*minit 4:07 ada gambar saudara-mara don songkok
Khamis, 4 Mac 2010
Selasa, 23 Februari 2010
kemuncup
kalau tak tau elok la pindah anak beranak ke kutub utara.
masa aku kecik-kecik dulu pernah dikenakan oleh kawan aku.
"ben, cuba aok gigit batang kemuncup ni" kata sabarudin
"matnya?"
"aok tak pernah rasa ke. manis yang amat"
"tak tau la pulak. meh sini keh cuba gigit..."
aku pun memasukkan sebatang kemuncup ke dalam mulut aku. bila batang kemuncup tu aku gigit je terus sabarudin menariknya.
"ptuii!! ptuiii!! ptuii!!" bersempudai mulut aku dengan bunga kemuncup.
* aok = kamu
matnya = kenapa
keh = aku
bersempudai = penuh
Sabtu, 12 Disember 2009
dulu dan sekarang
di entri kali ini aku bandingkan dua gambar dahulu dan sekarang. gambar-gambar lain aku ada letak diblog ini.

harga tiket masa tu aku tak ingat berapa. bukan apa, masa aku ke panggung tu cikgu sekolah aku yang bayarkan. semua murid-murid ditajanya untuk menonton james bond. sekarang ni cikgu sekolah tak berani nak taja murid-murid dah. takut dianggap rasuah plak nanti!
sekarang: bangunan ni dah bertukar wajah menjadi dewan serbaguna. aku tak tahu apa punca ia dirobohkan. mungkin ada dua faktor. yang pertamanya pada tahun 1980an orang kampung dah kurang ke panggung wayang. masing-masing dah ada tivi warna kat rumah. faktor keduanya yang aku anggap paling tepat ialah kerana ia terletak betul-betul dihadapan masjid benta!!!
gambar di atas ni pula ialah jambatan lama benta. sekarang orang yang nak ke kelantan atau dari kelantan dah tak melalui jambatan ni. semua dah ikut jalan baru dan jambatan baru. gambar lama menunjukkan penduduk benta yang gagah dan berani bertenggek diatas jambatan ketika banjir besar pada tahun 1971 dulu.masa aku ambil gambar jambatan tu pagi tadi aku kena marah dengan nyonya yang rumahnya betul-betul tepi jambatan tu. atas sebab aku nakkan sudut yang betul, aku terpaksa lalu di bawah jemuran kain dan seluar dalamnya. ceh!!
* perghhh..banyak maklumat dalam entri aku hari ni! haha! (jangan lupa... pi la jengok blog ini. ada lagi gambar-gambar lain)
Rabu, 14 Oktober 2009
baju bundle
Jumaat, 28 Ogos 2009
7ramadhan
teringat semasa di bulan ramadhan ketika masih zaman sekolah rendah dulu. aku selalu diarahkan oleh orang tua aku untuk membeli air batu ketul di sebuah kedai. masa tu kat rumah aku memang takde peti ais lagi. mana-mana keluarga yang dah ada peti ais masa tu memang dianggap orang kaya.
hidangan ais dibulan puasa masa dulu dianggap satu kewajiban.aku boleh kata hari-hari mengayuh basikal 'chopper' aku ke kedai air batu yang jaraknya lebih kurang lima kilometer dari rumah aku. air batu ketul masa dulu diisi dalam tong kayu dan dicampur pula dengan habuk kayu supaya ia melambatkan tahap kecairannya. tokey kedai pula menggunakan gergaji untuk memotong air batu ketul tersebut mengikut harga yang dipesan oleh pelanggan. selepas dipotong, tokey kedai akan membungkusnya dengan suratkhabar lama.
kerana jarak yang agak jauh antara rumah aku dan kedai tersebut maka air batu yang aku beli selalunya akan cair banyak. kalau ukuran asalnya satu kaki tetapi bila sampai kerumah tinggal la dalam tujuh inci panjangnya. maklumlah zaman kanak-kanak. dalam masa perjalanan pulang kerumah banyak tempat persinggahannya. termasuklah singgah ke mesyuarat 'persatuan melastik burung' atau 'persatuan memanjat pokok rambutan didusun orang' atau 'persatuan mandi sungai' yang dipresidenkan oleh aku sendiri. haha...!
