Isnin, 22 Mac 2010

from pendang with love part v

-di pendang sekarang ini sedang musim kemarau. siang panas. malam panas. pagi pukul enam pun terasa panas. kalau buka air paip tu kena biarkan ia mengalir buat seketika, bagi menghilangkan haba panas di air. kalau gelojoh boleh bikin kulit melepuh.

alhamdulillah, walaupun kemarau panjang air masih ada. tak perlu menggali perigi lagi.

semasa mengipas badan yang kepanasan, tiba-tiba fikiran aku melayang ke lepih. pasti najib dan rosmah seronok bermain hujan bersama warga lepih. tak pun sekurang-kurangnya duduk senang lenang di khemah yang berhawa dingin. fuhh....nyamannya...

latarbelakang gambar aleeya menunjukkan padang rumput yang kering.

-masa ronda-ronda ambil gambar di tepi sawah, terserempak dengan gang gerek (basikal). aku ambil juga la dua tiga keping gambar budak-budak tu. selepas aku ambil, salah seorang budak (mungkin ketua gang) tu pesan "pakcik, jangan lupa letak gambaq kami dalam internet ye. boh nama gang gerek bukit raya.". hah! macam tau je aku ni ada blog.

hari ini aku tunaikan janji dan gambar gang gerek sudah diuploadkan ke blog aku.

ketua gang gerek

gang gerek bukit raya, pendang

12 ulasan:

WanBeruas berkata...

..loh wa ingat lu sama sama pi sambut PM aritu..he he..tapikan wa cukup suka lu buat entri tentang kampung nih..geng gerek noo..

INTAN RH berkata...

sonoknya tgk suasana kg..

aku berkata...

chek dulu ada gerek chooper, bangga gila time tu..

Snakebite berkata...

tuu diak hensem gambaq ketua geng gerek no? ada hati nak buat menantu kaa? elok jaa hang taghuk gambaq dia bawah gambaq anak hang?

benludin berkata...

WB,
PM..wa sayang kamu!

haha

Intan,
"kita asalnya dari kampung"

aku,
gua dulu pun gang chopper....siap willy...haha

snake,
pandai la hang...syarat jadi menantu kena tahfiz..nanti boleh ajar aku ngaji

IKRAB family berkata...

:) teringat zaman kanak2 dulu ada gak geng gerek hehehe.
aku pi tanjung dawai cuti baru2 ni...panas betoi keadaan di kedah sana.
p.c.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

tapi benludin tidak pernah bikin panas

akiart berkata...

warga lepih yg meninggalkan lepih pada hari keramai tersebut akan didakwa.....oleh zulkipli nordin sebagai pendakwaraya

benludin berkata...

pc,
tg.dawai byk ikan kering/pekasam

brutal,
gua sendiri pun sudah panas

akiart,
mungkin tidak.zul baik hati orgnya...cuma beliau terkeliru antara sumpah bala dan sumpah najib

ubilepih berkata...

Mintak geng gerek dahsyummmmmm sama orang yang nak mendakwa!

anonymous berkata...

Benludin -> ape habak. lama tak mlwat blh hg. hehehe

benludin berkata...

anon,
alhamdulillah...sihat
hang lama x update blog.bz study kaaa