Sabtu, 22 Mei 2010

jujur

pagi semalam aku ke benta untuk minum pagi. tengah sedap mencekik pulut campur sambal ikan bilis aku ternampak cdjay kat seberang jalan. jalannya cukup teratur sambil mata merenung ke bawah. nampak sedang memikirkan sesuatu. 

sedang dia leka berfikir, aku memanggilnya untuk minum sekali. nampak beliau macam terkejut dari lamunan. mula-mula cdjay menolak. tetapi setelah tiga kali dipelawa cdjay akur. beliau memesan juadah sama dengan apa yang aku makan.

"aok dari mana ni cdjay?"

"keh datang dari masjid lah bang"

"aok solat dhuha ke?"

"hehe..tak lah bang. keh saja-saja berborak dengan orang tabligh kat masjid tu"

"mende yg aok borak?"

"takde mendenye juga.keh nak borak dengan dia orang. tapi dia orang macam tak layan je ke keh"

"mungkin dia orang tengah sibuk kot. aok pi ngacau buat mende"

"entah la bang. bang... keh nak tanya sikit"

"tanya la..."

"keh nak rokok sebatang boleh?"

"ler..ingat kan bendanye. abihkan dulu pulut tu. nanti keh bagi"

"bang... keh ni ada masa rasa pening kepala. macam migrain. kata orang keh ni ada penyakit skizofrenia"

"skizofrenia? mendenye tu?"

"skizofrenia ni macam sakit otak. mudah kata gila la. betul ke keh ni gila bang?"

"err.... aok nak rokok tadi ye. nah amik la isap............"

Jumaat, 14 Mei 2010

copacabana

kenal makcik ini?

jumaat lepas aku jalan-jalan ke cameron bagi menyejukkan hati setelah 'menyumpah di malam jumaat'. terasa sedikit kesal kerana kekasaran bahasa yang dilemparkan kepada awang. aku faham beliau masih belum dewasa kerana semua orang menganggapnya adek. patutlah beliau berfikiran keanak-anakan.

dulu-dulu kalau nak ke cameron dari lepih ni jangan harap la nak cepat sampai. kena masuk perak dulu mengadap orang-orang tapah. lepas tu mendaki pula ke tanah rata. kalau aku kecik-kecik dulu kena siapkan jabir untuk stok muntah. tiga kali muntah pun belum tentu sampai ke destinasi. naik biru muka barulah sampai.

sekarang ni dari lepih ke cameron dah dekat. ada dua jalan alternatif ke sana. yang pertamanya ikut gua musang. kalau sesiapa orang lepih berdarah kelate dia akan suka ikut gua musang. sebelum mendaki ke cameron boleh juga singgah di rumah saudara-mara atau shopping bawang di sana. maklumlah kat sana lebih murah berbanding lepih ni. barangkali lepih ni ikut harga kota london sebab itu ia di gelar 'lepih as a little london'.

alternatif kedua ikut jalan sungai koyan ke ringlet. aku ikut jalan ni jumaat lepas. jalan dah hampir siap. ada sikit-sikit lagi yang kena lalu tepi gaung dan tanah merah. kalau tak gayat elok ikut jalan ni. dekat. pemandangan hutan belantara serta gunung-ganang memang cantik. memang betul pahang ni kaya dengan khazanah hutan belantara. tak tau la lepas ni ada yang gatal tangan pi tebang balak pula kat situ.

tak silap aku jarak dari sungai koyan ke ringlet cuma lapanpuluh kilometer. menurut sumber yang agak suam-suam kuku boleh dipercayai, kos pembinaan jalan tersebut menelan belanja sepuluh juta ringgit bagi setiap kilometer. ha... kalau terer matematik kira la jumlah kos yang terlibat.

orang lepih dan raub kena 'bersyukur' kepada kerajaan. tempoh perjalanan kita ke cameron dah dipendekkan. secara tak langsung travelling cost juga dapat dijimatkan. banyak juga jasa kerajaan dalam pembangunan negara kita ni rupanya. "harapkan pembangkang? entah-entah reban ayam pun belum tentu boleh bikin" kata don songkok totok bukan aku kata.

setelah meluangkan masa hampir tiga hari di sana, jiwa dan raga aku terasa tenteram. cuaca nyaman dan pemandangan hijau secara tak langsung dapat membantu menenangkan perasaan. keluarga aku juga begitu menghargai kualiti masa yang diluangkan. aku pula tak henti-henti memetik kamera untuk merakamkan pemandangan disana. padahal aku dah hampir sepuluh kali ke cameron.

