Memaparkan catatan dengan label jendul. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jendul. Papar semua catatan

Isnin, 4 Ogos 2008

Berpisah Bilik...

Aku dah lupa tajuk lagu P.Ramlee yg dlm liriknya ada mengatakan suami-isteri walau macamana bahagia pun tetap ada persengketaan samada kecil atau besar. Ada masa persengketaan tu membawa kepada padah, r/tangga porak peranda dan terus cerai berai.

Aku setakat ini alhamdulillah takde la lagi sampai baling pinggan,sudu,garpu etc. Setakat gaduh kecil2an tu perkara biasa la kan... Ada masa 'bertelagah' walaupun perkara kecil atau remeh temeh. Tetapi selepas berlaku beberapa 'perundingan' di meja bulat makan atau tempat beradu, kami suami isteri kembali bahagia dan melupakan persengketaan.Kami bermaaf-maafan. Maaf zahir dan batin..

Bulan lepas rasanya takde apa2 persengketaan, tetapi wife aku mengambil keputusan yg begitu drastik. Aku pun berfikir apa kena dengan wife aku ni. Tiba2 je membuat keputusan yg mmg aku tak jangka langsung. Tak ensem ke aku ari ni?? Gigi aku tak berus ke?? Takde angin takde ribut... tapi wife aku memang nekad utk berpindah bilik. Bilik kami sebelum ni memang selesa. Luas , harum dengan bau-bauan dan terhias indah dengan bunga2 plastik..

Aku akur dgn keputusan dia.Aku kan suami mithali..Dah wife nak pi bilik lain. Aku hormati. Dulu memang bilik tu digunakan oleh adik ipar aku. Tetapi selepas dia tamat Form 5 dan balik kampung di Aloq Staq utk menyambung pengajiannya diperingkat sederhana tinggi (Form 6), bilik tu memang dikosongkan...

Semalam aku terharu atas sikap wife aku. Walaupun dia sudah menggunakan bilik lain, tetapi dia masih baik hati utk membersihkan bilik aku. Maklum la kan bilik aku sorang. Memang jarang aku bersihkan sebab aku ni ada masa letih malas yg amat sgt. Ada masa aku tak perasan pun bilik aku tu kotor dan bersawang. Dah hari2 guna memang tak perasan (takde perasaan?). Org lain pun macam tu kot..

Selepas wife aku bersihkan bilik tu aku rasa amat selesa. Bilik tu harum semerbak,bersih, berseri2. Tidak macam dulu lagi..Seronok kalau aku masuk bilik aku tu...kalau aku masuk bilik tu memang aku bagi senyuman kat aku sendiri (kat cermin la..)

Terima kasih kat wife aku kerana membersihkan BILIK AIR aku..kami cuma berpisah menggunakan bilik air je. Bilik tidur still sama...

jongos tul aku nih...haha

Hadis Rasullah s.a.w (riwayat muslim)
"Apabila tidur seorg isteri dalam hal keadaan meninggalkan tempat tidur
suaminya,maka para malaikat melaknatnya hingga ke pagi
"

Rabu, 23 Julai 2008

Derian...!

peta Denmark

Update blog?

utk beberapa hari ni aku mmg takde mood utk update..masih lagi terkial2 dengan kesibukan yg aku saja cari. Ada masa aku pi menyibuk kat blog lain. Sebab aku adalah pelawat blog yg aktif, bukan pengupdate blog yg aktif...haha..

"cam tu tak yah buat blog la bro.Damn you!"- kata Anuar kwn aku yg mmg jeles kat aku yg mempunyai blog sendiri!

"lantak aku ler...!"- aku jawab balik..tak abih2 mamat tu menyumpah..

Tapi sambil menaip type-writer aku ni (perghh..typw-writer aku leh sambung ke internet!) aku teringat kes beli durian di Merapoh last week. Tu mmg routine aku kalau pi Merapoh. Memang aku singgah beli buah punya. Kalau takde musim buah, aku singgah gak. Tapi beli buah tangan je termasuk la buah petai kerna aku adalah pemakan buah petai yg hyper-aktif. Aku sanggup makan petai jeruk bersama dgn ais krim vanilla.. perghh...sedap beb! Kerna ketaksuban aku kat petai ni membuatkan adik ipar aku mencadangkan supaya aku proseskan petai jadi jus. Leh simpan dlm peti ais atau buat bekal....good idea gak tu..

Berbalik kat durian tadi, aku singgah kat stall makcik yg berasal dari Denmark. Pada firasat aku ler most of the makciks yg berniaga kat situ berasal dari Denmark. Sebab apa ye? Ala...leh kenal org Denmark ni bertutur..."abe...nak beli gapo?"