Isnin, 25 Mei 2009
kamus

Kamus ini aku beli pada 14 September 1985. Dah berusia duapuluhempat tahun kamus ni.Tetapi ia masih digunakan sehingga sekarang. Ada diantara kamu yang belum lahir pada masa itu kot? Cepat benar rasanya masa berlalu. Rasa baru minggu lepas aku beli kamus ni. Haha! Kalau nak ikut jasa kamus ni memang banyak. Banyak yang amat. Aku beli selepas SPM kerana sistem pembelajaran masa itu memerlukan kamus BI-BI. Kamus yang aku guna semasa mengambil peperiksaan SPM dalam bahasa BI-BM dah tak laku lagi untuk digunakan. Tak valid!
Bila aku belek-belek kamus ni, otomatik kepala otak aku mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang lepas. Dari aku tak berapa pandai BI, ia menjadikan aku lebih pandai BI sikit-sikit..haha. Secara tidak langsung juga ia membantu dalam peperiksaan ketika belajar dulu. Termasuklah membantu aku menipu dengan menulis formula didalamnya. Antaranya ialah formula untuk mencari Net Present Value. Aku tulis dengan pensil 'nilai bersih semasa'. Pensyarah mat salleh aku mana reti bahasa melayu..haha!Tak banyak aku tipu.Sedikit je.Tapi bagi aku ia tetap menipu. Astaghfirullah!!!
Ia juga mengingatkan aku bahawa dalam tempoh duapuluhempat tahun itu banyak perkara yang sia-sia aku lakukan(termasuk menipu tadi). Maklumlah berjiwa muda remaja.Orang nak rock, aku pun rock. Orang pi konsert, aku pun pi. Orang headbanging, aku pun berheadbanging.Orang ber hash, aku pun ber hash!!. Ahhh..banyak!!! Been There...Done That....Tak perlu lah didedahkan lagi kerana ia akan mengaibkan diri aku sendiri.
Cuma aku bersyukur yang aku tidak melakukan dosa-dosa besar. Hanya dosa-dosa kecil yang mana menurut satu buku yang aku baca (tulisan Ustaz Ismail Kamus) dosa-dosa kecil ini akan terampun dengan setiap musibah yang menimpa atau ibadat sunat yang kita lakukan.
Sabda Rasulullah s.a.w: "bahawa setiap kecelakaan walapun sekadar putus tali ketika mengikatnya,nescaya ia menjadi kaffarah kepada dosa-dosa kecil yang telah dilakukannya.".
Allah swt juga memudahkan pengguguran dosa-dosa kecil itu sebagai rahmat dan penghormatan kepada keturunan Adam (selagi kita tidak meremehkan dosa-dosa kecil). Lebih penting perkara yang sia-sia dijadikan sempadan. Jangan lagi diulangi. Ia hanya menjadi kenangan buat aku sendiri.Ya...kenangan buruk yang mana aku berdoa semoga ia dapat dihapuskan dosanya oleh Allah swt.
Terima kasih kamus (dan juga Ustaz Ismail Kamus).......kerana kamu menyedarkan aku ini semakin berusia.
Khamis, 6 November 2008
Kisah Buku TDMHE
Hari ni agak serius sket.Cuti sekejap dari cerita rambu-ramba dan raban-meraban (bukan cuti umum spt di Kenya sebab Obama menang election ye.Harap Maklum). Aku nak bercerita pasal buku yang aku sedang baca.Semalam aku menerima sebuah buku terbaru tulisan Prof.Kamil yang bertajuk Travelog Dakwah:Meniti Hari Esok. Ia merupakan buku kedua tulisan Prof. (Nota:Buku pertama beliau,Travelog Haji:Mengubah Sempadan Iman, merupakan top seller di PTS Publications).
