Memaparkan catatan dengan label walk with my family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label walk with my family. Papar semua catatan

Isnin, 26 Oktober 2009

salasilah keluarga

salasilah keluarga yang dilakarkan oleh arwah aki aku pada dua helai kertas minyak. abang aku terjumpa ketika mengemas buku-buku kepunyaan arwah di kampung temau, raub.

kakak aku dulu pernah mencadangkan beberapa kali kepada arwah aki supaya melakarkan salasilah keluarga kami. semasa hayatnya kami tidak berpeluang melihat hasil kerjanya. rupa-rupanya arwah melakarkannya secara senyap-senyap. hasilnya kami temui setelah hampir lima tahun beliau meninggalkan dunia ini. alfatihah untuk aki.

aku puas tenung. beliakkan mata. dekatkan mata. sepetkan mata. tetapi aku masih gagal membacanya. mungkin tulisan jawi tersebut terlalu halus atau ia adalah ejaan lama. atau mungkin juga aku kena pakai spek berkanta tebal ala gogle yang digunakan untuk scuba diving! (nota: alasan).

* tugasan untuk kamu. cuba lihat gambar pertama. nama teratas sekali tak silap aku ialah 'sutan asbak laut selengkar alam' ?

Jumaat, 2 Oktober 2009

from pendang with love part iii

khutbah solat aidilfitri tahun ini agak mengecewakan aku. bukan kerana aku tak suka, tetapi ini adalah kerana imam 'pojaan hatiku', ustaz kazeem alias tidak muncul. mungkin tahun ini beliau beraya di perak. harap-harap tahun hadapan umur aku dan ustaz kazeem dipanjangkan lagi dan kami boleh 'bersua' ketika sesi khutbah raya.

kekecewaan aku agak terubat apabila sekembalinya aku dari solat aidilfitri, aku terbaca sistem pesanan ringkas di telefon bimbit adik ipar aku, ikram, bersama dengan teman sekolahnya.

berikut adalah rakaman sistem pesanan ringkas antara adik ipar aku dengan kekasih gelapnya yang bernama "teah"...

teah: ikram mf kn teah ikram. Teah dh ada pkwe. jdi ikram jgn cri teah lg. Kte putus.

IKRAM : sbenrnya aku tak prnh memaksa cnta drimu...aku sdr dan mengrti...akulah yg brdosa menemui cnta di htimu...maafkan aku...aku yg sharusnya m'mnta maaf...cntku pdamu tdk mnjanjikn apa-apa kbhagiaan...lbh baik jika kita skadar kwn biasa dan tdk lbh dri utk itu...tdk lbh dri itu...selembar kashmu ini racun brduri...mngkn htiku bisa brdrh...jgn kau beri lg itu pdaku

tu dia weh. aku boleh belajar ayat-ayat puitis dari adik ipar aku cam ni.

kemuncak kegembiraan aku bertambah bila terdengar perbualan antara ayahnya(pak mertua aku) dengan beliau:

ayah: ikram...pinjam pensil atau pen hang sat..

ikram: takde la abah..

ayah : haihh...pi sekolah tak menulis ka?

ikram: cek tak amik nota. cek dengar je cikgu mengajar...

biodata ikram:

umur: 13 tahun

pilem kegemaran: bohsia, rempit, evolusi kl drift, gerak khas the movie

kumpulan muzik kegemaran: amok, jinbara, tomok, xpdc

subjek kegemaran: pendidikan jasmani

hobi : main mercun bola bermula 1 ramadhan hingga 3 syawal

Selasa, 30 Jun 2009

ultraman ウルトラマン part ii

Masih bercerita mengenai Ultraman. Siri ultraman ni mula ditayangkan di kaca tivi pada tahun 1963. Mungkin sampai ke Malaya pada tahun 1970an. Cerita dia walaupun ada part yang berlawan dengan raksasa ia tidak lah ganas sangat. Kanak-kanak pun sesuai untuk menontonnya. Kanak-kanak tua macam aku pun lagi la sesuai. Hahaha...

