Memaparkan catatan dengan label current issue. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label current issue. Papar semua catatan

Rabu, 27 Ogos 2008

Merdeka??

Tak lama lagi kita akan sambut hari kemerdekaan yg ke-dah banyak kali...macamana nak tau seseorg tu patriotik ke tidak ye?? Ada gadget utk mengukur tahap patriotik kita??

Pacak kan bendera kat bumbung rumah?
Pacak bendera kat basikal,kapcai,kereta,lori atau bas?
Pakai baju berlilitkan bendera?

Tak kisah la tu..buat la macamanapun. Sebab kepatriotikan kita berdasarkan bendera kan..? Aku tk penah kibar bendera kat rumah aku. Tidak patrotik kah aku? Yang penting aku sayangkan negara Malaysia ni. Aku bangga dengan negara aku (cuma tak brp bangga dengan pempimpin negara je..hehe). Rasa aku pendatang asing pun sayangkan Malaysia kot. Sebab depa bertungkus lumus membangunkan negara kita. Malu la kita kat depa kan...hehe

Ada plak sesetengah kelibat manusia ni yg marahkan gomen sanggup plak memasangkan bendera Malaysia terbalik. Pe kejadahnya. Tak payah la buat begitu. Marahkan nyamuk,kelambu dibakar...

Aku cadangkan kepada sesiapa yg teringin pasang bendera terbalik tu cari je idea lain bagi mendapat perhatian org ramai sebagai tanda protes anda. Antaranya ialah:

1. pakai baju terbalik
2. pakai seluar kat badan, baju kat kaki
3. jalan terbalik/'reverse' sambil kibar bendera
4. pakai spender terbalik...
5. ...ermm...lu pikir la sendiri!

Selamat Mencuba!

Jumaat, 8 Ogos 2008

The Jongos!

Memang jongos citer politik di Malaya ni. Sebab apa ia jongos? Sat lagi aku citer kat hang pa...

Scene 1...
Terjadi la satu kes yg menggemparkan Malaya kerana seorg anak dara yg berumur 23 tahun telah dirogol oleh seorg VIP yg berumur 60an. Kemudian si anak dara telah membuat laporan polis atas insiden yg berlaku di sebuah apartment mewah di Damansara. Menurut si anak dara yg sudah tidak dara lagi itu, VIP telah merogolnya sebanyak 8 kali! Repeat..dirogol 8 kali tanpa melawan..(selalunya kes rogol mesti melawan..tak pun si-mangsa bawah umur)
Si anak dara yg bukan lagi dara itu juga sanggup bersumpah dgn nama Allah bahawa si VIP telah merogolnya. Beliau ingin membuktikan kepada rakyat Malaya (rakyat?) bahawa dia tidak menfitnah VIP tersebut.
Maka hebohlah satu Malaya kononnya VIP tersebut akan didakwa atas kes rogol di Mahkamah Sesyen,Kuala Lumpur.

Scene 2..
Hari ini hari yang ditunggu2 oleh rakyat marhaen. VIP tersebut telah didakwa di Mahkamah kerana kes zina. Awat tukaq lak?? Dulu kata rogol, la ni kata zina lak..Maka si VIP pun rasa pelik. Kalau kes zina, maka kedua2 mereka perlulah didakwa kerana zina ini berlaku atas suka sama suka. Lagi pun selalunya kes zina yg dibawa ke mahkamah adalah kerana kedua2 penzina tadi kena tangkap basah oleh JAWI.Tapi kes ni lain sebab si anak dara yg tidak lagi dara tadi telah melaporkan kepada polis kerana dia berzina.Suka sama suka. Tanpa paksaan. Selalunya kalau si penzina ni insaf dia tak report polis. Dia bertaubat dgn Allah je..!

Satu lagi...kalau tuduhan atas sebab suka sama suka bermakna si anak dara yg takde dara tu je la yg suka. VIP tu tak suka sebab dia mengaku tidak bersalah...berbelit? padan muka..haha

Aku pelik dengan kes undang2 Malaya la ni. Aku yg keliru atau depa yg keliru. Tapi aku rasa memang sah aku yg keliru, sbb aku ni cuma penoreh getah. Depa tu bertahap dewa-dewi,serba tau bab undang2 negara dan luar negara.

