Semlm ada lagi meeting, walaupun aku ni bkn ahli. Mesyuarat Agong lak tu. Kawan aku ajak, serba salah lak nak tolak pelawaan dia. Nama persatuan ni mmg la bkn line aku. Nama persatuan ni ialah Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Lipis . Meeting diadakan di Hotel CPoint. Gempak!
Mmg geli hati sbb aku ni bkn la minat sgt bab2 sejarah ni. Masa sekolah dulu kalau kelas Sejarah ( dulu di panggil Tawarih kot...lupa dah aku) mmg la time aku berangan. Paling heavy metalnya time ni la ku tido. Mmg skima rasanya kalau aku ni minat sejarah. Bukan la aku ni anti sejarah. Tak dinafikan sejarah ni penting. Kalau tak tau sejarah/asal usul mmg la hanmpeh lak kan.
Aku tak minat sejarah sbb aku cukup fobia dgn tarikh2 dan nama2 yg kena hafal. Tak terhafal aku weh...Dah la tu nama sultan la, nama pahlawan la, nama tempat n mcm2 nama lagi la. Selalunya bab menghafal nama/tarikh ni mmg aku terkeliru...
Balik kpd meeting tadi. Time masuk bilik meeting aku dah malu. Bukan apa, tau la lepas Jumaat. Aku dgn selipar kaler hijau , t-shirt n berkopiah jeh masuk meeting. Org lain semuanya pakai kemas. Kalau lelaki tu siap dgn sepasang baju melayu, bersampin n songkok plak tu. Yg pompuan biasa la, baju kurung la kan. Lepas sign up aku terus cari port belakang, selamattt....
Yg hadir pun tak ramai. Adala 50 org kot, walaupun dgrnya depa jemput 100 org. Biasala tu, kalau dah bab meeting ni ramai la ponteng. Antara yg hadir kat meeting tu antaranya ialah tokoh guru veteran dan Pengerusi Eksekutif PSM,Dato` Hj. Omar. Before dato` merasmikan program tu, ada pakcik ni bagi talk pasal kisah guru pra-kemerdekaan. Mmg funny pakcik ni. He's abt 80 yrs old kot. Aku seronok dgr talk dia. Dgn citer lama n loghat lepih dia tu. Really funny.Aku ingat aku tertido, rupanya segar bugar n penuh concentration. Siap bengang lg kat brader kat sebelah aku sbb 'menganggu' konsentrasi aku. Brader sebelah aku sibuk main kamera digital dia. Tau la kamera baru, canggih lak tu. Kejap2 kang dia scroll kamera dia konon nak tgk balik gambar2 yg dia amik. Kalau dia set silence takpo la gak. Ni bunyi kuat lak tu..Apo la lu brader
Just after the talk n perasmian, aku cepat2 blah. Tak join jamuan pon takper, walaupun kuih sedap2 aku tgk. Segan beb. Takkan nk join minum dgn pakaian aku mcm ni..
From this aku dpt pengajaran:
1. pakai la smart sket kalau nak join meeting, walaupun aku ni pencukup korum.
2. aku dah start minat sejarah..next week nak daftar jadi ahli..
3. walaupun kita ni duk Lipis, ahli2 persatuan tak semestinya utk org lipis je. Org Kelate pon leh join..(coz aku tgk Naib Pengerusi n AJKnye ada gak Kelantanese)...mmg org lipis ni dah jadi rare species kot...
4. hari yg paling bersejarah dlm hidup aku...LOL
Orang Beragama Itu Beradap!
Seminggu yang lalu
2 ulasan:
so nice.. best..hehehe
jauhnye cik puteri berjalan...sampaike april 2008...
btw..tq 4 reading
Catat Ulasan