Sebenarnya aku lebih risau kalau anak aku menonton kartun Tom and Jerry. Kartun kucing lawan tikus ni agak ganas. Belasah sini. Belasah sana. Terajang sana. Kapak sini. Adusss...ganas sungguh!

Kalau anak kita tengok cerita kartun kat tivi tu kena juga kita pantau. Bukan setakat kartun ganas je aku risau. Kartun seksi-meksi yang menyeksakan batin pun banyak. Kebanyakannya animasi dari Jepun (pilem animasi Jepun yang pertama aku tengok ialah AKIRA pada tahun 1993 kalau tak silap). Boleh meleleh air liur kalau menengok kartun perempuannya.

Ada betul???

(bersambung lagi dalam ultraman part iii)

-------

Cuba bukak website ni www.all-quran.com. Kita boleh dengar bacaan al-quran dari ramai imam-imam terkenal.Nak download pun boleh..

Isnin, 22 Disember 2008

petua mertua...

Atas permintaan rakan-rakan blogger, disini aku perturunkan petua dari mertua aku mengenai:

I. untuk si pen-kencing manis

Pak Mertua aku mengalami kencing manis. Tapi takde la tahap kritikal. Cara dia mengurangkan bacaan kencing manisnya ialah dengan memakan buah kurma yang dicampur dengan cuka nipah. Cuka nipah ni memang susah nak cari. Tapi tak tau la kat tempat kau orang.

Cara nak buat:
Pi beli buah kurma. Kalau boleh kurma madu atau yang berkualiti sikit la. Lepas tu pi cari plak cuka nisan nipah. Jangan pulak letak cuka masak. Atau cuka getah, nak mampos?!!!
Rendamkan kurma tadi didalam cuka nipah sehingga buahnya tenggelam. Simpan dalam peti ais. Jangan simpan dalam peti besi.Nanti lupa password,tak bleh bukak plak peti besi tu..haha!!!

Cara Makan:
Makan sebiji sehari shj. Jangan pandai-pandai makan 3 biji sehari. Ini bukan juadah berbuka puasa.
Kalau anda bukan pen-kencing manis. Jangan pandai-pandai nak makan!!
Kena rajin jumpa doktor, kalau bacaan dah turun, STOP makan. (bukan stop makan nasi,tapi makan kurma tadi)

Nota:
Jangan bagi org lain kemas peti ais anda. Nanti akan berulangnya ensiden seperti yang dialami oleh aku (ceritanya di sini)....hehe..........

II. untuk si pembatuk

Baru-baru ni aku batuk teruk. Batuk berkahak. Aku tau sebabnya. Pandai-pandai merokok,tanggung la sendiri!!
Mak mertua aku kata cara nak hilangkan batuk berkahak ni, minum je jus limau+belacan. InsyaAllah segala kahak-kahak terhakis, mcm hakisan tanah runtuh..lincinnn..

Cara nak buat:
Perahkan sebiji limua nipis. Campurkan sedikit belacan. Belacan tak payah banyak, cukup sekadar secubit. Jangan sesenduk, ini bukan nak buat sambal belacan!
Gaulkan belacan tadi dengan jus limau sehingga sebati.

Cara nak makan:
Minum sesudu sahaja. Ulangi 3 kali sehari.

Nota:
Kalau dah baik tu, bawak-bawak la berhenti merokok!! Aku dah insaf. Setakat ni dah seminggu tak merokok. ( err...semoga berterusan..)
# semoga berjaya. Yang penting kita berusaha, disertakan dengan doa dan tawakkal. Ia merupakan usaha alternatif selepas berjumpa tuan doktor!
#peringatan utk aku:setiap yang baik itu datangnya dari Allah. Dan yang buruk itu datang dari diri aku sendiri. Jaga Kesihatan. Jangan Lupa Allah!

Rabu, 17 Disember 2008

Tu ler...rajin tak bertempat!

