Khamis, 15 Julai 2010
bahasa i
oleh kerana perkataan ini telah diguna pakai di dalam penulisan aku maka beberapa hari yang lalu kajian (perghh!) telah aku lakukan. ini bagi memastikan supaya perkataan ini tidak ada unsur penghinaan atau pencarutan terhadap rakan-rakan pembaca blog ini. maklum lah, sebelum ini perkataan ini hanya sesuai dijadikan sebagai gurauan sesama rakan di luar alam maya (yang sudah maklum ianya adalah gurauan semata-mata). apabila perkataan ini digunakan dalam blog aku takut ia akan bermaksud lain dari apa yang aku ingin sampaikan. tak semua orang boleh menerima cara kita bergurau.
kalau kita suka mencarut sesama rakan kita ketika bercakap atau bergurau atau menulis didalam blog sendiri seperti menggunakan perkataan celaka, but*h, fu*k, bab* dan sebagainya, ia tidak bermakna orang-orang lain juga boleh menerima cara kita. dan jangan anggap orang yang tidak boleh menerima cara kita itu tidak in-trend atau indie. sekadar contoh.
sebenarnya perkataan jongos ini telah digunakan oleh buya hamka didalam novelnya yang bertajuk 'di bawah lindungan kaabah'. ia membawa makna seorang tukang kebun. ayatnya: rumah itu sudah lama tinggal kosong, kerana yang empunya seorang belanda, telah pulang ke eropah; yang menjaga selama ini adalah seorang jongos tua.
jongos juga wujud didalam bahasa inggeris. kalau merujuk kepada urbandictionary, ia mempunyai dua makna yang berbeza bergantung kepada penggunaan ayat:
i-breasts, particularly those of considerable mass
contoh ayat: wow, check out the jongos on rosmoh!
ii-the opposite of anything good
contoh ayat : najib is such a jongos character that i spurt blood everytime i see him on tv.
aku tak dapat nak semak jongos di dalam kamus dewan sebab kat rumah aku takde kamus. nak rujuk kamus dewan ni dalam internet lagi la takde. kedekut (malas) punya dbp!!
dengan kajian aku di atas, aku berasa lega kerana jongos bukanlah bermakna penghinaan atau pencarutan!
oh ya. ada satu perkataan yang selalu juga kita gunakan tetapi maksud sebenarnya kurang jelas. perkataan tersebut ialah samdol. aku juga tak pasti samada samdol ada di dalam kamus dewan atau tidak. kalau kamu rajin cuba lah semak. entah-entah ia bermakna brilliant, genius, superb atau marvellous!
mungkin contoh ayat yang sesuai adalah:
-tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas adalah satu tindakan yang samdol dan patut dipuji oleh rakyat marhaen.
Khamis, 3 Jun 2010
don songkok dan kajol
kalau nak tau cerita selanjutnya mengenai don songkok dan kajol sila dapatkan majalah kartun terhangat dipasaran ketika ini. semua kartunis dan penulis yang terlibat adalah hebat-hebat belaka.cepat-cepat beli sebelum harga subsidi di tarik balik oleh gomen!!
Isnin, 31 Mei 2010
baja rambut
menurut cerita kawan aku ni dah ramai kenalan dia (yang ozone layer nya nipis) mencuba. dengan izin Allah seratus peratus juga berjaya mengembalikan kesuburan rambut mereka.
kawan aku bagi kat aku sebanyak lima botol sebagai permulaan. harganya juga berpatutan dan mampu milik oleh orang-orang yang memerlukan.
ramai juga pelanggan yang mempunyai masalah kesuburan rambut datang bertanya mengenai tonik tersebut. aku kempen dia orang dengar. aku senyum dia orang senyum. aku gelak dia orang pun gelak. nampak macam dia orang berminat untuk membeli. tapi bila pelanggan tenung kepala aku dua tiga kali terus tak jadi beli. tak tau juga lah kenapa. musykil gak aku.