You know what i mean??

Dunno ka??? Tak pa la...hang baca blog lain je la..blog ni mmg cacamerba....hehe

Rabu, 6 Ogos 2008

Bila Lagi Bang Dolah?!

Harga minyak dunia dah semakin turun bang dolah....bila nak turunkan harga minyak kat Malaya ni...tunggu PRK Permatang Pauh ke???

PRK 26 ogos...lambat lagi bang dolah.....

Aku ulang-alik sehari RM20 utk ongkos minyak je...raban la kome....kome ni rakyat marhaen je..bkn kaya rasa mcm Kera Jantan tu...

Harga minyak USD118/barrel....byk turun tu bang dolah...c'mon la...

Nak juga hantar kat peti aduan tapi YM bang dolah tak pernah on pun...ke bang dolah set invisible??

bang dolah cek la kat sini : Oil Prices ...jgn tido yer...takkan balik dari Lipis dah letih...naik helikopter , bukannya drive sendiri ke KL tu...!

Khamis, 24 Julai 2008

Something Rotten in the State of Denmark???

Apa itu:

mubahalah
"The proposed “mubahalah” (malediction) to resolve the sodomy allegations against
PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim should be used as a last resort,
said Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
"

muzakarah
"PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat wants the muzakarah (dialogue) between the party and Umno to stop."

muqabalah
"Nik Abdul Aziz, who had earlier expressed his objection when he heard about the meetings that had taken place, said he was open to the idea of muqabalah (face-to-face discussions) .."

Aku pernah dengar 3 term kat atas tu sebelum ni. Tapi tak amik kisah sgt. Silap2 kalau org tanya mmg aku tak tau apa makna dia. Tetapi selepas isu lewat dan isu UMNO-PAS (bukan monopous) aku dah amik tau. Secara tak langsung TGNA telah mendidik rakyat Malaya 3 vocab bahasa arab. Aku sure org bukan Islam pun dah pandai sebut vocab kat atas tu..

Antara yg pandai menggunakan perkataan itu ialah seorg pakcik(apek ikan) yg mana datok atau moyangnya berasal dari Negara China..

apek ikan: " lu takde pigi itu muzakalah ke ini petang dingan itu ketua kampung. Gua dingar itu tok empat kina tangkap basah lor. Dia tarak ngaku maaa..itu pasat dia mau mubahalah dgn ketua kampung..tapi aaa, gua lasa aaa. Ketua kampung kina buat itu muqabalah lagi patut maaa..sebab dia talak buleh buat keputusan maaa.."

caya la apek!

Tapi aku bukan nak citer pasal itu apek. Nak citer pasal pemimpin Denmark yg aku war-warkan dlm posting aku sebelum ni. TGNA la yg memainkan peranan utk mempopularkan 3 vocab diatas sehingga seantero Malaya memahaminye termasuk apek ikan tadi. Itu sebab aku tabik sama itu citizens of Denmark kerana memilih TGNA sebagai pemimpin mereka. Mereka berani!!!..Kita????

Aku tabik bukan kerana depa berani berubah shj tetapi amat pandai berniaga(spt dlm posting aku semlm). Depa juga amat menjaga keakraban sesama rakan senegeri. Kalau depa terjumpa rakyat Denmark yg lain di Johor atau di UK ke, sure depa akan jadi bertambah akrab walaupun sebelum ini tak pernah kenal batang hidung pun...."oooo..oghe kito!"

Aku tabik sekali lagi kerana rakyat Denmark juga amat bangga dengan bahasa ibunda mereka. Tak kira la tercampak kat mana pun, loghat tu tetap kekal. Begitu juga bab pemakanan. Budu akan dicari walaupun depa pergi ke Iceland...

Kita?? Orang Pahang terutamanya org Lepih amat terasa kemaluannya jika bercakap dlm loghat Lepih contohnya kalau berjumpa kawan lama di Kuala Lumpur. Mesti cakap bahasa baku punya. Mana ada kelas cakap loghat Lepih!