Cuti sekolah ni aku seronok sebab pak mertua dan mak mertua aku ada datang ke rumah. Memang time dia orang datang, badan aku semakin naik. Bila pagi, breakfast memang heavy. Bila tengahari, lunch plak heavy. Bila petang pulak ada sesi minum dan makan kuih (petang ni dengarnya nak buat cucur udang + kuah kacang....perrghh..peberet gua!). Bila malam lak, lepas Isyak, ada masa ada juga makan-makan.Ikut mood. Nak makan boleh,taknak pun takper.Tapi selalunya mood aku postitif..memang aku bedal jeh! Adehh...memang la badan bertambah naik!

Ini bukan la bermakna sebelum ni wife aku masak tak sedap. Sedap juga. Tapi kami berdua memang ada agenda. Agenda nak diet. Selalunya memang kami makan ala-kadar dan ala-carte..belasah je apa yg ada kat rumah. Most of the time kita orang makan mihun goreng atau buah-buahan jeh. Tapi ada masa aku tipu sunat (cissss !) kat wife aku. Kalau dia tanya aku makan heavy tak masa lunch tadi, aku kata aku makan sikit jeh.Nasi separuh.Lauk pauk sikit. Padahal aku mentedarah masa lunch, sebab lunch makan kat luar.Dia bukan tau aku makan banyak ke sikit...hehe

Itu bukan isunya. Isunya....malam tadi aku nak bagi rest kat mertua aku yang rajin sangat masak sedap-sedap sempena kunjungan mereka. Bukan la aku nak bodek. Cuma nak bagi rest kat depa jeh. Depa tu kalau datang rumah aku memang hobi nye memasak. Kalau tidak,depa cepat bosan. Al-maklum la orang tua kan. Kita tua nanti cam tu jugak!

Malam tadi aku masak nasi goreng ber-ikan bilis. Memang resepi ni kegemaran wife aku semasa dia belum terjerumus ke arena diet-mengdiet ni. Aku bagi full-energy aku untuk menyiapkan masakan utk depa. Aku goreng ikan bilis. Letak bawang yang ditumbuk. Letak cili api sket. Pas tu letak telur sebiji. Done...wallllaaa...Makanan dah siap. Tapi depa lum siap solat isyak. Kena tunggu dulu baru leh makan.

Sementara menunggu depa siap. Aku pi kemas peti ais. Aku bukak peti ais. Huh! Apa bau busuk ni?? Ada kurma lama la plak. Bila aku buka tudung tupperware kurma tersebut, bau yang masam lagi busuk menusuk hidung aku. Aku membebel dalam hati aku. "awat la wife aku simpan kurma berbau ni. Tak silap aku kurma ni aku beli di bulan puasa lepas. Lama dah ni.Kat tiga bulan lepas. Apa daa.."

Tanpa bertanya kat wife aku, aku terus buang kesemua kurma tu ke dalam tong sampah. Ha...baru bersih sikit peti ais rumah aku ni. Takde la berbau busuk lagi. Legaaaa...

Dalam 10 minit, depa semua dah siap solat. OK...makan time!. Seronok aku sebab aku yakin nasi goreng aku sedap!..hehehe..Bila semua bersila nak mula makan, tiba-tiba pak mertua aku bersuara dari depan peti ais:

"Mana kurma dalam peti ais ni?" pak mertua aku tanya.
"Huh....kurma??" aku terkedu
"Ha ah. Kurma abah. Abah bawa dari Kedah. Kurma tu abah letak cuka nak buat ubat kencing manis dan darah tinggi" pak mertua aku kata.
"Alamak....!!!" terkedu lagi aku. Malu..

Tu la. Rajin tak bertempat. Lain kali tanya dulu sebelum buang. Nayaaaaaa..............

Nota:
1. Alhamdulillah.Nasi goreng aku laris. Pak mertua dan mak mertua aku siap tambah. Sedap katanya. Aku je yang takde selera makan.
2. "Abah.....Peace!!!"

Jumaat, 12 Disember 2008

Heroin Aku Mengigau

ini bukan aleeya,tapi my hero..!