Ahad, 20 September 2009
Sabtu, 5 September 2009
15ramadhan
i. rendah diri
terjumpa don songkok kat masjid tempoyang selepas solat jumaat semalam.
aku rabak: assalamualaikum don..
don songkok: wa'alaikumsalam ben..
aku rabak: kenapa ye. bila jumpa deme ni keh selalu rasa rendah diri...
don songkok: la....relax la. tau la gaji keh besar dari deme. lagi pun kes shopping di klcc tu bukan la apa sangat. tak payah la sampai rasa rendah diri...
aku rabak: eh...bukan sebab tu..
don songkok: abih tu sebab mendenya?
aku rabak: deme ni memang fizikalnya tinggi. bila pakai songkok lagi la nampak tinggi.itu pasal la keh rasa rendah..
don songkok: ooo..ye ke..( sambil itu don songkok membela-bela songkoknya yang tak berapa senget).
ii. malu
selain solat jumaat, aku mula menjejakkan kakiku ke masjid untuk solat berjemaah ialah ketika aku di darjah empat. aku ke masjid dengan mengayuh basikal chopper yang diikat straw pada besi tayar basikal. bising juga bunyinya. jiwa aku bersemangat ditambah pula berpakaian sepasang baju melayu baru. dalam perjalanan ke masjid semua orang memandangku.mesti dia orang bertanya, anak siapa la ni rajin ke masjid.
aku sampai ke masjid ketika azan zohor berkumandang. aku tergesa-gesa mengambil wudhu. setelah selesai berwudhu aku masuk ke dalam masjid dan duduk di saf paling depan. masa tu ramai juga jemaah yang lain menunggu untuk berjemaah. dalam ramai-ramai tu aku seorang je budak-budak. riak....
setelah azan selesai berkumandang, tanpa melengahkan masa aku terus bangun dan bersolat zohor empat rakaat. jemaah lain pun sama bangun solat. habis solat aku bergegas pula meninggalkan masjid dengan bangganya. ketika melangkah keluar masjid aku berasa pelik kenapa jemaah lain masih menunggu dan bangun semula untuk solat kali kedua.
rupa-rupanya ketika aku solat zohor mereka bersolat sunat. nasib baik kawan-kawan aku takde ke masjid hari tu.
-selamat menunaikan solat taraweeh.
Khamis, 3 September 2009
13ramadhan lagi...
don songkok: weh..camner nak shopping ke KL ni. takut juga sekarang ni wabak h1n1.
aku rabak: pakai je la topeng muka..
don songkok: ishh..leceh la. takkan nak shopping ke klcc semua 1keluarga pakai topeng.malu keh..
aku rabak: ala...shopping je la di lepih ni.takkan malu bertopeng. lagipun macam-macam ada..
don songkok : di lepih ni mana ada baju-baju branded..
aku rabak: deme nak beli baju sapa nak branded sangat nih..
don songkok: keh dengan bini keh la. keh suka baju orlando, crocodile,dockers...lepih mana ada! anak keh pulak suka pakai baju kikilala. sebelum raya tahun lepas anak keh beria nak selipar kikilala.keh beratur punya lama kat klcc sebab nak bayar selipar tu jeh...
aku rabak: untung anak-anak deme yeh...
don songkok: hah!!..deme tak shopping raya ke?
aku rabak: raya lambat lagi...tak terpikir pun pasal shopping raya...
don songkok: kena la shopping awal.. sales tengah hangat ni..
aku rabak: ermm...
don songkok: agak-agak deme shopping dimana nanti?
aku rabak: keh shopping kat pasar malam lepih jeh...
don songok: ooo..ye ke.. (tersengeh sambil membela-bela songkoknya yang tak senget)
* keh=aku
deme=kamu
lepih=k.lipis
nota tambahan:
sebenarnya perbualan diatas berlaku pada 1ramadhan lagi...don songkok mmg gile shopping! ia juga menjawab persoalan dibawah.lelaki dan perempuan tak byk beza dalam bab shopping nih..