disana aku lebih suka melawat perkampungan melayu di taman sedia. mereka juga sudah menanam strawberi dihalaman rumah untuk jualan. chalet-chalet juga ada dibina. aku tumpang gembira atas kejayaan orang kita.

bila sebut pasal strawberi ni aku teringat zaman aku muda dulu. aku dan kawan-kawan pergi ke ladang strawberi milik mat salleh. bukan dimalaya tapi nun jauh diperkampungan william wallace sana. mereka berniaga memang 'based on trust'. maka disuruh kami memetik sendiri buah strawberi ( pick your own) untuk ditimbang. dah nama pun melayu yang tak jujur, aku dan kawan-kawan petik dulu untuk makan sampai kenyang selepas itu baru petik masuk bakul untuk ditimbang. memang kami jenis 'cannot be trusted'. tapi itu dulu. sekarang tak buat dah. lagi pun aku berniaga juga. mana baik cilok-cilok ni.

peniaga highlander memang ramah tamah, termasuklah makcik zainab gambar kat atas tu. harga makanan dikedai makannya pun tidaklah semahal di 'kota little london'.

sekembalinya dari cameron aku tersenyum puas. udara nyamannya masih lagi terasa.

tetapi jiwa aku berubah panas kembali bila membaca berita dua hari lepas yang mengatakan projek judi bola diluluskan. kekesalan yang aku ceritakan mula-mula tadi hilang. aku mula rasa ingin menyumpah sekali lagi seperti aku mengkepalabanakan awang pada entri yang lepas. kalau boleh nak juga mengkepalabanakannya seberapa banyak yang boleh. bak kata encik kilat "kepala bana seratuih lapan puluh empat kali!!!".

Isnin, 10 Mei 2010

kamu juga klasik

jika kamu pernah menggunakan barangan dibawah ini, bermakna kamu juga boleh dikategorikan sebagai barangan klasik !

Khamis, 6 Mei 2010

menyumpah di malam jumaat

-kes buang bayi. cerita lama tapi masih laku. masa mula-mula berita ini berlaku, kecoh rakyat 1malaya memperdebatkannya. kalau dulu makcik sherry begitu pakar dalam seni mengumpatnya tatkala sedang menjemur kain atau sedang membeli ikan kembong di pasar basah lepih, tetapi selepas kes buang bayi berlaku makcik sherry begitu pakar berdebat mengenai hukum hakam membuang bayi. beliau amat setuju kalau kerajaan memperkenalkan matapelajaran seks di sekolah-sekolah. dan beliau juga sanggup menjadi guru matapelajaran tersebut!

terdengar juga cadangan seorang senator yang aku lupa namanya (yang pasti bukan senator ezam) supaya bapa kepada bayi tersebut dikasikan anunya. tau makna kasi? bukan kasi atau bagi lagi satu anu supaya jadi dua anu. tapi anu yang satu tu dibuang. tak boleh nak projek dah. aduhhh... apa punya tur!!

itu belum dengar pendapat dari seorang ustazah ranggi lagi. ustazah ni kata beliau masih keliru dan belum ada penyelesaian atas kes buang bayi ni. beliau pelik kenapa mak bapak bayi sanggup membuang bayinya sendiri. "buat pandai, jaga tak pandai" katanya. takper lah ustazah. fikir la cara-cara mengatasinya. kalau malas nak fikir sangat pergi je minta nasihat dari ustaz apco!

ada juga yang mencadangkan supaya didirikan baby shelter (betul ke term dia? aku terlupa). kepada mak bapak yang nak buang bayi boleh hantar ke baby shelter, katanya. buatlah banyak-banyak anak haram lepas tu hantar ke situ. tak payah fikir how to control atau how to avoid zina, yang penting ramaikan warga malaya. beranaklah tak kira halal atau haram.

kepala bana punya orang!!

tetapi sekarang ni kes buang bayi dah jadi berita biasa di malaya ni. hampir setiap minggu ada je kes buang bayi samada hidup atau mati. agaknya kalau tak buang bayi kamu tak hip hop kot. tak trendy gamaknya. akhirnya rakyat kita dah lali. hilang terkejutnya dan paling aku takut hilang rasa belas. kerana dah lali tadi makcik sherry pun dah tak kisah. dia dah pulang ke pangkal jalan. kembali ke arena seni mengumpat sambil menjemur kain!!

(aku kesian benar kat kak nita dan rakan-rakan sampai sakit tekak menyanyikan lagu kami prihatin. tapi tup tup esoknya ada juga kes buang bayi).