Anak perempuan aku,Aleeya, memang kerap sangat mengigau. Mungkin sebab dia suka sangat tengok citer hantu, tapi penakut bebeno (mcm abah dia juga..hehe)

Ada masa tengah-tengah sedap tidur,dia terus bangun..pas tu menangis.

Ada masa dia 'dreamwalk'.Cuma tak serius sangat.Walk-walk manja gitu.Nasib baik tak ngigau moonwalk mcm Michael(Mikael) Jackson tu.

Petang semlm kami "menonton dengan tangan" sebuah movie seram dari Thailand bertajuk House. Akibatnya, malam tadi dia ngigau lagi.Dia duduk..pas tu sebut nombor "tiga...dua.."

Alhamdulillah aku ni bukan kaki nombor ekor.Kalau aku ni kaki nombor, memang aku tanya Aleeya lagi:

" Aleeya...lagi dua nombor je.." sambil tu dah siap pen dan kertas sebab nak salin nombor...hehe

Nota:
1."menonton dengan tangan" - menonton sambil menutup muka dengan tangan bila ada adegan seram.
2. aku suka tgk pilem Tamil.Nasib baik tak ngigau cakap Tamil. Mimpi kat heroin Tamil tu ada ler...hehe Heroin Tamil aku,Simran. Satu lagu dia nyanyi, 10 gunung dia daki!

Rabu, 3 Disember 2008

Perasmian Galeri Lukisan

Pada satu malam.Tengah sedap-sedap berangan kat ruang tamu rumah aku, tiba-tiba aku di tegur oleh anak aku, Aleeya:

Aleeya: Abah nampak tak ceria je malam ni.Napa abah?
Aku: Ada la...Rahsia.Napa tiba-tiba tanya ni.Mesti ada apa-apa ni!
Aleeya: Abah, ada selotape tak?
Aku: Nak buat apa selotape tu?
Aleeya:Ada la...Kakak nak buat kerja sikit..
Aku : Ermm...pi la amik dalam laci almari tu.

Dalam 15 minit kemudian aku pun jengok dia kat bilik. Takut juga dia main gunting sebab nak potong selotape tu kan. Bila masuk je bilik, terkejut aku. Ini la hasilnya dari apa yang dimintanya tadi:
Ini bukan gambar penunjuk perasaan di Thailand. Tapi seorang artis yang dihasilkan dirumah aku..hehe

Dengan ini saya sebagai abah kepada Aleeya dengan penuh bangganya merasmikan pembukaan Galeri Lukisan yang bertempat di rumah aku. Kesemua lukisan tu ditampal kat dinding almari baju aku.

Tunggu la bila penuh lukisan kat almari tu, aku akan jemput wartawan Sin Chew Jit Poh...hehe

Nota: Mula-mula ada gak rasa bengang sebab dia tampal merata-rata tempat.Tapi bila pikir balik kira okay la dari anak aku menconteng dinding rumah.. :)

Isnin, 1 Disember 2008

siri bercakap dengan...Ikram

Ikram, adik ipar aku yg berusia 13 tahun. Dalam entri yang dulu-dulu (tak silap dalam From Pendang With Love) aku pernah bercerita pasal dia ni. Dia merupakan pengutip hasil cukai (yang hasilnya tak seberapa) ketika hari raya puasa yang lepas. Sapa nak bagi duit raya kat dia.Umur pun dah nak tua...hehe

Sekarang ni bersempena dengan cuti-cuti sekolah seantero Malaya, dia dibawa khas oleh kami ke rumah di pekan koboi ini. Tujuannya untuk menemankan Aleeya dan Irfan serta untuk menambahkan lagi hiruk-pikuk di rumah kami. Ikram ni kalau dengan aku tak banyak bercerita. Segan kat abang ipar dia yang hensem ni kot...hehe. Walaupun dia kurang bercakap tetapi dia amat petah berbicara dengan wife dan anak-anak aku. Ada masa aku curi-curi dengar perbualan mereka.

