Jumaat, 14 November 2008

Kisah UPSR dan Tadika

I. Entri terdahulu aku pernah bercerita pasal anak saudara aku,Amir, yang sedang menduduki UPSR. Semalam dia baru mendapat result UPSR nya. Mak dia kata, Amir membawa handphonenya ke sekolah. Aku cuba call Amir beberapa kali tapi handphonenya off. Aku dapat rasa resultnya tak berapa bagus.Aku cuba pula menghantar sms kepadanya bertanya mengenai result.Tak lama lepas tu ada reply dari Amir:

Amir: Kita dapat 4A 1B je
Aku: Takper la. Tahniah! Ada 3 tahun lagi utk target 8A plak masa PMR
Amir: Ya betul

Berdasarkan kepada jawapan smsnya tu aku beranggapan Amir tak kisah.Adat peperiksaan.Perjalanan masih jauh.Masih banyak peluang untuk menebus kesilapan.

Masa aku berbalas-balas sms dengan Amir, satu sms masuk.Aku terima dari mak (akak aku) dia:

"Amir menangis sebab dapat 4A 1B je..Kesian dia"

Dalam hati aku.Amir ke mak dia yang menangis ni? hehe...

II.Hari ni dalam paper Sinar Harian sisipan Pekan Koboi aku ni terdapat gambar besar seorang pelajar Tahun 6 yang berjaya mendapat 5A disebuah sekolah. Dia diapit oleh ibubapanya. Ibunya adalah seorang pensyarah. Bapanya pula ialah seorang Timbalan Pegawai Daerah (kalau tak silap aku). Tahniah kepada adik tersebut dan juga kedua ibubapanya.

Maaf kata. Pada pendapat aku, ini bukan lah satu berita menarik. Ibubapanya itu mampu untuk membeli apa sahaja bagi membantu atau memastikan kejayaan anaknya. Nak beli buku?? Nak beli laptop?? Nak beli cd pelajaran? Nak beli kamus digital?? Nak beli PS2?? "You name it, you got it".

Berita akan lebih menarik jika tajuknya begini:

Anak seorang tukang kebun mendapat 5A
Pelajar miskin dapat 5A
Anak yatim piatu dapat 5A
Benludin mendapat 1A 4C walau dah 10 kali ambil UPSR...hehe

Sekadar contoh.Maaf ye wartawan Sinar Harian.Aku dulu pun berminat juga nak jadi wartawan tetapi untuk majalah Mastika. Aku tak dapat sebab aku suka tulis cerita meraban dan merapu. Majalah Mastika kan berdasarkan kisah benar...hehe

III.Semalam aku menghadiri majlis Konvokesyen Tadika anak aku,Aleeya. (Majlis yang meriah sebab ada jamuan makan yang sedap...hehehe). Masa yang paling seronok masa menghadiri majlis tersebut (selain makan) ialah menonton persembahan anak aku dan kawan-kawan dia. Kamera video aku bergegar-gegar sebab menahan gelak apabila menengok gelagat mereka. Semasa persembahan, ada yang topinya jatuh. Ada juga yang sempat mendukung adiknya ketika di pentas. Ada yang menyanyi solo ikut cd,tapi suaranya tenggelam dibuat oleh penyanyi asal. Akhirnya, miming je ler..

Memang comel-comel pelajar tadika ni.Errr..termasuk juga cikgunya...

Semasa aku meneliti senarai nama pelajar tadika tersebut, aku teruja sebab classmate anak aku ni terdiri dari pelbagai latarbelakang. Ada anak Raja. Ada anak Tengku. Dan tak lupa ada juga pelajar yang bernama Osama.

Mungkin 5 tahun akan datang ada pelajar tadika bernama Obama pula...hehe

Nota: Kecil-kecil lagi dah merasa majlis Konvo...Aku berdoa semoga Aleeya berkonvo pula di Univ. kelak..Begitu juga dengan Amir...:)...Jangan ber-KONVOI merempit dah ler!!!!!!

9 ulasan:

INTAN RH berkata...

Tahniah utk Aleeya, seronok ek bro amik video cikgu...opps...tak amik ek...sori... :P

koi dulu msuk paper jg, anak poreh dpt 5A...tp msuk paper skolah je la..hahaha

benludin berkata...

intan rh,
tenkiu...
kome suka conteng nama kat toilet paper jeh...hehe

Tanpa Nama berkata...

apakah OBAMA akan meneruskan tradisi memburu OSAMA?

benludin berkata...

JP,
jgn under estimate.silap2 Osama yg buru Obama...hehe

tp Obama nampak lembut (bukan auwww..) sket..ada toleransi..antaranya rancangan nak jemput Pres.Iran ke Black House...hehe

Tanpa Nama berkata...

ntah2 obama dan osama tu adik beradik tak?

cuba tengok IC diorang.. mana la tau kot2 nama penuh OBAMA tu ialah OBAMA BIN LADEN..

PS-apa pun di BolehLand ada OBANGANG..

Tanpa Nama berkata...

buh la videonya..
walau Obama nampak lembut tp dia tetap terikat dgn foreign policy US..

INTAN RH berkata...

Obama balik Indon nanti, blh la jmpa dia :)

ubilepih berkata...

Wa dulu sekoloh nak minta duit dgn ayah buat blanja pun kecut telo..oiii...anyaway wa pun belajor sekoloh tak pandai...ha..ha..ha.

IKRAB family berkata...

tahniah pd amir dan aleya.
mak ayah mana yg tak happy bila anak2 dpt score flying colours cumanya aku kdg2 bertanya jugak sbgai mak ayah dan guru2 adakah kita perlu push anak2 ni utk score yg lebih tinggi - thn ni ada 10 A, thn dpn ada 12 A, then 13A (utk SPM) adakah itu tanda kecemerlangan?