Jumaat, 14 Ogos 2009
melayu mudah lupa
Dua minggu lepas aku masuk ke Hospital Besar Alor Setar (hospital yang mana pintu masukknya tiada cermin-klik sini kalau nak tengok gambar). Oppps... bukan aku dimasukkan kedalam wad, tetapi kerana menziarahi mak mertua aku yang dimasukkan ke wad akibat penyakit kencing manisnya. Doktor terpaksa melakukan minor surgery dikaki beliau akibat luka yang tidak mahu kering. (Sekarang ini beliau sudah berehat dirumah dan lukanya pula sudah beransur sembuh.Alhamdulillah). Disebelah kiri katil beliau pada masa itu ada juga seorang pesakit kencing manis yang agak kritikal. Kaki kanannya terpaksa dipotong. Sementara didepan katil mak mertua aku terdapat sebuah katil kosong. Menurut beliau ia adalah kepunyaan pesakit kencing manis yang baru sahaja meninggal dunia kira-kira sehari sebelum aku ke situ.
Suasana di wad itu memang menyedarkan aku bahawa kesihatan diri amat penting dijaga terutamanya dalam bab pemakanan. Jangan dah terkena baru menyesal. Sebab itulah juga kita sebagai umat Islam ini digalakkan untuk menziarahi rakan-rakan atau saudara-mara kita yang sakit.
Selepas waktu melawat tamat aku dan keluarga aku keluar dari wad tersebut. Semasa menuju ke kereta kami, aku ternampak sebuah cafe didalam kawasan hospital. Ramai juga orang yang makan minum di situ. Pasti makanan yang dihidangkan disitu sedap-sedap. Apa lagi..aku ajak wife dan anak-anak aku ke cafe tersebut.
Betul sangkaan aku. Bila tengok kat dalam cafe tu memang macam-macam ada dijual. Perut pun tengah lapar.
"Kak..bagi mee bakso satu.." wife aku buat pesanan, sambil tu dia tertengok juga ada mee bakso spesel dalam menu.
"Apa beza mee bakso biasa dengan bakso spesel kak?" tanya wife aku..
"Ooo...kalau spesel ada taugeh." kata taukey cafe.
(Taugeh jeh? Mungkin taugeh di Indonesia tu kira dah spesel sangat dah kot.)
"Kak..bagi roti kosong dua keping. Teh tarik gelas besar satu!!" turn aku pulak membuat pesanan.
"Tolong bungkus pasembuq satu..kuah lebih sikit ye kak.." aku nak pekena pasembur kat rumah pulak. Biasalah..kuah kacang memang peberet aku. Kalau sedap aku hirup je kuah tu!
Ishh...ishhh...ishh..akukah antara melayu yang mudah lupa itu? Mungkin kamu pun sama...
"Ya Allah... aku berlindung diri dengan keperkasaan dan kekuasaan-Mu daripada bahaya yang aku temui dan aku takut..."
-kepada sesiapa nak koleksi ceramah agama klik sini
Jumaat, 3 Julai 2009
ultraman ウルトラマン part iii
Ultraman lagi?? Hahahah...
Bukan apa...saja nak alih isu rakyat marhaen dari masalah selsema babi dan kerajaan perpaduan. Aku pun ada propaganda aku sendiri. Ala...macam cerita Wag The Dog tu la juga kan. Itu pun kalau kamu peminat Robert De Niro..pasti tengok punya..
Saja nak sambung merapu dari entri-entri yang lepas. Setakat ini aku masih belum terjumpa lagi pilem Ultraman yang gempak. Penuh dengan aksi, teknik cgi atau special effect. Macam pilem Spiderman, Superman atau Cicakman tu. Mungkin pilem Ultraman ada yang dipilemkan. Tapi sekadar dibuat untuk tontonan tivi. Kalau bahasa melayunya telemovie atau drama swasta.Orang-orang yahudi di Hollywood sana mungkin belum lagi terpikir nak buat kot. Orang-orang yahudi ni kan ramai yang genius. Atau pemilik asal siri ultraman di Jepun tak benarkan orang Hollywood adapatsikan ultraman ini kedalam bentuk pilem yang gah! Macam pilem Transformer sekarang. Ia diadaptasi dari siri kartun. Nampak macam impossible untuk dipilemkan. Tapi bila sampai ke tangan Hollywood, semua boleh. Hollywood Boleh!!