I. Ikram bercerita "Nak tau satu cerita di Kedah tak? Ada seorang pakcik ni naik motor, tapi lesen takdak. Tengah sedap-sedap pakcik tu bawak motor,tiba-tiba kena tahan dengan polis. Polis pun tanya:"

Polis: Pakcik...saya nak check lesen motor pakcik.
Pakcik: Takdaaa aaaa..
Polis: Mana boleh.Kena saman ni pakcik..
Pakcik: Nayaaaaa aaa..
Polis: Tapi memandangkan pakcik ni dah tua, saya lepaskan lah..
Pakcik: Legaaaaa aaaa...

(kena baca ikut slang Kedah..hehe)

Nota: Orang Kedah memang suka menggunakan perkataan Nayaaa....Legaaaa....

II.Suatu malam ketika sedang menikmati juadah dinner kami berbual-bual dengan Ikram tentang cita-citanya bila habis sekolah kelak.

Wife Aku: Ikram, bila besaq nanti hang nak kerja apa?
Ikram: Ada laaa..
Wife Aku: Awat rahsia ni.Hang nak jadi polis kaa??
Ikram: Tak mau aaaa..
Wife Aku: Askar??
Ikram: Dok aaihhh..
Wife Aku: Cikgu? Tentera Laut??
Ikram : ishh...malaihhhh la..
Wife Aku: Abih tu.Hang berminat nak kerja apa??
Ikram: KASTAM


Nota:
1. Memang hobi dia mengutip cukai.Tu pasal la nak jadi KASTAM kot. Terbawa-bawa perangai masa raya la ni...hehe
2. Episod akan datang:
Siri Bercakap Dengan...Midi
Siri Bercakap Dengan...Din

Jumaat, 14 November 2008

Kisah UPSR dan Tadika

I. Entri terdahulu aku pernah bercerita pasal anak saudara aku,Amir, yang sedang menduduki UPSR. Semalam dia baru mendapat result UPSR nya. Mak dia kata, Amir membawa handphonenya ke sekolah. Aku cuba call Amir beberapa kali tapi handphonenya off. Aku dapat rasa resultnya tak berapa bagus.Aku cuba pula menghantar sms kepadanya bertanya mengenai result.Tak lama lepas tu ada reply dari Amir:

Amir: Kita dapat 4A 1B je
Aku: Takper la. Tahniah! Ada 3 tahun lagi utk target 8A plak masa PMR
Amir: Ya betul

Berdasarkan kepada jawapan smsnya tu aku beranggapan Amir tak kisah.Adat peperiksaan.Perjalanan masih jauh.Masih banyak peluang untuk menebus kesilapan.

Masa aku berbalas-balas sms dengan Amir, satu sms masuk.Aku terima dari mak (akak aku) dia:

"Amir menangis sebab dapat 4A 1B je..Kesian dia"

Dalam hati aku.Amir ke mak dia yang menangis ni? hehe...

II.Hari ni dalam paper Sinar Harian sisipan Pekan Koboi aku ni terdapat gambar besar seorang pelajar Tahun 6 yang berjaya mendapat 5A disebuah sekolah. Dia diapit oleh ibubapanya. Ibunya adalah seorang pensyarah. Bapanya pula ialah seorang Timbalan Pegawai Daerah (kalau tak silap aku). Tahniah kepada adik tersebut dan juga kedua ibubapanya.

Maaf kata. Pada pendapat aku, ini bukan lah satu berita menarik. Ibubapanya itu mampu untuk membeli apa sahaja bagi membantu atau memastikan kejayaan anaknya. Nak beli buku?? Nak beli laptop?? Nak beli cd pelajaran? Nak beli kamus digital?? Nak beli PS2?? "You name it, you got it".

