada tiga. satu: seperti makanan. ia diperlukan setiap masa. kedua: seperti ubat. hanya diperlukan ketika sakit. ketiga: seperti penyakit. jenis yang ini orang tidak suka. sila nyah ketepi. "keh ni jenis manusia yang ketiga..." kata cd-jay sambil menyalakan api rokok yang dipau dari pelanggan meja sebelah. hebat juga cd-jay ni berfalsafah.

aku tanya kenapa dia membebel pagi-pagi ni. cd-jay kata tokey kedai minum marah-marah sama dia. kononnya dia tak bayar makan tengahari semalam. aku tanya kat cd-jay betul ke dia tak bayar.

"ya...." katanya.

* hebat dia berfalsafah. tapi hebat lagi dia mengepau sampai aku sendiri pun tak sedar masa bila dia mengepau rokok abang meja sebelah!

Ahad, 15 Mei 2011

punai

the pigeon cooed in the darkness of night

on a branch, in weakness, while i was asleep. i lied; for i swear that were i (His) loved

not the pigeons alone, but i too would weep; i think i am lovesick, excessively lovelorn

for my Lord-but I weep not, though animals weep i

di kegelapan malam seekor punai berkicau,
di atas sebatang dahan yang lemah
sementara aku justeru terbaring mendengkur
demi rumah Allah, aku telah berdusta
bila sampai aku mengaku merindukan Allah,
di saat para punai itu lebih dulu
menangis daripada aku
Aku pikir, aku ini manusia yang sangat
rindu pada Nya
namun nyatanya, aku tak mudah
menangis
seperti burung-burung punai itu.

*o beloved son, imam al-ghazali

Rabu, 20 April 2011

australia dan masalah

tadi jumpa cdjay kat bandar. dia kata kena makan banyak sekarang ni sebab tak lama lagi nak berangkat ke australia.


--------------

cdjay berkata lagi "dalam malaysia ni dua orang je yang takde masalah stres macam keh. sultan pahang dan agong.."

Selasa, 8 Mac 2011

sakit hati

"hang nak tau tak sakit apa paling sakit?" tanya pakcik omaq sipengembala lembu di kampung bukit raya, pendang kepada aku.

"entahlah pakcik omaq. banyak sangat penyakit dalam dunia ni. semuanya sakit belaka" aku malas nak layan sebab aku dapat hidu yang dia akan kenakan aku.

"hah! kalau hang nak tau sakit tengkok la! bila paling kiri sakit. bila paling kanan pun sakit!! kah kah kah!!" gelak sakan pakcik omaq sampai lupa azan maghrib sedang berkumandang dari masjid berdekatan.

aku diam. malas nak gelak sebab aku hormatkan azan. lagi pun aku sakit tengkok masa tu.

Selasa, 22 Februari 2011

memujuk hati

dengar cerita kedai buku borders ada masalah kewangan yang begitu meruncing atau kritikal. kat usa je dah dua ratus buah kedai borders ditutup. kat sana pun penduduknya ramai tak suka membaca buku agaknya. atau berkemungkinan juga saingan dari e-books atau jualbeli buku melalui online. macam tak logik alasannya kan. aku rasa alasan pertama cuma berlaku di malaya. tetapi alasan kedua lebih 'afdal' di negara mereka.

ah...itu rangkaian kedai buku yang besar. apatah lagi kedai yang kecil dan tidak berangkaian macam aku nih..

Isnin, 24 Januari 2011

don songkok berfesbuk

tadi terjumpa don songkok di kedai cendol haji. beliau nampak seronok sangat seperti orang yang menghidap darah tinggi tetapi bacaan tekanan darah tingginya 100/80. kira tahap sihat walafiat!

"weh ben!! kau ada fesbuk?"

"takde la don. aku mana reti sangat bab internet ni"

"ah..rugi la. aku baru daftar minggu lepas. seronok la. macam-macam boleh dapat kat fesbuk!"

"ye ke? apa yang kau dapat?"

"pagi tadi lepas subuh aku buka fesbuk aku. ada kawan aku hantar gambar ular tedung berkepala tujuh!!"