Buku ini mengisahkan pengalaman Prof. pasca haji. Sehingga kini aku dah baca 1/3. InsyaAllah hari ni sambung baca lagi dan pasti habis dibaca. Bila baca buku ni terasa macam baca novel Islamik. Bila dah baca susah nak berhenti,kalau boleh nak habiskan terus sekali gus kerana jalan cerita dan pengalaman Prof. amat menarik. Paling aku suka setakat ni (sebab belum habis baca,bab yang lain pasti lagi menarik) ialah kisah didalam Bab 1:Berdakwah di pg. 1. Bab 1?? Page 1??? Huh!!..nampak sangat baru mula membaca..hehe..Antara petikan:
Dulu aku segan kat Prof ni kerana beliau banyak mengajar aku dan kawan aku. Walaupun kami sekelas,tetapi beliau adalah tempat rujukan kami memandangkan kami ni agak bebal dalam subjek Accounting. Sekarang pun aku masih segan kat beliau.Beliau menjadi seorang yang berjaya. Namanya dikenali di seantero Malaya. Baik di TV atau bidang penulisan atau kerjaya. Dulu beliau menjadi "guru" kami dan sekarang menjadi idola pula.
Prof.Kamil sekarang memang serba boleh. Beliau lah Prof,pengarah UITM,penulis, pensyarah, penceramah, pendakwah bebas, pengacara TV jemputan dan banyak lagi. Aku rasa di masa akan datang beliau akan jadi penyanyi nasyid pula?? hehe..Jangan marah ye Prof.
Gambar:
Atas:
Gambar kulit buku TDMHE
Tengah:
Catatan yang ditulis oleh Prof. untuk aku yang berbunyi: "Ben Harper (nota:nama email aku), jadilah org yg baik-baik. Baik hati dan perasaan". InsyaAllah Prof.
Kelihatan Encik Azz (kiri) mendengar usrah yang disampaikan oleh Prof. Kamil dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Perasaan insaf terbayang diwajahnya. Gambar ketika belajar di Tanah Tinggi..dulu-duluuuuuu...
Nota:
1. Harap maaf. Aku tak berapa pandai mengulas bab buku-buku ni. Lagipun buku ini belum habis dibaca.
2. Kepada kawan-kawan potoi yang bergambar kat entri di bawah tu, beli lah buku Prof.Kamil ni. Ingat..beli dan baca! Bukan beli dan simpan.Nak beli dengan aku pun boleh. Nanti aku dapatkan stok..hehe
3. Petikan dari buku pertama THMSI Bab 33:Khatam al-Quran (Memang terkena kat batang hidung aku..hehehhe) :
"Mil, baca ayat Kursi satu nafas sebanyak 10 kali"
Saya tersenyum dalam kejahilan.Satu nafas? 10 nafas pun belum tentu berjaya.
5. Aku antara penerima yang terawal buku TDMHE.Masih ada bau kilang cetak.Delivered personally by Prof n staff.
Update 9/11/2008: klik sini untuk ke Walk with me:Jom Baca Buku.
Khamis, 30 Oktober 2008
Walk of Mamat Potoi - part 1
Potoi?Kau orang pernah dengar tak perkataan tu. Perkataan itu bukan carutan.Ia juga tidak ada didalam Kamus Dewan atau wikipedia. Apatah lagi didalam kamus cap ayam!