..aku tabik sebab bidang perniagaan telah menjadi kebudayaan bagi makciks yg berasal dari Denmark. Kebolehan makciks didalam bisnes ni membuat kan pakciks yg berasal dari Negara Cina berasa jaki.

Bukan di Merapoh je org Denmark ni ramai. Kat bandar Lipis ni pun dah dibanjiri oleh org2 Denmark. Aku tabik sekali lagi kat depa..Disini macam2 kedai makan ada. Tapi most of them mempunyai resepi masakan Denmark sampai masakan rasmi tempoyak patin pun dah bercirikan ala-denmark. Dah takde originalnye...

Pak-pak polisi pun berasal dari Denmark. Pak-pak Pejabat Daerah pun sama. Cikgu-cikgi lagi ler..sampai nak mengajar dlm subjek Bahasa Malaysia pun terpaksa la murid2 belajar bahasa Denmark juga...bagus la...perbanyakkan bahasa pertuturan..

Berbalik kepada cerita durian tadi. Berapa kali berbalik daaa...

Sebenarnya memang aku tak nak citer pasal durian pun. Topik sebenarnya ialah Kuala Lipis bakal menjadi sebuah daerah in the state of Denmark...haha

p/s: khabarnya org Denmark pun telah merantau jauh ke far-far away galaxy. Beliau ialah Obi-Wan Kenobi (atau abe wan kelubi).. gua tabik sekali lagi...!
peminatnye boleh menemui beliau di pawagam pada 15 Ogos ni. dlm filem The Clone Wars..

Rabu, 16 Julai 2008

Gula2 HACKS...!


RPK's website was hacked again...
pic tak clear..dlm website tu cuma ada 4 words.."Luke is a bast*rd"

terer tul mat hackers tu...leh ajar aku ke...?

satu lagi yg aku pikir, camner la rupa hacker tu ye??
rupa mcm aku yg ensem ni kah?
atau rupa mcm brad pitt??
atau mcm Rosyam Nor?
atau rupa mcm kwn aku si Anuar yg selalu lewat tu???

masa dia hack tu, camner dia berpakaian ye??
pakai tie n jacket??
pakai t-shirt metallica??
pakai singlet pagoda n berkain pelikat/batik je???

atau hacker ni bukan Mat?? dia seorang Minah??

kalau aku terer,nak hack website sapa ye..rasa2 antaranya ialah:
1. CIMB - leh aku hapuskan hutang aku!Instead of hutang, aku jadikan aku jutawan...hahahahahahahahhahahahhahahha..(gelak seorg hacker)
2. ...?
3. ..?
for me satu website aku hack dah cukup la..dah kaya kan...aku bleh buat apa yg aku hendak..

p/s: lepas Anwar kena tangkap, si RPK lak kena....apa nak jadi Malaya kita ni. Tak aman dah..Aman Shah je yg aman...polis nak jimat lokap kot...depa leh share 2 org dlm 1 cell room

Sabtu, 12 Julai 2008

PoliTik Selipar!

Glamer selipar aku ni. Menjadi perhatian rakyat marhaen Lipis. Apa la specialnya selipar aku ni yer. Yg aku ingat aku beli selipar hijau aku ni di Tong Fatt, Raub kira2 3 bulan lepas dengan harga siling RM4.90. Tujuan aku beli selipar ni bukan apa, senang aku buat basan( ada ke dlm kamus perkataan ni) ataupun utk mengambil wudhu'. Bukan la bertujuan untuk menglamerkan selipar aku ni. Selipar aku ni jenis low profile, tak suka glamer mcm Carbureter Dung tu...hahaha
Dalam 3 bulan aku pakai selipar aku ni dah macam2 dialog aku dengar.

Dialog 1:
Mat A: waaa...caya la selipar demeh ni. Deme beli kat mana? Cantik weeii...takde lagi org lipih ni pakai selipar macam ni. Kat KL pun susah nak jumpa selipar mcm ni..

Dialog 2:
Mat B : elehh...biasala kalau dah kaler hijau tu mesti PAS. Deme ni org kuat PAS ke?..selipar pun kaler hijau...pirahh..sebenonya secara tak langsung, PAS tu kat bwh kaki demeh je...tak layak duk atas...sian, hina betul PAS..

Dialog 3:
Mat C : wuyoo...serba hijau...takbir!!!

Dialog 4:
Mat D : selipar tu melambangkan deme ni suka kan kehijauan, tenang aku tengok. Sekarang ni byk sgt org tebang balak haram. Pokok2 dah semakin berkurangan..apa nak jadi dengan alam kita ni. Nak bernafas pun susah yer...