Aku: " weh Nuor aok nak kemana tehh? Nak pegi ke Senterel Merket ke?"
Anuar: "buat malu aku je kau ni. Ini KL la bro...sebut elok2...Central Market la..."

Berbalik kepada TGNA tadi (baru aku terperasan, byk lak aku guna wording 'berbalik' ni ye..hehe) rakyatnya amat beruntung memperolehi kepimpinan di bawah seorang ulamak.Beliau amat berani utk memperjuangkan sesuatu kepada rakyatnya walaupun sehingga ada masa 'budget' dari gomen pusat pun disekat.

Denmark boleh dijadikan model Negeri Islam...
something is flourishing in the state of Denmark... i.e ISLAM...

err..ni je ke citernye??
sebenonya byk lagi, maleh nak citer panjang2, nanti org Denmark kembang hidung lak...hehhe

nota kaki:
1. aku bkn berkempen politik (lagipun aku bkn ahli PAS cuma AP-atas pagar). Dan aku cuma nak highlightkan 'keberanian' rakyat Denmark untuk cuba berubah..:)
2. nak bodek org Denmark ni...hahaha






Isnin, 7 Julai 2008

Kes Hilang Lagi...


sumber gambar dari nurinjazlin.blogspot.com

Kita kat Malaysia ni dah biasa dengan kes kanak-kanak hilang. Dulu kita kecoh bila mereka ini hilang. Tapi sekarang semakin reda nampaknya. Aku harap kalau masyarakat reda pun, pihak polis jangan la juga macam kita. Duk senyap juga. Pencarian harus diperhebatkan. Cari sampai jumpa. Jangan jenayah ini berulang kembali.

Aku bukan apa, masyarakat pun semakin alpa. Takut ia berulang lagi. Kita tidak mengambil iktibar dari kes-kes yang berlaku sebelum ini. Sebelum ini heboh pasal kes Arwah Nurin Jazlin. Selepas itu kes Sharlinie dan Asmawi. Nampaknya kes ni dah senyap sunyi. Dalam paper pun aku tgk dah takde. Tenggelam oleh kes-kes lain. Kes kenaikan harga minyak dan terbaru ke 'lewat'.
Kes hilang yg terbaru ialah bukan kanak-kanak, tapi bapak kanak-kanak yg bernama Bala...(Bala and family missing: Nephew-Borneo Post) Dia memang mencari bala, lain sket dari kes kanak-kanak hilang ni. Sekali lagi kes kanak-kanak hilang tenggelam oleh kes bapak hilang. Tapi aku rasa Bala ni bukan hilang kena culik. Tapi Bala yg 'menculikkan' diri sendiri..Bala may have gone into hiding (Star 7 july 08)...Polis semakin pening. Telan la panadol banyak2 ye..Dah memang keje ko org..

Nasihat aku kepada Polis...Jangan Cari Bala..!
Bala..oh Bala....kadavaleee...

p/s: adik nurinjazlin always in my heart..

Khamis, 5 Jun 2008

Minyak Naik Harga!

Half empty or half full?: Azhan Sharom showing the difference of how much petrol one can buy with RM1 Wednesday and today at a petrol station in Kuala Terengganu
Time ni mmg sure heboh satu Malaya. Buka sureheboh TV3 beb, sbb TV3 pun dah tukar tag line dia ke jom heboh. Tapi ni heboh pasal minyak. Dari kedai cendol CCP di Lipis sampai la hotel 5 star. Sure citer pasal harpa minyak naik. Dgn darah2 sekali naik!

Kalau harga naik setakat 10sen seliter tu boleh terima lagi la. Tahap cool lagi. Buat2 cool tapi mengelabah. Dulu harga minyak naik 10sen, harga barang naik tahap gaban dan meraban. Tapi hari ni harga minyaknaik bukan sebarang naik. Naik harga gila babas punya. Tahap meroyan dah, bukan meraban je. Seliter 78sen beb. Kalau dulu harga petrol seliter cuma RM1.92, but now dah RM2.70! Toke balak nak senyum pun maleh kalau harga naik mcm tu...kalau ajak gurau silap2 kena penampor time ni!