Cuba search kat Yahoo atau Google. Aku dah cuba dan terjumpa website www.potoi.com. Rupa-rupanya dah ada mamat pi booking website tu. Ia untuk di jual kepada sesiapa yang berminat.Pasti harganya
mahal!Aku buka cerita potoi ni bukan apa.Beberapa hari lepas semasa aku berborak siber dengan kawan aku di Penang, Encik azz ,dia ada menyebut pasal Mamat Potoi ni. Memang dah lama aku tak dengar perkataan tu. Terima kasih Encik azz atas memori silam..hehe
Zaman belajar dulu aku dan 3 orang lagi housemate aku (termasuk encik azz) dipanggil dengan nama Mamat Potoi oleh Mamat-mamat yang tidak potoi. Kami berempat tidak
mempunyai awek-awekss. Kami juga lone-ranger. Kami juga ahli kelab Alif-Ba-Ta (ahli bujang terlajak). Kalau bermain bola, ada masa team kami akan berlawan dengan mamat-mamat yang tidak potoi. Dan selalunya team kami menang. Nama je potoi tapi pandai bermain bola beb (kecuali aku yg kaki bangku).Itu dulu..kini kami tidak lagi tergolong sebagai Mamat Potoi.Kepada kawan-kawan yang masih tergolong didalam kategori Mamat Potoi ni, elok la beli website www.potoi.com tu...sesuai bangatt...haha
Gambar:
Atas:
Nama band muzik 'The Potoi Boys'. Lokasi di depan rumah orang kawasan Tanah Tinggi. Cover album pertama kami yang bertajuk 'cinta kicap dan cilisos'. Jualan album mendapat platinum disc. Membuat persembahan di Royal Albert Hall yang dihadiri oleh mendiang Lady Diana. Beliau menghabiskan 5 kotak tisu kerana mendengar betapa lelehnya lagu kami. Muzik kami genre potoi. Hanya orang potoi shj yang mendalami lirik yang kami tulis. Vokalis kami??? Anda teka la sendiri. Kalau nak kenal mudah je. Beliau lah yang posing paling sakan didalam gambar di atas.Aksinya lain dari yang lain. Sebab dia adalah yang paling potoi antara kami. Haha!
Tengah:
Ahli band sedang berehat setelah keletihan menjalani sesi latihan di studio.Kombinasi antara mamat potoi dan tidak potoi mabuk kicap.Lokasi ruang tamu rumah orang.
Bawah:
Kelihatan ahli band sedang mentedarah cili sos cap lingam.Lokasi tak ingat. Tak silap aku di Tanah Tinggi Genting.
p/s: blog www.potoi.blogspot telah dilancarkan. Untuk ahli kelab shj.
Isnin, 13 Oktober 2008
What Goes Around Comes Around?
I.Dulu... zaman tadika memang tiada dalam kamus hidup aku. Aku memang tiada pengalaman langsung 'di-tadika-kan' . Aku memang malas kesekolah tadika. Sebab itu 'konspirasi' yang diatur oleh kedua orangtua aku untuk menghantar aku ke tadika, GAGAL..heheSebab itu juga bila aku masuk ke darjah satu, aku jadi penakut. Bukan takut kat kawan-kawan sekelas, tapi takut kat guru. Guru masa dulu amat berbeza penampilannya. Silap-silap mak ayah yang menghantar anak ke sekolah pun boleh seriau bila berjumpa guru-guru zaman dulu. 80% guru-guru aku di sekolah rendah menyimpam misai yang bergulung-gulung dihujungnya. Dan setiap guru juga membawa rotan kemana sahaja mereka pergi (kecuali ke bilik air) .
Memang masa pagi-pagi aku juga liat untuk bangun ke sekolah. Untuk mandi pagi,aku juga perlu 'bergaduh' dulu dengan mak aku. Bila malas ke sekolah, aku berdiri dan pusing-pusingkan badan aku 360 darjah sehingga aku pening. Ada masa siap muntah-muntah!
"Mak, saya tak larat pergi ke sekolah ari ni.."
"Kenapa....tak sihat ke? " tanya mak aku.
"Ha ah. Pening sangat la mak. Tadi muntah banyak.." jawab aku spontan dan tanpa rasa bersalah.
