Rabu, 20 Oktober 2010

malas nak tulis

ahh!! rosmoh buat hal lagi...

tapi aku malas nak ulas dan tulis...

sebab aku tau ramai yang sayang kat rosmoh ni..

sayang tanpa prejudis...

Isnin, 20 September 2010

keh keh keh!!

kemaruk lemang dah beransur surut

saki baki lemang pun dah di nyah dari perut

tak pantang punya pasal aku kena gout

jalan pun dah terhencut-hencut

Sabtu, 21 Ogos 2010

doa

pagi tadi aku berjalan-jalan ke kedai saloon rambut milik seorang cina bernama angie. dah lama tak berkunjung dan lepak-lepak di kedai beliau.

masa dulu-dulu, selepas menunaikan solat jumaat, kedai angie ini memang jadi port untuk aku dan ubilepih bagi menyejukkan badan sambil borak-borak kosong. maklumlah kedai beliau berhawa dingin, pejabat kami cuma menggunakan kipas majalah. - kepada sesiapa yang ada majalah lama tu bolehlah sedekahkan kepada kami untuk dibuat kipas.

selepas borak-borak pasal cerita lama dan hal ehwal semasa, aku meminta diri untuk beredar. semasa aku melangkah keluar, angie memanggil aku.

"ini saya hadiahkan kepada kamu sempena bulan puasa. boleh guna untuk baca quran"

aku agak terkejut. tapi aku ambil juga. menda free sapa taknak.

angie menghadiahkan aku sebuah rehal untuk aku gunakan dibulan ramadhan ini. boleh juga aku gantikan rehal yang lama dan "hogeh" kat rumah aku tu.

"baca quran banyak-banyak" pesan angie lagi. selepuk kena kat muka aku. padan muka.

terimakasih banyak angie. aku doakan supaya angie diberikan hidayah oleh allah s.w.t dan semoga dibukakan hati beliau untuk menerima agamamu ya allah.

ah...harap-harap doa aku terhadap rakan bukan islam aku ini tidak diisukan sepertimana doa tuan khatib di masjid pulau pinang tempohari.

Selasa, 10 Ogos 2010

bahasa iii

aku terfikir mengenai istilah seniman.

kenapa ia digelar 'seniman' sedangkan seorang penggiat seni wanita digelar seniwati. seniman pula meminjam perkataan inggeris dihujungnya iaitu 'man' sepertimana diguna-pakai untuk policeman, postman atau gentleman.

kenapa seniman tidak dipanggil seniwan?
sepertimana digunakan untuk ahli sukan lelaki = olahragawan,
penjaga perpustakaan = pustakawan,
model lelaki = peragawan,
orang kaya yang punya duit berjuta-juta = jutawan

kenapa olahragawan pula tidak digelar olahragaman?
atau jutawan digelar jutaman?

mungkin contoh ayat yang sebegini agak menarik bunyinya jika seniman digantikan dengan seniwan:
- david teoh dah ahmad idham wajar diangkat sebagai seniwan malaya atas sumbangan mereka terhadap dunia perfileman tanahair.

cam hampeh bunyinya! sehampeh gelaran yang diberi untuk mereka berdua...

kenapa istilah seniman berbeza dari yang lain?

adakah seniman ini setaraf dengan spiderman, superman atau batman?

pada aku mungkin seniman ini amat sukar untuk dicari ganti dan membuatkan ia amat istimewa sepertimana seniman p.ramlee, yang bertaraf superhero di bidang seni.

kalau david teoh di gelar seniman mungkin ramai peminat atau penggiat seni yang kelaparan atas sebab kempen mogok lapar.

* salam ramadhan untuk semua.

Jumaat, 23 Julai 2010

bahasa ii


peribahasa bergambar - bagaikan menunggu buah yang tak gugur

contoh ayat: harapan rakyat supaya rosmoh menukar fesyen rambutnya bagaikan menunggu buah yang tak gugur.


*terimakasih kepada model kami, encik cd-jay

Khamis, 15 Julai 2010

bahasa i

dalam entri sebelum ini ( yang bertajuk forest gump) aku ada menggunakan perkataan jongos kat salah seorang pembantu aku di tempat kerja. perkataan ini aku gunakan kerana sudah terbiasa menggunakannya semenjak dulu-dulu lagi tanpa menyelidik apakah maknanya yang sebenar.

oleh kerana perkataan ini telah diguna pakai di dalam penulisan aku maka beberapa hari yang lalu kajian (perghh!) telah aku lakukan. ini bagi memastikan supaya perkataan ini tidak ada unsur penghinaan atau pencarutan terhadap rakan-rakan pembaca blog ini. maklum lah, sebelum ini perkataan ini hanya sesuai dijadikan sebagai gurauan sesama rakan di luar alam maya (yang sudah maklum ianya adalah gurauan semata-mata). apabila perkataan ini digunakan dalam blog aku takut ia akan bermaksud lain dari apa yang aku ingin sampaikan. tak semua orang boleh menerima cara kita bergurau.

kalau kita suka mencarut sesama rakan kita ketika bercakap atau bergurau atau menulis didalam blog sendiri seperti menggunakan perkataan celaka, but*h, fu*k, bab* dan sebagainya, ia tidak bermakna orang-orang lain juga boleh menerima cara kita. dan jangan anggap orang yang tidak boleh menerima cara kita itu tidak in-trend atau indie. sekadar contoh.

sebenarnya perkataan jongos ini telah digunakan oleh buya hamka didalam novelnya yang bertajuk 'di bawah lindungan kaabah'. ia membawa makna seorang tukang kebun. ayatnya: rumah itu sudah lama tinggal kosong, kerana yang empunya seorang belanda, telah pulang ke eropah; yang menjaga selama ini adalah seorang jongos tua.