Tetapi kalau tak silap aku siri ultraman ni tidak bermula sebagai siri kartun (sepertimana transfromer atau batman atau spiderman). Ia direka oleh orang yang bertanggungjawab membawa Gozilla ke layar perak. Pencipta watak ultraman ini bernama Eiji Tsuburaya (bukan Surabaya pak!). Itupun pada tahun 1954. Perghh....tahun 50an lagi Jepun dah terer bab-bab special effect ni. Kita baru 2-3 tahun kebelakangan ni je kot.
Pasal pilem ni belum cuba belum tahu.Mana tau boleh box-office. Satu dunia boleh tonton hasil dan titik peluh pengarah filem Malaya. Kan..kan ..kan??
David Teoh?
Yusri KRU?
Yusuf Haslam?
U-wei?
Mamat Khalid?
Dah pilih Tuan Director, kita cari pula pelakon yang bakal memegang watak Ultraman:
Awie? ---- sebab badan yang sasa!!
Saiful Apek?? ---- sebab ada pengalaman sebagai Cicak Man?
Rosyam Nor?
Yassin senario?
Last sekali siapa yang bakal pegang watak raksasa(monster)???
Din Beramboi?
Afdlin Shauki??
Awie?? - takde hal. Boleh pegang dua watak,hero dan raksasa.
(maaf...aku tak berapa tau nama pelakon pilem Malaya.Kamu cadangkan lah. Mana tau kita boleh buat proposal kat FINAS. Dengar cerita FINAS ada budget juta-juta untuk projek pilem)
siri ultraman ウルトラマン TAMMAT disini..
Rabu, 27 Mei 2009
sedar tak sedar
Kisah dua rakan baik yang bernama Mat Tak Sedar dan Mat Sedar yang sedang berbual-bual mesra di kedai mamak setelah beberapa tahun tak berjumpa:
i.
Mat Tak Sedar: Dah besar anak kamu ye. Rasa baru semalam aku tengok kamu menyambut kelahiran dia di Hospital Lipis.
Mat Sedar: errm...betul tu. Kita juga jangan lupa. Diri kita juga semakin tua, hari demi hari.
ii.
Mat Tak Sedar: Aku menyampah betul la kat abang tu. Perasan bagus. Mentang-mentang la duit banyak. Suka menunjuk-nunjuk!
Mat Sedar: errm...jangan lupa. Kita menyampah kat orang. Tapi kita tak tau orang pun ada yang menyampah kat kita!
Nota:
-Mat Tak Sedar tu aku ler...
-tahniah diucapkan kepada brader otai yang menjadi ahli kelab warga emas dengan rasminya hari ini. Untunglah bro, warga emas ni banyak dapat special offer atau diskaun. Termasuk diskaun tambang LRT... hehehe! Happy birthday bro!
Isnin, 4 Mei 2009
terjah melodi
"*Berita Terkini*Rakaman aksi pelajar wanita SPM 12A yg panas didlm tandas.
Hebat dan pasti anda puas!
Taipkan ON MAY dan htr msj ke 3263#
pdftrn percuma"
Bila habis membacanya aku terus menghadiahkannya dengan sumpah seranah.
"Teruk betul perangai anak muda sekarang. $!@#. F$%k. Celakalah ke atas kamu!!!"
"Macam hampeh. Kalau nak berkongsi tengok mende alah ni pun janganlah diniagakan. Bagi lah FREE!!"
hehehe!
(layan lagu ini-best!)
Jumaat, 24 April 2009
alif ba ta
Antara ilmu yang ingin didalami ialah pembacaan atau mengaji al-quran.Sudah beberapa kali bertukar-tukar ustaz yang mengajar mereka mengaji. Bukan kerana mereka berdua yang saja-saja nak tukar. Tetapi ustaz-ustaz tersebut yang tak tahan atas 'keloyarburukan' mereka bila mengaji. Tau-tau je la bila umur semakin tua baru nak mula belajar mengaji. Banyaklah bunyi-bunyi atau sebutan yang tak enak didengar. Nak kata pelat ...tidak. Nak kata gigi rongak..pun tidak. Kedua-dua mereka tampan. Gigi pula tersusun kemas, cuma kuning sedikit. Bila bertutur indah pula bahasanya. Tetapi bila pemuda pertama mengaji, pemuda kedua gelakkan kan dia. Begitu jugalah sebaliknya. Akhirnya ustaz pun tak tahan. Angkat kaki.