"pergh!! boleh percaya ke?"

"betul laah! takkan kawan aku tipu pulak. ular tu warna hitam pekat. nampak macam tengah melengkar depan sebuah gua yang gelap. gua tu pulak dikelilingi oleh hutan-hutan yang nipis..."

ah don ni. melucah pulak kat depan kedai haji ni!!

Jumaat, 7 Januari 2011

penyakit


lama aku cuti menulis. mungkin sedikit takde mood selepas dengan rasminya aku menjadi ahli kelab penghidap darah tinggi. free membership pula tu!

sebelum ini aku cuma ada penyakit gout yang dihidapi semenjak tahun 2003 dahulu. serentak dengan tarikh pilihanraya umum.

tujuh tahun kemudian, iaitu pada oktober tahun lepas aku kena darah tinggi pula. mula-mula doc bagi aku amlo 5mg. dalam masa seminggu tambah pulak ke amlo 10mg. aduhai...

dalam tempoh pemakanan ubat darah tinggi dan gout, perut aku pulak meragam. kata doc aku kena gastrik. mungkin atas sebab diet beria-ria sangat. aduhai... kena tambah ubat lagi.

tahun baru ini aku sambut dengan penyakit terbaru pula. masih dalam kategori darah tinggi, cuma ubatnya bertambah lagi. ini adalah kerana kedegilan aku juga. dah la lama tak kerja berat, tiba-tiba je hari kedua dan ketiga tahun baru aku angkat barang berat. jawapannya aku sakit dada dan dimasukkan ke wad. atas sebab itu doc bagi ubat metoprolol 100mg. aduhai..bertambah stok ubat aku.

apa yang tersirat, sakit ini sebenarnya memberikan aku istirehat dan ia juga merupakan teguran dari allah kerana kealpaan aku sendiri dalam menjaga kesihatan.

“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”

(HR. Bukhari-Muslim

doakan kesihatan aku bertambah baik...

* malas update blog juga merupakan satu penyakit!

Rabu, 20 Oktober 2010

malas nak tulis

ahh!! rosmoh buat hal lagi...

tapi aku malas nak ulas dan tulis...

sebab aku tau ramai yang sayang kat rosmoh ni..

sayang tanpa prejudis...

Isnin, 20 September 2010

keh keh keh!!

kemaruk lemang dah beransur surut

saki baki lemang pun dah di nyah dari perut

tak pantang punya pasal aku kena gout

jalan pun dah terhencut-hencut

Sabtu, 21 Ogos 2010

doa

pagi tadi aku berjalan-jalan ke kedai saloon rambut milik seorang cina bernama angie. dah lama tak berkunjung dan lepak-lepak di kedai beliau.

masa dulu-dulu, selepas menunaikan solat jumaat, kedai angie ini memang jadi port untuk aku dan ubilepih bagi menyejukkan badan sambil borak-borak kosong. maklumlah kedai beliau berhawa dingin, pejabat kami cuma menggunakan kipas majalah. - kepada sesiapa yang ada majalah lama tu bolehlah sedekahkan kepada kami untuk dibuat kipas.

selepas borak-borak pasal cerita lama dan hal ehwal semasa, aku meminta diri untuk beredar. semasa aku melangkah keluar, angie memanggil aku.

"ini saya hadiahkan kepada kamu sempena bulan puasa. boleh guna untuk baca quran"

aku agak terkejut. tapi aku ambil juga. menda free sapa taknak.

angie menghadiahkan aku sebuah rehal untuk aku gunakan dibulan ramadhan ini. boleh juga aku gantikan rehal yang lama dan "hogeh" kat rumah aku tu.

"baca quran banyak-banyak" pesan angie lagi. selepuk kena kat muka aku. padan muka.

terimakasih banyak angie. aku doakan supaya angie diberikan hidayah oleh allah s.w.t dan semoga dibukakan hati beliau untuk menerima agamamu ya allah.

ah...harap-harap doa aku terhadap rakan bukan islam aku ini tidak diisukan sepertimana doa tuan khatib di masjid pulau pinang tempohari.