jongos juga wujud didalam bahasa inggeris. kalau merujuk kepada urbandictionary, ia mempunyai dua makna yang berbeza bergantung kepada penggunaan ayat:

i-breasts, particularly those of considerable mass
contoh ayat: wow, check out the jongos on rosmoh!

ii-the opposite of anything good
contoh ayat : najib is such a jongos character that i spurt blood everytime i see him on tv.

aku tak dapat nak semak jongos di dalam kamus dewan sebab kat rumah aku takde kamus. nak rujuk kamus dewan ni dalam internet lagi la takde. kedekut (malas) punya dbp!!

dengan kajian aku di atas, aku berasa lega kerana jongos bukanlah bermakna penghinaan atau pencarutan!

oh ya. ada satu perkataan yang selalu juga kita gunakan tetapi maksud sebenarnya kurang jelas. perkataan tersebut ialah samdol. aku juga tak pasti samada samdol ada di dalam kamus dewan atau tidak. kalau kamu rajin cuba lah semak. entah-entah ia bermakna brilliant, genius, superb atau marvellous!

mungkin contoh ayat yang sesuai adalah:
-tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas adalah satu tindakan yang samdol dan patut dipuji oleh rakyat marhaen.

Selasa, 29 Jun 2010

forest gump

pagi ni aku angin sikit kat budak aku. dia ni nak cakap cerdik takde la cerdik sangat. nak cakap bodoh pun takde la bodoh sangat. handfon ada dua bijik. ada masa sampai lupa bunyi ringtone sendiri.

kalau aku suruh dia buat kerja cepat je buat. belum sempat habis arahan dah buat. lepas tu terkebil-kebil mata sambil garu kepala yang tak gatal sebab nak ingat balik apa yang aku suruh.

"john...pi setor jap...."

"ok bang..."

dalam lima minit datang semula kat aku. "eh...abang suruh saya cari apa kat setor tadi?"

ada masa aku keliru juga. dia ni buat lawak atau saja nak bagi aku marah. kalau aku nasihat elok-elok pun keesokannya dia buat semula.

kalau dia susun barang pun sama. suka bersepah. padahal dah takde orang lain yang akan mengemasnya nanti. dia la juga. tak kerja dua kali namanya tu.

tadi aku kata kat dia "john...kamu ni suka buang masa. betul tak?"

"eh..takde la bang"

"habis yang kamu suka sepah barang tu. balik-balik kamu juga yang mengemasnya nanti"

"takper la bang. saya tak kisah"

"menipu diri sendiri la namanya tu john!"

"eh..takde la bang. saya mana suka menipu"

"begini lah.kamu ada seluar dalam. kamu suka sangat pakai seluar dalam tu. hari ni pakai. esok pun pakai. lusa pun pakai. hari ini kamu pakai biasa. esok kamu pakai terbalik sebab nak bagi elak dia berbau. orang lain tak tau kamu pakai seluar dalam tak basuh. cuma kamu je yang tahu. tak menipu diri sendiri namanya tu?"

"apa kena mengena dengan kerja saya bang?"

"entah. pikir lah sendiri..." keh keh keh!!!

*nama sedap, john. tapi ada masa aku panggil dia john-ngos.

Selasa, 22 Jun 2010

Selasa, 15 Jun 2010

from pendang with love part vi





musim hujan menyambut kami sekeluarga ketika bercuti di kampung. tak banyak aktiviti luar yang dapat dilakukan. pagi hujan petang hujan malam hujan. nasib baik juga tinggal di kawasan berbukit, bukit raya. maka masalah banjir tidak kami alami.

ujian untuk pesawah padi di kawasan yang agak rendah atau berhampiran sungai pendang. tanaman padi mereka habis musnah akibat banjir. setiap apa yang diturunkan Allah itu pasti ada hikmahnya. rugi akibat banjir tetapi hikmahnya pesawah mungkin tidak lagi mengalaminya di masa depan kerana sungai pendang akan digali dan didalamkan lagi oleh konco-konco menteri pertanian.

bila cuaca agak baik, aku gunakan sepenuhnya untuk mengambil gambar. tapi hanya seketika.

aktiviti dirumah aku gunakan sepenuhnya untuk berbual panjang bersama keluarga dan program makan-makan yang banyak. bila takde apa lauk yang hendak dimakan aku meratah petai jeruk. hasilnya penyakit gout menyerang kembali. aduhh!!

sempat juga menonton dvd pilem hindi '3 idiots' (memang superb) dan pilem ultraman kegemaran anak lelaki aku yang dimainkan berpuluh-puluh kali. sampai sekarang terngiang-ngiang lagi di telinga aku lagu tema ultraman.

* gambar pertama - merupakan aksi tetamu kami yang sedang menunjukkan senaman harimau. rasa-rasa utraman pun tak boleh melakukan senaman tersebut. kalau nak ambil gambar tok wan tu untuk buat wallpaper silakan.

**gambar kedua - senang la. bank kat bawah!

Khamis, 3 Jun 2010

don songkok dan kajol



don songkok amat meminati lagu dangdut kajol kelate (di atas). mungkin irama dan liriknya amat menusuk jiwa. lirik yang menginsafkan sepertimana lirik lagu kegemarannya satu ketika dahulu yang bertajuk 'gila judi' nyanyian m.daud kilau. nasib baik jugalah don songkok cepat insaf, kalau tidak lagi kuatlah dia berjudi bola.

kalau nak tau cerita selanjutnya mengenai don songkok dan kajol sila dapatkan majalah kartun terhangat dipasaran ketika ini. semua kartunis dan penulis yang terlibat adalah hebat-hebat belaka.cepat-cepat beli sebelum harga subsidi di tarik balik oleh gomen!!
* salam cuti-cuti malaya dari benludin dan don songkok