Mak aku yang memang prihatin, terus mengambil minyak cap kapak dan memicit kepala aku. Aku baring sampai ke petang kononnya pening sangat. Padahal pening yang dibuat-buat.
II.Sekarang. ...anak aku Aleeya, amat liat nak bangun pagi untuk ketadika. Kalau aku yang gerak, dia bangun sekejap. Lepas tu dia sambung lak tidur kat kusyen di ruang tamu. Nak suruh dia mandi memang kena 'bergaduh' dulu, baru la dia mandi.
Pernah suatu ketika dulu, dia taknak ke sekolah kononnya sakit perut.
"Abah..kakak taknak ke tadika pagi ni"
"Kenapa pulak Aleeya?"
"Kakak sakit perut. Malam tadi makan limau banyak kot"
"Ye ke..jap lagi dalam pukul 9 kita ke klinik" kata aku sambil bersiap-siap nak bawa dia ke klinik di bandar.
Jam dah pukul 9 pagi. Seperti dijanjikan aku pun ajak anak aku keluar nak bawa dia ke klinik.Bila sampai ke kereta, Aleeya bersuara..
" Abah..kakak tak sakit perut dah.."
"Ler...cepatnya baik..."
Ke klinik pun tak ..ke sekolah pun tak sebab dah lewat.
Nota:
1. aku berharap dosa-dosa aku terhadap ke dua arwah orang tua aku dulu diampunkan. Kepada kawan-kawan yang masih mempunyai ibubapa 'berbaktilah' kepada mereka. Jangan membebel bila kita perlu menjaga mereka bila mereka tidak sihat. Jangan membebel kepada adik-beradik sebab taknak menjaga ibubapa bersama-sama. 'Beruntung'nya kita bila adik-beradik taknak menolong kita menjaga ibubapa, sebab pahala yang Allah bagi dapat kat kita sorang...hehehe
2. aku berdoa kepada Allah s.w.t supaya anak-anak aku menjadi anak yang soleh dan taat kepada Allah, Rasul dan kedua ibu-bapanya. Aminn..
Mula-mula tadi letak lagu Sudirman-Ayah dan Ibu kat My Musical Mood. Tapi nanti ada yang leleh lak. So, aku tukar lagu lain..layanzzz...hehehe
Rabu, 10 September 2008
Sengeh-sengeh di Bulan Posa Part 2
Sengehan I.
Anak sedara aku, Amier Yusuf, baru abih UPSR... Malam tadi aku pun rajinkan diri sms kat dia bertanyakan pasal examnya:
Sms aku : amier..camner exam pagi tadi?
Sms amier: ala...semua soalan dia senang je...cuma jawapan je yg susah...
tersengeh je la aku baca sms tu..ada tokoh jadi lawyer si Amier ni...
Sengehan II .
Pic: Berita Harian 11 Sept.2008
Paling kanan dlm gambar tu adalah Ustazah aku masa aku sekolah rendah dulu i.e SK Budu. Yg lain dlm gambar tu bukan Ustazah, jgn konpius kan diri anda. Masa sekolah rendah di era Uji Rashid dan Hail Amir dulu selalu kena rotan dengan dia sbb aku tak hafal surah. Aku selalu berdoa supaya dia tak masuk kelas, tapi dia masuk juga. Bagus juga doa aku tak makbul masa tu....
Sekarang ustazah aku ni adalah seorg usahawan dodol yang berjaya. Dodolnya popular seantero Malaya. Pasaran obersea dlm proses tu. May be org Denmark suka dodol dia. Who knows...
Kepada sesapa nak beli dodol tu pi la ke Kg.Lubuk Hik di Budu.Keenakannya dijamin! Kepada sesiapa yg pakai gigi pelesu tu, jgn la nakal-nakalkan diri nak makan. Tengah2 makan dodol tak sedar je gigi pelesu tu ilang.