Berita akan lebih menarik jika tajuknya begini:

Anak seorang tukang kebun mendapat 5A
Pelajar miskin dapat 5A
Anak yatim piatu dapat 5A
Benludin mendapat 1A 4C walau dah 10 kali ambil UPSR...hehe

Sekadar contoh.Maaf ye wartawan Sinar Harian.Aku dulu pun berminat juga nak jadi wartawan tetapi untuk majalah Mastika. Aku tak dapat sebab aku suka tulis cerita meraban dan merapu. Majalah Mastika kan berdasarkan kisah benar...hehe

III.Semalam aku menghadiri majlis Konvokesyen Tadika anak aku,Aleeya. (Majlis yang meriah sebab ada jamuan makan yang sedap...hehehe). Masa yang paling seronok masa menghadiri majlis tersebut (selain makan) ialah menonton persembahan anak aku dan kawan-kawan dia. Kamera video aku bergegar-gegar sebab menahan gelak apabila menengok gelagat mereka. Semasa persembahan, ada yang topinya jatuh. Ada juga yang sempat mendukung adiknya ketika di pentas. Ada yang menyanyi solo ikut cd,tapi suaranya tenggelam dibuat oleh penyanyi asal. Akhirnya, miming je ler..

Memang comel-comel pelajar tadika ni.Errr..termasuk juga cikgunya...

Semasa aku meneliti senarai nama pelajar tadika tersebut, aku teruja sebab classmate anak aku ni terdiri dari pelbagai latarbelakang. Ada anak Raja. Ada anak Tengku. Dan tak lupa ada juga pelajar yang bernama Osama.

Mungkin 5 tahun akan datang ada pelajar tadika bernama Obama pula...hehe

Nota: Kecil-kecil lagi dah merasa majlis Konvo...Aku berdoa semoga Aleeya berkonvo pula di Univ. kelak..Begitu juga dengan Amir...:)...Jangan ber-KONVOI merempit dah ler!!!!!!

Isnin, 13 Oktober 2008

What Goes Around Comes Around?

I.Dulu... zaman tadika memang tiada dalam kamus hidup aku. Aku memang tiada pengalaman langsung 'di-tadika-kan' . Aku memang malas kesekolah tadika. Sebab itu 'konspirasi' yang diatur oleh kedua orangtua aku untuk menghantar aku ke tadika, GAGAL..hehe

Sebab itu juga bila aku masuk ke darjah satu, aku jadi penakut. Bukan takut kat kawan-kawan sekelas, tapi takut kat guru. Guru masa dulu amat berbeza penampilannya. Silap-silap mak ayah yang menghantar anak ke sekolah pun boleh seriau bila berjumpa guru-guru zaman dulu. 80% guru-guru aku di sekolah rendah menyimpam misai yang bergulung-gulung dihujungnya. Dan setiap guru juga membawa rotan kemana sahaja mereka pergi (kecuali ke bilik air) .

Memang masa pagi-pagi aku juga liat untuk bangun ke sekolah. Untuk mandi pagi,aku juga perlu 'bergaduh' dulu dengan mak aku. Bila malas ke sekolah, aku berdiri dan pusing-pusingkan badan aku 360 darjah sehingga aku pening. Ada masa siap muntah-muntah!

"Mak, saya tak larat pergi ke sekolah ari ni.."
"Kenapa....tak sihat ke? " tanya mak aku.
"Ha ah. Pening sangat la mak. Tadi muntah banyak.." jawab aku spontan dan tanpa rasa bersalah.

Mak aku yang memang prihatin, terus mengambil minyak cap kapak dan memicit kepala aku. Aku baring sampai ke petang kononnya pening sangat. Padahal pening yang dibuat-buat.

II.Sekarang. ...anak aku Aleeya, amat liat nak bangun pagi untuk ketadika. Kalau aku yang gerak, dia bangun sekejap. Lepas tu dia sambung lak tidur kat kusyen di ruang tamu. Nak suruh dia mandi memang kena 'bergaduh' dulu, baru la dia mandi.

Pernah suatu ketika dulu, dia taknak ke sekolah kononnya sakit perut.