-kes judi. yang ini berita terkini. tadi terbaca berita pasal awang. bukan awang yang menoreh getah kat kampung aku tu. tetapi awang adek. dia ni bukan calang-calang awang. bijak orangnya. pakar ekonomi, makro dan mikro. kononnya awang ni nak halalkan judi bola di malaya tanah air tercinta kita ini. alasannya bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram. secara tak langsung kerajaan akan dapat hasil dari cukai perjudian tersebut. sedap juga bunyinya ye.

macam kat sekolah la kot. mungkin pengetua sekolah akan membenarkan murid-murid merokok. alasannya kalau dilarang merokok pun, budak-budak tu akan merokok juga secara sorok-sorok kat luar sekolah. betul juga tu.

kalau begitu alasannya beruntung yang amat lah kaki langgan pelacur, kaki hisap dadah, kaki rasuah, kaki zina dan segala mak bapak kaki maksiat!! bijak awang ni!!

bijak kepala bana !!!

* maaf. ini bukan cerita politik. tapi cerita pasal ilmu alam atau geografi. (kalau cerita politik pun aku bukan berceramah di masjid selangor. ahhh! selamatttt..)

Isnin, 3 Mei 2010

magika

asmawi jalaludin
pulau batu putih
enjin jet
telaga minyak

semuanya magik....

Khamis, 29 April 2010

gaji naik angin naik

- itu kata ubi kepada aku pagi tadi..

- aku kata inilah dia 'cowboys paradiso'

- ini pula kata pyanhabib dari blog beliau:

Tolong hebohkan: cucu saudara mentua Pyanhabib, Aminul Rashid mati ditembak polis!

- TAYAR sudah ditembak, kereta sudah terbabas. polis tidak puas hati lagi? bagaimana aminulrashid seusia 15 tahun boleh ditemui mati ditembak polis? semoga pembunuhnya dilaknati allah!

- Sebelum ini, seorang wanita juga alami hal yang sama, wanita itu cedera parah dan mendakwa lima kali ditembak tetapi tidak mati!

-Kasih sayang, ajal maut, kuasa tuhan, ya. (gua tidak pertikai kuasa tuhan, gua tidak pertikai `kuasa' polis tetapi kenapa ada polis salah guna `kad kuasa'?)

-Jika seseorang itu disyaki penjenayah sekali pun, kenapa ditembak mati? apakah kerana `disyaki' maka polis berhak tembak mati sesiapa sahaja?

-Jahat atau tidak, budak bawah umur harus dilindungi polis. itu perlembagaan!

-Lebih 20 tahun yang lalu, rakan adik gua juga mati ditembak polis hanya kerana `disyaki'.

-lebih 10 tahun lalu, adik gua dilokapkan seminggu tanpa dibenar hubungi keluarga, juga kerana `disyaki'.

NOTA :
aminulrashid adalah cucu saudara emak mentua gua. ditembak mati polis isnin malam, selepas pulang bersama rakan dari menonton perlawanan bola sepak. dan rakannya itu anak pegawai polis!- pyanhabib

Isnin, 19 April 2010

midun oh midun!

*mood untuk menulis sudah mari!! terimakasih kepada midun!!

baru-baru ni aku ke kl bersama dengan ubi. kami singgah di sebuah kedai buku di batu cave sana. ketika aku sedang asyik membelek buku resepi masak memasak, telefon aku berbunyi. panggilan masuk dari midun pagar sasak rupanya. (kalau kamu ingat, aku pernah buat entri pasal midun ni dulu. dia ni memang suka membaca buku. dulu dia ada pesan buku 'malu bertanya tentang seks')

midun: salam 1malaya bro!
aku: salam
midun: lu kat mana tu bro. kl ke?
aku: aik...dapat hidu je keh dimana ye
midun: biasalah. gua kan ada kuasa psikik. buku yang gua nak tu lu boleh belikan tak?
aku: ceh...setakat duk pagar sasak tu tak payah la gua lu gua lu dengan keh ni
midun: relax la bang. jangan marah kat keh
aku: ha...buku mende aok nak tu? keh lupa la
midun: ala...buku telaga biru yang tajuk nye 'malu bertanya tentang solat jlid 1 dan 2'
aku: demeh ni asyik malu bertanya jeh.
midun: biasalah bang. keh ni memang pemalu orangnya
aku: lantak aok la midun.... keh kat kedai dvd ni. nanti la keh cari buku tu. demeh ada nak kirim dvd tak? (aku saja-saja kata aku kat kedai dvd.padahal aku di kedai buku.mood menyakat sudah meresap)
midun: keh tak minat dvd ni. buku ok la. lagi pun keh ni jenis suka membaca. layan dvd ni buang masa keh je.