Terimakasih Ustazah kerana melibas aku dgn rotan dulu. Kalau tak, mmg aku tak pandai mengaji dan baca jawi..(wa terer baca jawi cakap lu...hehe)
Kg.Lubuk Hik!!...tersengeh lagi aku dgr nama kampung ni. Sungguh unik. Awas kpd sesapa yg makan dodol berlebihan jaga2 sebab anda dikhuatiri (betul ke spelling aku ni) akan bertukar jadi Hik Hogan...hehe
Sengehan III.
Petang semalam sebelum waktu berbuka, aku dan wife aku merajinkan diri pergi ke sebuah gerai berhampiran rumah aku. Yg berniaga kat situ hanya seorg peniaga shj.Dia plak berjiran dgn aku. Saja2 la nak tgk dia jual apa.Kalau menarik kuih2 nya aku nak beli.
Aku ternampak ada sorang Kakak Kaki Kepoh (KKK) ni tgh lepak kat belakang gerai kwn aku ni. KKK tu dah siap masak kot, tu pasal melepak je kejenya.Masa nak sampai tu aku terdengar dia bertanya kat budak2 yg tgh membeli ayam goreng..
KKK : heeeii..bebudak...mak ko org tak goreng ayam ke kat rumah???
Budak: (dgn skimanye menjawab)...mak saya tak goreng ayam hari ni makcik...
Aku perati kakak gerai tu berubah muka...sure dlm hati dia kata ."KKK ni nak halau pelanggan aku ke?"..
Lepas budak2 tu blah, turn aku dan wife aku lak memilih kuih. KKK bersuara lagi..:
KKK : heeeii...Mrs.Dot Dot Dot....malas masak ke hari ni?
Wife Aku : huh..?
Kakak Gerai: lerr..biarla dia nak beli..dia nak tolong saya berniaga. Kalau takde org beli tak laku la kuih2 saya KKK oii..Lagi pun, kalau setakat nak makan karipap 2 bijik, takkan nak buat sendiri !
Lega... ada org tolong jawabkan on my behalf ...aku sengeh kat KKK
KKK balas sengehan aku, tapi sengehannya ala-ala jongos...
***Pesanan aku walaupun tidak relevan dgn topik : Sengeh-sengeh juga...time posa ni elakkan diri dari mengumpat, dan teruskan sampai bila2. Jgn sekadar dipinggiran je..! Kena umpat tak per, dpt pahala...hehe***
Selasa, 9 September 2008
La obe
Bab kawin ni sebenarnya aku tak mau citer panjang le..rahsia kerajaan..hehe . Aku khawin pada 9 Sept.2001 dan masa tu umur aku dah kira terlajak,walaupun tahap hensem tu masih terpancar dari wajah aku. Hingga sekarang pun masih menten tahap kehenseman aku tu.
Anniversary aku ni kira2 nak sama dgn anniversary WTC (World Trade Center) di N.York yg rebah kebumi.Ironic juga kan, pada 9/9 aku 'mendongak' ke langit, pada 11/9 WTC 'tunduk' ke bumi...hehe.
Cadang nak juga letak gambar kawin aku kat dlm blog ni. Tapi malangnya ia perlu di-imbas dahulu. Bab2 mengimbas ni mmg aku maleh...
Hadiah..tgh pikir hadiah apa nak bagi wife aku sempena anniversary kita org ni...ermmm..apa ye..:
1. kad ucapan--biasa sgt
2. kek-- posa lak....tak bes la buka dgn kek
3. jam--dia dah ada jam
4. baju--selalu dia yg beli sendiri..haha
5.????....
rasa2 mlm ni upacara Permata Yang Hilang buat kali ke-ratus2 atau ke-ribu2 ..tu je hadiahnye kot...hahahaa
p/s: Irfan adalah hadiah dari Allah sempena my 5th wedding anniversary dan setiap anniversary after that ..tq Allah..