Dialog 5:
Mat E: caya la....bila kome tengok selipar aok tehh, teringat kat Zainal Abidin yg nyanyi lagu Hijau tehh..sedap lagu dia..

tu la dia....cerita selipar hijau aku. Ada juga yg dipolitikkan. Tunggu la one day, aku nak pakai suar dlm kaler hijau lak kat luar...haha

btw...siapakah Mat A, Mat B,Mat C, Mat D dan Mat E yg berdialog diatas ye??

Isnin, 30 Jun 2008

Anwar Oh Anwar!

Citer sodom lagi....?

Aku pening...semua pun pening. Aku tak tau la kita nak follow citer ni ke tak. Tapi aku sebagai rakyat yg prihatin, tetap kecewa dgn citer ni. Kecewa ia berulang lagi. Ulangan yg memeningkan kita semua.

Tak tau sapa yg betul. Sekali lagi rakyat akan jadi 'penyiasat persendirian'. Membuat andaian sendiri untuk menyedapkan cerita. Pro-anwar akan kata ada konspirasi dari pihak BN nak jatuhkan dia..."Wan Azizah dakwa usaha 'bunuh' karier politik suami" . Pihak BN lak akan kata Anwar saja buat cerita utk meraih simpati, seperti kata KJ dlm U.Malaysia hari ni "Anwar kreatif cipta kontroversi – Khairy" .

Aku cuma berdoa supaya Allah tunjukkan kepada kita semua siapa yg betul dan siapa yg tipu. Hakimkan dia org ni kat dunia lagi. Sempat la kita tengok sapa yg bersandiwara.

Bak kata roslan sms dlm blognya, Allah swt bersama mereka yang benar..

Aku dah jumpa pic dan background yg accuse anwar sodom dia..cun ke mamat tu ye?bergetah ke dia?..hahaha

P/s:
cerita yg bakal sepi dimulut org Malaya buat seketika :
1. kes attantuya yg mengaitkan Datin Rosmah yg cun tu..:)
2. kes linggam al-pund**
3. kes kenaikan harga minyak
4. macam2 kes lagi la....(termasuk kes aku fail exam FMUTM..haha)

Rabu, 18 Jun 2008

Study !!!!!!!!!

Dah lama aku tinggalkan pekerjaan 'study' ni.Lebih 10 thn dah kot. Tapi hari ni aku kena mulakan semula aktiviti yg memang aku cukup malas nak buat. Tapi apa kan daya. Bak kata Pak Lah jendol, kita kena ubah gaya hidup.. <<---please click..haha

Aku menyahut seruan gomen supaya rakyat ubah cara hidup. Aku memang nak ubah. Ubah ni bkn bermakna aku perlu kurangkan perbelanjaan aku yg sebelum ni memang dah dikurangkan.Tapi ubah-suai.. Ubah dan ubah-suai. Nampak sama, tapi berbeza...

Bab ubah tu mmg dah dikategorikan sebagai BEEN THERE, DONE THAT...

Sekarang dlm proses ubah-suai. Kalau org Lipis panggil aku ni dlm proses 'diversification' atau 'upgrade'..( org lipis sumer cakap omputih la ni. Yg cakap melayu kat lipis ni cuma org kelate..itupun dlm dialect star wars yg mmg susah nak faham).Pelbagaikan income. Tu pasal la kena study. Buku teks yg dah lama takde dlm kamus hidup aku kembali semula. The return of Text Book...Bukan nak amik SPM semula (tapi kalau aku amik SPM semula sure aku kantoi)...Aku nak amik exam yg aku sendiri pun tak berapa paham lagi apa yg aku nak amik ni. Memang berbelit!

Kenapa berbelit? Sebab aku baca buku teks tu pun tak paham apa yg aku tgh baca! Dlm buku teks tu ada 6 bab kesemuanya. Sekarang aku baru abih Bab 2...ada balance 4 bab lagi dan kena perabih by this Friday. Exam sabtu ni..adusss.. Bak kata org Lipis 'mampeh keh' (kamus Oxford-Lipis= damn!)..

Aku malas nak citer exam apa. Bagi general idea je dulu. Lagi pun mmg aku tgh blur..Bak kata org Lipis tu dazed and confused..Kalau aku pass exam nanti, baru aku citer. Kalau citer awal takut kantoi. Malu komeh!

Anyway....wish me luck...aminn..

p/s:
1. kena cari semula doa penerang hati yg aku hafal semasa nak amik SPM dulu2 tu..zaman seluar bell-bottom...
2. kalu aku fail exam ni, posting ni akan didelete secara sengaja oleh aku..haha