berlagak pulak midun ni. nak kena dengan aku midun ni. tanduk aku mula tumbuh. dibantu pula oleh tanduk ubi. bertanduk-tanduk la aku jadinya.

aku: keh ada jumpa dvd kamasutra ni. pelakon lawa-lawa.nak ke?
midun: dalam bahasa melayu ke bang?
aku: bahasa inggeris la weh! tapi subtitle melayu ada. nak ke taknak ni?
midun: boleh juga...tapi bajet sikit ni
aku: ala... duapuluh ringgit jeh
midun: ermm. boleh juga. buku tadi tu kira kensel la. abang beli dvd je untuk keh.

cehhh! baru kena sakat sikit dah goyang!

Khamis, 15 April 2010

belum mari...

mood untuk mengupdate dan menulis di blog ini belum mari !!

kerana aku cuma rajin menggambarkan blog di sinun :
* klipis
* the talking pictures

Khamis, 1 April 2010

jindigo samseng sekolah

ada seorang budak sekolah menengah. namanya jindigo. nama sebenar tak pasti la pulak. dia ni agak nakal. selalu ponteng sekolah. ada masa suka bergaduh. belasah junior tu memang kerja tetap dia la kiranya. kalau tak belasah rasa macam gigil je. tak keruan di buatnya.

tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua. masa tengah sedap belasah junior, guru disiplin datang. kantoi jindigo hari tu.

jindigo di bawa ke bilik disiplin. kena basuh dengan guru disiplin dan beberapa guru yang lain. mak bapak jindigo pun sudah diberitahu. mereka nampak kecewa. tak sangka anak mereka begitu samseng di sekolah. kat rumah pijak semut pun tak mati. hormat beno kat orang tua nya.

setelah pihak guru dan pengetua bermesyuarat keesokannya, jindigo didapati bersalah dan perlu dibuang sekolah. jindigo merayu. beliau begitu kesal atas tindakannya. "tolong lah jangan buang sekolah. kat mana saya nak pergi lagi. saya sanggup dirotan dikhalayak ramai. saya berjanji tidak akan berkelakuan samseng lagi." begitu kata-kata jindigo terhadap pengetuanya.

jindigo tidak dibuang sekolah. kesemua guru-guru bersepakat untuk menjatuhkan hukuman rotan terhadap jindigo. jindigo pula rela dirotan. rotan lah banyak kali pun. beliau tak kisah. memang beliau betul-betul kesal atas perbuatan lampaunya.

kisah jindigo akan dihukum rotan telah dihidu oleh orang ramai, pihak pibg dan atasan. mereka bersimpati dengan jindigo. mereka kata "jangan rotan jindigo. beliau telah insaf...". mereka menyuruh jindigo merayu. tetapi jindigo enggan. beliau berkata "biarlah saya dihukum. saya bersalah. biarlah ia menjadi teladan kepada murid-murid lain". keputusan jindigo tegas. beliau enggan merayu.

dipendekkan cerita (atas sebab aku dah malas dan rimas nak menaip), jindigo tidak dihukum. dibuang sekolah pun tidak. dirotan pun tidak. semuanya berlaku selepas campurtangan pihak atasan. mereka mengampunkan dosa jindigo. "jindigo...saya akan ampunkan dosa kamu atas kesalahan membelasah rakan-rakan kamu dahulu. tetapi dengan satu syarat. esok kamu perlu kutip sampah-sarap di sekolah kamu".

semasa menjalani hukuman mengutip sampah, jindigo berasa pelik. kenapa dia tidak dirotan. padahal beliau sanggup dan beria-ria menyuruh supaya pihak sekolah merotannya. tujuannya untuk menyedarkan rakan-rakannya yang lain. hebat juga ada orang yang boleh ampunkan dosa beliau.

dari jauh pengetua sekolah memerhati jindigo. "erm...bagus juga hukuman sebegini. sekurang-kurangnya ringan sikit tugas tukang kebun sekolah aku".

tanpa sedar, masalah samseng sekolah masih berleluasa. murid-murid samseng tak kisah. kalau di tangkap, mereka hanya dihukum untuk mengutip sampah.

*kalau malas nak baca entri aku kat atas, kamu boleh layan youtube kat bawah ni. kalau nak harapkan tivi kita tayang kena tunggu 20 tahun lagi la kot. maka elok la cari dvd dia. superb film!! jangan duk layan filem vadivellu je...haha!