"Abah..kakak taknak ke tadika pagi ni"
"Kenapa pulak Aleeya?"
"Kakak sakit perut. Malam tadi makan limau banyak kot"
"Ye ke..jap lagi dalam pukul 9 kita ke klinik" kata aku sambil bersiap-siap nak bawa dia ke klinik di bandar.

Jam dah pukul 9 pagi. Seperti dijanjikan aku pun ajak anak aku keluar nak bawa dia ke klinik.Bila sampai ke kereta, Aleeya bersuara..
" Abah..kakak tak sakit perut dah.."
"Ler...cepatnya baik..."

Ke klinik pun tak ..ke sekolah pun tak sebab dah lewat.

Nota:
1. aku berharap dosa-dosa aku terhadap ke dua arwah orang tua aku dulu diampunkan. Kepada kawan-kawan yang masih mempunyai ibubapa 'berbaktilah' kepada mereka. Jangan membebel bila kita perlu menjaga mereka bila mereka tidak sihat. Jangan membebel kepada adik-beradik sebab taknak menjaga ibubapa bersama-sama. 'Beruntung'nya kita bila adik-beradik taknak menolong kita menjaga ibubapa, sebab pahala yang Allah bagi dapat kat kita sorang...hehehe

2. aku berdoa kepada Allah s.w.t supaya anak-anak aku menjadi anak yang soleh dan taat kepada Allah, Rasul dan kedua ibu-bapanya. Aminn..

Mula-mula tadi letak lagu Sudirman-Ayah dan Ibu kat My Musical Mood. Tapi nanti ada yang leleh lak. So, aku tukar lagu lain..layanzzz...hehehe

Khamis, 25 September 2008

Sengeh-sengeh di Bulan Posa - Final Part

I. Aleeya berjaya menulis kad raya pertamanya. Kad-kad raya tu dia nak hantar kepada cikgu tadika. Ada juga yang nak dihantar ke tok dan tok wan di kampung. Semuanya nak hantar by-hand. Bagusss.Jimat duit stem aku..hehe

Gambar kat atas tu kad raya yg baru siap ditulis untuk tok dan tok wan. Aku dan wife aku jadi mangsa bahan reference Aleeya utk mengeja perkataan yg betul. Dia tulis mengikut formatnya yg tersendiri:
" Aleeya Bagi Tok Wan ...." sepatutnya "Dari Aleeya Untuk Tok Wan"...hehe

II
Tahun ni aku dapat banyak kad raya berbanding tahun lepas. Tahun lepas aku dapat SATU je kad raya, tu pun wife aku yg hantar. Tapi tahun ni dapat DUA...hahaha.. Ok la tu.

Kad raya pertama aku terima dari wife aku (left) dan yg ke-2 aku terima dari Hafiz+Nina=Zara...tq

Orang zaman IT ni dah kurang hantar kad raya. Semuanya express. Hantar kad raya pun pakai MMS atau e-mail je...tak rock la brader!! Bagi aku 'kemeriahan' raya tu susut sikit bila takde lagi budaya mengirim kad raya tru snail mail ni..Nanti la wa gantung 2 kad raya tu kat rumah..jadi ler...hehe

p/s: sebenarnya bkn tak mau send tru MMS, tapi h/fon aku jenis COKIA..

III.Malam tadi aku pi terawih. Aku terlewat sikit sampai ke surau. Maka terkebelakang lah kedudukan aku. Se-saf dengan budak-budak. Nak buat camno. Sapa suruh datang lewat. Padahal surau tak sampai 50 meter pun dari baitijannati a.k.a rumah aku.

Tengah-tengah concentrate solat witir, tiba-tiba aku terdengar budak sebelah aku berbual dgn kawan dia. Masa tengah sujud plak tu
:

Budak A: weh..demeh ada bawak mercun tak?
Budak B: ada..kome letak kat tempat letak kasut luar surau..

Sujud belum habis lagi tapi dia orang terus bangun sebab nak amik mercun dia orang.Selamba derk je berjalan depan aku dan makmum yang lain...ermm....budak-budak ni sekeh kang!

Ke laut la witir aku...ishhh