Semua org gelabah dan tak cool. Cuma yg cool is the one and only, our Mr.Cool n Clean, Pak Lah! Nak maki kang, sian lak. Bagi chance org lain la maki. Aku exceptional. Takut nak maki2 org ni. Bukan karier aku. Binatang pun aku tak berani nak maki. Paling laser pun aku panggil BABI kat BABI. Tu je...
Gomen kata rakyat kena ubah gaya hidup. Aku sengeh je la. Sebelum harga naik, aku dah ubah gaya hidup. Now nak ubah camner lagi aku pun tak tau la? Kena zikir banyak2 lagi. bagi cool jiwa. Aku berdoa negara kita ni tak semakin parah.Hidup kita tidak semakin azab..aminnnn...

p/s:
1. orang minyak gak yg untung!
2. news yg buat aku cool sket dari The Star Online Petrol price up by 78 sen - and will be reviewed monthly. Tapi camno kalu lepas review tu harga naik lagi???
3. aku gelabah semula...

Selasa, 1 April 2008

Boycott Dutch Products??

Regarding the short movie, Fitna, most the muslims will prefer to boycott the dutch products. Most of the malaysian muslims will definitely boycott those products. But when i surfed http://www.islamonline.net/, they have different point of view...

Malaysian Supermarket Chain To Boycott Dutch Products
KUALA LUMPUR, April 1 Asia Pulse - Mydin's chain of supermarkets and hypermarkets has decided to boycott Dutch products in response to the anti-Islam film "Fitna" produced by Dutch legislator Geert Wilders...

( http://au.news.yahoo.com/080401/3/16bny.html)


Don't Boycott Dutch Products: Muslims
By Nasreddine Djebbi

Dutch Muslims warned that the boycott would do grave harms to the Dutch peopleTHE HAGUE — Dutch Muslims are approaching religious and political authorities in different Muslim countries to persuade them against boycotting their country's products in protest against anti-Quran remarks by a rightist lawmaker.
"A boycott will hurt Muslims who are part of the Dutch society," the Dutch Muslim Council said in a message to the Egyptian People's Assembly (lower house of parliament), a copy of which was obtained by IslamOnline.net.

( http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=Article_C&cid=1188988591118&pagename=Zone-English-News/NWELayout)

abih..camno tu...

tapi bg aku ..sesapa nak boikot,silakan. Jangan tersalah boikot dah. Takut ada yang boikot AYAM BELANDA atau DURIAN BELANDA lak...kakaka

for those who want to boycott here are the example of dutch products/places:
Dutch Lady - Susu
Ferrero Roche - Coklat
Wall’s - Ais Krim
Ing -Insurans
Planta -Magerin
Lady’s Choice -Magerin
Lipton -Teh
Shell -Minyak
Knorr -Perisa Makanan
Dove -Mandian
Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
Radiant -Deodoran
Rexona -Deodoran
Ponds -Produk Kecantikan
Kieldsens -Coklat
Slimfast -Produk Pelangsing
Lego -Kismis
Philips -Barangan Elektrik
Duyvis -Makanan Ringan
Gouda -Keju
Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
Labello -Lip Balm
Pickwick -Teh
Venz -Mentega Coklat
Kinder Bueno -Coklat
Unilever -Syarikat
Dumex -Susu Tepung
Nutricia -Susu Bayi
Sunsilk -Shampoo
Fair & Lovely -Produk Kecantikan
Lux -Mandian
Vaseline -Lip Balm
Cif -Pencuci Lantai
Surf -Pencuci Kain
Wishbone -Pencuci Kain
Doriana - Keju Krim
Bertolli -Minyak Masak
Clear -Shampoo
Breeze -Pencuci Kain
Sun -Pencuci Kain

ermm..pikir la sendiri..good luck!

Isnin, 31 Mac 2008

FITNA the movie


<--- Geert Wilders the cibai

Fitna is a film by Dutch politician Geert Wilders, leader of the Party for Freedom (PVV) in the Dutch parliament. The movie offers his views on Islam and the Qur'an. The film's title comes from the Arabic word fitna which is used to describe "disagreement and division among people", or a "test of faith in times of trial". Fitna was released to the Internet on 27 March 2008 (wikipedia)


Aku try masuk official website, http://www.fitnathemovie.com/, tapi dah kena tutup. Padan muka hang...



