Ahad, 6 Julai 2008

Chris Chavez...Power la lu mamat!!

aku pelik dgn blog aku ni. Kat 3 kali aku post entry ni tak kuar2..adusss....

Masa aku tgh ronda2 dlm youtube aku terjumpa vid clip si mamat Chris Chavez ni. Memang power dia main gitar acoustic.

Mamat Chris Chavez ni dulu pernah duduk serumah dengan aku (termasuk Art Fazil). Aku pun tak sangka leh duduk serumah dgn artis macam depa ni. Kepala memang sempoi. Muzik pun sempoi. Only certain people yang leh layan muzik depa kot, termasuk aku la gamaknya. Kalau bagi kat mat hip-hop dengar muzik depa leh pengsan kot. Tak pun mat hip-hop tu jadi semakin gagap. Yo! Yo!

Aku ni lak memang peminat muzik. Muzik apa pun aku layan, dari thrash-metal (dulu2 le..) sampai la white-metal (nasyid..hehe). Tapi kalau suruh aku main gitar/muzik memang la aku bengap. Pegang gitar pun leh silap. Paling terer aku main gitar ialah soundtrack filem P.Ramlee- bila time suspen tu...

Teringat masa dulu2, time tu aku tengah masak kat dapur. Menu hari itu ialah kari ayam. Bab kari ayam ni memang paling aku suka masak, sebab senang bangat. Time aku masak tu si Chris dan Art tgh berjamming kat ruang tamu. Dapur tpt aku masak tu lak mmg sebelah je dgn ruang tamu. Time tu aku pun tgh bersemangat giler menumbuk bawang guna lesung batu. Keletung! keletung! bunyi lesung batu tu...

Tiba2 terdengar suara si Chris ni .."weeii..kalau hang nak join kita org jamming guna lesung batu tu meh la sini. Kalau tak mau, hang tumbuk la lesung batu tu slow-slow..pleasseee..."..perghhh. Chris sound aku beb..(perkataan 'please' tu dia tak lupa lak tu)..Dia sound aku dlm omputih le, takkan dlm slang Kedah lak kan..Aku pun tersengeh2 je la. Dah kena sound kan...Time tu jugak aku tinggalkan lesung batu tu dan terus pi bersila depan depa sambil layan jamming. Aku maleh nak sambung masak kari aku tu. Kau orang lapar kalu, pi masak sendiri ler jawabnya....

p/s:
1. suara Chris ala Led Zep..?
2. click here to see him playing 2 guitars simultaneously...(taraf wali la kot?..hahaha)
3. click here if you want to listen to his recent EP release...lagu Bahgdad's Alight tu cool...
4. ..err....ok la..aku nak pi rumah Najib jap...nak mintak duit beli beras. Dgr kata Najib ni senang nak jumpa....harap2 makcik Rosmah leh hidang kuih resepi mongolia kat aku...hehe

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak kan deme sekoloh di malaya kut?

benludin berkata...

sekolah di budu...

Tanpa Nama berkata...

:D ye la tu...

ubilepih berkata...

Mula Kat U.K=Universiti Kerambit
Lepas Tu Kat Uni Ulu Teris...keh skool situ weh...ha..ha..ha..la ni tengah nak apply uni kat kerajaan langgit.

INTAN RH berkata...

Ben, skoloh kat budu...kat kona tu ker?
akok ipor koi org tnjong beso :)

benludin berkata...

rendah--sk budu..kalau plural dipanggil sk budus

men--smkpgas(zaman dulu sm budu)

akak ipar dulu skolah smkpgas ke..spm thn bila??