Memaparkan catatan dengan label Music. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Music. Papar semua catatan

Ahad, 6 Julai 2008

Chris Chavez...Power la lu mamat!!

aku pelik dgn blog aku ni. Kat 3 kali aku post entry ni tak kuar2..adusss....

Masa aku tgh ronda2 dlm youtube aku terjumpa vid clip si mamat Chris Chavez ni. Memang power dia main gitar acoustic.

Mamat Chris Chavez ni dulu pernah duduk serumah dengan aku (termasuk Art Fazil). Aku pun tak sangka leh duduk serumah dgn artis macam depa ni. Kepala memang sempoi. Muzik pun sempoi. Only certain people yang leh layan muzik depa kot, termasuk aku la gamaknya. Kalau bagi kat mat hip-hop dengar muzik depa leh pengsan kot. Tak pun mat hip-hop tu jadi semakin gagap. Yo! Yo!

Aku ni lak memang peminat muzik. Muzik apa pun aku layan, dari thrash-metal (dulu2 le..) sampai la white-metal (nasyid..hehe). Tapi kalau suruh aku main gitar/muzik memang la aku bengap. Pegang gitar pun leh silap. Paling terer aku main gitar ialah soundtrack filem P.Ramlee- bila time suspen tu...

Teringat masa dulu2, time tu aku tengah masak kat dapur. Menu hari itu ialah kari ayam. Bab kari ayam ni memang paling aku suka masak, sebab senang bangat. Time aku masak tu si Chris dan Art tgh berjamming kat ruang tamu. Dapur tpt aku masak tu lak mmg sebelah je dgn ruang tamu. Time tu aku pun tgh bersemangat giler menumbuk bawang guna lesung batu. Keletung! keletung! bunyi lesung batu tu...

Tiba2 terdengar suara si Chris ni .."weeii..kalau hang nak join kita org jamming guna lesung batu tu meh la sini. Kalau tak mau, hang tumbuk la lesung batu tu slow-slow..pleasseee..."..perghhh. Chris sound aku beb..(perkataan 'please' tu dia tak lupa lak tu)..Dia sound aku dlm omputih le, takkan dlm slang Kedah lak kan..Aku pun tersengeh2 je la. Dah kena sound kan...Time tu jugak aku tinggalkan lesung batu tu dan terus pi bersila depan depa sambil layan jamming. Aku maleh nak sambung masak kari aku tu. Kau orang lapar kalu, pi masak sendiri ler jawabnya....

p/s:
1. suara Chris ala Led Zep..?
2. click here to see him playing 2 guitars simultaneously...(taraf wali la kot?..hahaha)
3. click here if you want to listen to his recent EP release...lagu Bahgdad's Alight tu cool...
4. ..err....ok la..aku nak pi rumah Najib jap...nak mintak duit beli beras. Dgr kata Najib ni senang nak jumpa....harap2 makcik Rosmah leh hidang kuih resepi mongolia kat aku...hehe

Sabtu, 7 Jun 2008

Scotland

Sebak je dgr OST Braveheart ni...teringat masa muda2 dulu bersama kawan2 aku. Kenangan yg terpahat selama2nya dlm kepala OTAK aku...




antara blog2 melayu dundee:
1. fkembara
2. melayu dundee

Selasa, 29 April 2008

Olivia Newton John nyanyi lagu nasyid?

Artis ni mmg top masa 80's dulu. Dia popular dgn lagu Xanadu dan beberapa buah lagu lagi dlm s/track Grease. Tadi tgh2 surf you tube aku terjumpa lagu terbaru Olivia ni. Yg terkejutnya ada lagu nasyid bertajuk Tala al Badru alayna. Dah masuk Islam ke minah ni? May be tak kot. Tgk pada album cover pun dah tau. Sexy bangat! (tapi artis kita yg Islam pun ada yg sexy mcm tu kan..silap2 lebih lagi ada..)

Tajuk album baru dia ni GRACE & GRATITUDE. Berkonsepkan healing music. Kalau nak tgk link to her album leh pi website ni MAKCIK OLIVIA. Kat bwh ni ada clip dari lagu Tala al Badru alayna :



Morale of the story:
Org bukan Islam pun dah menghargai lagu2 nasyid atau lagu2 memuji Allah. Mereka anggap lagu bercorak mcm ni adalah utk menenangkan jiwa. Kita?..ada yg tak suka dgr nasyid. Mmg sesetengah nasyid tu membosankan. Bkn sbb lirik yg bosan, sbb lebanyakan lirik memuji Allah dan Rasul serta zikir. Tapi si penyanyi tu yg menjadikan nasyid tu bosan. Kalau nak dengar nasyid yg bagus dgr la Raihan or Rabbani. Hijjaz not bad. But for me, aku lebih suka dgr nasyid artis2 luar. Kalau nak belajar dgr nasyid artis luar, surf JAMAL RECORDS , as a beginning.

Jumaat, 28 Mac 2008

Aku Appeared Dlm Vid. Klip Eric Clapton..



Konon tadi nak layan eric clapton kat you tube.Aku buka konsert dia masa kat Hyde Park tahun 1996 kot...Konsert tu eric claton performed last. Before that ada la alanis morissete, the who dgn skuternye n then ntah sapa2 lagi.

Aku ingat lagi aku pi konsert tu dgn 3 org housemate aku. Depa blah awal sbb nak pi tgk Konsert Sting lak. Tinggal la aku terkontang-kanting kat situ alone. Aku la the only malay man yg ada kat situ kot.

Aku terkezut! bila tgk balik vid. clip eric clapton ni aku ada gak menyibuk. Tgh tepuk tgn sakan.layan bluesss...

"objek" aku appear selepas lagu eric, pakai jaket arsenal warna merah dan cap.Zaman jahiliah aku...LOL!

p/s: jaket arsenal n t-shirt konsert tu ada lagi aku simpan. Segan dah pokcik nak pakai...