Isnin, 18 Februari 2008
Ada imej syaitan, anjing di Masjid Kristal?
Dengan gemerlapan pelbagai cahaya, nampak begitu cantik pada waktu Maghrib itu. Saya katakan kepada rakan sekereta: 'Nampak macam Disneyland je'. Memang cahaya sedemikian hanya mengingatkan saya pada cahaya-cahaya yang terpancar daripada rekabentuk bangunan seperti Disneyland.
Kalau tidak salah ingatan saya, arkitek Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam ialah arkitek yang sama merekabentuk Disneyland dan lain-lain.
Singgah di satu pos UPU, saya ditunjuk oleh seorang sahabat dua imej yang menunjukkan gambar Masjid Kristal. Imej itu diambil oleh seorang pelancong asing di tepi Sungai Terengganu dalam bentuk 'videoshot'. Anehnya, pada salah satu kubah masjid itu terdapat mej yang menakutkan.
Wajah syaitan, anjing di kubah, menara Masjid Kristal?
Dalam keadaan agak kabur tetapi boleh dilihat, kelihatan seperti satu wajah. Ada mata, hidung, mulut pada kubah. Menara tajam kubah itu menjadi seolah-olah tanduknya. Pada satu kubah lagi di sebelah kanan kelihatan imej wajah anjing. Telinga panjangnya, mata, hidungnya juga kelihatan.
Barangkali dengan penerangan seperti ini tanpa imej sebenar amat sulit untuk digambarkan. Saya tidak mempunyai imej tersebut, tetapi dengarnya ia baru tersebar dalam telefon bimbit dan kalau tidak salah, ada juga VCD mengenainya.
Oleh kerana keanehannya, imej itu diberikan oleh pelancong tersebut kepada salah seorang pekerja hotel, dan kemudiannya ia mula tersebar. Jadi, kalau ada mana-mana pihak yang menyimpan imej itu, tolonglah siarkannya.
Kerajaan Terengganu 'Darul Kristal' mungkin menolak imej tersebut dengan mengatakan ia taktik pembangkang untuk memelihara kesucian Masjid Kristal. Tetapi, harus diingat bahawa imej itu bukannya ahli PAS yang ambil, sebaliknya pelancong asing.
Apapun, kalau imej itu benar dan bukan 'super impose', ia menunjukkan bahawa, ada sesuatu yang tak kena dengan Masjid Kristal.
Dan, kalau tanpa imej itu pun, ia memang tidak kena kerana ratusan juta ringgit wang rakyat telah pun dibazirkan. Ingatlah bahawa si pembazir itu adalah saudara syaitan. Maka, wajah syaitanlah yang ada pada imej kubah 'Masjid Dhirar' (Masjid Kristal) itu!
Khamis, 14 Februari 2008
PENAMAAN CALON 24FEB, ELECTION 8MARCH
Pengerusi SPR Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putra Jaya hari ini.
Pengumuman tersebut dibuat selepas pembubaran parlimen dibuat oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Bawadi, semalam.
Rabu, 13 Februari 2008
PARLIMEN BUBAR HARI INI
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran Parlimen di bawah peruntukan Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa serta-merta hari ini.
Pembubaran itu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-12 diadakan dalam tempoh 60 hari. Pembubaran ini dibuat selepas beliau menghadap dan mendapat restu dari Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktaffi Billah Shah pagi tadi.
Yang di-Pertuan Agong telahpun menandatangani peristiharan pembubaran Parlimen hari ini, dan dengan itu juga negeri-negeri dinasihati membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun).
Perdana Menteri juga menyatakan semalam beliau enggan mengumumkan kemungkinan Parlimen dibubar hari ini kerana belum bertemu Yang di-Pertuan Agong lagi.
Perdana Menteri juga menyatakan, tarikh penamaan calon dan pengundian akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.
selamat berkempen secara berhemah dan selamat mengundi .
sumber:harakahdaily.net
Selasa, 12 Februari 2008
BALIK KG. CUTI THN BARU CINA
Balik kampung lagi pada cuti tahun baru cina ni. Ambil kesempatan dari cuti panjang. Bertolak pukul 7:30 pagi dan sampai ke destinasi di Pendang pukul 3:30 ptg. Masa tu jln tak jam lagi. Tapi time balik ke Phg, tol Simpang Pulai mmg jam teruk.Hampeh!...Aku spend kat tol tu adala 30 minit kot..Que utk byq tol je.
Semasa cuti aku pi ke Padang Besar. Kalau dari Pendang cuma amik masa 1 hr je...Tak la jauh mana.Ikut highway plak tu. Melalui pekan Changlun. Bila masuk Changlun ni aku rasa mcm dah masuk border Siam lak. Mcm2 iklan tour package ke Hadyai. Before Changlun ni ada 1 pekan, aku lupa la plak namanye. That place is the last toll gate. After that no more toll dah sampai la ke Padang Besar.
Perjalanan aku ke Padang Besar mmg menarik. View mmg cantik. Rasa mcm tak berada di Msia. Mcm kat Siam. Terutama bila masuk ke Perlis menempuh ladang2 tebu yg luas. Dpt la amik gambar sket, tp amik tru dlm kereta. Tk brp clear la kot.
Sampai ke Padang Besar, pekan dia mcm Benta+Raub sket. Ala2 pekan koboi. Bila sampai pdg Besar, terus ke bazar dia. Dlm mcm2 kedai ada. Mmg heaven utk org2 yg minat nak berniaga terutama jersi2 n loket kristal.Lepas ni aku mmg target nak beli jersi. Jersi ori beb. Tapi ori Siam la...
Next time aku akan pi lagi ke Pdg Besar, bwk modal lebih sket utk bisnes bila balik ke PHG nanti....insya Allah..