Baru-baru ni mereka mendapat seorang guru mengaji al-quran yang baru, Ustaz yang baru pencen mengajar sekolah.Beliau adalah tuan guru atau ustaz yang keempat dalam tempoh lima tahun mereka berkecimpung dalam arena tukar-menukar ustaz ni. Alhamdulillah, atas budi bicara ustaz tersebut, beliau menerima kedua-dua pemuda tersebut sebegai anak muridnya. Maka tersangat gembiralah mereka.
Malam semalam adalah kelas pertama mereka mengaji.
Pemuda pertama:
Bila ustaz suruh beliau mengaji, beliau baca. Nampak macam dah terer mengaji.Tetapi bila mula membaca terserlah lah kesilapannya. Ada masa huruf pun boleh tertukar. Baca pun banyak tersangkut. Macam budak tadika baru belajar membaca je rupanya. Pitching juga banyak lari ke laut. Baru sebaris ayat yang dibaca dah mula semput. Nafas tak sampai. Kat sejam diajar, semuka Quran pun belum tentu habis dibaca. Bila selesai diajar dan diarah oleh ustaz supaya mengulang balik apa yang dibaca, beliau masih tersilap dan terbabas.Bebal. Masa kecil dulu taknak mengaji betul-betul. Itu la pasal!
Pemuda kedua:
Beliau agak mahir sikit dari pemuda pertama. Mungkin beliau mengamalkan bacaan al-quran setiap hari. Bacaan nampak lancar. Aku dengar beliau ni macam terer. Costume juga kemas.Seperti pemuda pertama juga, beliau lengkap berbaju melayu dan songkok merengnya.Respek aku kat beliau. Tapi bila mula baca macam-macam la ustaz tegur kesilapannya. Diction tak tepat. Pitching juga banyak lari. Semput katanya.
Walaubagaimanapun tujuan kedua-dua pemuda itu amat dipuji oleh ustaz. Tak malu untuk belajar. Malu belajar sesat jalan, kata ustaz.
Aku juga puji semangat mereka berdua. Baguslah kerana mereka sedar mereka jahil, maka dengan itu juga mereka ingin belajar lagi. Berubah sebelum terlambat.
Aku teringat satu hadis/surah yang mengatakan bila kita membaca ayat al-quran tak kira satu ayat pun, InsyaAllah kita akan mendapat 'bonusnya' dari Allah s.w.t.Bonus yang dilaburkan untuk akhirat kelak.(nanti aku update kemudian.Nak cari ayatnya dulu.Maklumlah aku ni jahil,kena belajar banyak lagi!)
Adakah aku memuji atau 'mengaibkan' diri aku sendiri?
Kenapa?
Ya..kerana pemuda pertama yang diceritakan itu adalah aku.
AL-QURAN ITU UNTUK DIBACA, DIFAHAMI, DISELAMI AGAR MENJADI PANDUAN HIDUPMU AGAR BERHAGIA HIDUPMU DIDUNIA DAN AKHIRAT. HIDUPKANLAH AL-QURAN ITU DIDALAM DIRIMU AGAR MENJADI APA YANG DIKATAKAN SEBAGAI QURAN HIDUP YANG BERJALAN DIBUMI ALLAH DALAM KEADAAN YANG DIREDHAI. dipetik dari sini
*kepada kamu yang sudah pandai membaca al-quran, amalkan. Kepada kamu-kamu yang masih terkebil-kebil seperti pemuda yang diceritakan diatas, jangan malu untuk belajar. Kelak diri sendiri yang rugi. Pahala dosa juga sendiri-sendiri. Takde orang yang nak bagi pahala mereka kepada kita. Apa barang..
*semoga orang kafir yang membaca al-quran itu mendapat hidayah.Biasalah kalau orang kafir baca mesti pelat. Kanak-kanak yang baru belajar mengaji pun pelat.Aku pun ada masa masih pelat.. haha!
Isnin, 9 Mac 2009
rotan...
-selamat menyambut hari maulidur-rasul..