This short movie (about 10 minutes length) is about the hatred on Islam. Dibuat oleh seorang ahli parlimen Holland bernama Geert Wilders. Mmg WILD mamat ni.. Aku dah tgk movie ni. Download dari Youtube. Host asal movie ni ialah LiveLeak.com. Tapi video link tu dah dibuang. Cuma yang ada ialah komen2 dari viewers. Ada yg mengutuk Wilders. Dan ada juga yg menyokong, ditambah lagi dgn komen2 yg menghina Islam. Barat mmg takut dgn Islam. Mmg dah logik sbb dia org agama apa. Kena plak Islam tgh berkembang kat Europe.

Yg aku kecewanya adalah org2 ISLAM (minority la kot) tu sendiri yg menghina ISLAM.Tgk je la filem2 kita.Contohnya SEPET, GUBRA,ANAK HALAL dan terbaru AKHIRAT. Naik loya aku. Kenapa? Pikir la sendiri! Aku cabar Yusuf Haslam dan yang seangkatan dgnnya supaya buat short film utk counter back si Wilder ni. Lawan dgn cara berhemah. :)


p/s: teringin gak tgk filem Indon, Ayat-ayat Cinta..dgn tgh hot kat sana..

Jumaat, 28 Mac 2008

Sultan Idris?

Kemelut di terengganu. Bekas MB yg lebih power dari Sultan...
sumber: harakah 28 Mac 2008

Rabu, 19 Mac 2008

SENARAI MENTERI KABINET BARU 2008

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak

JABATAN PERDANA MENTERI
Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz
Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Zaid Ibrahim
Datuk Amirsham A. Aziz

Timbalan Menteri
Datuk Mohd. Johari Baharom
Datuk Dr. Masitah Ibrahim
Datuk Hassan Malik
S.K. Devamany

KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Timbalan Menteri
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanazlah
Datuk Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri
Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak

Timbalan Menteri
Datuk Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri
Datuk Seri Syed Hamid Albar

Timbalan Menteri
Datuk Chor Chee Heung
Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri
Datuk Ong Ka Chuan

Timbalan Menteri
Datuk Robert Lau Hoi Chew
Datuk Hamzah Zainuddin

KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri
Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamad

Timbalan Menteri
Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri
Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin

Timbalan Menteri
Datuk Liew Vui Keong
Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri
Datuk Seri Dr. Rais Yatim

Timbalan Menteri
Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar

KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri
Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri
Datuk Dr. S. Subramaniam

Timbalan Menteri
Datuk Noraini Ahmad

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri
Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri
Datuk Shahrir Abdul Samad

Timbalan Menteri
Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN TENAGA AIR DAN KOMUNIKASI
Menteri
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri
Datuk Joseph Salang Anak Gandum

KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri
Dr. Wee Ka Siong
Datuk Razali Ismail

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri
Datuk Seri Khaled Nordin

Timbalan Menteri
Datuk Dr. Hou Kok Chung
Datuk Idris Haron

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri
Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri
Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri
Datuk Douglas Unggah Embas

Timbalan Menteri
Datuk Abdul Ghapur Salleh

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri
Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri
Datuk Anifah Aman

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri
Datuk Dr. Maximus @ Johnity Ongkili

Timbalan Menteri
Fadilah Yusof

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri
Datuk Seri Azalina Othman Said

Timbalan Menteri
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Menteri
Datuk Mohd. Shafie Apdal

Timbalan Menteri
Teng Boon Soon

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri
Datuk Dr. Ng Yen Yen

Timbalan Menteri
Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri
Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib

Timbalan Menteri
Tan Sri Joseph Kurup
Joseph Entulu Belaun

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri
Senator A. Kohilan Pillay

KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri
Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri
Datuk Seri Zulhasnan Rafique

Timbalan Menteri
Datuk M. Saravanan

Dipetik daripada Utusan Online 18 Mac 2008