II. UPSR
Aku dulu memang malas (baca:penakut) ke sekolah. Masuk tadika pun tak pernah.Aku start belajar A,B,C dan 1,2,3 semasa aku darjah 1. Mak aku pun belajar sama kelas dgn aku. Bukan sebab dia pelajar dewasa. Sebab menemankan aku yg kuat menangis dalam kelas...sian mak aku...
Macam-macam alasan aku bagi kalau aku malas pi ke sekolah ( kalau dah habis alasan yg nak bagi, aku nangis je). Antara alasan yg aku paling ingat ialah PENING. Mak aku dulu suka 'entertain' aku semasa pening. Ayah aku yg garang tu pun leh 'cool down' bila mak aku defend aku. Sian...anak pening kan. Sebenarnya bukan pening betul. Cara aku nak buat pening senang je, aku berdiri lepas tu pusingkan badan aku banyak kali sampai la rasa pening.hehehe.. Bila pening tu terbaring ler..... lepas satu episod ponteng sekolah...haha
Nak citer pasal UPSR. Zaman sekolah dulu exam yg aku duduki tak dipanggil UPSR, tapi ia dipanggil Peperiksaan Penilaian. Aku amik masa darjah 5 (tahun 5 ler!). Aku tak berapa ingat dah macamana persiapan utk amik exam tu. Rasa2nya memang takde persiapan kot. Main redah je. Biasala kan, sekolah kampung. Kelas tambahan pun takde. Apatah lagi dengan tuisyen. Masa dulu term 'tuisyen' ni pun tak wujud lagi. Kalau aku sebut 'tuisyen' masa dulu sure kawan2 aku lari kot. Sebab dulu banyak menda sgt yg menakutkan budak2 macam aku ni. Contoh yg aku masih ingat sampai sekarang ialah 'potong/sabit kepala'. Konon2 satu Malaya kecoh ada benggali tgh cari kepala budak untuk buat jambatan. Aku tak tau la samada citer ni 'mitos' atau 'true story'. Sebab org2 tua masa aku skolah dulu dah ramai yg takde, ramai dah join The Arwah Gang.Takde tempat nak aku confirmkan cerita 'potong/sabit kepala' ni. Org tua yg ada sekarang susah gak nak buat bahan 'reference' sbb dah termasuk kategori nyanyok...(maaf).Silap2 kalau aku tanya bab 'potong/sabit kepala', depa citer bab sunat lak...Jauh gak topik lari...(terbukti gak aku ni dah tua rupanya)
Masa amik exam tu relak je. Macam takde pressure pun bagi aku dan kawan2 aku. Sebab apa takde pressure ye? Sebabnya aku pun tak tau exam apa yg aku nak amik hari tu. Masing2 blur. Alih2 je ada exam. haha..Resultnya??? Aku dapat 3A 2B...kira kat sekolah aku masa tu aku ler yg paling cerdik...cewahh!! Lepas exam tu, aku layak utk menduduki ujian kelayakan utk masuk ke sekolah sains. Sekali lagi aku blur...ntah apa2 exam yg aku nak seat tu.
Bila tiba hari exam tu..aku semangat. Tau la kan, exam kelayakan masuk sekolah sains..perghh..Time pegi kira semangat habih. Bila sampai je ke bilik exam, aku dah ulang tayang balik sejarah masa darjah 1 dulu. Aku mula menangis sbb gugup. Puas ayah aku pujuk. Akhirnya aku jawab gak la exam tu. Lepas tu tak tau dah result dia macamana. Tak amik peduli. Aku tau aku tak layak punya. Sebab sumer soalan yg aku jawab aku tembak je..cepat siap,cepat balik!hehe
Hari ni..bermulanya UPSR. Dan aku nak ucapkan selamat menduduki UPSR esp. utk anak sedara aku bernama Amier (aku panggil amir khan). Jawabla exam betul2...jgn masa tgh2 buat exam tu MENANGIS lak mcm pakciknye dulu..hehe
p/s: gambar hitam putih di atas tidak bermakna aku bersekolah zaman org putih..hehe
